Jumaat, 14 November 2008

Pasar Baru Datuk Keramat Dilema Di Antara Permodenan Dan Komersial

Datuk Keramat 13 November – “Kami bukan menolak pembangunan tetapi Pasar yang dibangunkan dengan kos jutaan ringgit hanya akan menjadi gajah putih sekiranya ianya tidak menepati kemudahan, keserasian bagi penjaja dan orang ramai”


Inilah yang diucapkan oleh salah seorang peniaga yang turut menghadiri lawatan tapak bagi menilai kemudahan di Pasar Baru Datuk Keramat bersama pegawai-pegawai dari pihak DBKL.


Idea lawatan ini dikemukakan oleh UMNO Bahagian Titiwangsa agar pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Kawasan Datuk Keramat bagi mengenalpasti permasalahan yang timbul hasil dari rungutan para peniaga di Pasar Lama Datuk Keramat berhubung dengan kemudahan infrastuktur pasar sebelum mereka semua dipindahkan ke Pasar Baru.


Kepentingan untuk mengenalpasti masalah yang dibangkitkan melalui lawatan ternyata lebih berkesan kerana rungutan para peniaga jelas berasas, kerana melalui tinjauan dan komen dari para peniaga yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dapat dikemukan terus kepada pihak DBKL dan Arkitek yang turut hadir. Di antara isu yang telah dikenalpasti adalah dari segi kemudahan Infrastrukur dan rekabentuk yang tidak bersesuaian dengan kehendak peniaga seperti berikut: -


  • Ram / Laluan untuk ke tingkat 1 lokasi Pasar Basah terlalu sempit serta lorong perjalanan terlalu jauh. Faktor ini menyukarkan urusan pengangkutan barang-barang untuk diangkat naik ke gerai masing-masing di samping mengambil masa yang yang panjang. Bagi mereka yang mempunyai gerai di arah yang bertentangan pula mereka terpaksa melalui jalan yang jauh dan kemudian terpaksa menggunakan lif untuk sampai kegerai mereka. Keadaan ini sangat tidak praktikal.

  • Dianggarkan diantara 2 ke 3 buah lori sahaja yang boleh mengangkut barang menggunakan loading bay sedia ada dalam dalam satu masa sedangkan aktiviti dipasar ini memerlukan lori keluar masuk yang tidak terhad terutamanya diwaktu pagi. Jika masalah ini tidak diselesaikan ini akan menyebabkan kesesakkan jalan raya disekitar pasar keramat. Di samping itu kedudukan platform juga terlalu tinggi dan menyukarkan kerja-kerja pemunggahan barang menggunkan troli.

  • Lift untuk pengangkutan barang terlalu kecil dan

    had muatan terhad. Sekiranya diwaktu pagi keadaan akan bersesak sekiranya setiap perniaga ayam,ikan,daging dan sayur mengangkut barang-barang dagangan mereka dalam satu waktu yang sama. Lift yang sedia adajuga tidak praktikal untuk mengangkut barang muatan yang berat dan ini akan melambatkan proses pemunggahan barang kerana setiap peniaga terpaksa mengangkut berulang-ulang kali menggunakan lif yang had muatan ada lah terhad.

  • Tiada Pusat Penyembelihan Ayam, memandangkan rekabentuk moden tiada tempat tersebut disediakan. Walaupun pihak DBKL telah bersetuju untuk menyediakan tempat tersebut di lokasi Pasar lama namun kebanyakan perniaga merasakan ianya agak menyusahkan mereka.

  • Lokasi dihadapan Pasar Baru yang bersebelahan dengan Petrol Station dan rumah-rumah kedai yang bakal menghalang kelancaran lalulintas bagi kemudahan orang ramai keluar masuk. Bangunan yang wujud disekeliling pasar ini juga menghalang permandangan pintu masuk dan lanskap pasar bagi menarik orang ramai mengunjungi pasar. Peniaga memohon pihak DBKL untuk mengambil alih tanah disekeliling pasar bagi menyelesaikan masalah tersebut.

  • Tempat Letak Kenderaan dan jalan keluar / masuk pasar. Tempat letak kenderaan yang terhad dan jalan yang sempit serta tiada tempat letak lori.

  • Rekabentuk Pasar yang disediakan adalah berkonsepkan hypermarket sedangkan di antara daya penarik pengunjung kepasar sediada adalah berkonsep terbuka dan tradisional. Bagi para peniaga pula konsep hypermarket hanya sesuai sekiranya ianya diurus dan ditadbir oleh satu peniaga sedangkan terdapat lebih daripada 50 ke 100 peniaga pasar basah yang akan berurusan di pasar baru ini dan bakal berhadapan dengangan masalah jadual penghantaran masa beroperasi pengelolaan barang-barang mereka.


  • Para peniaga amat berharap keluhan mereka didengar kerana ada diantara peniaga telah berniaga di Pasar Lama Datuk Keramat melebihi 20 tahun dan bergantung hidup hasil daripada pendapatan tersebut. Jika masalah ini tidak diatasi kegagalan pasar moden disekitar wilayah persekutuan sebelum ini akan juga dihadapi oleh mereka bila berpindah kelak. Dengan perubahan pada infrastruktur pasar ianya akan menarik minat orang ramai mengunjungi Pasar Baru yang serba moden disamping boleh mendapat barangan yang mereka perlukan dibawah satu bumbung.

Lawatan ini berakhir pada jam 12.30pm turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Suleiman Mohamed Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, YBhg Datuk Johari Ghani Timbalan Ketua Umno Bahagian Titiwangsa bersama barisan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa serta Sdra. Mohd Idham Yasser Ketua Pergerakan Pemuda bersama Exco Pemudanya.

Isnin, 10 November 2008

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA & SALAM PERJUANGAN DARI KAMI




.....Perjuangan Telah Bermula.....
.....Demi Memartabatkan Nama Bangsa & Agama.....

Selasa, 4 November 2008

KERJA AKAN BERMULA.....


Setelah habis pemilihan bahagian nampaknya masih ada suara2 halus yg kedengaran. Nampaknya Ketua Pemuda yg baru iaitu Ahmad Idham Yaseer bersama pegawainya masih sibuk utk membentuk barisan exco dan pegawai baru utk menerajui biro2 yg akan ditubuhkan. Byk suara yg kedengaran cuba mempertikaikan kerja KP baru ini. Saya rasa amatlah tidak adil apabila kita menilai dan mempertikaikan kerja KP ini yg baru sebulan dilantik byk perkara yg harus dilakukan beliau. 

Ada juga desas-desus tentang exco2 dan pegawai yg bakal dilantik tidak layak utk mendapat jawatan tersebut. Mungkin ada perkara2 yg tidak ketahui tentang mereka ini dan mesti ada sebab tertentu utk KP memilih mereka ini.
Biro yg ditubuhkan juga turut dikhabarkan tidak sesuai dan NKP menjawat sebagai Biro Agama juga dipertikaikan.

Saya berharap agar lantikan Pengerusi Zon Keramat dari kalangan mereka yg berupaya utk bekerja & menyatukan kembali Pemuda2 di zon keramat. Pengerusi ini dapatlah dikalagan mereka yg menetap di Keramat dan kalau boleh biarlah anak jati Keramat sendiri.

Walaubagaimanapun saya mengucapkan Tahniah kepada mereka yg bakal dilantik walaupun byk khabar angin telah bertiup siapa yg akan dilantik dan Berharap agar KP dapat membuat keputusan dgn bijak dan tetap utk membuat keputusan dan rajin2lah utk mendengar masalah serta rungutan dari pihak bawahan. Jgn pulak lupakan mereka2 ini.

Kepada mereka2 bertanding atau yg pergi ke mesyuarat perwakilan UMNO Malaysia pada bulan mac ini jgnlah asyik sibuk melobi saja sampai lupa dasar2 atau janji yg ditabur semasa kempen utk bekerja utk pemuda Titiwangsa. 

Kita berilah peluang kpd Ajk dan Pegawai2 yg akan dilantik utk bekerja sekurang2nya setahun dan selepas itu barulah kita menilai dan menyuarakan kita tidak setuju atau kegagalan mereka ini bekerja. Saya yakin KP yg baru ini mampu menerima teguran dari pemuda2 Titiwangsa jika ada kekurangan atau kelemahan dalam kabinet beliau. Pemuda2 Titiwangsa juga dapatlah kiranya memberi kerjasama kpd barisan pemimpin baru di Titiwangsa.

Selamat Bermesyuarat utk kali pertama pada 8hb November 2008 utk Barisan Pemimpin Baru Pemuda Tiitiwangsa dan bermesyuaratlah dgn bijaksana.

Foto-Foto Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Titiwangsa Tahun 2008

Untuk 200 Keping Gambar Lagi Sila Ke : http://www.flickr.com/photos/29958236@N04/

Ahad, 2 November 2008

Terima Kasih Kepada Semua

Setelah selesai menjalankan Persidangan Puteri Bahagian dan Persidangan UMNO Bahagian, saya selaku Ketua Puteri UMNO Bahagian Titiwangsa yang baru ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua perwakilan yang telah sudi meluangkan masa berharga mereka semasa bahang sambutan Aidlifitri masih panas lagi pada persidangan puteri yang diadakan pada 11 Oct 2008 (Sabtu) bertempat di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur. Walaupun jumlah kehadiran agak mendukacitakan tetapi saya yakin, sokongan semua ahli-ahli puteri masih kental bersama sayap pergerakan ini. Insya Allah kita perbaiki dalam Persidangan yang akan datang.

Saya berharap, Pergerakan Puteri Bahagian akan dapat meneruskan agenda Memperkasakan UMNO dikalangan Generasi Muda khasnya yang bermastautin di dalam Parlimen Titiwangsa.

Sebagaimana tangan halus itu menggenggam erat tangan ibu/ayahnya bergitulah harapan mereka (anak-anak) terhadap kita sebagai golongan muda yang melahirkan generasi pelapis Melayu yang beragama Islam di tanah bertuah ini. Kita bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak kita, kita harus memastikan bahawa, setiap kemudahan yang kita kecapi hari ini akan dapat juga di rasai oleh anak-cucu kita atau mungkin mereka boleh mendapat kemudahan yang lebih baik setelah ketiadaan kita. (Sementara menunggu berakhirnya umur dunia..)

Dikesempatan ini juga, saya mewakili seluruh Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian merakamkan ”Ucapan Terima Kasih” kami kepada Ayahanda Ketua Bhgn, YBhg Datuk Seri Suleiman Mohamed, YBhg Datuk Hj Johari Abdul Ghani (Timb.Ketua Bhgn), YBhg Sdr Affendi Zahari (Naib Ketua Bhgn) bersama seluruh J/kuasa Bhgn, yang telah banyak membantu kami dalam membentuk pasukan terbaik Puteri untuk penggal yang akan datang ini. Tidak dilupakan kepada Mantan Ketua Puteri Bhgn, Pn Norita Dato’ Jaafar, serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dalam menjayakan Persidangan tahun ini.

Terima kasih kepada Sdr Azharnim Hj Nawawi (Setiausaha UMNO Bhgn) serta seluruh jentera pentadbiran bahagian yang telah begitu banyak berjasa tanpa jemu membantu Puteri dalam setiap program yang diadakan terutamanya sepanjang Persidangan Puteri baru-baru ini. Tidak ketinggalan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada Mantan Pen.Setiausaha Puteri Bhgn Sdri. Norzimah Shamsuddin yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran Persidangan Puteri dari persiapan awal, semasa bulan Ramadhan sehinggalah ke akhir acara dengan dibantu oleh SUK Puteri Sdri. Siti Sarah.

Akhir kata, semoga kita semua akan dapat menJENAMAkan semula UMNO dan mengembalikan semula maruah MELAYU yang semakin menipis didalam hati orang-orang Melayu yang semakin cenderung kepada konsep ”Malaysian Malaysia”..

Jgn besok kita bukan setakat hilang KUASA..malah hilang MARUAH..

yang tinggal..hanyalah... BAJU MELAYU..dan.. KERETAPI TANAH MELAYU (Pada namanya saja...) wallahualam..


HAZARINA ZAINI
Ketua Pergerakan Puteri
UMNO Bahagian Titiwangsa