Isnin, 5 April 2010

TAHNIAH!!! - Datuk Aziz Jamaluddin

Walaupun kalah sebagai Calon Barisan Nasional Parlimen P119 Titiwangsa tempoh hari, YBhg. Datuk Haji Aziz Jamaludin bin Haji Mhd Tahir hari ini bergelar Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) berkuatkuasa hari ini, 1 April 2010.

Perlantikannya diumumkan oleh Mejar Jeneral Dato` Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan perdana Menteri di Parlimen bagi menggantikan YDP terdahulu, Datuk Nakhaie Haji Ahmad yang telah tamat kontrak pada 30 Oktober 2009 yang telah berkhidmat selama 9 tahun bermula pada tahun 2000.

Warga Titiwangsa hari ini setidak-tidaknya boleh berbanga kerana kerajaan memberi pengiktirafan kepada YBhg Datuk Aziz setelah mengenang jasa beliau di Parlimen Titiwangsa. Di harap YBhg. Datuk terus berbakti dengan melibatkan diri dalam Program dalam Kawasan.

Diharap juga kerajaan boleh terus memberi pengiktirafan kepada individu-individu yang telah banyak berjasa di Parlimen Titiwangsa ini dan seterusnya mendapat tempat seperti yang di anugerahkan kepada YBhg. Datuk Aziz.... janganlah sampai jadi P.Ramlee nak tunggu dah jadi Arwah baru nak iktiraf.....

Sementara itu pula kepada mana-mana individu yang telah banyak menabur bakti perlu terus menerus menunjukkan sikap dan tauladan yang baik kepada anak-anak muda agar segala jasa mereka aka terus dikenang dan menjadi sebutan serta ikutan kepada mereka dalam menghadapi perjuangan memertabatkan bangsa kerana tugas ini lebih mencabar dan berat pada dekad ini.

Info lanjut sila ke link:- http://www.yadim.com.my/berita/BeritaPenuh.asp?newsId=4730

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah datuk !!!!!!

Tanpa Nama berkata...

5 pukul 1 tok...

Tanpa Nama berkata...

asalamualaikum, blog titiwangsakini dan wilayahkini ibarat sudah meninggal dunia. kebumikan sahaja lah blog jika sudah tiada idea. sebenarnya di titiwangsa dan wilayah banyak cerita yang menarik, hanya penulis2 blog yang tonggong. JANGAN NAK BUAT MALU LAH! ! !

Tanpa Nama berkata...

Ha....ha... ha... Mamat Botak dah marah oii...

The Revolution berkata...

Salam...
Salam Revolusi...
Salam Titiwangsa...

Mana agaknya hilang admin2 Titiwangsakini???

Kalau rasa tidak mahu update blog, tutup saja blog ni...
Punya la banyak cerita pasal titiwangsa, satu pun tak keluar...
Cerita si Datuk Aziz ni yang dikeluarkan...
dah la x update2...

Cerita Titiwangsa sekarang sudah memecah panggung Wilaya Persekutuan...
Tetapi blog ni tiada sebarang kemaskini...

Kenapa???
Admin semua nak kena bagi duit baru nak jalan ke??
tak de duit, blog tak de artikel ke???

Kalau kerja macam ini, x payah la...
Kalau nak bukak blog tapi kena ada duit baru blog jalan,
kasi tutup saja...
takkan buat blog pun nak kena ada ELAUN kot...

tutup je la blog ni...

Salam..

The Revolution berkata...

Jenguk2lah blog REVO...

artikel terbaru :
http://merevolusikandiri.blogspot.com/2010/06/slot-titiwangsa-jasamu-tetap-dikenang.html

Tanpa Nama berkata...

tutup jelah blog nie... tak update...

The Revolution berkata...

Salam...

Setahu saya cukup ramai admin bagi Titiwangsakini...
Saya tidak faham kenapa masih tiada sebarang kemaskini dan artikel baru...

Mana pergi Tangkap Antu aka Ghostbuster, zanafra, Mastor Yus ,seri manis, Si Kurap Warisan, Anak Melayu, akubencipaklah, Zahari Affandi, Tok Selampit, aileb, maxonmuuak, Dato' Keramat, karisma, Berani Berubah, Mat saman, mato-mato???????

Kalau tidak silap saya Tok Selampit, Zahari Affandi, Mastor Yus, Berani Berubah antara admin yang selalu keluarkan artikel2 baru..
Tetapi ke mana pergi anda semua???

Adakah di bawah 'PEMANGKU' sekarang dah kena tukar blog??
Atau
'PEMANGKU' tak benarkan kuar kan artikel lagi kat blog ni sebab blog ini dibina di bawah era pentadbiran orang lain???

Mungkin ini hanya satu perasaan tetapi kalau perkara ini berlaku sekurang-kurangnya maklum kan kepada pembaca setia Titiwangsakini...

Sedar atau tidak,
Sekiranya admin2 terus berdiam diri untuk tidak menjalankan tugas, ini merupakan masalah dalam titiwangsa..
Pekerja seperti inilah yang menyebabkan titiwangsa lemah...
Dengan kata yang jelas lagi, petugas seperti inilah yang membuatkan UMNO TITIWANGSA nampak lemah dan tidak bermaya...

Semoga Admin Titiwangsakini dapat menjalankan tugas dan peranan anda...

Salam...

The Revolution berkata...

salam...
salam revolusi...
salam titiwangsa...

admin2 masih tidur...

jemputlah ke artikel terbaru REVO...
http://merevolusikandiri.blogspot.com/2010/06/slot-titiwangsa-melayu-menjadi-mangsa.html