Jumaat, 29 Ogos 2008

Titiwangsa Kini

Menyedari begitu ramai anak-anak anak Titiwangsa yang menyayangi tanah tumpah asalnya dimana tanah air yang memulakan usaha kebangkitan melayu justeru itu saya menjemput semua untuk berforum tanpa mengira Parti, pandangan dan Kefahaman bagi menyuarakan pendapat. Memandangkan pihak kerajaan memerhati secara dekat blogger-blogers sekurang-kurangnya kita mampu membawa perubahan dan memberi idea apakah yang sebenarnya berlaku disini.

Justeru itu saya menjemput semua untuk menyumbang sebarang pandangan dan artikel.

Sila kemukakan email anda untuk saya jemput sebagai moderator disini.

3 ulasan:

AMN berkata...

Tahniah! kerana telah membuka satu laman blog untuk UMNO bahagian Titiwangsa ini. Semoga laman blog ini dapat memamparkan segala perkembangan dan cerita terkini tentang informasi dan aktiviti demi untuk memperjuangkan misi dan matlamat UMNO yang sebenarnya.

Lupakan episod hitam bhagian titiwangsa yang mana pada PRU-12 yang lepas BN di titiwangsa ini telah dikalahkan oleh seorang wanita yang sepatutnya duduk dirumah melayan kerenah anak dan suami. Tapi malangnya di sebabkan masalah dalaman UMNO itu sendiri siapapun calon daripada BN ini akan kalah. Inilah kenyataannya.

Tetapi UMNO masih boleh memperbaiki serta mempersiapkan diri mereka mulai saat ini supaya dapat menebus kembali maruah yang telah tercemar dan bersedia untuk bersatu padu tanpa ada niat untuk menggunakan UMNO ini untuk tujuan tertentu. UMNO masih relevan dan sejarah nya cukup cemerlang, gemilang dan terbilang.

Janganlah UMNO ini hanya sibuk semasa menyuarat dan membuat rombongan sekolah sahaja tetapi perlulah memperjuangkan dan mempersiapkan kesemua melayu itu supaya menjadi 'Hebat dan Perkasa'. Janganlah kita lupakan mereka yang tua, miskin, papa, anak yatim, ibu tunggal dan sebagainya. Bantulah mereka dan berikan mereka peluang dan bantuan yang sewajarnya demi melayu dan islam itu sendiri. Inilah antara tanggungjawab dan tugas yang perlu kita pikul bersama-sama supaya orang melayu amnya berjaya dan setaraf dengan bangsa-bangsa lain yang ada di negara ini.

Dan kepada mereka-mereka yang berkepentingan, bertindak jujurlah dan ikhlas di atas tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada anda supaya ianya adalah satu amal dan jariah yang suci lagi berkat buat anda untuk bekalan anda di dunia dan diakhirat kelak.

Semoga perjalanan menyuarat cawangan dan bahagian yang sedang dan akan berjalan nanti dapat merumuskan satu hasil yang memberangsangkan dan di terima oleh semua ahli UMNO bahagian titiwangsa ini.Janganlah membelakangkan pendapat dan usul daripada mereka ini. Benda yang baik eloklah kita turuti dan jangan kita engkarinya kelak binasa dan berpecah belah dan akan hilangnya melayu pada suatu hari nanti.

demi melayu, Islam dan UMNO, bersatupadulah dan bertindaklah demi memperbaiki maruah UMNO ini supaya dipandang mulia dan diterima oleh semua oarang melayu. Yang baik kita jadikan teladan dan yang tidak baiknya kita jadikannya sempadan.

Sekian.

Ikhlas dan jujur dari saya,

AMN
moderator ihatepaklah.blogspot.com
Pemuda Kg Baru.

KAMPUNG BARU KAMPUNG KU berkata...

kunjungilah blog kampung baru kuala lumpur

www.kampungbarukl.blogspot.com

asimo berkata...

datokeramat@gmail.com