Selasa, 4 November 2008

KERJA AKAN BERMULA.....


Setelah habis pemilihan bahagian nampaknya masih ada suara2 halus yg kedengaran. Nampaknya Ketua Pemuda yg baru iaitu Ahmad Idham Yaseer bersama pegawainya masih sibuk utk membentuk barisan exco dan pegawai baru utk menerajui biro2 yg akan ditubuhkan. Byk suara yg kedengaran cuba mempertikaikan kerja KP baru ini. Saya rasa amatlah tidak adil apabila kita menilai dan mempertikaikan kerja KP ini yg baru sebulan dilantik byk perkara yg harus dilakukan beliau. 

Ada juga desas-desus tentang exco2 dan pegawai yg bakal dilantik tidak layak utk mendapat jawatan tersebut. Mungkin ada perkara2 yg tidak ketahui tentang mereka ini dan mesti ada sebab tertentu utk KP memilih mereka ini.
Biro yg ditubuhkan juga turut dikhabarkan tidak sesuai dan NKP menjawat sebagai Biro Agama juga dipertikaikan.

Saya berharap agar lantikan Pengerusi Zon Keramat dari kalangan mereka yg berupaya utk bekerja & menyatukan kembali Pemuda2 di zon keramat. Pengerusi ini dapatlah dikalagan mereka yg menetap di Keramat dan kalau boleh biarlah anak jati Keramat sendiri.

Walaubagaimanapun saya mengucapkan Tahniah kepada mereka yg bakal dilantik walaupun byk khabar angin telah bertiup siapa yg akan dilantik dan Berharap agar KP dapat membuat keputusan dgn bijak dan tetap utk membuat keputusan dan rajin2lah utk mendengar masalah serta rungutan dari pihak bawahan. Jgn pulak lupakan mereka2 ini.

Kepada mereka2 bertanding atau yg pergi ke mesyuarat perwakilan UMNO Malaysia pada bulan mac ini jgnlah asyik sibuk melobi saja sampai lupa dasar2 atau janji yg ditabur semasa kempen utk bekerja utk pemuda Titiwangsa. 

Kita berilah peluang kpd Ajk dan Pegawai2 yg akan dilantik utk bekerja sekurang2nya setahun dan selepas itu barulah kita menilai dan menyuarakan kita tidak setuju atau kegagalan mereka ini bekerja. Saya yakin KP yg baru ini mampu menerima teguran dari pemuda2 Titiwangsa jika ada kekurangan atau kelemahan dalam kabinet beliau. Pemuda2 Titiwangsa juga dapatlah kiranya memberi kerjasama kpd barisan pemimpin baru di Titiwangsa.

Selamat Bermesyuarat utk kali pertama pada 8hb November 2008 utk Barisan Pemimpin Baru Pemuda Tiitiwangsa dan bermesyuaratlah dgn bijaksana.

50 ulasan:

Mastor Yus berkata...

Tahniah Sdra. Idham, rangkalah strategi yang terbaik, kalau asyik nak dengar cakap orang sampai habis kerja tak jadi..

Tanpa Nama berkata...

Maaf saudara Idham atau dikenali sebagai nama Boboy..Saya bukan nak kritik atau memendang rendah pada u tapi desas desus exco lantikan yang awak lantik langsung tak akan dapat membuat perubahan pada Pergerakan Pemuda UMNO Titiwangsa..si Shahnaz tu mungkin adalah sikit guna nya dari yang dua tu..si sapa nama dia Ketua Pemuda Per.jalan Pegawai tu..apa sumbangan beliau sepanjang sebagai Ketua Pemuda Cawangan tak ada pun hanya nampak bila mesyuarat je dan lagi satu sapa nama si bandut dari cawangan jalan Kent bila beliau jadi exco sessi yang lalu apa sumbangan dia ashek try orang je dah lah tu mulut macam puk....mak
apalah Boboy tak ada orang lain ke cuba lah ambil balik razali thusan ke, Jamarul ke, eddy mimi ke ,aznan ke, turino ke, shuhada ke, ferdi akmal ke, latiff hassan ke, fitri ke, zakry ke dan ramai lagi yang berkebolehan ni one eye jack dan si clown jln kent tu..u masih ada 4 hari untuk fikirkan bukan untuk u tapi untuk Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa..fikir-fikirkan lah...sesal dulu sesal kemudian tak berguna..Jumpalah orang lama-lama untuk pandangan contoh abang kidam ke, azmey ibrahim ke, attan boss ke, abang man gajah ke banyak orang lama-lama yang boleh um jumpa untuk pandangan..ok lah Boboy u skang dah jadi KP..belum rasmi pun orang luar dah gelakkan u orang luar tak apa ni dikalangan exco yang menang bertanding pun mengelakan u..tah lah u fikirlah masak2 sebelum membuat keputusan yang salah dan nanti di cemuh orang..

Tanpa Nama berkata...

tahniah boboy diatas kejayaan anda. kembalikan semula parlimen titiwangsa kepada barisan nasional. dimana sekarang ini ramai pengundi-pengundi muda yang mengundi. segala perangan untuk pru ke 13 harus bermula dari sekarang.

pemuda harapan bangsa

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Boboy,

Selamat menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab kepada Agama & bangsa & negara

Betol ckp Pendekar Mastor tu..eh! Jedi Mastor tu.. Kalau nak dgr komen org.. sampai bila pun la tak jadi koje..

Pisau & mentimun kat tangan ko skrg nie.. pandai2 la..ko bentukkan..jgn pisau makan tangan sendiri udahhh...

Tanpa Nama berkata...

Kita tunggu apa yg akan dibawa pada 8hb ni.

Mastor Yus berkata...

ha.. siapa yang kena lantik oleh Idham haruslah pandang serius kerana jelas dia memperlekehkan kebolehan anda...

Berilah Idham kebebasan untuk membuat pilihan, Ini Kabinet dia kalau pemantau tak puas hati penggal depan bertandinglah pulak ketua pemuda..

Idham selamat berjuang..

Dato' Keramat berkata...

Betul Jedi mastor sekarang saudara idham yg jadi KP dia layak utk lantik sapapun baik atau buruk dia yg bertnggungjawab.
utk sapa2 yg tak puashati bolehlah buat kerja utk 3 tahun lagi utk lwn KP.

Tanpa Nama berkata...

NKP jd biro agama? bio betullllllll

Tanpa Nama berkata...

jedi mastor jangan lah ampu sangat si KP tu..kau nak bertanding apa akan datang..ingat dengan ampu KP tu kau ada harapan nak bertanding akan datang..sorry bro..belum lawan belum tau..haa..kalau sokong membawa rebah apa cerita..tapi tak apa kalau jedi mastor dah sokong tu ok lah tapi saya ingatkan awak..andaian dengan lantikan exco tambahan ini akan menghancurkan masa depan Pergerakan Pemuda UMNO TITIWANGSA saya akan salah kan awak dan awak lah yang akan di pertanggungjawap atas kegagalan beliau..sebab nila setitik santan sebelanga akan rosak..sesal dulu sesal kemudian tak berguna nasi dah jadi bubur..ingat selagi titiwangsakini ni ujud saya akan pantau sampai kehujung penggal walau pun selama itu..

Mastor Yus berkata...

Janganlah kita berlagak menjadi tuhan seolah-olah kita tahu hala tuju baik dan buruknya seseorang, Kita bercakap tentang masa depan dimana ianya adalah hak tuhan.. kalau hebat mana sekalipun kita hanya punya firasat dan pandangan makrifat.. sedangkan Jedi pun tak claim boleh tengok masa depan..

Pemuda UMNO Titiwangsa tidak akan hancur dan musnah kalau kita semua sepakat untuk memulihkan maruah UMNO dan Titiwangsa dan gembeling tenaga bagio menjadikan UMNO tetap releven dari dulu, kini dan selam-lamanya sebagai wadah perjuangan orang Melayu..

Oleh itu masa depan bermula disini.. sepakat kita.. tegaklah bangsa kita.. terlebih berpolitik, berpecah belah, mengadu domba, maka percayalah kelamlah masa hadapan kita...

Terlalu banyak berpolitik atau berkata-kata tidak memberi faedah sebaliknya buang yang keruh.. ambilah yang jernih.. mudah-mudahan masa hadapan yang lebih baik menanti kita..

Saya tidak mengampu, kerana ianya adalah perbuatan yang tidak berfaedah, sebaliknya buat Idham saya punya harapan dan amat berharap dia boleh membawa kebangkitan semula dalam Pemuda,

Justeru itu saya bersamanya...

Tanpa Nama berkata...

hai Jedi mastor kenapa sensitif sangat..ingat Jedi Mastor manusia merancang tuhan menentukan jadi kalau perancangan dan persiapan tu tak cantik bila di hentam orang nanti nak salahkan tuhan..memang kita tak boleh pandang apa yang akan berlaku pada masa depan tapi sekurang kurangnya kita buat perancangan dan perancangan perlu di buat dalam satu kumpulan bukan perancangan sendiri..sebab apa..tak percaya pada orang2 sekeliling..Saya rasa Jedi Mastor ni bijak orangnya tapi tak sebijak yang saya sangkakan..ok lah Jedi Mastor awak menang lah saya pemantau pemuda akan sentiasa memantau gerak geri pemuda selepas esok mesyuarat pertama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa..

Tanpa Nama berkata...

salam.... sahabat2 blok. ni ape cite tk abis2 ni... asyik nk hentam org je... kejenye, udah2 la tu skang ni ada baiknye kite fikirkan utk menyatukan pemuda titiwangsa kembali. Buat barisan kabinet pemuda yg baru yg akan bermesyuarat sabtu ini saya ucapkan selamat... buat KP ketepikan ego anda, buat NKP juga ketepikan ego anda, Kpd barisan exco lu pikir la sendiri....yg mana baik yg mana buruk

Tanpa Nama berkata...

Selamat Meneruskan Perjuangan Sdra Idham Yasser.

NKP ... semoga dpt berkerjasama denga KP

Pegawai2 yang dilantik ... semoga dapat mendukung kepercayaan KP bagi menjalankan tugas

Exco exco .... jgn telalu banyak nak berpolitik ... masa buat kerja sekarang

Tanpa Nama berkata...

KP dan NKP mesti selaras dan ajk/exco jangan ada puak..ni puak-puak yang merosakan seluruh barisan pergerakan pemuda umno kita sendiri..walau pun ada bunyi2 sumbang tapi tak apa terus kan perjuangan yang masih belum selesai..dan saya sendiri pun tak tahu perjuangan apa yang tak selesai-selesai sampai sekarang..s

Pemuda IKS berkata...

Salam perjuangan,

Kami di Bahagian Batu dah setel perlantikan pegawai baru dan penubuhan biro. Alhamdulillah. Berharap perlantikan di Pemuda Titiwangsa berjalan dengan lancar.

Persoalannya, adakah KP menjaga kepentingan pergerakan atau semangat setiakawan? Pegawai yang dilantik semestinya individu yang mudah berurusan dengan KP. Baru senang nak wat keje. Tapi kalau calon-calon yang KP senaraikan adalah member-membernya yang tak boleh pakai, tak jadi jugak. So, KP kene lantik dengan bijaksana. Cari jalan nak bagi balance due-due kepentingan ni.

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

sahabat gunung berkata...

Assalammualaikum.

Tahniah buat sahabat dan saudara saya... Saudara Idham Yassier selepas terpilih sebagai KP Titiwangsa.

Juga buat NKP dan semua yang telah terpilih sebagai barisan AJK Pemuda UMNO Titiwangsa buat sepenggal yang akan datang.

Masa untuk berpuak, sudah tiada tetapi kini masa untuk kita kembali bersama, memastikan keperkasaan UMNO dan BN, khususnya di Titiwangsa dan Wilayah amnya, agar kita kembali mendapat tempat di hati orang Melayu, khususnya orang-orang muda.

Jangan fikir, kita masih kuat.Masa untuk kita mendabik dada, sudah tinggal kenangan tetapi inilah masa untuk kita menilai kembali perjuangan dan pendekatan kita.

Kalau asyik nak berpuak, cari salah orang dan tutup salah sendiri selain jadi batu api yang bertujuan untuk memecahkan kita, contohnya menjadikan isu NKP Titiwangsa sbg Pengerusi Biro Agama, macam nak meletakkan perasaan marah NKP kpd KP, itu tandanya kita nie BATU API yang seharus dilupuskan dalam UMNO.

Apa Biro Agama tak penting ker? Kalau saudara fikir Biro Agama tak penting, itu tandanya saudara sudah jauh dari perjuangan dan dasar UMNO...bahawa kita berjuang untuk agama, bangsa dan negara.

Fikir-fikirkanlah. Sudah tiba masanya kita kembali bersatu, bukan semakin menjauhkan diri dari perpaduan, ini juga masa untuk kita menjauhkan diri dari BATU API, sebaliknya masa untuk jadi PENYAMBUNG PERSAHABATAN antara mereka yang berpuak-puak sebelum ini, untuk menjadi satu pasukan yang kuat.

Sekadar mencelah.

Tanpa Nama berkata...

Dengar cerita sdr Man kering di lantik jadi ketua penerangan,betul ke? Hari tu mati-matian dia kata tak nak jawatan tu.Putar alam betul la mamat ni.

Tanpa Nama berkata...

SAHABAT GUNUNG

KALAU AGAMA PENTING DAH LAMA BN HARUS WUJUD KEMENTERIAN KEAGAMAAN

LAIN KALI TUDING ORANG LAIN........
FIKIR DAHULU .........

Tanpa Nama berkata...

ada kata NKP tu style dia ala-ala KJ..

betol ke dia yg selama nie bwk KJ diam2...? kesian Azizul kene tuduh masa bertanding aritu..

hah!sapo nak jawap tu? Lu pk la sendiri..

Tanpa Nama berkata...

nampaknya takde yg sudi berikan senarai penuh AJK Pemuda Titiwangsa ataupun diaorg ni buta IT kut...

Tanpa Nama berkata...

Takde program lagi ke dari Pemuuda Titiwangsa.
Sampaikan Gotong royong kat Kg Baru dgr cerita 3 orgg ajk je hadir,KP pun cuma hantar wakil je betul ke?

Tanpa Nama berkata...

KDP SDRA KETUA PENERANGAN PEMUDA TITIWANGSA,BILA BERTUTUR LIHAT2 SEKELILING,JGN DEKAT SINI LAIN DEKAT SANA LAIN,MULUT TOLONG ZIP SIKIT,JGN NAK MERAPU2,OK TU JE NASIHAT TEMAN YOB,TERIMA KASIH.

Tanpa Nama berkata...

ada komen2 yg dtg harus di ambil kira..jgn pekak kan telinga..tunjukkan yg pemuda2 masa ini ada kualiti utk bangsa,agama dan negara..bila ada yg berkata pemuda skrg tak sama mcm pemuda2 zaman 80an..buktikan lah pd mereka..yg penting bersatu baru jadi jentera yg kuat..kpd kp,nkp dan exco pemuda yg menang dan yg di lantik..buat kerja bro..jgn mengulat..exco ni bukan nak tunjuk gaya bro..kerja kuat..ada program turun..lebih byk mendekati org ramai..jgn nak berlagak..tak tahu kena bertanya..jgn jadi sombong bodoh...gue harap barisan pemuda kali ini takkan jadi mcm barisan pemuda yg lepas2..gaya je lebih..habok pun tarak..bersiap sedia utk PRU13..yg tak lengkap sila lengkapkan..pastikan mengundi di parlimen Titiwangsa..okey

Tanpa Nama berkata...

betul tu bro.. jsngsn masa nak bertanding jer nampak muka.. bila dah dapat mata pun tak nampak.. sebab dah jadi ninja

Tanpa Nama berkata...

salam kpd sume,

tahniah kpd sesiape sje yg tlh menang dan juga kpd yg tlah d'pilih sbg exco pemuda TITIWANGSA...

Apa yg cube sy sampai kn, ble kite dah dpilih ingatlah bahawa KP tlah memberikan kepercayaan kpd kite...

tidak kire lah anda layak or tidak layak... yang penting tanggungjawab n amanah tetap wajib djalankan...

mungkin ada yang tidak setuju dgn pemilihan exco2 bru... jd apa yang perlu dlakukan skrangialah anda kena jalan kan kerja untuk kembalikan kepercayaan mereka...

lastly, klu keje tak jalan, saya yakin n pemilihan setrusnya jangan nak berangan anda dpilih kembali...

fikir2 kan lah n renungkan lah.... thanx... salam....

Anak Melayu berkata...

"Gotong royong kat Kg Baru dgr cerita 3 org ajk je hadir,KP pun cuma hantar wakil je betul ke?"....

TAK PERNAH DGR PULAK KAT KG BARU aDA GOTONG ROYONG.... KALAU BETUL ADA PROGRAM TERSEBUT SILA KEMUKAKAN TARIKH, MASA DAN TEMPAT PROGRAM ITU DIADAKAN....

Anak Melayu berkata...

Bukan tak sudi nak berikan senarai penuh AJK Pemuda Titiwangsa ataupun buta IT.. sebelum nak buat apa2 perkara yang penting haruslah mendapat persetujuan dari Sdra. KP dulu. baru la dinamakan KEPIMPINAN. kalau buat sesuatu perkara tanpa mempedulikan KP kan itu namanya kurang ajar...dan tak menghormati ketua. jadi saya harap bersabar. lambat laun ianya akan dipamerkan di TITIWANGSAKINI. Sekian....

Tanpa Nama berkata...

yelah nak tahu juga barisan exco yang menerajui pergerakan pemuda bahagian titiwangsa.

Tanpa Nama berkata...

salam, yg ko nk pertahankan sgt KP tu pasai apa ? mmg betui apa ada gotong royong kat kg baru , tk silap aku 2hb november... so anak melayu77 hang nk jwp apa ?

KAMPONG BAHARU........ KAMPUNG KU berkata...

salam perkenalan

Anak Melayu berkata...

kpd akar umbi...

kalau betul ada program gotong royong kenapa x dimaklumkan lebih awal??? kita ada 10 org exco pemuda termasuk sorang NKP dari kg baru. sorang pun x maklumkan ada program tersebut.... so lain kali kalau ada program di kawasan saudara sila maklumkan dan hantar surat jemputan program. kalau KP x turun, saya sendiri akan turun untuk bersama2 membantu...

Tanpa Nama berkata...

hai...macam mana ni.baru satu program di buat di Kg.baru dah kelam kabut..itu lah..orang nak bertanding awak nak bertanding..Ni mana pergi exco ke ekor ke ya ya itu hari cakap pemuda Kg Baru mula bangun..bangun apa bangun dari tidor..program sebesar tu hanya 3 orang exco yang datang..dan KP hanya hantar wakil..apa ni program pertama dah hantar wakil..nampak nya..gagal dan akan terus gagal..DoDo bagi lah peluang pada dia..tapi kalau nak tahu dia tu memang mulut begitu so jangan hairan lah..Sebagai Ketua Penerangan PERGERAKAN PEMUDA UMNO TITIWANGSA beliau kena banyak bercakap ialah beri penerangan cuba kau tanya dia lagu UMNO dan lagu PEMUDA dia hapal tak..saya potong jari lah kalau dia hapal..oh ya Spy kamu panggil ketua Penerangan tu apa man kering..tak baik lah kau ni..ok lah cerita banyak pasal pemuda ni buat aku mual jee

Tanpa Nama berkata...

sekarang ni kalau ada apa apa masaalah pada sapa kita orang nak rujuk..sapa SUK pemuda kali ni dulu tak tahu sapa ingat si bustamam mungkin sessi ni bustamam jugak kot..Pemuda dah ada Pejabat ke? kalau ada kat mana dan apa alamat dan no.tel nya..ok thank u

Tanpa Nama berkata...

kepada sdra. upin, SUK PEMUDA kali ni nama dia HARRIS. Kalau x silap dia keje kat pejabat Ketua UMNO Bahagian di Desa Pandan. jadi kalau nak kenal dia, cuba la tanya exco2 yg menang no. talipon dia. Mekasih.

Tanpa Nama berkata...

anakmelayu77 kalau anda seorg exco anda memang banggang tahap dewa.sampai aktiviti dlm titiwangsa pun tak tahu.
Tahniah kpd yg telah memilih exco sebigini nescaya pas akan terus menang lagi.
KAlau setakat senarai nama exco pun nak kena tanya kp dan ambik masa sampai berminggu2 baik memang sahlah exco dan semua pegawai pemuda titiwangsa ni mcm keldai..
keja utk org bawahan bukan utk kp. kp bayar gaji korang ke.....

Tanpa Nama berkata...

wah.... cantik bahasa ko kakijilat.. PAS menang sbb org macam ko la, nk harap exco buat keje.... abih kalao dh diorg tu keldai ko tu ape lembu, come on la skang ni tk de masa nk bantai2 org dah. kalo ko sayang UMNO, ko buat la keje, tk yah nk harap exco2 tu.. aku rasa tk suma exco mcm tu... ada yg betul2 ikhlas dan tkde kepentingan peribadi pun.

Tanpa Nama berkata...

aku bukan org pas tapi ahli umno aku marah sebab exco dilantik utk bekerja bukannya berlagak kalau bapak rasmikan gotong royong tapi anak tak tahu dan tak datang kan kena tolol namanya kp baru ni....

Tanpa Nama berkata...

woi kakijilat yg ko nampak pasal gotong royong je dia x dtg.... tapi lawatan pasar baru keramat dan lain2 program yg dia dtg ko tak pertikaikan pulak????? ape la ko ni.... ko kena pk.. x smuanya program yg ada kp nak turut serta... dia pun ada gak urusan lain yg lebih mustahak... dah nama pun KETUA PEMUDA mestila ada urusan yg lebih penting kalau dia tak dtg gotong royong tu... tu la org nak main politik, ko pun nak main gak... ada akal pakai la... main politik ni bukan untuk hentam org je.....!!!

Tanpa Nama berkata...

hallo kawan kalau KP tak dtg takkan exco cuma 2-3 org je dtg. kalau dah tahu sibuk jgn bertanding jadi exco. tanggungjawab tu besar kenalah bagi masa baru jadi KP dah sibuk belum jadi ketua bahagian kalau jadi MP lagilah takde batang muka.
Politik dah habis sekarang adalah masa utk tunaikan tanggungjawab tak habis2 ngan politik takkan nak kerja pun nak berpolitik....
Camne nak rampas balik dari PAS dan BERANI BERUBAH konon takde berubah pun sama gak cam KP dulu .....

Tanpa Nama berkata...

Apa yg dia boleh buat masa lawatan pasar baru. setakat lawatan anak aku pun ada gi melwat zoo negara.
berubahlah setakat keja nak collect pastu melaram hulur namecard ajk pemuda.PIIIIIIRRRRAAAAAHHHHHH!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

klu setakat nak jadi exco nak ulur name card je tak yah lah..tapi klu di fikir2 kan memang betul mula mula nak bertanding..wah!!banyak agenda yang nak dilaksanakan tapi sampai hari habuk pun tarak..dengar cerita si shahnaz nak lancarkan web pemuda ttwangsa dalam masa yang terdekat ni jangan hanya hayalan jadikan ia reality..ok lah upin nak rehat lain kali kita jumpa haaa..

Tanpa Nama berkata...

HELLO KAKIJILAT...KO NI DAH LEBIH..KO TAHU KE KALAU ORG ADA MASALAH LAIN X DPT DTG PROGRAM YG DI ANJURKAN DI TTWANGSA NI..JGN NAK BODOH2 KAN ORG LAIN..SEBENARNYE KO YG TAK IKHLAS..KALU KP,NKP DAN BARISAN EXCO ADA KELEMAHAN SILA LAH BERI NASIHAT N TUNJUK AJAR..BUKAN BUAT KURANG AJAR..KORANG YG PILIH PASTU NAK MARAH PLAK..BADIGOL YG MELAMPAU N MELANTUN2 LA LU NI KAKIJILAT...

Tanpa Nama berkata...

sapa yg bodohkan sapa?
fikirlah kalau nak berbakti tapi kalau gotong royong yg dirasmikan dato seri sendiri tapi ajk pemuda kata tak tahu bukankah itu kurang ajar namanya...
Tak hormat langsung pada dato seri dan byk pulak alasan...
Apa ni kata nak berbakti kepada warga titiwangsa.Sampai sekarang masih tiada apa2 program utk membangunkan pemuda sendiri, bila tanya nantilah dulu ....
KAlau nak jadi pemimpin tapi tak boleh ditegur pastu cepat melatah memanglah takde masa depan......

aileb berkata...

ok. jangan gaduh-gaduh... yang dah lepas 2 biarkan ia berlalu dan menjadi pengalaman yang akan menjadikan kita supaya membuat yang lebih baik. sekarang kita harus bersatu dan tolak semua kepentingan ego yang tinggi dalam diri kita. program yang lalu jadikan iktibar supaya memperbaiki kepincangan yang berlaku.

saya tahu... semua yang melayari blog ini adalah AHLI UMNO kan. oleh itu kita harus memperkuatkan barisan kita untuk kejayaan akan datang. kepada barisan hadapan pemuda di harap dapat bersatu demi perpaduan bangsa melayu.

sekiranya ada program UMNO yang dianjurkan di kawasan titiwangsa diharap para penyumbang artikel dapat publish atau paparkan di ruang comment segala maklumat berkaitan sesuatu program yang akan diadakan. dan kita harus war-warkan program yang akan berlansung. dan selepas ini tiada lagi yang akan tercicir maklumat lagi.

satu lagi aileb tertunggu-tunggu juga senarai nama exco pemuda. diharap sesiapa yang mengetahui atau mempunyai senarai nama dapat menyebarkan maklumat tersebut supaya semua orang dapat mengetahui dan tidaklah nanti tercari-cari. mmungkin boleh di publish di titiwangsakini sementara menunggu laman web rasmi pemuda titiwangsa di lancarkan

kita harus memaksimumkan penggunaan blog titiwangsakini ini untuk menyalurkan maklumat yang tepat kepada ahli umno di titiwangsa.

harap maklum

terima kasih

PEMUDA HARAPAN NEGARA

Dato' Keramat berkata...

Nampaknya Semakin panas pulak kat sini Tq aileb kerana meredakan keadaan yg semakin tegang. Kp dan exco harus mengambil iktibar kepada beberapa perkara yg lepas. MUngkin bukan Kp tak tahu cuma sibuk atas urusan lain pada hari majlis tersebut. kpd ajk pemuda ataupun wakil yg menjawab di sini haruslah berfikir sebelum menulis, jawablah dgn bijak.
MAsih ada masa utk KP dan ajk memperbaiki kelemahan yg ada cuma kena agresif sedikit.
Saya juga tertunggu2 senarai ajk & no hp di Titiwangsakini kerana memudahkan utk berhubung. TQ.

Tanpa Nama berkata...

Salam kepada semua...

Kenapa banyak sangat kutuk2 n tuduh2 ni... kita kena berkerjasama...

ohh... Baru saya perasan…
sebenarnya, yang kutuk2 exco pemuda UMNO terutamanya KP baru ni ialah orang2 n konco2 AZIZUL (si mamak tu)... Dia dah kalah kan....
Azizul mesti ada pasang dan pacak orang dia dalam blog ni... tak heran lah ada adegan kutuk-mengutuk ni...
Jangan berselindung lah....
Nak jatuh kan KP ke? Tak boleh terima kekalahan ke? Dah kalah nak jatuhkan UMNO pula ke?

Fikir lah sikit tentang rakyat dan parti... Jangan lah sibuk nak menjatuhkan orang lain...
kita cakap senang lah... kalau kita duduk dekat kerusi KP tu baru kita tahu...
Perkara kecil macam gotong-royong ni, memperbesar2 kan... bila orang buat perkara yang besar, buat tak nampak pula...

Inilah fitrah orang melayu yang tidak pernah berterima kasih dan suka menjatuhkan orang lain... Saya pun orang melayu juga tetapi ini realitinya...
Sedar lah semua yang kita perlu berganding bahu dalam parti untuk rakyat bukan untuk kepentingan sendiri...
Dan satu lagi, jangankita jadi duridalam daging... Jangan kita jadi gunting dalam lipatan... Jangan kita jadi api dalam belukar...
Ingat lah sekarang bukan masa nya lagi untuk kutuk2 n tuduh2 orang lain dan akhirnya akan pecah parti kita ini...

Ingat lah semua dan percaya lah cakap saya... Tepuklah dada, tanyalah selera...

Terima kasih... Salam...

aileb berkata...

assalamialaikum sahabat semua...

sudahlah..... jangan kita bercakaran sesama sendiri. orang luar gelakkan kita kalau kita asyik begini.........

yang dah lepas tu biarlah lepas jangan diungkit lagi. jangan menjadikan blog titiwangsakini ini sebagai madah untuk kita membongkar pekung didalam kemelut umno sekarang. kita harus bersama-sama beganding bahu untuk memajukkan bangsa agama dan negara kita. hilangkanlah sikap tak puas hati dan amarah kita jauh-jauh.

bersatulah kita semua demi kebaikan

salam......

pemuda harapan bangsa

Anak Melayu berkata...

salam semua.... untuk makluman para bloggers senarai exco dan biro pemuda umno titiwangsa akan di uploadkan di laman web pemuda umno titiwangsa dalam masa terdekat.... TQ.

Dato' Keramat berkata...

Kalau dapat uploadkan kan sini sekali....

Anak Melayu berkata...

insyaallah sahabat...