Jumaat, 19 September 2008

SUMBANGAN UNTUK ANAK-ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL BAHAGIAN TITIWANGSA

Ybhg. Dato' Seri Dr.Suleiman memberikan ucapan

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Titiwangsa telah mengambil kesempatan dengan mengadakan satu majlis amal memberi sumbangan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal di dalam Bahagian Titiwangsa. Anak-anak yatim yang di pilih untuk menerima sumbangan ini adalah terdiri daripada anak-anak yatim dari setiap zon seramai 100 orang, manakala ibu tunggal pula hanya seramai 20 orang yang diambil dari kawasan berhampiran. Program ini merupakan acara tahunan yang pasti akan diadakan oleh Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Titiwangsa setiap tahun dalam membantu meringankan beban ibu-ibu tunggal yang mempunyai anak yang ramai. Walaupun sumbangan yang diberikan tidak seberapa, namun sekurang-kurangnya dapat juga mengembirakan anak-anak ini dalam menyambut Syawal yang akan datang. Sumbangan yang mereka terima adalah berupa wang tunai sebanyak RM100.00 seorang, baucer KFC, beras, gula, milo, biskut, maggi dan kuih bauhulu.

















Puan Hajah Hafsah beramah mesra dengan salah Sumbangan disampaikan oleh Dato' Johari
seorang penerima.


Walaupun dalam suasana ekonomi yang tidak berapa baik, namun Pergerakan Wanita UMNO Bahagian tetap juga mengadakan program ini dengan dibantu oleh penderma-penderma yang perihatin dengan perkara ini. Kalau tahun-tahun sebelumnya, pihak kami dapat memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim seramai 200 orang dan juga ibu-ibu tunggal seramai 100 orang. Kekurangan ini disebabkan sumbangan yang pihak kami terima hanya mencukupi untuk membantu seramai 120 orang peserta sahaja.

Turut serta dalam majlis ini Ybhg. Dato' Seri Dr Suleiman Mohamad dan isteri, Dato' Johari Ghani serta Saudara Affendi Zahari. Pergerakan Wanita dan seluruh peserta yang hadir sangat gembira dan mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian Ybhg. Dato' Seri untuk bersama dalam majlis ini walaupun pada masa yang sama beliau mempunyai satu lagi program namun beliau masih ada ruang untuk menghabiskan masa bersama anak-anak yatim ini.
















Sebahagian penerima yang terdiri anak-anak yatim


Insyaallah, di tahun hadapan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian akan mengadakan lagi program seumpama ini mungkin dengan perserta yang lebih ramai dan sumbangan yang lebih lagi di bawah kepimpinan yang baru pula. Ini adalah program anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian di bawah kepimpinan Puan Hajah Hafsah yang terakhir di mana tahun hadapan Pergerakan Wanita akan di pimpin oleh Puan Hajah Khadijah Alang IBrahim pula bersama barisan AJK yang menang setelah Puan Hajah Hafsah berundur memberi laluan kepada Puan Hajah Khadijah.

Ybhg. Dato' Seri Dr. Suleiman Dan Dato' Johari Ghani

Tiada ulasan: