
1. Mahkamah Rayuan hari ini telah bersetuju untuk menerima rayuan yang difailkan oleh MB Perak dari BN, Dr. Zambry untuk menangguhkan keputusan pengisytiharan Mohamad Nizar sebagai MB Perak yang sah yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi semalam.
2. Jika semalam mahkamah dan institusi kehakiman dipuji melambung tinggi kerana memberi kemenangan kepada Nizar tetapi hari ini mahkamah kembali dicemuh oleh puak Pakatan Rakyat memandangkan keputusan yang diumumkan tidak memihak kepada mereka.
3. Antara tindakan awal yang diumumkan oleh Nizar pagi ini setelah semalam mahkamah mengesahkan kedudukannya sebagai MB adalah menggantung dua kakitangan kerajaan iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Abdul Rahman Hashim, dan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Shahid.
4. Sedihnya, tindakan itu jelas bertentangan dengan Perkara 36(C) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Menurut Ketua Setiausaha Negara, berdasarkan undang-undang di atas, seorang MB tidak mempunyai kuasa untuk memecat atau menggantung mana-mana kakitangan kerajaan sewenang-wenangnya dan ia perlu dilakukan mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan.
5. Sekali lagi Pakatan rakyat bertindak sesuka hati dan sesedap rasa hingga sanggup membelakangkan perlembagaan dan undang-undang hanya semata-mata untuk memenuhi matlamat dan nafsu politik mereka. MB sebenarnya berperanan sebagai perantara antara Sultan dan ADUN, tidak lebih dari itu. Setiap keputusan yang hendak diambil perlu mendapat perkenan Sultan dan usul yang dibawa perlu mendapat persetujuan majoriti ahli dewan sebelum boleh melaksanakan sesuatu.
6. Jika semalam Zambry dan barisan EXCOnya dengan rela hati menerima keputusan yang diumumkan oleh mahkamah tanpa perlu ada sebarang pertikaian melampau. Maka diharap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini juga dapat diterima dan dilaksanakan sebaik mungkin tanpa sebarang prejudis.
1 ulasan:
Mesti pertahankan kerusi MB. PR tau, kalau masuk sidang dewan, Nizar confirm tergolek dog.
Catat Ulasan