Ahad, 31 Ogos 2008

RAMADHAN AL-MUBARAK


Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang:

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Dan di Hadis Yang Lain

Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda,

“Betapa ramai daripada orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa dari ibadatnya kecuali berjaga malam'.

Sedikit Nukilan Dari Lirik M. Nasir

Apakah Takdir Mimpi Ini....Yang mendatang berulang kali
darah penuh di tangan..sedang tangan menungkat langit

Apa yang di perjuangkan... Apakah yang di pertahan... Apakah Aku Harus Jadi Pahlawan...

Oh.. Tuhan Tidaklah Aku layak... Untuk Syurga Mu..
Namun Aku Tak Berdaya... Menahan Panas Neraka Mu..
Curiga Di Mata Orang.. Bagaikan Mentari Rembang
Bagaikan Aku Berdosa pada siapa saja...

Mudah-mudah Allah S.W.T menerima amalan kita pada kali ini...

Marilah sama-sama kita renungkan dan mengambil iktibar...

Selamat Berpuasa Buat Teman-Teman Seperjuangan...
Dan Selamat Makan Siang Kepada .hmmm....







Tiada ulasan: