Jumaat, 29 April 2011

Kemiskinan - Takdir @ Kemahuan Sendiri

Umur anak sudah meningkat 14 tahun, seorang lagi berumur 13 tahun kedua-duanya tidak tahu membaca kerana berhenti sekolah kerana kurang mampu..... Ada 4 anak yang lain masih bersekolah, mungkin abangnya memberi peluang kepada adik-adik agar mereka mendapat pendidikan.... yang kecil belum bersekolah ada dua lagi..... macammana pula nasib mereka

Termenung sejenak kenapa perkara ini terjadi.... tercari cari jawapan dimanakah silapnya,, hingga anak-anak ini terabai dari tanggung jawab untuk disekolahkan... bermain-main juga difikiran kenapa ibubapa tidak merancang.... ohhh mungkin rezeki itu milik anak-anak... biarlah Allah S.W.T menentukan keadaannya....

Sekian lama menjalankan khidmat untuk masyarakat saya mendapati bahawa kemiskinan ini terjadi kerana kejahilan atau kurangnya ilmu pengetahuan serta kesedaran untuk keluar dari kepompong kemiskinan.... kerana tekanan hidup yang beterusan menjadikan manusia terlalu pasrah dengan takdir sehingga membiarkan segalanya mengikut sahaja kehendak alam... ada diantaranya memilih untuk menamatkan masalah dengan membunuh diri dan sebahagiannya besar darinya hidup berpeleseran tanpa hala tuju... Kemiskinan yang ditanggung akan mengheret seluruh ahli keluarga... anak-anak juga hilang halatuju.. mungkin lapar..mungkin mencari jalan keluar... Dimata masyarakat pula golongan ini disisihkan kerana kerap mendatangkan masalah kerana sikap yang ditonjolkan luar dari etika kesopanan... berkemungkinan kerana kurang pendidikan....

Perkara ini bukanlah perkara baru... kerana itu dizaman Rasulullah S.A.W lagi golongan ini telah wujud.. mereka dikenali sebagai golongan yang meminta-minta dan sebagai orang yang mampu kita juga perlu membantu.... lebih-lebih lagi hidup dipadang pasir yang kering kontang... apalah pekerjaan yang boleh dibuat.... Itulah sebabnya antara ayat terawal dalam surah al-baqarah Allah S.W.T berfirman... Bagi Orang-Orang Yang Beriman Dengan Yang Ghaib Mereka Mendirikan Solat dan Dari Apa Yang Kami Rezeki Kepada Mereka... Mereka Belanjakan (Nafkahkan Kepada Golongan Susah)...(Al-Baqarah Ayat 3)

Mungkin sudah takdir mereka menjadi demikian dan menjadi takdir kepada kita membantu mereka... begitulah imbangan hidup serta keindahan warnanya

"Ya Allah Berilah Aku Kesabaran Ketika Aku Melalui Liku-Liku Kesusahan Dalam Hidup"

Selasa, 12 April 2011

Nasib Mangsa Ribut Perumahan Awam Sri Perlis 1 Terbela


"Susahnya tinggal di Dewan ni.. nak bancuh susu anak pun payah...." itulah antara keluhan mangsa ribut di Perumahan Awam Sri Perlis 1, Datuk Keramat....pada jam 8.00, 12 April 2011 , Di Tempat Penempatan Sementara Dewan Orang Ramai Sri Perlis 1...mereka mula mengukir senyuman apabila YBhg. Datuk Jo.. turun kali kedua melawat mereka dan kali ini turut bersamanya.. Orang Kuat Yayasan Wilayah Persekutuan YBhg. Datuk Idris dan Pengarah Perumahan DBKL Tuan Haji Sukiman... datangnya mereka pula bukan dengan tangan kosong sebaliknya bersama bantuan kewangan yang dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa. Kerja-Kerja baikpulih akan dilaksanakan segera...... Inilah yang dikatakan "RAKYAT DIDAHULUKAN" bukan retorik tapi realistik.....

Sabtu, 9 April 2011

MLM - Tertipu atau ditipu


"Habis simpanan aku, tak yah keje konon boleh dapat pendapatan 5 angka sebulan, jangankan kata faedah pokok pun tak nampak" inilah keluhan seorang teman yang terpengaruh dengan dakyah untuk KAYA....... hmmm siapa yang tak nak kaya yer... program MLM yang sepatutnya memberi faedah bukanlah dalam bentuk berganda-ganda sehingga menafikan nilai sebenar pekerjaan sebenar telah dipalsukan halatujunya.... mana tak nyer... disuruh taja kengkawan sampai 4-5 level yang memerlukan biaya RM10,000 semata-mata hendak mendapatkan pendapatan segera dari Overriding.. tawarannyaa COMPOM pendapatan bulanan 30,000 sebulan...........jadi kesnya bila dijemput ramai-ramai join siapa yang tertipu dan siapa yang ditipu... mereka ialah individu yang terpengaruh dengan skim yang akhirnya menyangkakan mereka pandai untuk mencari downline dengan skill dan kemahiran sebaliknya dituou oleh upline-upline yang duduk sahaja mengumpul kekayaan hasildari pada kebododohan orang-orang downline dengan tagline"KAYA".....hmmmm makan kaya je la...
Kesian teman saya....

Rabu, 6 April 2011

Warga Emas - Perlu Pembelaan


Rata-rata orang merasakan golongan seperti Ibu Tunggal, Anak2 Yatim dan golongan OKU perlu mendapat pembelaan... namun tidak ketinggalan juga Warga Emas atau bahasa pasarnya Warga Tua.

Pelbagai kes yang dikumpul di Pusat Khidmat Masyarakatt BN Titiwangsa berhubung masalah ini, antaranya mereka yang berumur lebih daripada 60 tahun... sebilangan besar mereka gagal mendapatkan bantuan daripa JKM ataupun Baitulmal kerana mereka mempunyai anak yang bekerja.

Ada yang mengadu... walaupun anak-anak dah besar dan sudah bekerja.. pendapatan mereka hanya cukup-cukup makan sahaja... ada di antara Warga Emas ini terpaksa menjaga cucu dimana ibu bapa kandung tidak mengambil endah hal ehwal anak dan melepaskan segala tanggungjawab kepada warha emas ini...

Kadangkala terfikir......adakah silapnya kerana semasa membesarkan anak kasing sayang terlalu dicurahkan sehingga anak menjadi lupa untuk membalas jasabakti orang tua mereka...... atau adakah kerana sememangnya kesempitan hidup dikotaraya menyebabkan orang mementingkan diri sendiri.....

Moga Allah s.w.t memberi kita kekuatan untuk berbakti kepada kedua orang tua sehingga keakhir hayat.......

Ahad, 3 April 2011

UMNO: Antara Amanah, Tanggungjawab dan Kewajipan


"Hari ini kita sekali lagi menunaikan tanggungjawab dan amanah sebagai AHLI UMNO bersama-sama dalam menjayakan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Kg. Pindah" ucapan Sdra Ghani selaku Pengerusi Majlis di Majlis Perasmian Persidangan UMNO Cawangan Kg. Pindah.... teks ini seringkali saya baca di Notis Persidangan Cawangan namun hari ini teruja bila diucapkan diawal-awal majlis.... rata-rata cawangan mengeluh untuk mengeluarkan orang untuk menghadiri Persidangan Cawangan.... mungkin ahli kurang perihatin

Terdengar di telinga kata-kata seperti.... Jadi Ahli UMNO bukan untungpun..... Ehh!! Aku tak main la politik-politik ni.. bukan politik yang bagi aku makan... Emmm.. saya tak de masalah untuk semua ni.. banyak hal lain lagi la... Ahhh Politik ni untuk orang yg gila kuasa.... Aku tak dapat apa faedah pun jadi ahli UMNO...........Kata-kata ini ada yang keluar dari golongan intelek, berpendidikan tinggi dan antaranya pernah mendapat faedah dari hasil kerajaan....

Cabaran besar kepada pemimpin-pemimpin semua peringkat untuk menghidupkan kembali roh perjuangan UMNO dalam diri-diri individu seperti diatas.... biarpun 5 negeri tergadai masih lagi sukar untuk mendapatkan keyakinan.... takut nanti sudah kehilangan semuanya pun masih tak sedar-sedar.... Apa pun bagi kita yang telah menjadi penyokong kuat perlulah berbuat seperti ini...

"Dirumah suluhlah muka dihadapan cermin dan tanyakan adakah kita ahli UMNO jika jawapannya YA maka bersedialah untuk memelihara hak kita dalam mempertahankan hak orang Melayu jadiah Pengundi " inilah antara yang diutarakan oleh YBhg. Datuk Jo di Perasmian Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Kg. Pindah

Nilai-Nilai Murni ?????


Dunia semakin pesat membangun... lebih-lebih lagi dikotaraya... dalam pergerakan yang pantas ini semua harus cergas dan lekas... siapa yang lambat tertinggal.. namun demikian dalam kelekaan ini kita terlupa untuk hormat menghormati antara satu dengan yang lain... mengotai apa yang dijanji... sudah susah untuk mencari teman yang betul-betul iklas dan tulus... mungkin nilai-nilai murni tidak disemat didalam hati.... ataupun kerana kehendak duniawi menyebabkan kita sendiri menghakis nilai-nilai ini....

Jumaat, 1 April 2011

Kadar ke Miskinan Meningkat di Kota Raya


"Bantulah kami supaya JKM dapat sambung bantuan anak saya" keluh seorang ibu tunggal beranak 3 di Pusat Khidmat Masyarakat yang hanya bergantung pendapatan dari gaji sebagai seorang pencuci pejabat yang tak sampai pun RM600.

Rata-rata inilah aduan yang seringkali diterima kerana masalah kemiskinan yang mencengkam kehidupan. Mereka ini tinggal di rumah-rumah PPR dan ada yang lebih menyayat hati apabila ada diantar mereka terpaksa menumpang atau menyewa....

Berapakah pendapatan yang secukupnya dikotaraya ini.... Memang indah glamor.. rata-rata kos kehidupan yang tinggi makin mengundang orang berhijrah kekotaraya.

Kadangkala bermain difikiran alangkah bagusnya mereka ini mendapat pembelaan .... di fikir-fikir direnung-renung takut juga mereka akan menjadi alpa dan bersenang-senang dengan bantuan kerajaan.

Walaubagaimanapun satu mekanisma perlu difikirkan bagaimana kada kemiskinan dikotaraya ini dapat diperbaiki...

Isnin, 9 Ogos 2010

PROGRAM BOWLING PU3 TTWANGSA

Salam,

Alhamdulillah.. Pertandingan Bowling PU3 UMNO Ttwangsa Anjuran Biro Pendidikan & Biro Sukan telah berjalan dengan jayanya pada hari Sabtu, 31 Julai 2010 yang lalu...

Penyertaan seramai 80 orang yang terdiri daripada kalangan ahli-ahli yang baru berdaftar berjumlah hampir 30 orang disamping ahli Pu3, Wanita dan Pemuda cawangan didalam Bahagian Ttwangsa.

Syabas & tahniah kepada semua pemenang yang berjaya dan ahli-ahli UMNO yang baru berdaftar... Senarai pemenang mengikut kategori adalah seperti berikut :-

KETEGORI KUMPULAN
Juara : Cawangan Pasar Keramat (Lane 6)
Naib Juara : Cawangan Taman Maluri (Lane 12)
Ketiga : Cawangan Taman Maluri (Lane 18)

KATEGORI INDIVIDU (PEREMPUAN) : 'HIGH GAME'
Sdri. Norlida Mohd Tarmizi
Cawangan Keramat Jaya (Lane 11)

KATEGORI INDIVIDU (LELAKI) : 'HIGH GAME'
Sdra. Saiful Shahril Bin Abdul Jalil
Cawangan Taman Maluri (Lane 5)

KATEGORI INDIVIDU (PEREMPUAN)
Juara : Cawangan Polo Desa Pandan 1 : Sdri. Zareena Shahrom (Lane 9)
Naib Juara : Cawangan Taman Maluri : Sdri. Yasmin (Lane 12)
Ketiga : Cawangan Keramat Jaya : Sdri. Norlida Mohd Tarmizi (Lane 11)

KATEGORI INDIVIDU (LELAKI)
Juara : Cawangan Kg. Padang : Sdra. Suhaimi Mohd Zain (Lane 7)
Naib Juara : Cawangan Pasar Keramat : Sdra. Mohd Ridwan Bin Che Ani (Lane 1)
Ketiga : Cawangan Taman Maluri : Sdra. Saiful Shahril Bin Abdul Jalil (Lane 5)

Pihak penganjur PU3 Umno Bahagian Ttwangsa, AJK induk bersama sekretariat program ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Pertandingan Bowling PU3 UMNO Titiwangsa Anjuran Biro Pendidikan & Biro Sukan PU3 UMNO Bahagian Ttwangsa yang telah dijalankan...

Sekian,

Isnin, 7 Jun 2010

Majlis Solat Hajat Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Di Masjid Jamek Kg. Bharu

Salam kepada semua rakan seperjuangan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Puteri UMNO Malaysia & Puteri UMNO Wilayah Persekutuan dengan kerjasama rakan media, Utusan Malaysia akan mengadakan Majlis Solat Hajat Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza dan turut mendoakan keselamatan dan kejayaan Sukarelawan bagi menyelamatkan umat Islam dan Rakyat Palestin pada hari Isnin, 7 Jun 2010 ; jam 6.30 petang hingga 10.00 malam bertempat di Masjid Jamek Kg. Bharu....

Semoga dengan kehadiran semua majlis ini akan lebih diberkati... Amin....

Isnin, 5 April 2010

TAHNIAH!!! - Datuk Aziz Jamaluddin

Walaupun kalah sebagai Calon Barisan Nasional Parlimen P119 Titiwangsa tempoh hari, YBhg. Datuk Haji Aziz Jamaludin bin Haji Mhd Tahir hari ini bergelar Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) berkuatkuasa hari ini, 1 April 2010.

Perlantikannya diumumkan oleh Mejar Jeneral Dato` Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan perdana Menteri di Parlimen bagi menggantikan YDP terdahulu, Datuk Nakhaie Haji Ahmad yang telah tamat kontrak pada 30 Oktober 2009 yang telah berkhidmat selama 9 tahun bermula pada tahun 2000.

Warga Titiwangsa hari ini setidak-tidaknya boleh berbanga kerana kerajaan memberi pengiktirafan kepada YBhg Datuk Aziz setelah mengenang jasa beliau di Parlimen Titiwangsa. Di harap YBhg. Datuk terus berbakti dengan melibatkan diri dalam Program dalam Kawasan.

Diharap juga kerajaan boleh terus memberi pengiktirafan kepada individu-individu yang telah banyak berjasa di Parlimen Titiwangsa ini dan seterusnya mendapat tempat seperti yang di anugerahkan kepada YBhg. Datuk Aziz.... janganlah sampai jadi P.Ramlee nak tunggu dah jadi Arwah baru nak iktiraf.....

Sementara itu pula kepada mana-mana individu yang telah banyak menabur bakti perlu terus menerus menunjukkan sikap dan tauladan yang baik kepada anak-anak muda agar segala jasa mereka aka terus dikenang dan menjadi sebutan serta ikutan kepada mereka dalam menghadapi perjuangan memertabatkan bangsa kerana tugas ini lebih mencabar dan berat pada dekad ini.

Info lanjut sila ke link:- http://www.yadim.com.my/berita/BeritaPenuh.asp?newsId=4730