Ahad, 31 Ogos 2008

RAMADHAN AL-MUBARAK


Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang:

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Dan di Hadis Yang Lain

Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda,

“Betapa ramai daripada orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa dari ibadatnya kecuali berjaga malam'.

Sedikit Nukilan Dari Lirik M. Nasir

Apakah Takdir Mimpi Ini....Yang mendatang berulang kali
darah penuh di tangan..sedang tangan menungkat langit

Apa yang di perjuangkan... Apakah yang di pertahan... Apakah Aku Harus Jadi Pahlawan...

Oh.. Tuhan Tidaklah Aku layak... Untuk Syurga Mu..
Namun Aku Tak Berdaya... Menahan Panas Neraka Mu..
Curiga Di Mata Orang.. Bagaikan Mentari Rembang
Bagaikan Aku Berdosa pada siapa saja...

Mudah-mudah Allah S.W.T menerima amalan kita pada kali ini...

Marilah sama-sama kita renungkan dan mengambil iktibar...

Selamat Berpuasa Buat Teman-Teman Seperjuangan...
Dan Selamat Makan Siang Kepada .hmmm....







MELAWAT SAHABAT RAKAN SEPERJUANGAN


Hari ini bertarikh 31 Ogos 2008 adalah hari bersejarah buat negara kita kerana hari ini adalah hari KEMERDEKAAN yang ke 51. Walaupun Negara kita telah mengalami berbagai-bagai masalah, namun sambutan hari Kemerdekaan tidak dilupakan dan masih disambut dengan penuh kemeriahan di setiap Negeri dengan cara yang tersendiri. Kita seharusnya bersyukur dan berbangga kerana Negara Malaysia masih berada dalam keadaan yang selamat. Selain itu, seluruh umat Islam juga akan memulakan ibadah puasa bermula esok. Semoga kedatangan Ramadan kali ini mendapat keberkatan seperti tahun - tahun sebelumnya. Marilah kita bersama-sama mempertingkatkan lagi amalan kita.


Dalam kemeriahan menyambut hari kemerdekaan dan kedatangan bulan Ramadan, kita tidak lupa juga pada sahabat rakan seperjuangan yang kurang sihat. Hari ini beberapa AJK telah melawat Puan Hajah Rokiah Latiff salah seorang AJK Wanita Bahagian di rumah beliau di Taman Tun Dr. Ismail. Mereka yang datang melawat ialah Puan Hajah Hafsah Hj. Abd. Rahman, Puan Hajah Khadijah Alang Ibrahim, Puan Mona Mahmud, Puan Hajah Mar dan Puan Hajah Saadiah Baba. Turut bersama datang melawat ialah Saudara Affendi Zahari dan Saudara Zakaria Naidu. Bertolak balik dari rumah Puan Hajah Rokiah, kami terus pula ke Hospital Besar Kuala Lumpur kerana melawat suami kepada Datuk Paduka Hajah Maznah yang telah diserang penyakit jantung. Semoga dengan kedatangan kami ini memberi semangat kepada mereka agar cepat sembuh dan meneruskan perjuangan untuk memertabatkan bangsa Melayu.





HAJAH KHADIJAH ALANG IBRAHIM SAH SEBAGAI KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TITIWANGSA. HAJAH MAR DAN HAJAH FUZIAH BERTANDING JAWATAN NAIB KETUA WANITA.

SAH... Puan Hajah Khadijah Alang Ibrahim akan dinobatkan sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Titiwangsa pada mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian yang akan diadakan pada 18 Oktober 2008 bagi sesi 2008-2011. Beliau yang selama ini menjawat jawatan sebagai Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian bergandingan dengan Puan Hajah Hafsah Hj. Abdul Rahman selama 2 penggal akan memikul tugas ini setelah Puan Hajah Hafsah melepaskan jawatan tersebut. Gandingan mereka berdua dianggap sebagai satu gandingan yang mantap kerana mereka seiring serta sentiasa bersama di dalam apa jua aktiviti yang diadakan. Amat sukar untuk mendapat gandingan yang sebegini baik sehingga melahirkan rasa cemburu dari ketua-ketua wanita UMNO Bahagian-bahagian yang lain.


Puan Hajah Khadijah juga telah lama berada dalam UMNO Bahagian Titiwangsa dan ini adalah peluang beliau untuk menerajui Pergerakan Wanita UMNO Bahagian dan meneruskan kesinambungan tugas-tugas yang ditinggalkan oleh Puan Hajah Hafsah. Walaupun sebelum ini, ada yang cuba mencabar jawatan yang akan beliau sandang tapi dengan adanya kesepakatan dan perpaduan dari Ahli Jawatankuasa, pencabarnya tidak berjaya membolos jaringan perpaduan yang telah lama tersemai. Tahniah di ucapkan kepada Puan Hajah Hafsah diatas segala sumbangan dan pengorbanan yang telah beliau berikan selama menerajui Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Titiwangsa dan juga terima kasih diatas segala keikhlasan budi yang ditabur selama ini. Semoga apa yang di lakukan oleh Puan Hajah Hafsah menjadi contoh kepada yang lain. Kepada yang akan bertanding dalam apa jua jawatan, teruskan perjuangan dan bertandinglah secara sihat.



Sabtu, 30 Ogos 2008

MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA SAMBUTAN BULAN RAMADHAN


Pada 29 Ogos 2008 ( Jumaat ), Pergerakan Wanita UMNO Bahagian telah mengadakan majlis tahlil dan doa selamat sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang hampir tiba. Majlis tahlil yang diadakan adalah untuk ahli-ahli UMNO dan keluarga yang telah meninggal dunia baru baru ini. Mereka ialah Puan Hajah Salmah Ali, Ketua Wanita Cawangan Kampung Pindah dan juga Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian, Puan Asiah Husin, bekas ketua Wanita UMNO Cawangan Kuala Ampang, Encik Rasdi Mat Karim (Burn) Ketua UMNO Cawangan Batu 2 dan juga ahli keluarga seperti ibu kepada Puan Mona, Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Bahagian, adik lelaki kepada Puan Hajah Khadijah Alang Ibrahim Naib ketua Wanita UMNO Bahagian serta tidak lupa tahlil juga dibuat untuk arwah Dato' Abdullah Zain. Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, Pergerakan Wanita telah mengambil inisentif ini untuk mengadakan majlis ini di Dewan besar Pejabat UMNO Bahagian Titiwangsa dan telah diadakan dengan jayanya dengan kehadiran ketua wanita cawangan-cawangan beserta ahli-ahli wanita cawangan. Walaupun hujan turun dengan lebatnya ketika itu, tetapi semangat untuk membuat amal jariah tidak menghalang mereka untuk bersama-sama menyertai majlis ini.


Ini adalah salah satu aktiviti yang diadakan oleh Pergerakan Wanita UMNO Bahagian dalam menjalinkan hubungan silaturahim diantara ahli-ahli wanita UMNO cawangan dan AJK wanita UMNO Bahagian. Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian juga telah merancang untuk mengadakan majlis sumbangan untuk anak-anak yatim seperti tahun-tahun sebelumnya serta juga akan mengadakan majlis khatam tadarus. Alhamdullillah, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian dibawah kepimpinan Puan Hajah Hafsah Abd. Rahman dan Puan Hajah Khadijah Alang Ibrahim tidak pernah ketinggalan untuk mengadakan majlis majlis seperti ini di setiap tahun.







Jumaat, 29 Ogos 2008

SATU CAWANGAN AKAN BERSIDANG SEMULA

SEMASA SAYA MELAYARI BLOG PASAR MINGGU TADI ADA ARTIKEL YANG BARU DITERBITKAN IAITU PERSIDANGAN SEMULA CAWANGAN TERSEBUT.

MENGIKUT CERITA CAWANGAN PASAR MINGGU ADALAH CAWANGAN YANG KITA SEBUT-SEBUTKAN SEBELUM INI. DIMANA TERDAPAT BEBERAPA AHLI YANG MUFLIS TELAH MENJADI PENCALON DAN PENYOKONG SEMASA PEMILIHAN CAWANGAN TERSEBUT. DISINILAH SAYA LIHAT ADA KESILAPAN TEKNIKAL DISINI YANG MENYEBABKAN TERPAKSA BERSIDANG SEMULA.

ATAU ADA SESUATU YANG PANAS DISEBALIKNYA ?????

UNTUK MENGIKUTI SELANJUTNYA LAYARI

http://beliapasarminggu.blogspot.com/2008/08/kepada-semua-ahli-umno-cawangan-pasar.html

Titiwangsa Kini

Menyedari begitu ramai anak-anak anak Titiwangsa yang menyayangi tanah tumpah asalnya dimana tanah air yang memulakan usaha kebangkitan melayu justeru itu saya menjemput semua untuk berforum tanpa mengira Parti, pandangan dan Kefahaman bagi menyuarakan pendapat. Memandangkan pihak kerajaan memerhati secara dekat blogger-blogers sekurang-kurangnya kita mampu membawa perubahan dan memberi idea apakah yang sebenarnya berlaku disini.

Justeru itu saya menjemput semua untuk menyumbang sebarang pandangan dan artikel.

Sila kemukakan email anda untuk saya jemput sebagai moderator disini.

Rabu, 27 Ogos 2008

Warga UMNO Titiwangsa & Jentera Wilayah Di Permatang Pauh

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Warga UMNO Titiwangsa yang berkhidmat di Permatang Pauh... bersama Warga UMNO Bahagian-Bahagian dalam Wilayah Persekutuan lain yang ditugaskan berkhidmat di Peti undi Permatang Tengah di bawah Pengarah Pilihanraya Datuk Seri Dr. Suleiman Mohamed.

Walaupun BN gagal di Permatang Pauh namun jasa-jasa dan semangat mereka dalam memperjuangkan kedaulatan bangsa amat dihargai dan sanjung tinggi.

Pantang Mundur sebelum kalah.

Foto sumbangan Mato-Mato... Terima Kasih

Rabu, 20 Ogos 2008

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
YANG KE 51

Selasa, 19 Ogos 2008

Buku Sejarah Titiwangsa & Transformasi Sosial Melayu Bandar

Akhirnya dapat juga saya compilekan Buku Sejarah UMNO bahagian Titiwangsa untuk rujukan para bloggers



Old Notes:Sudah banyak hari saya cuba untuk paparkan Sejarah UMNO Bahagian Titiwangsa, terbitan Biro Politik dan Penerangan UMNO Bahagian Titiwangsa, Buku ini di edarkan semasa Mesyuarat Perwakilan Tahunan UMNO Bahagian Titiwangsa Tahun 2006 dan Keduanya buku Transformasi Sosial Melayu Bandar (Satu Kajian Kes Di Kg Bharu) tulisan Dato' Seri Dr. Suleiman Mohamed berkenaan masalah pembangunan kg baru dan Melayu bandar... Scannner dah tua jadi makan masa nak compile sikit... tapi mana-mana yang boleh berbuat demikian saya jemput untuk uploadkan disini...

Isnin, 18 Ogos 2008

POLITIK WANG ( RASUAH) SEMAKIN SUKAR DIHAPUSKAN DALAM UMNO

Memang sudah menjadi lumrah zaman sekarang yang mementingkan wang dari nilai-nilai murni sehingga hilang pertimbangan dan menjadikan diri sebagai hamba duit. POLITIK WANG AKA RASUAH semakin menjadi-jadi dan semakin ramai yang mengikuti langkah ini untuk mencapai hajat yang dikehendaki. Pertanding untuk sesuatu jawatan pada masa sekarang sudah terpesong dari landasan sebenar iaitu mencari seorang pemimpin yang benar-benar ingin membantu di semua peingkat dari akar umbi hingga ke pucuk kepimpinan. Nilai-nilai Integriti sudah jauh terbuang, terpinggir dan dibiarkan berlalu.

Semua peringkat cawangan hampir selesai mengadakan persidangan dan pemilihan calon-calon untuk semua peringkat. Ada yang berjalan lancar, ada yang mengalami masalah, ada yang dibatalkan, ada yang terpaksa buat persidangan semula dan lain-lain. Rasuah aka Politik Wang heboh dan kecoh diperkatakan, ada yang dapat habuan, ada yang bengang sebab tak dapat habuan, ada yang menolak sebab rasuah menjadi taruhan dan pelbagai lagi.

Bulan Oktober nanti bermulalah episod baru bahagian. Disini akan menentukan calon-calon yang telah dipilih diperingkat cawangan. Selepas semua cawangan selesai bersidang, 'Kempen Manager' akan menjadi lebih sibuk dari sebelumnya. Ada yang sampai tak tidur malam disebabkan berkempen dan memikirkan stategi yang akan dilaksanakan. Perwakilan menjadi orang penting menentukan siapa bakal menjadi pemimpin.


PEMUDA HARAPAN BANGSA

* ini adalah dari pendapat penulis sendiri

Khamis, 14 Ogos 2008

Update - Jawatan Ketua Wanita , Ketua Puteri dan Naib Ketua Puteri Tiada Pertandingan


Puan Hajjah Khadijah Bt Alang Ibrahim, Naib Ketua Wanita Titiwangsa
bakal memenangi jawatan Ketua Wanita Bahagian di ikuti pula dengan Puan Hazarina Bt Zaini, Naib Ketua Puteri juga bakal memenangi kerusi Ketua Puteri... begitu juga dengan Puan Zarina Bt Mohd Zahir bagi jawatan Naib Ketua Puteri...... Mereka ni semua orang yang kerja kuat, cuma bagi Jawatan Ketua Pemuda penyandang jawatan Naib Ketua Pemuda tidak diberikan laluan mudah oleh Pemuda Cawangan kerana Azizul Rahman, Bendahari Pemuda Bahagian telahpun cukup pencalonan untuk pertandingan bagi merebut Jawatan Ketua Pemuda Bahagian.... Cuma 12 Cawangan lagi untuk bersidang.... Harap Azizul boleh kompromi dan terima cadangan Cawangan Keramat Jaya untuk bertanding Naib...

Pilihanraya UMNO - Hapus Politik Wang


Saturday, 31 May 2008 (Bernama) --

Former Malaysian Elected Representatives (Mubarak) here Friday.Tengku Razaleigh, who is also Gua Musang Member of Parliament,
said Umno's 3.4 million members should be allowed to decide on the leaders in the party, at all levels, through votes. He also suggested that the person be
appointed for the post of the party State Liaison Committee Chairman be decided by Umno division leaders in the respective states, instead of the party president.Tengku Razaleigh said that as an Umno member, he felt it his responsibility to make the suggestions with the intention of restoring Umno's image.The suggestions had been raised by Tengku Razaleigh at the Umno general assembly in 2004.


Dua hari lepas saya berbual dengan seorang Veteran UMNO... tujuan saya sebenarnya hendak bertanyakan bagaimanakah proses pemilihan berlaku di peringkat cawangan, bahagian dan hinggalah ke peringkat Nasional.. katanya undang-undang tubuh dan perlembagaan tak banyak beza cuma yang berbeza adalah individu yang bertanding ataupun yang menawarkan diri... Katanya orang dulu semangat untuk memajukan bangsa tu kuat... mungkin cengkaman penjajah dan penghinaan bangsa lain terhadap orang Melayu menjadi tangkal agar mereka beranggapan bahawa Jawatan adalah satu amanah... bukannya peluang... Justeru itu apabila disuruh memegang Jawatan semua tepis kiri, kanan, atas,bawah.... sebaliknya zaman sekarang... ye lah... negara dan maju.. zaman dah berubah...


Tapi la... kalau Jawatan politik tidak menjanjikan peluang siapa pula nak berkhidmat ye... mana taknye... sekali buat program / aktiviti... tak 5 ribu tak jadi... mana taknya sini duit sana duit... mana ada benda free... maka Jawatan Politik jadilah macam perniagaan.....


Saya tak kisahlah kalau pemimpin ni nak pau sana... nak kutip sini... komisyen sana... collect sini... lembu sini sana... belasah lah... asalkan tak jual bangsa.... dan lepas tu kalau dah kutip sana sini janganlah pulak simpul duit tu sampai kembung poket.... laburkanlah duit tu kat program anak-anak bangsa.... ha... kan barulah di panggil circle of fund semua orang dapat nikmatnya...


Berbalik kepada isu di atas.... Memang tepat saranan Ku Li agar kita semua boleh memilih... setidak-tidaknya kita punya kuasa untuk menetukan siapa Presiden dan MKT ... Veteran UMNO tadi dia cakap UMNO nie adalah Parti yang berdaftar yang paling banyak ahli justeru itu eloklah semua orang boleh memilih, katanya lagi kita ni berpolitik sepanjang tahun.. sebab tu too much politiking...


Pemilihan Presiden dan MKT - Setiap 5 tahun sekali (ikut Pilihanraya)

Pemilihan Bahagian 3 Tahun sekali

Pemilihan Cawangan setiap 2 tahun sekali (yang nie peringkat grassroot kalau tiap-tiap tahun pun bagus pasal kalau ada pemimpin yang tak betul upacara togel boleh dilaksanakan segera... tanpa tunggu semangat jadi sejuk)

Jadi mana-mana yang berkualiti dan rajin di cawangan bolehlah di angkat di peringkat bahagian dan dari bahagian keperingkat Nasional... lepas tu bagi diorang buat road tour di bahagian-bahagian / cawangan .... time tu barulah lahir speaker-speakr yang bagus... yang rajin kerja dan pemimpin yang betul-betul pejuang....

Jangan disekat diorang nak berkempen sebab larat ke nak pusing se Malaya melainkan mereka yang betul-betul serius...

Kita hari nie dah ketandusan kepimpinan yang baik.... yang ader ni too much politic n trik

Kadang-kadang rasa bengang la... bila tengok... tiba-tiba ada muka yang berlagak bagus... campur orang pun tandak... buat project dengan bahagian pun dia pow... angkat kerusi pun tandak... tolong orang buat majlis pun tak ndak... Tiba-tiba... nak bertanding jawatan top-top lak tu.... tu tak sedih.. mana taknya yang palin sedih ada pulak cawangan yang sokong...........

Hai... la badan


Selasa, 12 Ogos 2008

Datuk Seri Dr. Suleiman - Bakal Menang Bergaya

Tinggal 14 Cawangan lagi bersidang dan sehingga hari ini Datuk Seri Dr. Suleiman mendapat pencalonan penuh. Mengikut sistem kuota bagi pencalonan Ketua Bahagian sekurang-kurangnya 20% dari 87 Cawangan = 17 Cawangan bagi melayakan sesorang bertanding jawatan tersebut.

Kalau orang yang tak kenal Titiwangsa mereka akan berkata ini kerana Datuk Seri Dr. Suleiman hebat mencatur politik. Sebaliknya bagi saya dia adalah pejuang tulen dalam menengakkan kedaulatan Melayu dan Islam. (Buktinya Pada Video Klip Kat Bawah Ni)

Saya bangga mempunyai pemimpin sedemikian.

Salam Perjuangan Demi Bangsa Untuk Bangsa

video

Ahad, 10 Ogos 2008

MASALAH TEKNIKAL - PERSIDANGAN TAHUNAN CAWANGAN

Dari pengamatan saya masalah teknikal ini merupakan satu perkara yang lumrah... kerana bagi saya tiada satu majlis pun memenuhi kesempurnaan sehingga 100%. Sedangkan buat kenduri kahwin pun ada pecah pinggan mangkok barulah dikatakan kesempurnaan majlis itu sendiri.

UMNO mempunyai perlembagaan dan peraturan persidangan.... namun semuanya tidaklah ditulis bagi menganalisa setiap tindakan dan perlakuan, sebaliknya ia ditulis supaya kita mempunyai garis panduan untuk melaksanakan sesuatu.... Ikutlah garis panduan tersebut niscaya semuanya berjalan dengan baik tanpa sebarang protes.

Tapi maklumlah waktu sekarang nie... Adakah UMNO masih lagi relevan dimata masyarakat dan sejauhmanakah UMNO itu menjadi tonggak dan kepercayaan orang Melayu... ha inilah persoalannya..

Di antara masalah teknikal yang saya kenalpasti dan sering dimainkan ialah masalah:-

1. Yuran - Ketua cawangan hanya bayar orang-orang dia sahaja
2. Cukup Bilangan / Korum - Ikut senarai atau ikut kedatangan
3. Teknik Penyudah - Menutup pencalonan jawatan secara buka tutup dan terus sokong
4. Provokasi / Bergaduh - Menyebabkan wakil bahagian terpaksa membatalkan persidangan
5. Campurtangan pihak luar dalam persidangan samaada wakil bahagian / orang luar dalam menjalankan persidangan
6. Bantahan Rasmi Persidangan - bantahan dibuat dalam tempoh 7 hari oleh ahli cawangan

Kesimpulannya mudah... mana ketua cawangan yang kena penes / togel dah tentu akan protest dan mencari atau mengadakan cerita bagi mengadakan mesyuarat semula... Sekarang nie orang dah tak pakai bahagian dah... mereka panjat UMNO Malaysia terus untuk buat protest... siapa yang kontrol... tengok siapa yang calon....

Bagi general-general isu-isu ini akan dimainkan bagi tujuan mengaburi para perwakilan disamping menaikkan kemarahan. Tujuannya adalah calon yang dimaksudkan mendapat simpati sebaliknya calon kerajaan dikatakan main kotor seolah ini semua adalah percaturan hebat Ketua Bahagian...

Senario ini jelas ternampak pada tahun 2004 apabila Titiwangsa bermesyuarat sebanyak dua kali... masalah yang terjadi dahulu adalah kerana masalah pengumuman bilangan kehadiran perwakilan... Pengerusi tetap membuat pengumuman bilangan perwakilan dan bilangan kertas undi yang dikeluarkan terdapat sedikit perbezaan. Semasa bermesyuarat untuk kali kedua Dato' Raof yang mengurus persidangan... berpeluh ketiak dan ambil masa lebih satu jam untuk memastikan bilangan tersebut.... mana taknya... pendaftaran dah ditutup tapi ada jugak perwakilan yang lambat datang... demi mengambil kira kelayakan mereka mengundi dan hak mereka... Mungkin perkara yang sama berlaku pada sesi mesyuarat yang pertama... Harapan saya perkara ini tidak terjadi lagi kerana ada pertandingan....

Kepada Ketua-Ketua Cawangan yang dah kena togel... terimalah bahawa dalam politik ada pasang dan surut... dan terimalah suara akar umbi yang beranggapan anda mungkin tak relevan.. begitu juga kepada Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri... Kalau anda relevan saya tak nampak mengapa anda harus ditogelkan... Silalah beri laluan sekiranya anda tidak mampu nak berjuang ataupun berkhidmat... Dan kepada mereka yang perasan silalah duduk diam-diam... sila beri keperihatinan kepada UMNO kerana tindakan anda hanya akan menyebabkan UMNO itu lemah.... Titiwangsa satu ketika dulu terkenal dengan garangnya... mana tak semuanya berkelulusan Red Berrie dari Kem KGB sekarang nie... semua harap pakai baju linen dan imej koperat sahaja...

Saya berharap mana-mana pemimpin yang diberi kepercayaan oleh Perwakilan kenalah berkhidmat dengan kuat kerana UMNO tengah nazak nie...

Utamakanlah perjuangan dan Ketepikanlah Kepentingan Peribadi...
Komen yang dipetik dari Artikel" FENOMENA PENCALONAN " SEKAT PEMIMPIN - PEMIMPIN TERTENTU DI WILAYAH PERSEKUTUAN? ADA SESUATU YANG " TAK KENA" ? daripada Anynomus

Anonymous said...

inilah artikel yang saya tunggu-tunggu. memang betul ada para pemimpim menyekat kemaraan pemimpim muda yang lebih berkaliber untuk melaksanakan tugas. ada sesetengah cawangan apabila pemimpin baru dicalonkan maka pemimpin/penyandang jawatan akan melakukan sesuatu untuk menidakkan pencalonan pemimpin baru dan berlakulah teknikal error untuk memberi laluan kepada pemimpin tertentu. dan hal ini berlaku di bahagian titiwangsa. apabila semua jawatan menjadi taruhan kecuali jawatan ketua bahagian. diharap wilayahkini dapat memberikan info mengenai orang - orang yang bertanding disemua jawatan di setiap bahagian yang ada di wilayah persekutuan. jawatan panas = ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, naib ketua bahagian, ketua wanita, ketua pemuda, naib ketua pemuda, puteri.


Jawapan Saya

Untuk makluman Saudara dalam Wilayah, Titiwangsa antara Bahagian yang aman dan selamat... Walaupun ada usaha-usaha mendapatkan pencalonan... mana-mana yang berkaliber boleh buat kerja dan tunjukkanlah sedikit usaha... walaupun ada pergeseran politik tapi masih lagi berlaku dalam suasana kekeluargaan... Bab Teknikal nie rasanya lama dah diaorang tinggalkan pasal game ni tak gentlement langsung... anak-anak Titiwangsa warior open fight tak de masaalah... best man win. Tapi.... kalau adalak orang yang perasan dia pemimpin muda nak memimpin Titiwangsa... perasan banyak kaliber... perasan banyak jasa.... saya harap lu boleh jalan daa... kerana rasanya SI TAMAM pun boleh lawan lu lah... confirm dia menang

Untuk Update semua... saya tak ingat semua cuma yang saya ingat cam nie

1. Ketua Bahagian - Dato' Seri Dr. Suleiman Mohamed - Pencalonan Penuh
2. Timbalan Ketua Bahagian Dato' Johari Ghani ...... - Datok Rosman 14 pencalonan (dah layak bertanding rasanya)
3. Naib Ketua Bahagian Affendi Zahari .............. - Dato' Aziz Jamaludin - 6
4. Ketua Pemuda Bahagian - Idham Yasser ...... - Azizul Rahman 11 (tinggal sikit je lagi)
5. Ketua Wanita - Hjh Khadija Alang - Rasanya Full

(yang..... nie maksudnya calon lawan tolak cawanga yang dah bersidang tak salah macam dah 57 tapi ntahlah)

Ada orang blok ker... kalau ada takkan lepas diaorang nie...

Rabu, 6 Ogos 2008

Kg Baru Kampung Ku


Jangan kelirukan penduduk - utusan

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN

KUALA LUMPUR 5 Ogos - "Jangan kelirukan penduduk Kampung Baru. Campur tangan politik hanya akan mengeruhkan lagi suasana. Tanah di sini adalah milik orang Melayu dan kita akan pastikan ia kekal milik orang Melayu."

Itulah amaran Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa, Datuk Seri Suleiman Mohamed kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat cuba campur tangan dalam hal ehwal pembangunan Kampung Baru.

Beliau berkata, Abdul Khalid tiada hak untuk campur tangan kerana tanggungjawab membangunkan perkampungan tertua orang Melayu di ibu negara itu terletak di bahu Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Kita ada pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap Kampung Baru. Apa perlunya Menteri Besar Selangor campur tangan dan menambahkan lagi masalah yang sedia wujud," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi di sini hari ini ekoran tindakan Menteri Besar Selangor itu mengadakan pertemuan dengan penduduk dan tuan tanah di Kampung Baru pada Ahad lalu.

Dalam pertemuan itu, Abdul Khalid dilaporkan menyediakan RM50,000 bagi membolehkan satu kajian dilakukan terhadap pelbagai isu di situ termasuk status tanah.

Suleiman berkata, selaku anak jati Kampung Baru, beliau yakin dan tahu DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan akan melakukan yang terbaik dalam memajukan Kampung Baru.

Katanya, Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (KLCP 2020) adalah dokumen yang akan memacu pembangunan di kawasan itu dan tiada pihak yang wajar menjadikan pelan itu sebagai satu isu.

Katanya, pelan itu juga masih di peringkat awal dan orang ramai khususnya penduduk dan pemimpin setempat Kampung Baru masih mempunyai masa untuk mengemukakan cadangan kepada DBKL untuk penambahbaikan.

Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa dakwaan Pasar Minggu Kampung Baru masih milik kerajaan negeri Selangor adalah tidak tepat kerana tanah di situ telah dibeli oleh DBKL pada tahun 1974.

Malah, katanya, tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) cuma terletak di kawasan Sungai Baru dan Kampung Padang dan kedua-dua kawasan itu terkeluar dari lingkungan kawasan Kampung Baru.

"Sekarang ini, pertukaran hak milik tanah daripada PKNS ke DBKL masih dalam proses,'' jelasnya yang sudah 'bergelumang' dengan isu Kampung Baru sejak puluhan tahun lalu.

Suleiman turut menyelar perjumpaan yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo'Lo' Mohd Ghazali pada Ahad lalu kerana ia turut dihadiri bukan tuan tanah Kampung Baru.

Katanya, sepatutnya perjumpaan seperti itu hanya membabitkan tuan tanah Kampung Baru yang asal dan tidak ada langsung penglibatan orang luar.

Malah, penafian Abdul Khalid yang mengatakan pertemuan itu bukan bertujuan politik dipandang sinis oleh Suleiman kerana beliau mendapat maklumat bahawa borang keahlian Parti Keadilan Rakyat (PKR) diedarkan selepas perjumpaan itu.

"Saya minta Abdul Khalid jangan libatkan sentimen politik dalam masalah rumah tangga Kampung Baru,'' tegasnya.

Sabtu, 2 Ogos 2008

Kg Baru - Pandangan Star

Kg Baru folk ready for change PDF Print E-mail
Monday, 26 May 2008 09:21am

©The Star (Used by permission)
Stories by Bavani M. and Yip Yoke Teng

After 100 years is Kampung Baru ready for development? According to the Draft Kuala Lumpur City Plan 2020, plans are in the pipeline to transform this village into a worldclass hub. Based on feedback, it is apparent that the people are willing but only if the price is right.

Despite the fact that their homes are located on Malay Agriculture Settlement, residents of Kampong Baru are prepared to make way for the planned massive development.

The only thing is they must be paid justly and not be treated as squatters.

“We are not that pleased when the DBKL (Kuala Lumpur City Hall) sent us notices recently asking us to vacate our properties using the Clearance of Squatters Act,” said Ramli Masdar, a resident and entrepreneur at the area’s Pasar Minggu.

“How can they do that? Please remember that Pasar Minggu, which was launched by our first Prime Minister, was at one point in history the model commercial area in Kuala Lumpur,” said Ramli, who is also the acting Umno chairman of Pasar Minggu.

He was with five other residents and entrepreneurs of Kampung Baru during the interview with StarMetro.

According to Ramli, some 40 families living near Pasar Minggu received notices from the DBKL about two weeks ago that they had been offered PPR units and therefore should vacate their houses by May 23.

They said Kampung Baru folks would make way for development as long as their requirements were met.

For entrepreneurs at Pasar Minggu, they want to be given the privileges to do business there no matter what development takes place.

For residents and landowners, whether or not it is in Malay Agriculture Settlements, they just want their land to be acquired at market price at least.

Old-timer Asrorie Saaban said the residents had had many talks with the DBKL but the efforts had been futile.

“That's because they have yet to tell us how they will compensate us. We welcome development. We have long been informed about this about 20 years ago but we are at the same time waiting for a fruitful meeting,” he added.

Pasar Minggu PNKS flats representative Mohd Baba Kutty said: “We do not mind development. The residents hail a new lease of life to this area as long as they are not marginalised.

“You can't have high prices for land across the river (KLCC areas) and yet pay us only half of those prices.”

Jalan Raja Muda Musa Umno deputy chairman Khairi Samuri said the community must always be the priority and all amenities must not be compromised in the face of development.

Kampung Baru Negotiation Committee member Datuk Matshah Safuan, who is also the chairman of the Kampung Baru Malay Children's Welfare Association, said the residents were assessing the proposed developments.

“At this point, we will study the proposed masterplan carefully.

“We will talk about land acquisition and compensation later.

“I believe after we get the masterplan right, everything else will fall in place,” he said.