Ahad, 31 Ogos 2008

HAJAH KHADIJAH ALANG IBRAHIM SAH SEBAGAI KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TITIWANGSA. HAJAH MAR DAN HAJAH FUZIAH BERTANDING JAWATAN NAIB KETUA WANITA.

SAH... Puan Hajah Khadijah Alang Ibrahim akan dinobatkan sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Titiwangsa pada mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian yang akan diadakan pada 18 Oktober 2008 bagi sesi 2008-2011. Beliau yang selama ini menjawat jawatan sebagai Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian bergandingan dengan Puan Hajah Hafsah Hj. Abdul Rahman selama 2 penggal akan memikul tugas ini setelah Puan Hajah Hafsah melepaskan jawatan tersebut. Gandingan mereka berdua dianggap sebagai satu gandingan yang mantap kerana mereka seiring serta sentiasa bersama di dalam apa jua aktiviti yang diadakan. Amat sukar untuk mendapat gandingan yang sebegini baik sehingga melahirkan rasa cemburu dari ketua-ketua wanita UMNO Bahagian-bahagian yang lain.


Puan Hajah Khadijah juga telah lama berada dalam UMNO Bahagian Titiwangsa dan ini adalah peluang beliau untuk menerajui Pergerakan Wanita UMNO Bahagian dan meneruskan kesinambungan tugas-tugas yang ditinggalkan oleh Puan Hajah Hafsah. Walaupun sebelum ini, ada yang cuba mencabar jawatan yang akan beliau sandang tapi dengan adanya kesepakatan dan perpaduan dari Ahli Jawatankuasa, pencabarnya tidak berjaya membolos jaringan perpaduan yang telah lama tersemai. Tahniah di ucapkan kepada Puan Hajah Hafsah diatas segala sumbangan dan pengorbanan yang telah beliau berikan selama menerajui Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Titiwangsa dan juga terima kasih diatas segala keikhlasan budi yang ditabur selama ini. Semoga apa yang di lakukan oleh Puan Hajah Hafsah menjadi contoh kepada yang lain. Kepada yang akan bertanding dalam apa jua jawatan, teruskan perjuangan dan bertandinglah secara sihat.



1 ulasan:

Mastor Yus berkata...

Tahniah... Selamat Berkhidmat Untuk Rakyat