Jumaat, 14 November 2008

Pasar Baru Datuk Keramat Dilema Di Antara Permodenan Dan Komersial

Datuk Keramat 13 November – “Kami bukan menolak pembangunan tetapi Pasar yang dibangunkan dengan kos jutaan ringgit hanya akan menjadi gajah putih sekiranya ianya tidak menepati kemudahan, keserasian bagi penjaja dan orang ramai”


Inilah yang diucapkan oleh salah seorang peniaga yang turut menghadiri lawatan tapak bagi menilai kemudahan di Pasar Baru Datuk Keramat bersama pegawai-pegawai dari pihak DBKL.


Idea lawatan ini dikemukakan oleh UMNO Bahagian Titiwangsa agar pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Kawasan Datuk Keramat bagi mengenalpasti permasalahan yang timbul hasil dari rungutan para peniaga di Pasar Lama Datuk Keramat berhubung dengan kemudahan infrastuktur pasar sebelum mereka semua dipindahkan ke Pasar Baru.


Kepentingan untuk mengenalpasti masalah yang dibangkitkan melalui lawatan ternyata lebih berkesan kerana rungutan para peniaga jelas berasas, kerana melalui tinjauan dan komen dari para peniaga yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dapat dikemukan terus kepada pihak DBKL dan Arkitek yang turut hadir. Di antara isu yang telah dikenalpasti adalah dari segi kemudahan Infrastrukur dan rekabentuk yang tidak bersesuaian dengan kehendak peniaga seperti berikut: -


  • Ram / Laluan untuk ke tingkat 1 lokasi Pasar Basah terlalu sempit serta lorong perjalanan terlalu jauh. Faktor ini menyukarkan urusan pengangkutan barang-barang untuk diangkat naik ke gerai masing-masing di samping mengambil masa yang yang panjang. Bagi mereka yang mempunyai gerai di arah yang bertentangan pula mereka terpaksa melalui jalan yang jauh dan kemudian terpaksa menggunakan lif untuk sampai kegerai mereka. Keadaan ini sangat tidak praktikal.

  • Dianggarkan diantara 2 ke 3 buah lori sahaja yang boleh mengangkut barang menggunakan loading bay sedia ada dalam dalam satu masa sedangkan aktiviti dipasar ini memerlukan lori keluar masuk yang tidak terhad terutamanya diwaktu pagi. Jika masalah ini tidak diselesaikan ini akan menyebabkan kesesakkan jalan raya disekitar pasar keramat. Di samping itu kedudukan platform juga terlalu tinggi dan menyukarkan kerja-kerja pemunggahan barang menggunkan troli.

  • Lift untuk pengangkutan barang terlalu kecil dan

    had muatan terhad. Sekiranya diwaktu pagi keadaan akan bersesak sekiranya setiap perniaga ayam,ikan,daging dan sayur mengangkut barang-barang dagangan mereka dalam satu waktu yang sama. Lift yang sedia adajuga tidak praktikal untuk mengangkut barang muatan yang berat dan ini akan melambatkan proses pemunggahan barang kerana setiap peniaga terpaksa mengangkut berulang-ulang kali menggunakan lif yang had muatan ada lah terhad.

  • Tiada Pusat Penyembelihan Ayam, memandangkan rekabentuk moden tiada tempat tersebut disediakan. Walaupun pihak DBKL telah bersetuju untuk menyediakan tempat tersebut di lokasi Pasar lama namun kebanyakan perniaga merasakan ianya agak menyusahkan mereka.

  • Lokasi dihadapan Pasar Baru yang bersebelahan dengan Petrol Station dan rumah-rumah kedai yang bakal menghalang kelancaran lalulintas bagi kemudahan orang ramai keluar masuk. Bangunan yang wujud disekeliling pasar ini juga menghalang permandangan pintu masuk dan lanskap pasar bagi menarik orang ramai mengunjungi pasar. Peniaga memohon pihak DBKL untuk mengambil alih tanah disekeliling pasar bagi menyelesaikan masalah tersebut.

  • Tempat Letak Kenderaan dan jalan keluar / masuk pasar. Tempat letak kenderaan yang terhad dan jalan yang sempit serta tiada tempat letak lori.

  • Rekabentuk Pasar yang disediakan adalah berkonsepkan hypermarket sedangkan di antara daya penarik pengunjung kepasar sediada adalah berkonsep terbuka dan tradisional. Bagi para peniaga pula konsep hypermarket hanya sesuai sekiranya ianya diurus dan ditadbir oleh satu peniaga sedangkan terdapat lebih daripada 50 ke 100 peniaga pasar basah yang akan berurusan di pasar baru ini dan bakal berhadapan dengangan masalah jadual penghantaran masa beroperasi pengelolaan barang-barang mereka.


  • Para peniaga amat berharap keluhan mereka didengar kerana ada diantara peniaga telah berniaga di Pasar Lama Datuk Keramat melebihi 20 tahun dan bergantung hidup hasil daripada pendapatan tersebut. Jika masalah ini tidak diatasi kegagalan pasar moden disekitar wilayah persekutuan sebelum ini akan juga dihadapi oleh mereka bila berpindah kelak. Dengan perubahan pada infrastruktur pasar ianya akan menarik minat orang ramai mengunjungi Pasar Baru yang serba moden disamping boleh mendapat barangan yang mereka perlukan dibawah satu bumbung.

Lawatan ini berakhir pada jam 12.30pm turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Suleiman Mohamed Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, YBhg Datuk Johari Ghani Timbalan Ketua Umno Bahagian Titiwangsa bersama barisan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa serta Sdra. Mohd Idham Yasser Ketua Pergerakan Pemuda bersama Exco Pemudanya.

30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

projek mega yang terbengkalai lebih dari 5 tahun. Hasilnya juga ketinggalan zaman seusia dengan masa ia terbengkalai. projek yang tidak praktikal. kesesuian bangunan tidak sistematik dengan keadaan jenis perniagaan.

INILAH HASIL YANG DI ILHAMKAN OLEH PARA CENDEKIAWAN DBKL DIDALAM MENGURUS PERANCANGAN UNTUK PARA PENIAGA. MEREKA HANYA MEMIKIR SECARA TEORI SAHAJA YANG NAMPAK "BERJAYA" TETAPI BILA DILAKSANA SECARA RAKTIKAL IANYA "HANCUR" KERANA KESILAPAN TEKNIKAL. DBKL SEPATUTNYA BERBINCANG DENGAN PARA PENIAGA BAGAIMANA NANTI MEREKA AKAN BERNIAGA APABILA DIPINDAHKAN. SEBAB PASAR YANG DIBINA ADALAH PEMINDAHAN DARI PASAR LAMA DATUK KERAMAT. DISINILAH KESILAPAN DBKL MELAKSANAKAN PEMINDAHAN PASAR INI. BUKANYA BILA PASAR BARU DAH SIAP KEMUDIAN SURUH PENIAGA PINDAH.
KEMUDIAN PENIAGA MENGELUH KERANA KURANG ORANG DATANG.

HAL INI JUGA BERLAKU KEPADA PENIAGA-PENIAGA MAKANAN DI KAMPUNG BARU. APABILA MEREKA DIARAH BERPINDAH KETEMPAT YANG TELAH DISEDIAKAN DI JALAN BATU BATA. APA JADI DENGAN MEREKA..... ADA YANG TUTUP KEDAI. KEADAAN KAWASAN DISANA JUGA TIDAK PRAKTIKAL KERANA TIADA MEMPUNYAI RUANG LETAK KERETA YANG MENCUKUPI DAN TERSOROK SEDIKIT DI SEBALIK SUNGAI.

DBKL HARUS MENJADIKAN PERISTIWA KELUHAN PARA PENIAGA DI JALAN BATU-BATA SEBAGAI IKTIBAR DI DALAM MEMBELA NASIB PARA PENIAGA KECIL INI. PERANCANGAN DBKL HANYA BERJAYA DI ATAS KERTAS SAHAJA. TETAPI BILA DIADAPTASI KE DUNIA REALITI..... APA YANG TERJADI.
BILA PARA PENIAGA TIDAK BOLEH BERNIAGA APA TINDAKAN PEGAWAI DBKL!!!!!!! TENTU SAHAJA KELUHAN INI DI TOLAK TEPI ATAU DI BUANG JAUH-JAUH KERANA TIDAK MENGUNTUNGKAN MEREKA. MEREKA UNTUNG APABILA MELAKSANAKAN PROJEK SAHAJA.

DIHARAP UMNO TITIWANGSA DAPAT MEMBANTU EKONOMI PARA PENIAGA KECIL DISAMPING ITU JUGA DAPAT MEMIKIRKAN BAGAIMAN UNTUK MENINGKATKAN EKONOMI PENIAGA DI TITIWANGSA INI.

Tanpa Nama berkata...

DBKL peduli apa, tapi peliklah bila org umno marah kat DBKL..!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

UMNO harus perjuangkan nasib peniaga Pasar Keramat. DBKL ini selalunya bila buat perancangan tidak berbincang kepimpinan UMNO atau BN. Kerana itu ramai orang marah BN, masyarakat ingat keputusan DBKL adalah keputusan kerajaan. Sebab itu ramai berpaling tadah pada pembangkang. oleh itu UMNO harus berjuang !!!!

Tanpa Nama berkata...

Syabas!! kerja telah bermula

Pemuda IKS berkata...

Salam perjuangan,

Syabas diucapkan kepada barisan kepimpinan UMNO Bahagian Titiwangsa kerana dapat menjalankan tugas dengan cemerlang. Tanpa saudara semua, siapakah yang akan membela kesemua peniaga yang terlibat. Berharap UMNO Bahagian Titiwangsa dapat meneruskan perjuangan ini dengan semangat yang jitu.

Pemuda IKS tertanya, apakah tindakan Ahli Parlimen Titiwangsa berkenaan isu ini?

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawngan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

salam perkenalan semua.....

layarilah blog saya www.kampungbarukl.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

salam kpd sume....

siapa yang menang kerusi parlimen TITIWANGSA? UMNO KE PAS? kenapa UMNO yang turun padang untuk kes Dato' keramat ini? Dr. Lo' Lo' sibuk sangat ke uruskan kes Kampung Baru?
itulah persoalan yang bermain2 dalam minda setiap orang terutama sekali saya....

saya tidak pasti sama ada PAS sudah turun padang atau belum untuk kes Dato' keramat ini tetapi kalau dilihat melalui hari di mana UMNO turun untuk membantu kes pasar Dato' Keramat ini menunjukkan belum ada sesiapa lagi yang telah turun padang membantu...

kenapa kes Kampung baru PAS dapat membantu sedang kan kes Dato' Keramat ini yang kecil masalah nye berbanding dengan kes Kampung Baru itu tetapi PAS tidak dapat bantu dengan lebih cekap...
Adakah kes Kampung Baru itu dapat popular kan PAS? kalau tak silap saya Dr Lo'Lo' ada mengatakan bahawa ingin membantu rakyat tetapi kenapa tidak adil? ini sesuatu perkara yang perlu di ubah o;leh sysyem yang di bawa oleh PAS...

saya bukan nak menyebelahi UMNO tetapi daripada permerhatian saya, apabila kerusi parlimen bertukar wakil rakyat dari parti yang lain atau lebih jelas nye PAS, ada bayak kelemahan yang ditunjukkan dalam sistem pengurusan nye.... saya tidak tahu kenapa rakyat boleh berubah pandangan nye sedangkan UMNO telah banyak membantu dan telah menjalankan tugas nye dengan cukup baik...

saya harap untuk pilihan raya ke-13 nanti, rakyat dapat memilih parti yang betul2 dapat membantu rakyat sekali gus memajukan lagi kawasan parlomen TITIWANGSA...

Kepada parti UMNO n PAS pula, jalankan lah tanggungjawab dan tugas anda dengan lebih adil dan cekap demi memartabat kan agama dengan masa yang sama dapat memajukan rakyat dan agama...

thanx... salam...

Tanpa Nama berkata...

Haloooo... Pemerhati yang memberi nasihat.
Bro lu orang mana bro....

Kalau kerana tidak tekanan dari Ahli Parlimen yang ada sekarang, aku rasa Pasar Keramat yang baru ni tak siap kot. Lu tanya sama itu orang keramat... itu pasar sudah berapa lama terbengkalai. Itu Dewan Orang Ramai kat tepi Jalan Jelatik... buat renovation pun terbengkalai, projek pengindahan tasik yang ada kat depan dewan itu pun terbengkali. semua projek ni masa pemerintahan siapa...... UMNO kan..

untuk pengetahuan PEMERHATI YANG MEMBERI NASIHAT sebelum projek Pasar Keramat siap Dr. Lo Lo dah lawat kawasan itu terlebih dahulu demi memastikan projek berkenaan siap dalam tempoh yang telah ditetapkan. tapi bila dah siap siapa yang nak nama PAS ke UMNO....
sistem siapa yang lemah bro.. UMNO dah perintak lebih dari 50 tahun.. tapi masih ada juga projek yang terbengkalai... siapa yang lemah??? UMNO cekap ke???
Zaman UMNO memerintah tak pulak kau bagi NASIHAT kat UMNO... macam ni
Gua bukan nak sebelah mana-mana pihak samada UMNO atau PAS.
Gua bukan ade ape-ape pun kat sini.... tapi bila dah lu keluar kenyataan sebegi gua pun marahlah... kalau lu nak bagi nasihat pikir dahulu... jangan nak hentam kromo saja.

jangan nak tuduh sebarangan bro...

Pasal Kampung Baru....... lu suruh itu orang UMNO settlekan kes kampung baru ni... gua tanya lu lah bro siapa dapat habuan kalau kerajaan buat projek pembangunan kampung baru UMNO ke PAS? sudah tentulah orang-orang UMNO kan bro sebab dana dari kerajaan pusat... kerajaan pusat siapa UMNO ke PAS..... PAS tak dapat ape-ape bro kalau Kampung Baru Membangun.

Lu lain kali kalau nak kata guna otak pikir bro....

gua nak tanya lu satu bro.. KENAPA UMNO KALAH DI PARLIMEN TITIWANGSA?

LU PIKIRLAH SENDIRI

Tanpa Nama berkata...

Allhamdulillah dah fikir dah!!

PAS menang di Titiwangsa kerana 2 elemen. Pertama kerana kemarahan rakyat kepada Pak Lah dan kroni..(bukan pada UMNO) sebab dia cakap dia buat perkara mendapat mandat rakyat jadi rakyat sampaikan suara.. Kedua.. pasal calon Ahli Parlimen yang macam Aziz Satar yang kelakar dan kepakaran sebagai pembancuh bubur.. juga silap Pak Lah dalam memilih calon.. jadi orang protest..

Untuk pengetahuan pemerhati prihatin Titiwangsa nia lebih 50% pemilih duduk luar kawasan.. jadi apa yang berlaku dalam kawasan diorang peduli apa melainkan ikut sentimen Nasional..

Pasar Datuk Keramat dan lain-lain pembangunan di Titiwangsa memang di ilhamkan oleh orang UMNO yang berjuang untuk Agama bangsa dan negara..

Cuma pelan pembangunan dan pengagihan kontrak di uruskan oleh tenaga profesional di DBKL yang 70% daripadanya anti UMNO dan orang kuat pembangkang..

Itu sebab pembangunan yang DBKL buat tidak terancang sebab diorang tak ambil kira pun komen orang UMNO.. walaupun orang kerajaan kemukakan dasar yang baik.. tapi di peringkat perlaksanaan tetap akan di sabotaj..

UMNO tidak punya kuasa terhadap DBKL cuma baru-baru ni jer adalah baiknya sikit Pak Lah sebab melantik Menteri Wilayah.. tapi kadang-kadang sedih juga, surat sokongan nak dapatkan rumah dari Menteri dan Ketua Bahagian dikatakan tak laku dan pernah dikoyakkan oleh pegawai bertugas..

Dan orang UMNO tak pernah dapat Faedah Kontrak dari DBKL pun dimana orang PAS dapat lebih melalui kontak dengan profesional ini. Kita ibarat ayam mati di kepok padi.. projek banyak tapi tengok je la.. Jadi pejuang kat sini tulen dan kerana Melayu dan Agama... kalau projek banyak tak de la kerja jadi penangkap hantu...

Pasal Lo' Lo dah datang melawat tu yang diorang cepat siapkan sebab konon nak bagi kredit kat dia.. tapi malangnya.. Plan tak ikut kemahuan masyarakat Lo Lo apa tau..malu sendiri la.. nak sabotaj orang yang buat kerja..

Ha... Pikirlah Lu Sendiri

Tanpa Nama berkata...

salam kpd sume.....

terima kasih kepada PEMERHATI PRUHATIN yang cuba memberi nasihat kepada saya.....

Untuk pengetahuan anda, memang benar mengenai keterbekalaian pasar Dato' Keramat.....
Tetapi kenapa sewaktu lawatan Dr Lo' Lo' ke pasar beliau tidak melihat dan meanalisa keadaan dan struktur pembinaan pasar itu sendiri....
adakah beliau tidak mengetahui apa sebenarnya apa yang di mahu kan oleh rakyat?
sepatut nya beliau membuat sedikit siasatan atau penyelidikan sebelum beliau meneruskan projek yang terbengkalai itu sama ada ia menepati cita rasa peniaga yang memudahkan rakyat kita ini untuk lebih maju....
Apabila projek sudah siap atas arahan beliau dan projek ini mempunyai masalah, kenapa beliau tidak turun padang? kenapa tidak cuba untuk menyelesaikan kes ini? adakah beliau tidak terfikir mengenai jalan penyelesaian nya seperti mana yang difikirkan oleh pemimpin2 UMNO...

Kalau kita lihat kenapa beliau membentuk jasa untuk meneruskan projek pasar ini kerana beliau baru sahaja dipilih sebagai wakil rakyat...
selepas beberapa bulan menguruskan parlimen TITIWANGSA, nampak nye ini ke yang dikatakan dengan ingin membantu rakyat sewaktu kempen dan sewaktu baru sahaja dipilih sbg wakil rakyat.... membantu rakyat bukan sahaja sewaktu baru dapat kepercayaan rakyat tetapi selagi jadi wakil rakyat selagi tu kita kena bantu rakyat...

kepada PEMERHATI PRIHATIN,
tentang kes Kampung Baru itu, secara faktanya kerajaan telah memperuntukkan kewangan yang tak boleh saya nyatakan di sini untuk membangunkan Kampung Baru...
Tetapi perkara ini telah dibantah oleh pemimpin parti PAS itu sendiri atas sebab beliau yang merupakan wakil rakyat dan beliau ingin meminta tolong pulak daripada negeri lain...
Mereka membuat kertas kerja untuk memberi peruntukkan kewangan sebanyak RM 50000 tetapi pada masa yang sama mereka ingin menghalang bantuan yang ingin diberi oleh kerajaan sedangkan kerajaan memperuntukkan lebih daripada apa yang diperuntukkan oleh KERAJAAN SELANGOR.... akhir nya penduduk tidak setuju dan sekali gus menolak apa yang dijanjikan oleh KERAJAAN SELANGOR.. apa yang ingin dibuktikan sebenarnya oleh PAS atas bantuan KERAJAAN SELANGOR itu???

Sistem pengurusan siapa yang tidak cekap sebenarnya? Apa yang cuba dibuktikan? siapa yang lemah?

Untuk memberi nasihat kepada orang memang pandai PEMERHATI PRIHATIN.. tetapi kalau tidak ada fakta jangan hendak tuju membuta tuli...

apa yang saya sampai kan kali ini bukan sahaja untuk PEMERHATI PRIHATIN tetapi untuk sume orang fikirkan termasuk lah pemimpin sama ada dari parti PAS atau UMNO sendiri...
sekali lagi saya ingin menyatakan bahawa saya tidak menyebelahi sesiapa tetapi apa yang saya sampai kan di sini ialah fakta dan realitinya ... saya telah selidik dahulu sebelum membuat sebarang comment...
jadi sebelum kita buat comment dalam blog ini, kita fikir kan dulu dan cari faktanya.. kalau yak ada fakta, jangan nak membangkang seseorang itu walau pun kita ada hak untuk bebas bercakap tetapi adakah ia berfakta???

Maaf kepada sume atas comment yang terlalu panjang ini tetapi saya harap kita fikirkan bersama-sama...

thanx... salam...

Anak Melayu berkata...

hah..... untuk makluman PEMERHATI PRIHATIN semua projek2 terbengkalai bukan lah YB Lo'Lo tu yg beriya-iya benau perjuangkan. sebenarnya projek tu adalah projek yang telah diluluskan sebelum pilihanraya lagi. cuma ianya lambat dilaksanakan. kita harus sedar kalau tak kerana perjuangan UMNO selama 51 tahun, tak mungkin kita dapat hidup aman seperti sekarang. dan satu lagi kalau kita sesama bangsa melayu yang beragama islam saling tuduh menuduh antara satu sama lain, tak mustahil kaum
lain kat luar yang bertepuk tangan dan bersorak gembira melihat gelagat kita....

Tanpa Nama berkata...

Woiiii korang ni tak habis2 lagi.Pilihanraya dah habislah apsal bangang sgt.Sepatutnya sekarang ni kita sama2 bantu utk majukan Parlimen Titiwangsa dan tolong semua warga titiwangsa tak kira apa ideologi.KAlau nak berparti dan sibuk ngan UMNO atau Pas tunggu Pilihanraya nantilah...
Camne nak majukan melayu sibuk sgt nak berpolitik 24jam...

Tanpa Nama berkata...

Salam kepada semua....

Saya minta maaf sekiranya saya menyebebkan berlakunya ketegangan di sini...

kpd BUDAK TITIWANGSA,
ketegangan yang timbul di sini bukan lah masalah perbezaan ideologi... andan kenafaham bahawa masalah yang timbul ini tentang masalah tanggungjawab...

tanggungjawab yang diberikan tidak dijalankan dengan sebaiknya bahkan mengunakan tanggungjawab yang ada untuk kepentingan individu sendiri...
Dalam ketegangan yang timbul pun soal ideologi. ideologi masing2 yang punya. setiap ideologi ada baik dan buruknya.. tetapi apa yang dibincangkan ialah tentang tanggungjawab...

dah lah tak nak bantu rakyat, lepas itu bile orang lain nak bantu dihalangnya...
apa sebenarnya niat orang yang seperti ini.. nak bantu rakyat ke tak nak? kalau tak nak kenapa sibuk nak jadi wakil rakyat...
satu perkara lagi, kalau kita perlu bantuan orang lain untuk membantu kita kenapa nak jadi juga wakil rakyat.. kalau kita tak dapat nak bantu diri sendiri jangan nak sibuk bantu orang lain.. kita bagi dekat orang yang boleh menjalankan tanggungjawab itu

kalau kita nak bantu rakyat terutamanya penduduk parlimen TITIWANGSA untuk majukan hidup mereka tetapi ada yang menghalang, jadi ape guna nya? dapat ke kita majukan mereka ini? sekiranya ada usaha kita yang dihalang apa yang kita boleh buat lagi?

Saya harap semua faham tentang apa yang saya maksudkan... sekali lagi saya minta maaf tentang perkara ini... tetapi ini lah realiti dan fakta nya...

terima kasih... salam...

Tanpa Nama berkata...

woiiiii pemerhati yang memberi nasihat. UMNO dulu pun tak ada bantu penduduk harap bantu kroni dan ahli aje. kalau ada bantuan pun bukan semua yang dapat. hang nak cerita pasal tanggungjawab kat sini hang cermin muka hang dulu. jangan lah nak tegakkan benang yang basah. hang patut terima kenyataan UMNO kalah... kat dunia ni bukan semua pemimpin itu sempurna dari segala aspek. begitu juga semasa pemerintahan umno di titiwangsa. so sekarang kita harus perbaiki kesilapan itu supaya tidak berulang. harap umno perlu bangkit dari kekalahan teruk ini dan membela nasib bangsa melayu dan jangan pulak kita mencari kesalahan orang lain tapi kita tak perbaiki diri kita... sebabnya apabila kita sibuk mencari kesalahan orang, kita lalai akan tanggungjawab kita.

umpamanya - cuba kita genggam tangan kita dan jari telunjuk menunjukkan orang lain dan tanpa kita sedari tiga jari lagi menunjukkan kearah kita.

Tanpa Nama berkata...

pemerhati prihatin..wah ingat lu sudah salah masuk blog lah.ini blog untuk kita kita orang umno dalam titiwangsa memberi maklumat terkini pada ahli2 nya..lu masuk lah blog Pas Blog PKR ke jangan lah sebuk dengan masaalah orang lu jaga lu punya tepi kain k

Tanpa Nama berkata...

hallo kwn aku rasa blog ni terbuka utk anak @ warga Titiwangsa kesuluruhannya.
Kita kena terima semua teguran yg membina dari semua pihak.
Tak kira UMNO, PAS, PKR, MIC, PPP, MCA atau sapa2.
Jgn pulak cuba nak jadi tuan punya tanak kat sini. kat mykmu bolehlah....

Tanpa Nama berkata...

Salam kepada semua.....

sebelum saya mula, saya ucapkan terima kasih kepada siapa yang nasihatkan saya terutama saudara/saudari yang memulakan ayatnya dengan perkataan 'woiiii'...
cukup indah perkataan yang digunakan untuk menasihat orang... mungkin perkataan itu ada dalam kamus anda....

Memang benar tak ada orang yang sempurna bukan pemimpin sahaja bah kan kanak2 sehingga yang sudah tua...
Tetapi kita kena ingat, turun padang nak jenguk rakyat bukan nya susah pun... nak kata sibuk, bukan nya sibuk mana pun... sibuk ke kat parlimen? apa yang sibuknya kalau keluar dewan dan tak jalankan tanggungjawab pun kat situ...
kalau kita nak bandingkan dengan UMNO, kita lihat bagaimana mereka bantu penduduk Kampung Baru mendapatkan tanah, kita lihat bagaimana mereka bantu peniaga2 Kampung Pandan boleh terus berniaga, kita lihat bagaimana mereka bantu peniaga dan penduduk Dato' Keramat...
UMNO boleh buat sendiri dan tiada pun minta bantuan luar dan dari negeri lain... Tetapi itu bukan masalahnya..

Masalahnya di sini, PAS yang baru beberapa bulan dapat duduk kerusi parlimen TITIWANGSA takkan dah nak tunjuk belang kot???
kalau kita ini baru lagi, tunjukkan yang kita layak dipilih oleh rakyat.. jangan pulak rakyat dah bagi kita duduk kat kerusi parlimen ini, kita terus duduk dan goyang kaki.. itu bukan yang rakyat nak.. setakat turun jumpa penduduk tak boleh ke????

sebenarnya sudah fitrah manusia untuk membandingkan sesuatu perkara yang baik itu.. UMNO sudah lama menguruskan parlimen ini sebab itu lah kita boleh nampak sedikit kesulitan dan ada beberapa masalah... macam rumah kampung lama juga, lama2 bocor kat bumbung, papan patah sana, patah sini...
Tetapi masalah nya PAS baru lagi tak kan ada kebocoran juga??? Kita pun dah tengok yang mereka ini tak dapat tolong rakyat dan mereka ini pun kena minta pertolongan orang lain... Saya harap anda semua faham apa yang saya maksudkan....
DAn untuk pengetahuan anda, UMNO kalah bukan kerana tidak menjalankan tanggungjawab tetapi kerana calon yang bertanding yang dicalonkan oleh perdana menteri kita... Fikir2 kan lah....

Seperti yang saya commentkan sebelum ini, ini fakta dan realitinya... rakyat kena buka mata dan bangun dari tidur lama itu.. memang ad rakyat yang dah segar tetapi masih ada lagi yang tidur... BANGUN........

Saya harap kita semua dapat berfikir demi memajukan da memartabatkan agama, rakyat, bangsa dan negara....

Terima kasih.... salam...

Tanpa Nama berkata...

Orang UMNO dengan orang PAS sama saja. Semua kerana Wang, pangkat dan Nama. Semua pandai cakap sahaja. Realiti nya semua x boleh pakai. Inilah masalah nya dapat PM tidak bijaksana. Bapak kencing berdiri anak kencing berlari. PAS pulak mau menang sanggup bersengkokol sama DAP. Janji tinggal janji. Bila sudah dapat, x tahu mau buat apa. Bangang punya orang. Rakyat juga yang kena, susuah dan melarat. Tapi ini orang ada susahkah?? Ada melarat kaa? cisssss podahhhh.

Tanpa Nama berkata...

UMNO = RASUAH
RASUAH = UMNO
POLITIK = RASUAH
RASUAH = POLITIK
UMNO RASUAH UMNO
RASUAH UMNO RASUAH
POLITIK RASUAH POLITIK
RASUAH POLITIK RASUAH

AKAR UMBI = TADAH TANGAN

Tanpa Nama berkata...

ni sapa pulak ni

Tanpa Nama berkata...

Salamz...

Tak kisahlah PAS ke UMNO ke janji Melayu... jangan lupa tu... jangan sampai kita berbecah dan orang lain yang terima faedah... jadi apalah kejadahnya...

Politik ni cuma alat untuk berjuang kalau kita tetap junjung perjuangan orang Melayu sudah nya kita akan bersatu juga akhirnya...

kalau UMNO rasuah hari ni tak kurang juga dengan PAS dan KEADILAN sebab yang mencetuskan kerosakan ini namanya manusia yang tamak dan haloba... janganlak kata bahawa orang-orang dalam politik bebas dari kelakuan ini.. bezanya antara banyak dengan tidak... ramai halinya besarlah ceritanya.. kecil ahlinya kecillah ceritanya..

Tanpa Nama berkata...

Salam kepada semua....

selagi lagi saya bagi comment dekat sini...
tak payah la kita nak cakap tentang rasuah di sini... kita tak ada bukti pun nak cakap... kita boleh bercakap tetapi kita tak dapat nak buktikan..
inilah cara yang dibawa oleh ketua pembangkang kita.. dan orang2 yang berfahaman seperti beliau ini lah yang selalu ketengahkan isu rasuah tetapi tak ada bukti pun... cakap je yang UMNO main rasuah tetapi beliau tak sedar bahawa beliau sedang guna kan cara dan konsep rasuah itu cuma rakyat sahaja yang tak perasan...
Cuba kita lihat bagaimana ketua pembangkang ini nak tarik ahli2 parlimen, beliau tawarkan kerusi dalam kabinet... kan itu rasuah tetapi cuma orang tak perasan je... jangan cakap dekat mulut je nak cegah rasuah tetapi tangan buat buat sebaliknya...

tentang hal melayu ini, siapa yang buat melayu pecah kalau bukan pembangkang juga.. UMNO sentiasa pertahankan hak melayu tetapi tak ganggu hak kaum lain pun...
jangan lah kita bangkit kan isu perkauman di sini.. nanti lain pulak cerita nya... kita tak boleh kacau kaum lain tetapi kaum lain boleh pula kacau kaum melayu... itu lah yang pelik tu...

Jangan lah kita berpecah walaupun kita mempunyai mempunyai fahaman politik yang berbeza... jadikan lah politik ini sebagai tempat perjuangkan agama,bangsa,rakyat dan negara tetapi bukan landasan ke arah perpecahan orang melayu dan rakyat...

terima kasih... salam...

Tanpa Nama berkata...

"kita tak boleh kacau kaum lain tetapi kaum lain boleh pula kacau kaum melayu... itu lah yang pelik tu..."

satu kenyataan yang cukup bagus... kita ni majoriti orang sentiasa ingat yang banyak itu selalu menindas yang sedikit dan sekiranya walau banyakmanapun keadilan yang dipertontonkan tetap tak cukup juga sebab sebenarnya yang sedikit nak cuba pijak kepala yang banyak dan keuntungannya lebih dan berganda-ganda... manakala yang banyak hendak berlaku adil silap haribulan hak yang ada pun dibagi pada yang lain...

Minoriti ni memang suruh kita berpecah sebab apabila yang banyka berpecah jadilah ia serpihan minoriti-minoriti atau yang sedikit .

Sebabtulah nak kena ingat banyak-banyak

Tanpa Nama berkata...

SALAM SEMUA...BAGI YG TIDAK TAHU MENGENAI PASAR KERAMAT JGN LAH CAMPUR HAL2 TU DAN TUDUH YG BUKAN2...DI SINI KITA PERJUANGKAN HAK ORG MELAYU DI PASAR KERAMAT BUKAN NAK TUNJUK PEMENRINTAHAN SAPER YG MENGUSAHAKAN PASAR TU..JGN INGAT UMNO TAK BUAT KERJA...MASALAH NYER DBKL YG BYK MAIN..TAK NAK DENGAR PANDANGAN PERNIAGA2 PASAR KERAMAT..TIBA2 ADA MAMAT YG BERIA2 MENGATAKAN USAHA DR LO LO...JGN LAH MENGELUARKAN FAKTA YG TAK BETUL..AKU HERAN DGN ORG PAS..APA UMNO BUAT PERKARA BAIK UTK ORG RAMAI..SEMUA TAK BETUL BAGI ORG PAS..PAS SAJE YG BETUL..PAS NI CITER PASAL ISLAM TAPI BYK BERWAYANG KERANA PARTI..UDAH2 LA..YG BAIK KITA KENA TERIMA DGN IKHLAS..JGN LAH NAK MEMUTARKAN CITER..KITA SESAMA ISLAM MEMPERJUANGKAM HAK ORG MELAYU..TAKDA KAUM LAIN YG DTG NAK BANTU ORG MELAYU..KAUM LAIN NAK MENJAHANAMKAN ISLAM N ORG MELAYU DAH PASTI..SALAM KPD PEMERHATI PRIHATIN BILA BERCAKAP TU SILA KAJI FAKTA2 DAHULU..JGN LAH KITA MENDABIK DADA DGN APE YG KITA DAH BUAT..OK

Pemuda IKS berkata...

Salam perjuangan,

Pemuda IKS berharap saudara semua dapat membincangkan isu ini dengan matang dan profesional. Jangan menunjukkan sikap buruk kita yang menyebabkan orang lain memandang serong terhadap perjuangan kita. Selamat berjuang!

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

Dato' Keramat berkata...

Terima Kasih Pemuda IKS kerana mengingatkan,
Jgnlah kita menyalahkan sesiapa diatas perkara ini biarlah PAS nak cakap apapun jika betul Dr Lo'Lo membantu menyelesaikan masalah Pasar Keramat saya bersyukur jgnlah pulak kita mempertikai betul atau tidak. Kita harus terus bekerja kerana saya merasa amat pelik disini bila ramai yg mengatakan DBKL tidak bekerjasama dgn peniaga & umno di keramat.
Apapun saya amat berharap agar Pasar Keramat jgn jadi projek Gajah Putih sudahlah.....

Tanpa Nama berkata...

haloo brooo........

mana lu punya web site www.pemudatitiwangsa.com hari tu dengar citer nak lounch end of november 2008. now disember... cakap bukan main lagi riuh.....

Tanpa Nama berkata...

kepada semua

malam ini ada satu perjumpaan KP, NKP dan barisan exco dengan pemuda dari zon kampung baru. diharap semua pemuda dari zon kampung baru dapat menghadirkan diri. dari zon lain tak taulah pulak. yang tau hanya zon kampung baru sahaja.

masa 8.30 malam
tempat dewan kampung paya

Tanpa Nama berkata...

salam bro.... laman web pemudatitiwangsa.com blum dirasmikan tapi dh boleh dilayari... lu taip la pemudatitiwangsa.com selamat melayari web tersebut, any comment, sila comment dlm web tersebut.
MALAM INI 3/12/2008 MAJLIS PERJUMPAAN KP,NKP & EXCO PEMUDA BHG BERSAMA PEMUDA ZON DATO KERAMAT AKAN DIADAKAN HARAP SEMUA PEMUDA DARI ZON DATO KERAMAT AKAN DAPAT HADIR BERAMAH MESRA BERSAMA MEREKA. TUNJUKKAN PADA ZON LAIN YG KERAMAT JUGA BERSATU.. pemuda dr zon lain jika nk dtg dialu alukan

MASA 8.30 MALAM
TEMPAT DI PEJABAT ZON DATO KERAMAT@dewan fadil hehehehe...

Tanpa Nama berkata...

asalamualaikum, maaf sekiranya pandangan saya ini menguris hati pembaca blog ini. saya hanya nak memberi pandangan penduduk kg dato keramat. persatuan penjaja pasar datuk keramat jangan lah mengambil kira kepentingan penjaja & peniaga2 daging, ikan & sayur saja, kepentingan peniaga barangan kering juga harus diperhatinkan juga. setahu saya peniaga2 barangan kering mahu berpindah ke mall yg baru jangan lah dihalang kerna mereka ini bersetuju untuk berniaga ditempat yg baru. tempat baru lebih selesa bagi mereka dan peniaga2 ini mahukan perniagaanya berkonsep moden. kita kena lah bersyukur dengan pembangunan pasar baru tersebut, yang penting semua mesti menukar cara perniagaan diera 2020, ni asyik nak meniaga tempat seperti zaman kuno, dbkl / kem wp telah bersetuju untuk membantu menambah rm10juta bagi kerja2 tambahan untuk menaiktaraf pasar basah patut kita berterima kasih dan memberi kerjasama dgn mereka dan bukanya menyusahkan perlaksanaanya. pandangan saya sekira peniaga yg tidak mahu berkompromi jangan lah dilayan kerna masih ramai lagi peniaga2 diluar yang mahukan tempat untuk berniaga di pasar baru datuk keramat. setahu saya peniaga yang ada sekarang mempunyai lebih daripada 2unit kedai - 8 unit kedai , kita kena lah adil dan beri juga peluang kepada yang ingin berniaga, ini asyik2 tauke lama yang tak pernah bersyukur2 untuk membuat keuntungan, mereka2 ini sepatutnya telah menjadi tauke besar dan bukanya berniaga dipasar datuk keramat, sekurang2nya ada perubahan dan menjadi ahli koprat berjaya. PENIAGA2 PASAR DATUK KERAMAT KENA LAH SEDAR DIRI & BERSYUKUR ITU YANG LEBIH AFDAL...