Sabtu, 7 Februari 2009

ORANG MELAYU JANGAN JADI ALAT DAP


Mohammad Nizar Jamaluddin terus bersendiwara di Perak. Sekejap cakap ini dan sekejap cakap macam itu. Akhirnya media massa yang jadi mangsa, dituduh memutar belit dan bersubahat dengan UMNO dan BN. Sebab itu untuk menjadi seorang pemimpin tulin bukan mudah. Sebelum bercakap atau memberi kenyataan kenalah pakai akal dan kewarasan fikiran, bukannya guna nafsu dan ikut telunjuk orang. Apabila sudah teperangkap, barulah mengelabah, pening lalat macam Pak Pandir mabuk kerana makan buah jarak.

Warga Titiwangsa melihat segala kerenah Mohammad Nizar ini seolah-olah seorang pelawak dalam filem Hindustan. Masih lagi tidak mahu menerima kenyataan bahawa beliau bukan lagi MB Perak. Mulalah melalut nak kongsi pejabat dengan Dato' Dr. Zambry, nak tengok macam mana dua nakhoda dalam satu kapal, masih lagi pakai kereta dan tinggal di rumah kerajaan dan macam-macam hal. Kemana maruah dan harga diri yang kononnya seorang pemimpin?

Daripada senario yang berlaku di Perak dalam tempuh dua tiga hari ini, amat jelas dan nyata bahawa Mohammad Nizar sebenarnya sudah diperalatkan oleh DAP. Agenda politik DAP yang tersirat dalam perjuangannya selama ini ialah mencari ruang untuk mengadu-domba dan menghuru-harakan orang Melayu dinegara ini sekaligus untuk mencabar Kedaulatan Raja-Raja Melayu. Apabila Melayu sudah huru-hara dan berpecah belah, mungkin bermandi darah sesama sendiri, maka amat mudah untuk mereka mengambil kuasa.

Kerana kerenah dan kesombongan orang yang bernama Mohammad Nizar, para pemimpin DAP mula naik syeh. Dengan sombong dan angkuh Pengerusi DAP Karpal Singh membuat kenyataan, bahawa DAP akan failkan di mahkamah untuk saman Tuanku Sultan Perak dan Kerajaan Negeri.
Ini semua merupakan satu penghinaan kepada Institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi tonggak negara. Apakah orang Melayu khususnya para pengikut PAS yang sanggup tidur di tengah jalan raya, terpekek terlolong, menghalang kenderaan Raja Muda Perak, membaling batu dan memaki hamun, masih lagi tidak sedar bahawa mereka ini secara tidak sedar menjadi alat kepada Parti DAP?

Sanggup datang dari jauh, tinggal kerja, tinggal anak isteri kononnya untuk perjuangan. Apa kata jika sekiranya musibah menimpa diri, tertangkap dan ditahan di Kemunting ataupun di penjara. Apakah mereka ini pasti bahawa Parti Pakatan Rakyat, PAS, PKR dan DAP sanggup membiayai kehidupan anak-anak isteri di rumah? Nak main politik boleh, tetapi jangan sampai lupa diri dan menghancurkan masa depan anak isteri. Terlalu banyak contoh yang kita lihat, antaranya mangsa terajidi Ibrahim Libya di Kedah tidak lama dulu. Apa sudah jadi kepada anak-anak dan isteri mangsa yang ditinggalkan? Walaupun kabarnya, PAS telah menubuhkan tabung jihad, tetapi sampai ke hari ini masih ada anak isteri dan keluarga mangsa yang ditinggalkan hanya telan air liur. Ke mana perginya tabung jihad? Kemana perginya wang bantuan yang di kata oleh PAS akan diserahkan kepada keluarga mangsa?

Ingatlah, jangan terlampau taksub kepada manusia. Bukankah sifat taksub kepada manusia yang melampau-lampau dicegah oleh Islam? Orang-orang PAS kena ingat, walaupun Mohammad Nizar jadi MB Perak atas tiket PAS, tetapi PAS hanya ada enam kerusi dalam DUN Negeri Perak sedangkan DAP dulunya 18 kerusi. Apakah dengan hanya enam kerusi, walaupun jadi MB, berkuasakah Mohammad Nizar untuk membuat sesuatu keputusan? DAP bukan bodoh. Sebab itu penduduk Cina di Kampung-Kampung Baru dapat durian runtuh. Undang-undang membolehkan pajakan tanah hanya 99 tahun tetapi orang yang bernama Mohammad Nizar ini tambah sehingga 999 tahun. Begitu juga pasal kereta, kilang Proton di Tanjung Malim membayar cukai kepada Kerajaan Negeri Perak sebanyak 34 juta setiap tahun, tetapi kereta Proton Perdana ditolak, tukar dengan kereta Jepun. Banyak lagi cerita yang membuktikan bahawa bekas MB Perak ini ikut telunjuk DAP dan tidak boleh membuat keputusan.

Para penyokong PAS yang berdemotrasi di depan Istana semalam harus menerima kenyataan. UMNO sendiri, hilang empat negeri, lima dengan Wilayah Persekutuan dalam PRU 12 tempuh hari, tidak adapun kecoh-kecoh sampai tidur di atas jalan raya. Kita sebagai rakyat yang hidup dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, kalaulah kita benar-benar seorang pejuang yang berhati luhur, bermaruah dan bertamadun, bukankah PRU 13 sedang menunggu dua tiga tahun lagi? Tak payah nak saman Sultan, tak payah terpekik terlolong tidur baring atas jalan raya macam orang tak ada agama, gunakanlah kuasa kita ketika itu, tepak dada tanya selera.

Ingatlah! Kita orang Melayu dan sama-sama seagama. Janganlah musnahkan hidup kita kerana politik yang kita sendiri tidak begitu arif tentang hala tuju perjuangannya, cuma setakat dengar-dengar ceramah. Orang politik, jenisnya ibarat macam lampu ajaib. Pagi, lepas Subuh, cakap pasal kerbau, sebelum masuk waktu Zohor, dia dah tukar, bercakap pula pasal telur penyu. Kalau pasal bersyarah dan berceramah, sampai lumat pembesar suara tak tahu nak berhenti. Begitu juga kalau ada agihan rezeki, orang kiri kanan saja yang mereka nampak, tetapi apabila mereka sudah tersepit, kitalah yang dicari untuk dijadikan benteng, melalak macam anjing salak bukit. Mungkin kita semua masih ingat nasib malang yang menimpa Allahyerham Dato' Harun Idris, bekas Menteri Besar Selangor tidak lama dulu. Pedahal semua orang tahu Dato' Harun merupaka seorang wira yang mempertahankan maruah orang Melayu sehingga tercetusnya trajedi berdarah 13 Mei tahun 1969. Selepas 13 Mei lahirlah Dasar Ekonomi Baru, gerai-gerai dan kedai-kedai orang Melayu mula tumbuh seperti cendawan di seluruh negara. Kerajaan pula telah mengadakan pelbagai kemudahan kewangan bagi membantu orang Melayu supaya aktif dibidang perniagaan. Ini semua berlaku atas jasa Allahyerham Dato' Harun.

Tetapi malangnya, kerana ikutkan nafsu, Dato' Harun kecundang juga. Bukan mendarhaka kepada Raja seperti Mohammad Nizar di Perak, cuma menolak tawaran kerajaan untuk menjadi duta. Walaupun ribuan para penyokongnya menjadi benteng, berperang dengan polis, berdemotarsi dan sebagainya, akhir sekali, Allahyerham terpaksa akur dengan undang-undang negara, di mana bumi yang dipijak dan langit yang dijunjungnya. Begitu juga dengan cerita Anwar Ibrahim, walaupun puluhan ribu manusia berkampung menjadi benteng di rumahnya di Damansara, akhirnya apa yang kita tahu, Anwar ke Penjara Sungai Buluh juga. Inilah keadaannya, kita orang Melayu jangan ulangi lagi kesilapan, kerana begitu taksub hanya dengan seorang manusia, lalu jadilah kita seorang Mat Jelebor yang menang sorak kampung tergadai. Walaupun Undang-Undang Negara ciptaan manusia, tetapi inilah kayu pengukur yang menunjukkan ketemadunan rakyat dalam negara tersebut yang membezakan antara haiwan dengan manusia.

Tiada ulasan: