Ahad, 31 Ogos 2008

MELAWAT SAHABAT RAKAN SEPERJUANGAN


Hari ini bertarikh 31 Ogos 2008 adalah hari bersejarah buat negara kita kerana hari ini adalah hari KEMERDEKAAN yang ke 51. Walaupun Negara kita telah mengalami berbagai-bagai masalah, namun sambutan hari Kemerdekaan tidak dilupakan dan masih disambut dengan penuh kemeriahan di setiap Negeri dengan cara yang tersendiri. Kita seharusnya bersyukur dan berbangga kerana Negara Malaysia masih berada dalam keadaan yang selamat. Selain itu, seluruh umat Islam juga akan memulakan ibadah puasa bermula esok. Semoga kedatangan Ramadan kali ini mendapat keberkatan seperti tahun - tahun sebelumnya. Marilah kita bersama-sama mempertingkatkan lagi amalan kita.


Dalam kemeriahan menyambut hari kemerdekaan dan kedatangan bulan Ramadan, kita tidak lupa juga pada sahabat rakan seperjuangan yang kurang sihat. Hari ini beberapa AJK telah melawat Puan Hajah Rokiah Latiff salah seorang AJK Wanita Bahagian di rumah beliau di Taman Tun Dr. Ismail. Mereka yang datang melawat ialah Puan Hajah Hafsah Hj. Abd. Rahman, Puan Hajah Khadijah Alang Ibrahim, Puan Mona Mahmud, Puan Hajah Mar dan Puan Hajah Saadiah Baba. Turut bersama datang melawat ialah Saudara Affendi Zahari dan Saudara Zakaria Naidu. Bertolak balik dari rumah Puan Hajah Rokiah, kami terus pula ke Hospital Besar Kuala Lumpur kerana melawat suami kepada Datuk Paduka Hajah Maznah yang telah diserang penyakit jantung. Semoga dengan kedatangan kami ini memberi semangat kepada mereka agar cepat sembuh dan meneruskan perjuangan untuk memertabatkan bangsa Melayu.





2 ulasan:

Jedi Mastor berkata...

ha... Saudara - Saudara ini lah contoh-contoh orang yang buat kerja yan perihatin dan ambik berat, inilah yang dikaitkan dengan kualiti sebagai seorang pemimpin.

Justeru itu mana-mana pemimpin yang hanya muncul ketika berkempen.. tolaklah mereka kerana mereka hanya mengenang ketika senang dan belum tentu sama menagis ketika payah.

Saya mengucapkan mudah-mudah kak Kiah lekas sembuh dan sihat sejahtera,,

Dato' Keramat berkata...

Terharu aku dgn wanita titiwangsa. nampak mcm dah takde lagi lelaki sejati dalam titiwangsa..