Jumaat, 29 Januari 2010

Allahyarham Hj. Naman Bin Hj Noor Dalam Kenangan



Dilahirkan 6 September 1933, Bergiat aktif dalam UMNO Cawangan Desa Pandan, Walaupun pada usia veterannya beliau masih tidak mahu mengalah mahupun duduk dirumah menghabiskan sisa hidup sebaliknya dengan bangganya memakai vest dan tag Barisan Nasional kemana-mana.

Allahyarham yang dikenali akan ketegasannya lebih-lebih lagi bila berbicara tentang perjuangan dalam UMNO juga merupakan seorang penyayang, suka mengambil berat, serta penyabar walaupun seringkali diusik kerana masalah pendengarannya, namun demikian Allahyarham tidak pernah mengambil hati.

Kemahiran Allahyarham dalam urut tradisional jelas menyumbang banyak bantuan ketika kakitangan dan urusetia bahagian kepenatan semasa mengurus sesuatu program tanpa disuruh Allahyarham sendiri menghulurkan bantuan merawat. Allahyarham akan datang siap lengkap dengan beg yang mempunyai pelbagai ubat dan minyak angin.

Semenjak mengenalinya pada tahun 1999 Allahyarham tidak pernah ketinggalan menjadi sebahagian daripada Jentera Barisan Nasional. Allahyarham sanggup berembun bersama menemani para jentera di peti undi Kelab Golf Selangor. Biarpun tidak dapat berbuat banyak kerana sudah berumur tetapi kesetiannya jelas menjadi ukuran semangat juangnya dalam parti.

Allahyarham sebelum menghembuskan nafas yang terakhir merupakan kakitangan Pejabat Ketua Bahagian Dan Urusetia UMNO Bahagian Titiwangsa.

Moga nilai kesetiaan dan curahan bakti Allahyarham menjadi peringatan kepada kita semua betapa pentingnya ketulusan dalam perjuangan.

1 ulasan:

seri manis berkata...

semoga rohnya dicucuri rahmat, dan di tempatkan beliau bersama orang2 yg beriman.