Rabu, 15 April 2009

Persidangan Tahunan Cawangan Dan Bahagian 2009



Ibu Pejabat UMNO mengeluarkan pekeliling memaklumkan bahawa tarikh-tarikh Persidangan Tahunan Cawangan dan Perwakilan Bahagian termasuk Pergerakan Sayap-sayap bagi tahun 2009.

Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa Persidangan Tahunan bagi tahun 2009 adalah seperti berikut:

PERSIDANGAN TAHUNAN CAWANGAN 2009

1. Cawangan-cawangan bolehlah mengadakan Persidangan Tahunannya bila-bila masa mulai hari Jumaat, 15 Mei 2009 sehingga hari Selasa, 30 Jun 2009.


MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI BAHAGIAN 2009

2. Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian bolehlah mengadakan Mesyuarat Perwakilannya pada bila-bila masa mulai dari hari Khamis, 16 Julai 2009 sehingga hari Ahad, 16 Ogos 2009. Semua Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian hendaklah diadakan sebelum Mesyuarat Perwakilan Bahagian masing-masing.


MESYUARAT PERWAKILAN BAHAGIAN 2009

3. Bahagian-Bahagian bolehlah mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagiannya bila-bila masa mulai hari Khamis, 16 Julai 2009 sehingga hari Ahad, 16 Ogos 2009.


Selamat Bersidang!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mesyuarat lagik !!!!!!

Tanpa Nama berkata...

kalau ada cawangan yang tak buat mesyuarat macam mana yee....

hantu raya berkata...

tak habis2 mesyuarat. tapi mesyuarat yg ada cuma hantu....

KAMPUNG BARU KAMPUNG KU berkata...

minta bantuan kepada para editor titiwagsa kini yang dapat mengenegahkan isu berkaitan kampungbaru. harap maklum

www.kampungbarukl.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

kpd: kg baru kg ku.. tak payah la nak minta editor menengahkan isu kg baru.. sdra sendiri la bagi tahu apa yg berlaku di kg baru.. kadang2 sdra ini bertanya apa yg sdra dah tahu jawapanya.. jgn lah bermuka-muka.. komen sdra tidak tulus ikhlas & sdra ini spesis talam dua muka & juga depan bukan main jaga lagi.. tetapi bila belakang kena jaga jaga dgn kata2 sdra...