Khamis, 14 Ogos 2008

Pilihanraya UMNO - Hapus Politik Wang


Saturday, 31 May 2008 (Bernama) --

Former Malaysian Elected Representatives (Mubarak) here Friday.Tengku Razaleigh, who is also Gua Musang Member of Parliament,
said Umno's 3.4 million members should be allowed to decide on the leaders in the party, at all levels, through votes. He also suggested that the person be
appointed for the post of the party State Liaison Committee Chairman be decided by Umno division leaders in the respective states, instead of the party president.Tengku Razaleigh said that as an Umno member, he felt it his responsibility to make the suggestions with the intention of restoring Umno's image.The suggestions had been raised by Tengku Razaleigh at the Umno general assembly in 2004.


Dua hari lepas saya berbual dengan seorang Veteran UMNO... tujuan saya sebenarnya hendak bertanyakan bagaimanakah proses pemilihan berlaku di peringkat cawangan, bahagian dan hinggalah ke peringkat Nasional.. katanya undang-undang tubuh dan perlembagaan tak banyak beza cuma yang berbeza adalah individu yang bertanding ataupun yang menawarkan diri... Katanya orang dulu semangat untuk memajukan bangsa tu kuat... mungkin cengkaman penjajah dan penghinaan bangsa lain terhadap orang Melayu menjadi tangkal agar mereka beranggapan bahawa Jawatan adalah satu amanah... bukannya peluang... Justeru itu apabila disuruh memegang Jawatan semua tepis kiri, kanan, atas,bawah.... sebaliknya zaman sekarang... ye lah... negara dan maju.. zaman dah berubah...


Tapi la... kalau Jawatan politik tidak menjanjikan peluang siapa pula nak berkhidmat ye... mana taknye... sekali buat program / aktiviti... tak 5 ribu tak jadi... mana taknya sini duit sana duit... mana ada benda free... maka Jawatan Politik jadilah macam perniagaan.....


Saya tak kisahlah kalau pemimpin ni nak pau sana... nak kutip sini... komisyen sana... collect sini... lembu sini sana... belasah lah... asalkan tak jual bangsa.... dan lepas tu kalau dah kutip sana sini janganlah pulak simpul duit tu sampai kembung poket.... laburkanlah duit tu kat program anak-anak bangsa.... ha... kan barulah di panggil circle of fund semua orang dapat nikmatnya...


Berbalik kepada isu di atas.... Memang tepat saranan Ku Li agar kita semua boleh memilih... setidak-tidaknya kita punya kuasa untuk menetukan siapa Presiden dan MKT ... Veteran UMNO tadi dia cakap UMNO nie adalah Parti yang berdaftar yang paling banyak ahli justeru itu eloklah semua orang boleh memilih, katanya lagi kita ni berpolitik sepanjang tahun.. sebab tu too much politiking...


Pemilihan Presiden dan MKT - Setiap 5 tahun sekali (ikut Pilihanraya)

Pemilihan Bahagian 3 Tahun sekali

Pemilihan Cawangan setiap 2 tahun sekali (yang nie peringkat grassroot kalau tiap-tiap tahun pun bagus pasal kalau ada pemimpin yang tak betul upacara togel boleh dilaksanakan segera... tanpa tunggu semangat jadi sejuk)

Jadi mana-mana yang berkualiti dan rajin di cawangan bolehlah di angkat di peringkat bahagian dan dari bahagian keperingkat Nasional... lepas tu bagi diorang buat road tour di bahagian-bahagian / cawangan .... time tu barulah lahir speaker-speakr yang bagus... yang rajin kerja dan pemimpin yang betul-betul pejuang....

Jangan disekat diorang nak berkempen sebab larat ke nak pusing se Malaya melainkan mereka yang betul-betul serius...

Kita hari nie dah ketandusan kepimpinan yang baik.... yang ader ni too much politic n trik

Kadang-kadang rasa bengang la... bila tengok... tiba-tiba ada muka yang berlagak bagus... campur orang pun tandak... buat project dengan bahagian pun dia pow... angkat kerusi pun tandak... tolong orang buat majlis pun tak ndak... Tiba-tiba... nak bertanding jawatan top-top lak tu.... tu tak sedih.. mana taknya yang palin sedih ada pulak cawangan yang sokong...........

Hai... la badan


15 ulasan:

aileb berkata...

saya sokong sepenuhnya cadangan tersebut. dengan ini akan melahirkan seorang pemimpin yang berwibawa untuk bangsa melayu dan umno

Tanpa Nama berkata...

Tapi selagi Pak Lah berkuasa, jangan harap benda ni nak jadi kenyataan

zeme berkata...

Salam,

Khabarnya Cawangan Masjid Pakistan, Bahagian Titiwangsa yang telah bersidang mengusulkan usul Tengku Razaleigh bertanding Presiden dan TS Muhyiddin untuk Timbalan Presiden?

Wasalam.

atukranggi berkata...

salam.....
saya amat bersetuju dgn saranan, cadangan serta pandangan SKW(si kurap warisan).
sebenarnya, mereka yg dok sibuk nakkan jawatan..... semasa kempen cakap lain, dah menang cakap dan buat yg lain.....
wlupun sy bertanding EXCO pemuda bhgn..... sy x kisahpun sama ada menang @ kalah.....
wlu dimana sy berada, sy tatap akan berbakti kpd umno demi agama, bangsa n negara.....

Si Kurap Warisan berkata...

Sepengetahuan saya ada banyak Cawangan mengusulkan perkara tersebut dan yang lebig best lagi ada cawangan suruh Pak Lah berundur dalam kadar segera demi pemulihan UMNO

Tanpa Nama berkata...

apsal sibuk sgt ngan Paklah Titiwangsa sendiri kelam kabut sibuk ngan Paklah.
Tak perlu Paklah undur kalau ahli UMNO buang budaya jilat pemimpin dan YesBos....

Sandiwara berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Sandiwara berkata...

tahniah kepada rakan2 yg sudah layak bertanding, yg belum usaha lagi sampai duit habis.

Si Kurap Warisan berkata...

Jilat dengan menhormati merupakan 2 perkara yang berbeza, kadang-kadang apabila kita bersama pemimpin yang tulen dan patriot terasa berdosa lak sebab tak gembeling tenaga bersama-sama, walaupun kadangkala duit dari poket sendiri dikeluarkan bagi menjalankan satu-satu aktiviti, namun semuanya dibuat denga rela tanpa mengharapkan apa-apa sebagai balasan, jadi kami tak mudah kecewa sebab tiada harapan selain untuk berkhidmat demi agama, bangsa dan negara.

Berhubung dengan Pak Lah.... Titiwangsa tidak penting, kerana wujudnya Titiwangsa adalah sebagai kesinambungan suara perjuangan, saya mengakui mungkin Pak Lah dan Khairi tidak melakukan apa-apa dosa kepada orang Melayu dan UMNO... Sebaliknya mereka telah menjadi mangsa tohmahan dan kebencian orang ramai, hari ini orang ramai membenci mereka dan untuk merawat perkara ini merupakan sesuatu yang amat susah... Jadi jalan yang terbaik ialah mengundurkan diri, demi orang Melayu dan UMNO, mesti ada satu kekuatan untuk melepaskan jawatan tersebut dan saya percaya keyakinan rakyat akan berubah... Berilah orang lain meneraju Malaysia kerana orang baru ini tidaklah perlu bersusah payah untuk membuat damage control on image dan boleh terus memacu negara dengan polisi yang sempurna.... pepatah orang tua-tua, jangankan nila yang setitik rosak susu sebelanga... Kalau perkara ini tidak dapat di atasi takut-takut kita akan menderita di tanah tumpah air kita sendiri

Renungkanlah....

Tanpa Nama berkata...

Betul.. Jilat ngan hormat pemimpin adalah dua perkara yg berbeza.Tapi apa yg saya lihat ramai(bukan semua)ahli UMNO berkenpentingan sendiri.

UMNO perjuangkan semua bangsa melayu bukan hanya ahli UMNO sahaja. inilah perkara yg telah hilang dari UMNO.

Pemimpin Bahagian Titiwangsa cuma jaga periuk nasi org kuat umno sahaja.

Ahli biasa yg tak expose terpingir.

Tgk je kat keramat apa tindakan Pemuda UMNO dan bahagian terhadap Dewan Serbaguna dan Taman Balak yg terbengkalai sekian lama.Belum cerita Pasar yg diberi perhatian cuma Kg baru. Titiwangsa ni KG Baru je ke?.....

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin Bahagian Titiwangsa cuma jaga periuk nasi org kuat umno sahaja.

Agaknya siapa ye... rasa aku yang duduk kat pejabat Bahagian tu korang nampak je bahagia lu ada tanya ke derita diaorang... mana taknya macam-macam hal berkaitan kewangan... kadang-kadang aku tengok pun kesian... Tok Leman akan jaga kebajikan semua orang... tak de yang terkecuali sebab tu lah di Power... aku nak tengo besok.. sapa yang ambik alih bahagian nie aku nak tengok dia jaga semua orang...

Si Kurap Warisan berkata...

Sebagai pemerhati dan turut terlibat dalam menyelesaikan masalah ini... Saya berpendapat ini berpunca kepada perancangan dan pentadbiran DBKL...

Kalau tak sila saya pada tahun 2006 UMNO Bahagian Titiwangsa ada mengemukakan Usul berhubung perkara ini di antaranya adalah Pembangunan Pasara Moden Datuk Keramat yang menelan jutaan ringgit dan telah lebih 10 Tahun tak siap-siap... Lepas tu pembangunan dan Permodenan Taman Balak dan menaik taraf Dewan Serbaguna Datuk Keramat... Ini semua terjadi kerana DBKL...

Di samping itu kelemahan Wakil Rakyat yang bukan rakyat tempatan gagal menekankan perkara ini untuk disegerakan kerana faktor-faktor politik...

Ahli biasa yang tak expose dah tentulah terpinggir sebab tak expose... di Bahagian Titiwangsa nie Si Tamam yang tak expose pun boleh turut serta dalam Program-Program Pilihanraya kecil... Apatah lagi anda... Kalau turut serta bersama program bahagian dah tentu orang kenal... tolong-tolong lah sikit sini dan sana... janganlak mintak upah... tapi kalau setakat datang nak tunjuk lagak...dah tentu Si Tamam punya kualiti dari anda...

Kalau anda merasakan diri anda tak patut buat kerja camto.. dalam Titiwangsa ini ada 87 Cawangan.. buatlah program kat cawangan dah tentu orang datangnya.. maka dengan sendiri anda akan ter expose...

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Tanpa Nama berkata...

umno adalah salah satu parti Kerajaan pemerintah dan DBKL dibawah kuasa kerajaan pemerintah.Kenapa ia masih berlaku jika kawasan yg pernah dikuasai parti pemerintah setelah sekian lama. masih tidak berkuasa utk membetulkan perkara yg tidak betul dalam DBKL.
Kalau setakat Pasar Keramat,Dewan & taman Balak pun DBKL takleh nak uruskan .Apa pulak nasib Kg Baru selepas ini(mungkin hancur lebur tanah melayu Kg Baru).
Pemimpin bukan dikalangan org tempatan.Cuba kita tanya diri kita kenapa jadi begini.Adakah pemimpin Tempatan kita tak bagus atau Pemimpin yg lagi tinggi tak suka pemimpin kita.
Ini yg saya persoalkan dlm UMNO kerana pemimpin kita org lain yg tentukan bukannya kita sendiri.
Kalau betul kita ikut dan kalau salah kita harus lantang utk menentang.
hapuskanlah gejala YES BOSS dalam politik UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Bagus jugak kat sini ada leadership quotes, tapi sayangnya dalam bahasa Inggiris

Saya copy "Leadership consists not in degrees of technique but in traits of character; it requires moral rather than athletic or intellectual effort, and it imposes on both leader and follower alike the burdens of self-restraint. ~ Lewis H. Lapham

woi toling terjemah

anak jati jalan raja uda berkata...

Saya rasa nak kembali kepada perjuangan asal, kita juangkan contoh pemilikan melayu suatu tanah yang 100% milik orang melayu di Kg Baru. Tak de lagi tempat lain dalam dunia yang berstatus mcm kg baru. Tanah perumahan yang lain, harap mula-mula je kuota melayu, lepas tu bila jual, pemilik kedua tak semesetinya melayu. Terlepas lagi pegangan kita. Kalau kita faham sejarah dan perjalanan kg baru ni saya rasa semua akan bersama membantu dan menjiwai semangat kekebalan Kg Baru sebagai tanah milik orang melayu sampai kiamat.

Dalam berita minggu semalam dah keluar pasal undang-undang tanah kg baru dan Lembaga Pentadbir MAS. Dua benda ni kita semua kena faham dan bantu. Inikan pula kawasan dalam bahagian kita. Pemuda genrasi baru moh kita tengok apa yang boleh kita bantu mereka ni.