Sabtu, 30 Ogos 2008

MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA SAMBUTAN BULAN RAMADHAN


Pada 29 Ogos 2008 ( Jumaat ), Pergerakan Wanita UMNO Bahagian telah mengadakan majlis tahlil dan doa selamat sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang hampir tiba. Majlis tahlil yang diadakan adalah untuk ahli-ahli UMNO dan keluarga yang telah meninggal dunia baru baru ini. Mereka ialah Puan Hajah Salmah Ali, Ketua Wanita Cawangan Kampung Pindah dan juga Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian, Puan Asiah Husin, bekas ketua Wanita UMNO Cawangan Kuala Ampang, Encik Rasdi Mat Karim (Burn) Ketua UMNO Cawangan Batu 2 dan juga ahli keluarga seperti ibu kepada Puan Mona, Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Bahagian, adik lelaki kepada Puan Hajah Khadijah Alang Ibrahim Naib ketua Wanita UMNO Bahagian serta tidak lupa tahlil juga dibuat untuk arwah Dato' Abdullah Zain. Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, Pergerakan Wanita telah mengambil inisentif ini untuk mengadakan majlis ini di Dewan besar Pejabat UMNO Bahagian Titiwangsa dan telah diadakan dengan jayanya dengan kehadiran ketua wanita cawangan-cawangan beserta ahli-ahli wanita cawangan. Walaupun hujan turun dengan lebatnya ketika itu, tetapi semangat untuk membuat amal jariah tidak menghalang mereka untuk bersama-sama menyertai majlis ini.


Ini adalah salah satu aktiviti yang diadakan oleh Pergerakan Wanita UMNO Bahagian dalam menjalinkan hubungan silaturahim diantara ahli-ahli wanita UMNO cawangan dan AJK wanita UMNO Bahagian. Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian juga telah merancang untuk mengadakan majlis sumbangan untuk anak-anak yatim seperti tahun-tahun sebelumnya serta juga akan mengadakan majlis khatam tadarus. Alhamdullillah, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian dibawah kepimpinan Puan Hajah Hafsah Abd. Rahman dan Puan Hajah Khadijah Alang Ibrahim tidak pernah ketinggalan untuk mengadakan majlis majlis seperti ini di setiap tahun.







3 ulasan:

Jedi Mastor berkata...

Al-Fatihah...

Dato' Keramat berkata...

alhamdulillah!! tapi mana gi org lelaki Titiwangsa ?????

Tanpa Nama berkata...

Majlis Wanita da.... kalau pegi kang kena suruh baca doa... doa makan boleh la..