Ahad, 10 Ogos 2008

MASALAH TEKNIKAL - PERSIDANGAN TAHUNAN CAWANGAN

Dari pengamatan saya masalah teknikal ini merupakan satu perkara yang lumrah... kerana bagi saya tiada satu majlis pun memenuhi kesempurnaan sehingga 100%. Sedangkan buat kenduri kahwin pun ada pecah pinggan mangkok barulah dikatakan kesempurnaan majlis itu sendiri.

UMNO mempunyai perlembagaan dan peraturan persidangan.... namun semuanya tidaklah ditulis bagi menganalisa setiap tindakan dan perlakuan, sebaliknya ia ditulis supaya kita mempunyai garis panduan untuk melaksanakan sesuatu.... Ikutlah garis panduan tersebut niscaya semuanya berjalan dengan baik tanpa sebarang protes.

Tapi maklumlah waktu sekarang nie... Adakah UMNO masih lagi relevan dimata masyarakat dan sejauhmanakah UMNO itu menjadi tonggak dan kepercayaan orang Melayu... ha inilah persoalannya..

Di antara masalah teknikal yang saya kenalpasti dan sering dimainkan ialah masalah:-

1. Yuran - Ketua cawangan hanya bayar orang-orang dia sahaja
2. Cukup Bilangan / Korum - Ikut senarai atau ikut kedatangan
3. Teknik Penyudah - Menutup pencalonan jawatan secara buka tutup dan terus sokong
4. Provokasi / Bergaduh - Menyebabkan wakil bahagian terpaksa membatalkan persidangan
5. Campurtangan pihak luar dalam persidangan samaada wakil bahagian / orang luar dalam menjalankan persidangan
6. Bantahan Rasmi Persidangan - bantahan dibuat dalam tempoh 7 hari oleh ahli cawangan

Kesimpulannya mudah... mana ketua cawangan yang kena penes / togel dah tentu akan protest dan mencari atau mengadakan cerita bagi mengadakan mesyuarat semula... Sekarang nie orang dah tak pakai bahagian dah... mereka panjat UMNO Malaysia terus untuk buat protest... siapa yang kontrol... tengok siapa yang calon....

Bagi general-general isu-isu ini akan dimainkan bagi tujuan mengaburi para perwakilan disamping menaikkan kemarahan. Tujuannya adalah calon yang dimaksudkan mendapat simpati sebaliknya calon kerajaan dikatakan main kotor seolah ini semua adalah percaturan hebat Ketua Bahagian...

Senario ini jelas ternampak pada tahun 2004 apabila Titiwangsa bermesyuarat sebanyak dua kali... masalah yang terjadi dahulu adalah kerana masalah pengumuman bilangan kehadiran perwakilan... Pengerusi tetap membuat pengumuman bilangan perwakilan dan bilangan kertas undi yang dikeluarkan terdapat sedikit perbezaan. Semasa bermesyuarat untuk kali kedua Dato' Raof yang mengurus persidangan... berpeluh ketiak dan ambil masa lebih satu jam untuk memastikan bilangan tersebut.... mana taknya... pendaftaran dah ditutup tapi ada jugak perwakilan yang lambat datang... demi mengambil kira kelayakan mereka mengundi dan hak mereka... Mungkin perkara yang sama berlaku pada sesi mesyuarat yang pertama... Harapan saya perkara ini tidak terjadi lagi kerana ada pertandingan....

Kepada Ketua-Ketua Cawangan yang dah kena togel... terimalah bahawa dalam politik ada pasang dan surut... dan terimalah suara akar umbi yang beranggapan anda mungkin tak relevan.. begitu juga kepada Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri... Kalau anda relevan saya tak nampak mengapa anda harus ditogelkan... Silalah beri laluan sekiranya anda tidak mampu nak berjuang ataupun berkhidmat... Dan kepada mereka yang perasan silalah duduk diam-diam... sila beri keperihatinan kepada UMNO kerana tindakan anda hanya akan menyebabkan UMNO itu lemah.... Titiwangsa satu ketika dulu terkenal dengan garangnya... mana tak semuanya berkelulusan Red Berrie dari Kem KGB sekarang nie... semua harap pakai baju linen dan imej koperat sahaja...

Saya berharap mana-mana pemimpin yang diberi kepercayaan oleh Perwakilan kenalah berkhidmat dengan kuat kerana UMNO tengah nazak nie...

Utamakanlah perjuangan dan Ketepikanlah Kepentingan Peribadi...

6 ulasan:

aileb berkata...

ya... saya sokong tindakan titiwangsakini

memang betul 100%. kepada ketua cawangan yang dah togel tu .percayalah bahawa jika cawangan anda sudah tidak percaya kepada anda, anda harus terima....

jangan jadi orang yang gila kuasa... apabila tidak diterima sebagai ketua, mulalah nak mengata yang itu dan ini dan macam-macam lagi. lepas tu buat protes. dah lah tak menjalankan tugas sebagai ketua, mementingkan keperluan peribagi berbanding masyarakat, asyik dengan kroni, diri sendiri dah buat silap dan tak nak mengaku kesilapan diri sendiri. inilah budaya hidup orang melayu sekarang. tidak profesional.

pemuda harapan bangsa

Tanpa Nama berkata...

Tapi cammanalak dengan ketua cawangan yang berjasa kena togel sebab ada kempen manager jolok duit sampai 5 ribu, saja je nak bagi malu orang tertentu

Tanpa Nama berkata...

pokok pangkalnya kita semua kena buat ketetapan, yang MAIN DUIT, INGAT, YANG MAIN DUIT kita tolak habis - habisan kalau nak tengok Bahagian kita naik dan ber maruah. Kalau tak , UMNO akan terus di gelumangi dengan tabiat buruk ini. tak habis-habis masyuuuuk...........

tempeh ke rendeng berkata...

Macammana kalau kita rembat duit dia lepastu bagi undi kat orang lain,

Tanpa Nama berkata...

rembat duit lepastu bagi undi kat orang lain, mungkin boleh dilakukan..tapi mana pergi maruah kita...?Semata2 nak duit?

Tanpa Nama berkata...

Semoga pemuda membuat pilihan yang tepat. Jangan memilih pemimpin yang cuma aktif masa kempen aje...pilihlah yang berkelayakan....bukan yang berat tulang...pemalas...sentiasa lambat untuk bermesyuarat sampai orang bawahan dijadikan macam hamba.....wahai pemuda buatlah pilihan yang tepat....jangan hanya pandang latar belakang keluarga tetapi lihatlah kepada bakat kepimpinan.