Isnin, 9 Ogos 2010

PROGRAM BOWLING PU3 TTWANGSA

Salam,

Alhamdulillah.. Pertandingan Bowling PU3 UMNO Ttwangsa Anjuran Biro Pendidikan & Biro Sukan telah berjalan dengan jayanya pada hari Sabtu, 31 Julai 2010 yang lalu...

Penyertaan seramai 80 orang yang terdiri daripada kalangan ahli-ahli yang baru berdaftar berjumlah hampir 30 orang disamping ahli Pu3, Wanita dan Pemuda cawangan didalam Bahagian Ttwangsa.

Syabas & tahniah kepada semua pemenang yang berjaya dan ahli-ahli UMNO yang baru berdaftar... Senarai pemenang mengikut kategori adalah seperti berikut :-

KETEGORI KUMPULAN
Juara : Cawangan Pasar Keramat (Lane 6)
Naib Juara : Cawangan Taman Maluri (Lane 12)
Ketiga : Cawangan Taman Maluri (Lane 18)

KATEGORI INDIVIDU (PEREMPUAN) : 'HIGH GAME'
Sdri. Norlida Mohd Tarmizi
Cawangan Keramat Jaya (Lane 11)

KATEGORI INDIVIDU (LELAKI) : 'HIGH GAME'
Sdra. Saiful Shahril Bin Abdul Jalil
Cawangan Taman Maluri (Lane 5)

KATEGORI INDIVIDU (PEREMPUAN)
Juara : Cawangan Polo Desa Pandan 1 : Sdri. Zareena Shahrom (Lane 9)
Naib Juara : Cawangan Taman Maluri : Sdri. Yasmin (Lane 12)
Ketiga : Cawangan Keramat Jaya : Sdri. Norlida Mohd Tarmizi (Lane 11)

KATEGORI INDIVIDU (LELAKI)
Juara : Cawangan Kg. Padang : Sdra. Suhaimi Mohd Zain (Lane 7)
Naib Juara : Cawangan Pasar Keramat : Sdra. Mohd Ridwan Bin Che Ani (Lane 1)
Ketiga : Cawangan Taman Maluri : Sdra. Saiful Shahril Bin Abdul Jalil (Lane 5)

Pihak penganjur PU3 Umno Bahagian Ttwangsa, AJK induk bersama sekretariat program ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Pertandingan Bowling PU3 UMNO Titiwangsa Anjuran Biro Pendidikan & Biro Sukan PU3 UMNO Bahagian Ttwangsa yang telah dijalankan...

Sekian,

Isnin, 7 Jun 2010

Majlis Solat Hajat Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Di Masjid Jamek Kg. Bharu

Salam kepada semua rakan seperjuangan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Puteri UMNO Malaysia & Puteri UMNO Wilayah Persekutuan dengan kerjasama rakan media, Utusan Malaysia akan mengadakan Majlis Solat Hajat Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza dan turut mendoakan keselamatan dan kejayaan Sukarelawan bagi menyelamatkan umat Islam dan Rakyat Palestin pada hari Isnin, 7 Jun 2010 ; jam 6.30 petang hingga 10.00 malam bertempat di Masjid Jamek Kg. Bharu....

Semoga dengan kehadiran semua majlis ini akan lebih diberkati... Amin....

Isnin, 5 April 2010

TAHNIAH!!! - Datuk Aziz Jamaluddin

Walaupun kalah sebagai Calon Barisan Nasional Parlimen P119 Titiwangsa tempoh hari, YBhg. Datuk Haji Aziz Jamaludin bin Haji Mhd Tahir hari ini bergelar Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) berkuatkuasa hari ini, 1 April 2010.

Perlantikannya diumumkan oleh Mejar Jeneral Dato` Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan perdana Menteri di Parlimen bagi menggantikan YDP terdahulu, Datuk Nakhaie Haji Ahmad yang telah tamat kontrak pada 30 Oktober 2009 yang telah berkhidmat selama 9 tahun bermula pada tahun 2000.

Warga Titiwangsa hari ini setidak-tidaknya boleh berbanga kerana kerajaan memberi pengiktirafan kepada YBhg Datuk Aziz setelah mengenang jasa beliau di Parlimen Titiwangsa. Di harap YBhg. Datuk terus berbakti dengan melibatkan diri dalam Program dalam Kawasan.

Diharap juga kerajaan boleh terus memberi pengiktirafan kepada individu-individu yang telah banyak berjasa di Parlimen Titiwangsa ini dan seterusnya mendapat tempat seperti yang di anugerahkan kepada YBhg. Datuk Aziz.... janganlah sampai jadi P.Ramlee nak tunggu dah jadi Arwah baru nak iktiraf.....

Sementara itu pula kepada mana-mana individu yang telah banyak menabur bakti perlu terus menerus menunjukkan sikap dan tauladan yang baik kepada anak-anak muda agar segala jasa mereka aka terus dikenang dan menjadi sebutan serta ikutan kepada mereka dalam menghadapi perjuangan memertabatkan bangsa kerana tugas ini lebih mencabar dan berat pada dekad ini.

Info lanjut sila ke link:- http://www.yadim.com.my/berita/BeritaPenuh.asp?newsId=4730

Ahad, 21 Februari 2010

Demonstrasi -vs- Reformasi

Merujuk kepada Demonstrasi Bantahan Campur Tangan Asing Dalam Hal Ehwal Kedaulatan Undang-Undang Di Malaysia, ada di antara kita menyamakan tindakan ini sama dengan perilaku Parti Pembangkang dalam Demonstrasi Ganas yang di anjurkan sekitar ibukota bagi menyampaikan mesej....
Berikut ini beberapa Foto dimana secara AMnya menunjukkan perbezaan berhubung apa yang dimaksudkan di atas.



pic name

pic name

pic name
Taklimat Supaya Tak Over, Perarakan Yang Tenang Dan Teratur dan Ju serta Shamsumami siap boleh senyum lagi.

Berikut ini pula sesi Demonstrasi Jalanan PR

pic name

pic name

pic name


Mungkin gambar di atas boleh membezakan dengan sejelas-jelasnya......


Sabtu, 20 Februari 2010

Teka Teki Iman Ghazali Untuk Orang Titiwangsa

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya ( Teka-Teki ) :

Imam Ghazali : ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?”

Murid 1 : ” Orang tua ”
Murid 2 : ” Guru ”
Murid 3 : ” Teman ”
Murid 4 : ” Kaum kerabat ”
Imam Ghazali : ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185). ”

Imam Ghazali : ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini? ”

Murid 1 : ” Negeri Cina ”
Murid 2 : ” Bulan ”
Murid 3 : ” Matahari ”
Murid 4 : ” Bintang-bintang ”
Iman Ghazali : ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. ”

Iman Ghazali : ” Apa yang paling besar didunia ini? ”

Murid 1 : ” Gunung ”
Murid 2 : ” Matahari ”
Murid 3 : ” Bumi ”
Imam Ghazali : ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

Imam Ghazali : ” Apa yang paling berat didunia ”

Murid 1 : ” Baja ”
Murid 2 : ” Besi ”
Murid 3 : ” Gajah ”
Imam Ghazali : ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali : ” Apa yang paling ringan di dunia ini? ”

Murid 1 : ” Kapas ”
Murid 2 : ” Angin ”
Murid 3 : ” Debu ”
Murid 4 : ” Daun-daun ”
Imam Ghazali : ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ”

Imam Ghazali : ” Apa yang paling tajam sekali didunia ini”

Murid-Murid dengan serentak menjawab : “Pedang ”
Imam Ghazali : ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Ps: Justeru itu mana-mana yang berhasrat untuk menjadi pemimpin.... maka renung-renungkan lah kata-kata hikmah di atas, mudah-mudahan anda beroleh pimpinan dan pemimpin yang baik...

Isnin, 15 Februari 2010

Allahyarham Cikgu Jali - Gugurnya Seorang Patriot

Allahyarham Mohd Jali Ngah @ Cikgu Jali telah menghembuskan nafas yang terakhirnya di awal pagi Isnin jam 12.40 am. di rumahnya di no. 47, Jalan Wirawati 7, Taman Maluri, Kuala Lumpur pada usia 74 tahun. Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Islam Jalan Kuari sebelum Dzohor hari yang sama.

Allahyarham semasa hidupnya dikenali kerana ketegasan dan penglibatannya yang aktif dalam dunia politik. Telah banyak menabur bakti dan jasa di Titiwangsa semenjak ianya masih dikenali dengan UMNO Bahagian Setapak.

Seawal penglibatannya dia pernah menjadi Ketua UMNO Cawangan Simpang Flat dan AJK Bahagian dalam UMNO Bahagian Setapak.

Hari ini Titiwangsa sekali lagi menyaksikan pemergian seorang patriot dan perjuang sebenar dalam UMNO. Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah serta mendoakan moga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin.

Ahad, 7 Februari 2010

AKTIVITI WANITA UMNO BAHAGIAN TITIWANGSA

Pergerakan Wanita UMNO akan mengadakan beberapa aktiviti:-




9 Februari 2010(Selasa)

Majlis Tahlil dan bacaan Yasin untuk waris
dan
AJK Wanita yang telah kembali ke rahmatullah

Di Pejabat UMNO Bahagian

Bermula jam 8.00 malam

Dijemput datang beramai-ramai.



25 Februari 2010 ( Khamis )

Lawatan ke kilang Industri Kecil
di Shah Alam

40 orang

Jam 9.00 pagi
berkumpul di Pejabat UMNO Bahagian.

Bagi yang berminat sila berhubung dengan
pengerusi Zon masing-masing

Tempat adalah terhad



27 Februari 2010 ( Sabtu )

Majlis sambutan
Sempena Maulidurrasul

Jam 7.30 pagi

Di Depan Pejabat UMNO Bahagian Titiwangsa

Majlis akan dimulakan dengan perarakan dan berselawat
di sekeliling Desa Pandan.

dan akan
menyampaikan beg sekolah kepada kanak-kanak Tadika
dan
sumbangan untuk pelajar cemerlang UPSR
yang mendapat 5A.

Dijemput datang beramai-ramai.



Sabtu, 6 Februari 2010

PM cadang konsep pembangunan semula Kpg. Baru KL

Berita Harian Online :--06/02/2010 2:21pm

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan cadangan konsep pembangunan semula Kampung Baru di sini yang antara lain akan memastikan penduduk serta pemilik tanah tidak perlu berpindah ke tempat lain.

Perdana Menteri berkata di bawah kaedah pembangunan yang akan dicadangkan untuk persetujuan pemilik tanah dan penduduk, kerajaan memberi jaminan akan melaksanakan pembangunan baru itu selepas mendapat persetujuan mereka.

Katanya, kerajaan juga bercadang untuk mewujudkan sebuah badan khas dikelolakan oleh badan amanah kerajaan tanpa penyertaan swasta supaya penduduk Kampung Baru yakin dengan pembangunan itu yang dijalankan demi kepentingan penduduk Kampung Baru.

"Saya harap bila kita sudah buat cadangan yang mantap, penduduk di sini ada peluang teliti cadangan serta konsep yang akan digunakan...saya harap selepas itu penduduk terutama pemilik tanah di sini boleh menerima dan memberi persetujuan kepada cadangan kerajaan ini," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan melawat beberapa kawasan Kampung Baru di sini.

Najib berkata, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, telah diminta menyediakan kertas Kabinet pembangunan semula itu dan beliau akan berjumpa dan berdailog dengan penduduk selepas Kabinet meluluskan kertas itu.

Najib juga memberi jaminan bahawa penduduk Kampung itu mempunyai hak melalui konsep pembangunan semula itu.

"Dengan erti kata lain, penduduk Kampung Baru ada hak untuk menentukan corak pembangunan dan kaedah pembangunan yang sesuai dengan kehendak mereka," katanya.

Najib berkata, melalui kaedah pembangunan itu, segala sekatan yang menyebabkan nilai tanah tidak tinggi boleh diatasi.

Beliau berkata, nilai tanah di kawasan itu boleh melebihi RM20 bilion jika penduduk menerima konsep pembangunan itu yang dapat merealisasikan potensi Kampung Baru sepenuhnya.

Nilai tanah di Kampung Baru sekarang hanya di sekitar RM350 sekaki persegi (0.09 meter persegi) sahaja sedangkan kawasan seperti KLCC sudah melebihi RM2,000 kaki persegi.

"Maka dengan perubahan status tanah ini, pemilik tanah Kampung Baru akan menikmati lonjakan berganda dari segi nilai tanah yang bakal dimiliki oleh mereka.

"Era baru untuk Kampung Baru bermula sebaik sahaja penduduk menerima cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan," katanya.

Mengulas lanjut mengenai badan khas itu, Perdana Menteri berkata ia akan disertai oleh organisasi tertentu yang akan ditentukan kerajaan dengan tujuan badan yang dikhususkan itu akan bekerja sepenuh masa untuk menggerakkan pembangunan semula Kampung Baru ini.

"Kita tidak mahu Kampung Baru menjadi kawasan setinggan atau kawasan sesak.. walhal kawasan sekeliling ini sudah maju dengan banguan serba moden dan sebagainya.

"Saya ingin lihat masyarakat Kampung Baru menjadi masyarakat yang moden dan mendapat nilai yang tinggi kepada hak milik tanah mereka. Ini hasrat kerajaan dan mudah-mudahan dengan penerimaan cadangan kerajaan ini satu era baru akan bermula untuk pemilik, penghuni dan penduduk kawasan ini," katanya.

Penduduk-penduduk Kampung Baru yang mendengar sidang berita itu menerusi pembesar suara juga bertepuk tangan apabila Perdana Menteri mengumumkan beberapa ciri cadangan konsep pembangunan semula Kampung Baru berdasarkan konsep baru itu.

Najib juga berkata, dalam pembangunan semula itu, ciri kebudayaan Melayu dan legasi kawasan ini akan dikekalkan di mana yang sesuai, sebagai gambaran dan imej unik kawasan ini.

Menjawab soalan, Perdana Menteri membayangkan antara aspek pembangunan semula yang bakal dilaksanakan termasuk pembangunan pencakar langit, kondominium, pusat beli belah, kediaman dan peluang perniagaan terutama untuk peniaga Bumiputera.

Kawasan Kampung Baru seluas 90.2 hektar itu, yang berusia kira-kira 110 tahun, kini mempunyai 35,000 penduduk yang meliputi tujuh buah kampung.

Pemilik tanah pula adalah lebih kurang 1,000 orang.

Najib juga mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk membaikpulih dua blok flet 17 tingkat PKNS Kampung Baru selepas meninjau keadaan flet tersebut yang menurutnya dalam keadaan amat menyedihkan. - Bernama

Rabu, 3 Februari 2010

Adakah Undang-Undang Untuk Orang Miskin Sahaja???



Bila direnung kes Anwar -vs- Saiful, jelas nampak betapa kuat kuasa dan wang ringgit, Anwar mampu mempergunakan serta mengelecek undang-undang agar ianya memihak kepadanya. Sehingga mempunyai akses untuk bertemu dengan Ketua Hakim Negara....

Cuba bayangkan hari ini kalau anak-anak tuan puan, secara tidak sengaja terlibat dalam jenayah kerana mengikut rentak kawan-kawan... Adakah mereka berpeluang untuk bertemu dengan Ketua Hakim Negara kalau bernasib baikpun mungkin untuk tempoh appointment yang sangat lama...

Double Standard ini tidak harus berlaku... kerana ia jelas menunjukkan ketidak adilan dalam sistem perundangan itu sendiri..

Undang-undang untuk semua bukan untuk orang miskin sahaja......

Jumaat, 29 Januari 2010

Allahyarham Hj. Naman Bin Hj Noor Dalam Kenangan



Dilahirkan 6 September 1933, Bergiat aktif dalam UMNO Cawangan Desa Pandan, Walaupun pada usia veterannya beliau masih tidak mahu mengalah mahupun duduk dirumah menghabiskan sisa hidup sebaliknya dengan bangganya memakai vest dan tag Barisan Nasional kemana-mana.

Allahyarham yang dikenali akan ketegasannya lebih-lebih lagi bila berbicara tentang perjuangan dalam UMNO juga merupakan seorang penyayang, suka mengambil berat, serta penyabar walaupun seringkali diusik kerana masalah pendengarannya, namun demikian Allahyarham tidak pernah mengambil hati.

Kemahiran Allahyarham dalam urut tradisional jelas menyumbang banyak bantuan ketika kakitangan dan urusetia bahagian kepenatan semasa mengurus sesuatu program tanpa disuruh Allahyarham sendiri menghulurkan bantuan merawat. Allahyarham akan datang siap lengkap dengan beg yang mempunyai pelbagai ubat dan minyak angin.

Semenjak mengenalinya pada tahun 1999 Allahyarham tidak pernah ketinggalan menjadi sebahagian daripada Jentera Barisan Nasional. Allahyarham sanggup berembun bersama menemani para jentera di peti undi Kelab Golf Selangor. Biarpun tidak dapat berbuat banyak kerana sudah berumur tetapi kesetiannya jelas menjadi ukuran semangat juangnya dalam parti.

Allahyarham sebelum menghembuskan nafas yang terakhir merupakan kakitangan Pejabat Ketua Bahagian Dan Urusetia UMNO Bahagian Titiwangsa.

Moga nilai kesetiaan dan curahan bakti Allahyarham menjadi peringatan kepada kita semua betapa pentingnya ketulusan dalam perjuangan.

Rabu, 27 Januari 2010

Titiwangsakini untuk semua !!!



Salam Hormat,

Puluhan E-Mail dan bisikan teman-teman menyatakan, Titiwangsakini dah tutup ker.... jawab saya.. belum lagi, ianya diubah kepada mode "strictly for registered members only" jelas jawapan saya kurang berjaya memuaskan hati teman-teman yang ingin mengetahui situasi semasa di Titiwangsa..

Justeru itu saya mendengar suara majoriti dengan membuka kembali Titiwangsakini untuk semua dan yang terbaru dan saya link kan setiap artikel dengan facebook untuk kemudahan semua orang.

Bagi yang telah mendaftar serta ingin menyampaikan artikel boleh terus berbuat demikian bagi seperti biasa dan bagi yang belum bolehlah memberi email masing-masing untuk saya jemput sebagai ahli seumurhidup.

Selamat berkarya....