Ahad, 10 Ogos 2008

Komen yang dipetik dari Artikel" FENOMENA PENCALONAN " SEKAT PEMIMPIN - PEMIMPIN TERTENTU DI WILAYAH PERSEKUTUAN? ADA SESUATU YANG " TAK KENA" ? daripada Anynomus

Anonymous said...

inilah artikel yang saya tunggu-tunggu. memang betul ada para pemimpim menyekat kemaraan pemimpim muda yang lebih berkaliber untuk melaksanakan tugas. ada sesetengah cawangan apabila pemimpin baru dicalonkan maka pemimpin/penyandang jawatan akan melakukan sesuatu untuk menidakkan pencalonan pemimpin baru dan berlakulah teknikal error untuk memberi laluan kepada pemimpin tertentu. dan hal ini berlaku di bahagian titiwangsa. apabila semua jawatan menjadi taruhan kecuali jawatan ketua bahagian. diharap wilayahkini dapat memberikan info mengenai orang - orang yang bertanding disemua jawatan di setiap bahagian yang ada di wilayah persekutuan. jawatan panas = ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, naib ketua bahagian, ketua wanita, ketua pemuda, naib ketua pemuda, puteri.


Jawapan Saya

Untuk makluman Saudara dalam Wilayah, Titiwangsa antara Bahagian yang aman dan selamat... Walaupun ada usaha-usaha mendapatkan pencalonan... mana-mana yang berkaliber boleh buat kerja dan tunjukkanlah sedikit usaha... walaupun ada pergeseran politik tapi masih lagi berlaku dalam suasana kekeluargaan... Bab Teknikal nie rasanya lama dah diaorang tinggalkan pasal game ni tak gentlement langsung... anak-anak Titiwangsa warior open fight tak de masaalah... best man win. Tapi.... kalau adalak orang yang perasan dia pemimpin muda nak memimpin Titiwangsa... perasan banyak kaliber... perasan banyak jasa.... saya harap lu boleh jalan daa... kerana rasanya SI TAMAM pun boleh lawan lu lah... confirm dia menang

Untuk Update semua... saya tak ingat semua cuma yang saya ingat cam nie

1. Ketua Bahagian - Dato' Seri Dr. Suleiman Mohamed - Pencalonan Penuh
2. Timbalan Ketua Bahagian Dato' Johari Ghani ...... - Datok Rosman 14 pencalonan (dah layak bertanding rasanya)
3. Naib Ketua Bahagian Affendi Zahari .............. - Dato' Aziz Jamaludin - 6
4. Ketua Pemuda Bahagian - Idham Yasser ...... - Azizul Rahman 11 (tinggal sikit je lagi)
5. Ketua Wanita - Hjh Khadija Alang - Rasanya Full

(yang..... nie maksudnya calon lawan tolak cawanga yang dah bersidang tak salah macam dah 57 tapi ntahlah)

Ada orang blok ker... kalau ada takkan lepas diaorang nie...

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya adalah pemberi komen itu. terima kasih diatas keperihatinan saudara. saya berharap umno di titiwangsa akan menjadi tunjang kekuatan bangsa melayu di titiwangsa.

Tanpa Nama berkata...

Tahnniah bro.Wilayahkini dan buat breaking news mengenai blog ini.Well done .

Tanpa Nama berkata...

Hebat sungguh usaha ini.Macam adik beradik dengan Wilayahkini.Mungkin boleh jadi cam tu kot.Teruskan .

Tanpa Nama berkata...

tahniah titiwangsakini

cuba saudara chek balik pada cawangan yang telah bersidang. saya ada dengar-dengar mengatakan sekiranya cawangan yang mencalonkan si polan (A) ni dan setelah selesai bersidang, peringkat bahagian akan mencari sesuatu untuk menidakkan pencalonan si polan (A) ini dan memberikan pencalonan kepada orang-orang (B) mereka. ada yang mengatakan supaya ditarik balik pencalonan (A) atau menulis surat untuk memberikan laluan kepada calon (B).

sebelum sesuatu cawangan bersidang sudah berlaku lobi melobi. wang menjadi taruhan untuk membeli undi. disinilah kesilapan besar berlaku. kempen manager memainkan peranan untuk melobi wakil mereka. sekiranya sayap cawangan mendapat habuan besar seperti RM 1000.00 tidak salah kiranya ketua cawangan mendapat lebih dari itu. itu tidak kira ketua cawangan yang seperti lalang. contohnya ketua cawangan akan mendapat habuan dari lawan (A) dan kemudian mendapat pula habuan dari lawan (B). siapa ynag kenyang ??? oarang bawahan melopong dan angkat tangan apabila disuruh. kemudian pergi makan-makan yang sekadar mengaa perut. inilah tektik kotor dunia politik wang. pemuda...........

dan sekiranya bahagian mengetahui yang cawangan akan mencalonkan orang yang bukan pilihan mereka, maka peringkat tertinggi bahagian akan memberikan arahan supaya memilih orang mereka. berlakulah kata-kata jangan lawan tokeh, cuit-cuit bahu, ikut arahan, tolong sokong,cubit-cubit, salah pilih orang dan macam-macam lagi mainan kata. inilah yang saya kata berlakunya "teknikal error"sekiranya tidak memilih orang mereka.

itu belum lagi di peringkat persidangan umno malaysia. habuan yang akan diterima oleh setiap perwakilan tidak terkira. nak kata duit raya, raya dah lepas jadi katalah duit ang pau tahun baru.

saya sebagai orang muda melihat kejadian ini adalah sesutu perbuatan yang terkutuk, berlakunya unsur rasuah, akar umbi tidak dapat memberi pendapat dan memilih calon yang bekaliber, terpaksa menjadi tunggul mengikut arahan orang lain. seperti yang saya katakan sebelum ini yang kaya akan bertambah kaya si miskin akan meminta-minta pada sikaya. budaya ini akan berterusan jika seseorang itu tidak merubah dirinya.

ketelusan amt penting dalam apa jua yang kita lakukan

selepas ini saya akan menjadi pembaca setia blog saudara.

selkian
terima kasih

aileb /

pemuda harapan bangsa

Si Kurap Warisan berkata...

Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada "Wilayahkini" sebab promote blog Titiwangsa kini...

Dengan Pendekatan yang agak berbeza anda dijemput untuk menjadi contributor untuk Laman ini kerana saya percaya anak Titiwangsa bebas mengemukakan pandangannya melalui prepektif dan kefahaman mereka dalam keadaan Titiwangsa itu sendiri...

Justeru itu saya jemput untuk tulis e-mail dan saya akan up kan anda menjadi kontributor

Sekian terima kasih

Si Kurap Warisan berkata...

Sdra.. Ini semua isu yang dibangkitkan oleh general-general...

General bukan calon kerajaan menawarkan habuan paling minima RM 1,000 untuk satu pencalonan... benar apa yang saudara kata... bagi jawatan Ketua Pemuda... RM 500.00.

Sebab musabab tawaran ini dikeluarkan kerana calon yang dibawak oleh General ni adalah calon bermusim... musim pertandingan baru nampak muka nak turun cawangan... Kalau tak mereka akan lebihkan kepada perniagaan masing-masing.... Kalau tak percaya... tanyalah orang yang terlibat masa pilihanraya... bertuah kalau boleh jumpa muka-muka nie... kalau datang pun setakat tunjuk hensem dengan baju linen nya

Titiwangsa ada 87 kalau tawar RM 1,000 baru ada 87,000 dan jawatan KP baru RM43,500.00.

Tapi baru-baru nie saya terdengar bahawa calon-calon nie... tajaan budak hitam KJ... saya dengar Bahagian Pandan dapat RM400,000 dan camtu jugak dengan bahagian gombak... saya rasa Titiwangsa mungkin dapat lebih kerana... Titiwangsa penuh dan kejutan tambahan pula Calon Ketua Pemuda orang kuat Mukhriz... dan tentu ada usaha-usaha untuk memporak perandakan bahagian nie... masih banyak lebih lagi...

Sdra Aileb... ikut yang saya dengar tapi belum pasti lagi hanya 1 Cawangan yang mungkin kena mesyuarat semula... sebab ada ahli yang muflis mengemukan pencalonan... yang lain... terpulang kepada UMNO Malaysia sebab dengar cerita diorang komplen direct... Kalau ada perintah mesyuarat semula dah tentu dari UMNO Malaysia...

Sekian

Tanpa Nama berkata...

emmm........

saya rasa saya tau cawangan mana tu........
saya ada dengar juga, sebab ada member kata yang banyak cakap masa memberi nama calon adalah mereka yang telah muflis. tapi dengar juga cawangan ni yang aktif adalah dikalangan pemuda. dan masa persidangan baru-baru ni mereka tukar ketua cawangan melalui undi ahli. nak kata panas tak juga masa persidangan tue.....

dengar cerita lagi yang kalah tak puas hari. tu sebab diaorang report direct tue. yelah orang yang kecewalah......... atau mungkin dah banyak makan kot....

nak tanya sikit ...
general-general tu sape yea... tak faham lah.

bersama sama menegak maruah bangsa

pemuda harapan bangsa

Tanpa Nama berkata...

Umno Titiwangsa ni dah tak hebat cam dulu lagi..
Cerita je lebih semua makan duit dari ketua bahagian sampai lah AJK cawangan ramai yg kembung perut.
Perjuangan utk rakyat dah berkubur yg ada perjuangan perut masing2...

Tanpa Nama berkata...

Ala general tu Kempen Manager... dlm Titiwangsa yang aktif sekarang nie...

Jeneral Pudin The Great (Dato Rosman), Asst. Jeneral Mat Mahyudin Seng, Jeneral Azmi (wakil zuri atur calon pemuda azizul), Jeneral Along Brahim (tak tau dia bawak sapa kali ni), Jeneral Rosdi Raz (dulu bawak Affendi)

diikutilah dari pemuda, ada Kapten Nan, Kapten Haris (org boboy),, Kapten Prabakaran...

Tanpa Nama berkata...

Lama dah aku jadi AJK Cawangan kat Titiwangsa ni, Cakap baik sikit brader, sampai sekarang aku belum dapat satu sen pun dari Drs. Sulaiman, projek kelas F pun kadang-kadang lalu depan mata je, Kalau aku ikut dia pun sebab dia ok, tak sombong dan masih boleh makan rojak kat tepi jalan lagi,

Pimimpin yang baguzz adalah pemimpin yang berjiwa rakyat la

Tanpa Nama berkata...

Wa sokong lu wak mustar..... wa penah keje bawah Drs Suleiman, dia adalah seorang ketua yg begitu prihatin dgn anak2 buahnya dari segi kebajikan dan sebagainya.....

Tanpa Nama berkata...

Kapten NAN tetap akan berjuang habis-habisan............

Tanpa Nama berkata...

Selamat kpd semua,
Kita Pemuda Titiwangsa amat tertarik dgn perkembangan pemilihan pemuda kali ini.Yg kuat kita dah tahu dan yang cool pun kita dah nampak. Kalau fight secara sihat memang cantik hasilnya.
Pemuda sekarang matang dan dpt melihat ciri2 ketua yg mereka nak. Ada yg banyak idea dan ada yg tak tentu hala.
Ada yg kerajaan dan ada yg swasta. Tp itu semua tak kisah! Yg penting biar mereka bertarung dlm gelanggang pemuda. Baru mereka akan menghidupkan suasana, menjaga pemuda caw dan berminat utk berhubungan. Kalau sorang lapang dada dan sorang tak lepas ke mana, kita pun akan pening kepala.
Aku rasa si azizul lepas utk btanding ... tapi kalau dia kena blok kita pun tak dapat merasa ...
Masing2 pasang jentera, ada yg tua2 dan ada yg muda. Mrk lebih semangat drp calon kekadang.

kita tunggu dan lihat apa akan jadi pada minggu ni. Kalau confom azizul lepas, byk lah lagi keje yg boy kena kipas. Naik pulak semangat si azizul ni dan ramai yg terharu dan sokong dia. Dia ni pun boleh tahan jugak bila kempen, terbakar jugak semangat kita. tak pulak dia bantai sapa2 atau calon lain. boy pun guna plan yang sama tapi lambat panas. Naik ngantuk jugak nak tunggu cerita.

Apa pun forum gi ni kita dpt kongsi bahan dan yg penting pemuda jgn berpecah. Lawan kita galakan! tapi ... ingat apa yg dijanjikan.

Jumpa lagi

impot ekspot ajen

Tanpa Nama berkata...

Hebat sgt ke Kapten Nan tu ?

Mastor Yus berkata...

Walaupun tak suka tapi saya terpaksa bersetuju dengan sebahagian kuote dari "Impot Ekspot Ajen"

Memangbetul pertandingan akan menyemarakkan semangat pemuda dan setidak-tidaknya pemuda cawangan akan dikenali dan ditemui mana taknya nanti tak dapat undi...

Cuma... saya teringat kata-kata teman baik saya sewaktu tu dia jadi kempen manager bagi jawatan Ketua Pemuda... pertandingan sengit sewaktu tu antara Dato Elly Tahir, Affendi Zahari dan Ahmad Zuhri... katanya " perwakilan mintak itu dan ini, macam-macam bagi sikit tak cukup, sebab sebelah sana up lagi, aku dah letih la..., lepas tu ada pulak yang pegang perwakilan by group nak kena kawtim lak dengan diaorang,... ni dah habis 50 ribu ni... dah confirm dah nie kalau menang pun dah sah tak de duit nak buat program"

Rasanya Pemuda Titiwangsa lembik sebab hanya aktif masa pertandingan je.. lepas tu calon KP dah penes sebab dah tak der duit nak buat program... sebab dah bagi perwakilan...

Maka jadilah mereka pemimpin semasa kempen sahaja...

Kita dah tahu dah pemelihan ni takkan clean dah tentu main plitik wang dan atas dasar inilah ianya pada ketika ini tidak digalaakkkan

Tanpa Nama berkata...

Dengar citer orang yang dikatakan muflis tu memegang jawatan tinggi dalam pemuda. Bukan ke kalau dah muflis atau bangkrupt automatik kena lepas jawatan. Betul ke dia muflis atau ini cuma propaganda yang saja dibuat...Tolong jawab

Tanpa Nama berkata...

So sekarang ape citer....azizul lepas ke bertanding...atau idham yasser dah bolot semua....bagus ke idham tu? baguslah kot...atau gunakan pengaruh Datuk Sulaiman untuk menang

Tanpa Nama berkata...

ASSLAMMM..KORANG NI SEBOK SANGAT NAK TENGOK ORG BERTANDING,YG BERTANDING NI BETUL2 KE NAK BUAT KEJE LEPAS MENANG NANTI,JGN SEBABKAN DUIT,LU ORG PEJAM MATA,PERKARA YG TAK BETUL LU ORG DIAM JE..DAH DAH LA TU,BANGSA LAIN DAH BESAR KEPALA,LU ORG SIBUK SESAMA SENDIRI NAK TUNJUK TERROR..