Khamis, 26 Februari 2009

GOSIP "TOK SELAMPIT" (2)

DAP SEMAKIN KURANG AJAR


Setelah Karpal Singh mahu saman Tuanku Sultan Perak, anaknya Gobind Singh Deo pula mencabar Kedaulatan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong. Ahli Parlimen DAP Puchong ini mencadangkan di Dewan Rakyat supaya sistem pemilihan Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong diganti dengan kaedah pemilihan secara terus oleh rakyat seperti di Amerika Syarikat.

Kita semua sedia maklum, memilih dan menentukan Pardana Menteri adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Apakah message dan niat sebenar Parti DAP ini? Begitu juga dengan wakil DAP Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng yang mengesa kerajaan membenarkan penggunaan pelbagai bahasa termasuk bahasa Mandarin dalam semua urusan pentadbiran agensi kerajaan. Apakah kerana sudah dapat kuasa di Pulau Pinang mereka sudah menjadi sombong dan angkuh?

Yang paling mendayuskan dalam sejarah ketemadunan orang Melayu, khususnya Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, yang menjadi sayap kanan kepada UMNO dan kononnya merupakan pewarisan kepada kepimpinan negara dikatakan "CELAKA" oleh Karpal Singh. Apakah kita masih juga mahu berdiam diri? Berarak membuat ratusan laporan polis seperti dilakukan ketika Karpal Singh menghina Sultan Perak? Membuat perhimpunan dengan pelbagai sepanduk, memekik terlolong macam kumpulan anjing menyalak bukit? Kemana peginya kejantanan Pemuda UMNO?

Kita melihat, tingkah laku DAP ini bukan lagi setakat melanggar Akta Hasutan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri malah merupakan satu provokasi jahat dan mencabar maruah seluruh bangsa Melayu supaya negara ini menjadi huru-hara. Mereka ini pengkhianat! Manusia seperti ini mesti ditentang habis-habisan! Kita memang cintakan kedamaian dan kemakmuran, tetapi sampai bila?

Kita selama ini sentiasa berdao, agar Allah menjauhkan anak isteri, keluarga, bangsa dan agama daripada dilanda oleh musibah "kecelakaan", tetapi dengan mudah membiarkan diri kita menjadi umpan mulut Karpal Singh. Bangkitlah! Bertindaklah! Jangan biarkan Melayu menjadi satu bangsa yang bangsat dan dayus di negara sendiri.

Tok Selampit dah tak sabar lagi!


PAS DAH JADI "LEBAI MALANG?"

PAS sekarang ini nampaknya dah hilang hala tuju. Dah jadi cerita "lebai malang". Di hulu ada rusa panggang, maka berkayuhlah ke hulu. Terfikir pula di hilir ada ikan kelah pericik, lalu patah balik berkayuh ke hilir, akhirnya terlungkup karam di tengah sungai. Inilah keadaan PAS hari ini tersepit di tengah-tengah konflik politik kotor dan tidak bermoral DAP dan PKR.

Pengerusi PAS Negeri Selangor, Dato Hassan Ali, anggota exco yang bertanggung-jawab terhadap hal ehwal Islam mengunci mulut apabila orang heboh pasal Elizabeth Wong, ADUN PKR tidur bogel, tetapi Tok Guru Nik Aziz pula jatuh hukum, berbogel dalam rumah dibolehkan, cuma melaikat tak masuk. Bogel kepada orang Islam, itu satu perbuatan yang tidak bermoral. Daripada kecil anak-anak kita diasuh supaya pakai baju, tak kira di dalam atau luar rumah.

Rasanya tak ada orang Islam, walaupun dibolehkan oleh Tok Guru Nik Aziz berbogel dalam rumah tanpa sebab, walaupun duduk seorang diri, kalau adapun orang yang hilang akal dan otak cewel. Di Pulau Pinang pula PAS Bahagian Tanjung buat laporan polis, sokong Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menafikan kenyataan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Shabudin Yahya, tentang penubuhan Majlis Perundingan Silaturahim Antara Agama.

Kepada Shabudin, penubuhan majlis ini merupakan satu penghinaan kepada Islam kerana meletakkan taraf Agama Islam sama dengan agama-agama lain. Tok Selampit terpanggil juga untuk membuka mulut. Semantara menunggu mahkamah membuat keputusan siapakah yang benar antara Guan Eng dan Shabudin, kepada Tok Selampit, PAS sekarang dah mula nanar.

Perempuan bogel dipertahankan, orang kafir yang nak cemarkan maruah Islam kita kata fitnah. Islam jenis apakah yang hendak diperjuangkan oleh PAS selama ini? Apakah kerana nak jaga hati rakan iaitu DAP dan PKR, maka PAS sanggup gadai segala-galanya? UMNO ada juga rakan kongsi, tetapi tidaklah sampai ke tahad agamapun nak digadai.

Tok Selampit benci kepada orang munafik dan cepat lupa diri.

Rabu, 25 Februari 2009

GOSIP "TOK SELAMPIT"


IBRAHIM ALI KECIL HATI DENGAN UMNO

Nama Tok Him, panggilan kepada Dato Ibrahim Ali oleh para sahabat yang rapat dengannya melonjak dengan tiba-tiba berikutan cabaran Tok Guru Nik Aziz mencabarnya supaya meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas kerana marah, Tok Him belasah Ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat.

Berikutan dengan kejadian ini, maka UMNO mempelawa Dato Ibrahim Ali supaya kembali semula ke pangkuan UMNO kerana UMNO sekarang amat memerlukan orang-orang seperti Ibrahim Ali bagi memantapkan parti tersebut. Menurut para sahabat, Tok Him terpaksa berfikir seribu kali untuk berpatah balik kerana apa yang dilakukan oleh pucuk kepimpinan UMNO keatas dirinya selama ini bukan mudah dilupakan.

Hati yang terluka dan tergoris bukan mudah terubat. Tok Him, menurut para sahabat yang rapat dengannya amat berkecil hati kepada UMNO. Dia dijadikan kain buruk ketika tidak dikehendaki, sekarang apabila UMNO tengah tersepit ia dipujuk rayu. Air mata Tok Him terlalu banyak tertumpah kerana UMNO. Sayangnya kepada UMNO tidak pernah luak kerana sebagai orang Melayu yang berpegang teguh kepada budaya dan susila bangsa, jasa dan budi tetap dikenang. Tok Him sedar bahawa UMNO lah yang membina kerjaya politiknya.

Tok Selampit lebih rela jadi katak kerana memperjuangkan maruah Melayu daripada jadi ular sawa kenyang untuk kumpul harta kekayaan.


PAK LAH AKAN TERUS JADI PM?


Susik-susik daripada kalangan sahabat bercerita, kononnya Pak Lah tak akan letak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas pemilihan UMNO bulan Mac ini. Susik-susik ini semakin panas apabila Tun Dr. Mahathir dalam blognya menceritakan bagaimana budak-budak tingkat empat sedang berusaha menyusun langkah untuk memastikan Pak Lah terus menjadi Perdana Menteri, walaupun Dato Seri Mohd. Najib menjadi presiden parti.

Usaha ini dibuat oleh tingkat empat menurut Tun Dr. Mahathir, apabila Pak Lah bukan lagi menjadi PM peluang mereka untuk itu dan ini akan tertutup. Menjadi Presiden UMNO tidak semestinya terus menjadi Perdana Menteri. Ia bukan sahaja tidak tertulis dalam perlembagaan, dalam perturan partipun tidak ada.

Jika cerita "tingkat empat" ini benar, menurut para sahabat, alamatnya akan huru-haralah negara. Tetapi kita cukup yakin, P
ak Lah orang baik dan beriman. Lagipun kita masih tak lupa puisi Pak Lah ketika mula-mula memegang jawatan PM dulu, antaranya Pak Lah mencari Imam Shafie bukan mencari harta bertimbun-timbun.

Tok Selampit harap cerita Pak Lah nak terus jadi PM ini hanya gosip kedai kopi.


SYABAS KEPADA PENIAGA-PENIAGA PASAR KERAMAT

Kita mengucapkan syabas dan tahniah kepada para peniaga Pasar Datuk Keramat kerana telah berjaya menubuhkan koperasi mereka sendiri. Para sahabat merasakan usaha yang dilakukan oleh sahabat kita Baharim Razak, Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan amat baik dalam usaha menjana ekonomi orang Melayu khususnya penjaja dan para peniaga kecil yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu.

Kita amat berharap, penubuhan koperasi ini bukan sahaja di pasar Datuk Keramat, kalau boleh mengcangkupi Koperasi Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan. Warga Titiwangsa juga mengucapkan terima kasih kepada Dato Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang begitu cepat memberi perhatian dan meluluskan permohonan penubuhan koperasi para peniaga kecil di pasar Keramat.

Tok Selampit nampak sejak Dato Noh di MeCd, banyak benar perubahan yang berlaku.


Isnin, 23 Februari 2009

GOLONGAN ULAMAK DALAM PAS AKAN DIPINGGIRKAN?

Seorang sahabat lama yang kini menjadi salah seorang penulis dalam HARAKAH secara bisik-bisik memberitahu, bahawa satu gerakan reformasi yang dikendalikan oleh golongan muda dan profesional dalam PAS sedang menunggu masa untuk meminggirkan golongan Ulamak yang sudah sekian lama menerajui kepimpinan tertinggi parti tersebut.

Mereka melihat kepimpinan ulamak yang melaksanakan dasar parti tersebut selama ini sudah tidak relevan lagi dengan tuntutan dan kehendak rakyat Malaysia hari ini. Berkain pelaikat, berserban dan berketayap telah mencorakkan parti tersebut tidak profesional dan lebih mirip kepada sebuah parti politikuntuk orang kampung.

Menurut sahabat, golongan ini hanya menunggu masa. Cuma "malu mata" kepada Tok Guru Nik Aziz. Jika sekiranya Tok Guru sudah tidak ada, satu gerakan reformasi dalam PAS akan dilaksanakan secara lebih global dan profesional. Mereka merasakan sudah tiba masanya PAS mesti diubah corak. Bukan sahaja melibatkan dasar perjuangan, malah sikap dan cara berfikir para penyokong parti tersebut.

Golongan muda dan profesional dalam PAS hari ini, melihat jika parti tersebut masih tidak diubah coraknya sesuai dengan kehendak dan citarasa rakyat Malaysia hari ini, PAS diumpamakan akan menjadi seperti sebuah "bot buruk" yang akan mati enjinnya di tengah-tengah lautan yang akhirnya akan hanyut dan tenggelam dipukul gelombang. Mereka akan membawa PAS menjadi sebuah parti Islam global yang disegani dan dihurmati oleh semua kaum di negara ini.

Menurut golongan ini, serban dan ketayap bukannya menunjukkan roh Islam sejati dalam perjuangan PAS. Ia lebih memberi gambaran yang menakutkan kepada masyarakat profesional terutama golongan muda untuk mendekatkan diri dengan PAS, apatah lagi kepada kaum lain. Banyak negara-negara Islam yang sudah maju di dunia hari ini mempunyai keterampilan yang amat membanggakan. Boleh bersaing dengan negara-negara maju di dunia dalam semua bidang.

Sahabat lama yang kelihatan takut-takut untuk bercerita memberitahu, puak-puak muda yang terlibat untuk mereformasikan PAS sudahpun bergerak dan sudah banyak memegang jawatan-jawatan penting dalam parti tersebut termasuk menjadi Ahli-Ahli Yang Berhormat. kita tunggu dan lihat, silap hari bulan, PAS akan hancur!

FIKIR-FIKIRLAH DAN RENUNG-RENUNGLAH!


KUALA LUMPUR 22 Feb - Kerajaan Negeri Selangor akan menggunakan kuasa yang ada untuk mengambil tanah individu atau syarikat bagi pembesaran Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Ming, Puchong dekat sini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk berbuat demikian dan akan menyerahkan tanah tersebut kepada SJKC Sin Ming bagi kegunaan sekolah itu.

"Saya akan gunakan kuasa kerajaan negeri untuk ambil tanah dan beri kepada sekolah ini. Kerajaan negeri ada kuasa," katanya ketika mengulas rungutan pihak sekolah itu mengenai keengganan pemilik tanah bersebelahan menjual tanah untuk pembangunan SJKC Sin Ming.

(Utusan Malaysia, Isnin 23 Feb 2009)

Ahad, 22 Februari 2009

GO KAK IJAT GO..........................


SELAMAT BERJUANG KAK IJAT.............


WANITA TITIWANGSA MEMBERI SEPENUH
SOKONGAN YANG PADU TIDAK BERBELAH BAGI.


KAK IJATLAH HARAPAN KAMI WANITA SELURUH MALAYSIA
UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN............


MAJU TERUS MAJU

TS RAFIDAH MENJUAL MI

PADA KAK IJAT HARAPAN KAMI

KAK FARIDAH TOKEY MUTIARA

BERKEMPEN ELOK-ELOK JANGAN HURU HARA...........

BEG TANGAN KULIT BUAYA

KAMI BERDOA KAK IJAT BERJAYA.........

SIAPAKAH ANAK JOHOR AKAN JADI NAIB PRESIDEN?












pic name

pic name

pic name

pic name

pic name


Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin sekarang ini dikatakan sedang bersaing hebat bagi menentukan siapakah di antara mereka yang akan menjadi anak Johor bakal menduduki kerusi Naib Presiden dalam pemilihan UMNO bulan Mac ini. Adalah menjadi satu perkara yang tidak masuk akal kedua-kedua mereka akan dipilih oleh perwakilan untuk menduduk kerusi tersebut. Terlalu amat jarang berlaku dalam pemilihan pucuk pimpinan parti dua orang dalam satu negeri dipilih untuk satu jawatan, apatah lagi kerusi Naib Presiden yang merupakan antara jawatan tertinggi dalam pucuk kepimpinan UMNO.

Walau apapun, menurut penganalisis politik, Dato Seri Hishammuddin lebih terarah dan mempunyai masa depan yang cerah untuk menduduk kerusi Naib Presiden berbanding dengan Dato Seri Khaled kerana Dato Seri Hisham mempunyai base yang kuat dalam Pergerakan Pemuda di tambah pula belia mempunyai ikatan keluarga dengan YAB. Dato Seri Mohd Najib yang menang tanpa bertanding sebagai Presiden UMNO dan bakal Perdana Menteri Malaysia ke enam, Insya Allah.

Tetapi kepada penganalisis politik yang lebih global pemikirannya, hubungan keluarga dengan Dato Seri Mohd. Najib tidak boleh dijadikan ukuran bagi menjamin kemenangan Dato Seri Hisham kerana mereka cukup yakin, kepimpinan dan corak politik Dato Seri Najib lebih mengutamakan kepentingan parti daripada segala-galanya, termasuklah hubungan keluarga. Kepada Dato Seri Mohd Najib, UMNO bukannya harta pusaka yang boleh diwarisi kepada sanak saudara. Yang penting ketokohan dan kewibawaan seseorang. Mereka juga sudah tentu disenangi oleh semua ahli UMNO.

Sudah banyak contoh, jika seseorang pemimpin UMNO lebih mengutamakan keselesaan keluarga daripada kepentingan parti, ianya bukan sahaja akan menghancur-leburkan parti malah akan memusnahkan negara. Dato Seri Mohd. Najib sudah pasti tidak akan mengulangi lagi kesilapan ini, apatah lagi hari ini UMNO dalam keadaan yang cukup tertekan. Selain daripada itu, kebanyakan orang UMNO masih lagi berada dalam keadaan truma dengan isu keris Pemuda UMNO. Pergerakan Pemuda seolah-olah kehilangan taringnya ketika di bawah kepimpinan Dato Seri Hishammuddin. Ketika gelombang kemarahan orang Melayu di seluruh negara bangkit menentang kebiadaban Karpal Singh, Mohammed Nizar dan kuncu-kuncunya di Perak yang terang-terang menghina maruah orang Melayu dan Raja-Raja Melayu, Dato' Hisham sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia lebih banyak mengunci mulut daripada tampil ke tengah gelanggang. Yang lebih agerisif dan bersuara lantang kebanyakannya ialah Pergerakan Pemuda di peringkat bahagian dan NGO.

Cuma di saat-saat akhir, barangkali setelah terasa serba-salah, barulah diadakan perhimpunan Pemuda BN di PWTC. Itupun mengikut kabar yang kita terima, sambutannya terlalu amat dingin. Ini semua boleh mempengaruhi pemikiran para perwakilan dalam pemilihan bulan Mac ini. Orang UMNO sekarang ini memerlukan seorang pemimpin yang gagah dan berani. Jika yang benar akan dipertahankan dan diperjuangkan walaupun ketitisan darah yang terakhir. Faktor utama kenapa UMNO jadi nazak hari ini adalah semata-mata disebabkan oleh kepimpinan yang lemah dan tidak bermaya. Orang UMNO menyampah dan jijik kepada seorang pemimpin yang lembik!

Walau apapun, sama-samalah kita tunggu bulan Mac ini. Percaturan politik tidak sama dengan ilmu matermatik, dua campur dua, sudah pasti jawapannya empat.

Kabarnya Dato Seri Khaled Nordin, walaupun diam dan tidak banyak menonjolkan diri, tetapi daripada perkiraan para pemerhati politik, graf Dato Seri Khaled akhir-akhir ini sedang melonjak naik. Hal ini berlaku barangkali di sebabkan perlakuan Dato Seri Hisham ketika berhadapan dengan isu di Perak dan konflik pengajaran bahasa Ingeris dalam mata pelajaran sains dan matermatik yang tidak selesai-selesai.

Setakat hari ini, daripada kaca mata dan penilaian cerdik pandai politik, Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Dato Seri Mohd. Shafie Apdal berada dalam zon selesa. Dato Seri Dr. Ahmad Zahid dilihat sebagai salah seorang tokoh muda pelapis kepimpinan negara di mana keterampilannya boleh diterima oleh ahli UMNO di semua peringkat. Ketokohan Dato Zahid lebih tertonjol apabila dalam tempuh masa yang singkat beliau membawa satu perubahan besar dalam pengurusan dan pentadbiran Islam negara apabila menyandang Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dalam keadaan gawat di Perak, beliau juga dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak. Ini semua menampaknya kecerahan masa depan Dato Seri Ahmad Zahid untuk menduduki kerusi Naib Presiden.

Semantara Dato Seri Shafie Apdal pula, menurut pemerhati politik, ianya lebih terarah kepada membalas jasa dan pengurbanan besar UMNO Sabah yang membolehkan Barisan Nasional menubuh kerajaan selepas PRU12 yang lalu. Kita semua cukup maklum, tanpa UMNO Sabah, BN akan kehilangan kuasa. Ada padi ada batas, ada budi ada balasannya. Jangan jadi enau dalam belukar, kerana inginkan kuasa dan nama, kepala kawan-kawan sanggup dipijak dan dihentak. Kalaupun tak tahu membalas budi dan jasa orang, kenangpun sudah cukup.

Walau bagaimanapun, empat lagi tokoh yang ikut bertanding untuk jawatan Naib Presiden jangan diambil mudah, terutama sekali Dato Seri Dr. Rais Yatim. Selain daripada cukup banyak pengalaman dalam politik dan pentadbiran negara, beliau juga di kira antara pemimpin UMNO yang bersuara lantang dan berani, apatah lagi dalam menyuarakan kebenaran , sama ada mengenai pengurusan parti atau bercakap tentang maruah dan hak orang Melayu. Sama-samalah kita tunggu bulan Mac ini. Apa yang kita harap-harapkan, tak kira siapa yang terpilih, apa yang kita mahu ialah, UMNO mesti dipulihkan dan kembali menjadi sebuah parti terbesar orang Melayu yang bertanggung-jawab mempertahankan hak dan maruah Melayu sehingga ke akhir hayat.

Sabtu, 21 Februari 2009

ANWAR KENA SUMPAHAN ORANG MELAYU?

Nampaknya wabak penyakit, akibat kesombongan dan keangkuhan Anwar Ibrahim yang menghancurkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak telah menular pula ke Selangor. Mula-mula kisah ADUN Bukit Lanjan dari PKR, Elizabeth Wong tidur bogel, kemudian MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula dikatakan menyalahguna kuasa beli lembu korban dan kereta mewah jenis Lexus.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pihaknya mempunyai bukti kukuh iaitu wujud penyalahgunaan kuasa dalam kedua-dua kes tersebut. Semua siasatan sudahpun selesai dan akan dikemukakan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. Jika sabit kesalahan nampaknya sayonaralah Tan Sri Khalid daripada kerusi MB selangor yang sejak dulu cukup panas dan berpuaka.

Para sahabat membuat jangkaan, apabila Khalid sudah sayornara sebagai MB Selangor, maka tertutuplah pintu rezeki ramai para pengikut PKR yang selama ini bergelak hilai bagaikan kumpulan gagak Kelang mencari makan di atas bumi bertuah Negeri Selangor yang kaya raya. Musibah yang melanda PKR ini menurut para sahabat, akibat daripada keangkuhan dan kesombongan Anwar Ibrahim yang terkena sumpahan dan badi orang Melayu. PKR Selangor akan hancur. Kubur yang digali oleh Anwar kononnya untuk menamatkan riwayat UMNO rupa-rupanya menimbus dirinya sendiri.

Apabila berlaku mala petaka melanda kuncu-kuncunya dalam Pakatan Rakyat, maka Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO lah yang dipersalahkan. Konspirasi politik dan macam-macam termasuklah kisah Elizabeth Wong tidur bogel. Inilah kerja Anwar Ibrahim. Beliau tidak pernah bermuhasabah diri, tengok muka di cermin, mengakui secara jujur segala kekurangan dan kesilapan dirinya. Pihak polis sendiri mengakui penyebaran gambar bogel ADUN Bukit Lanjan itu bukannya satu perangkap politik, ia dilakukan oleh individu yang rapat dengan ADUN tersebut.

Dalam kes Tan Sri Khalid, jika sekiranya sabit kesalahan dan terhukum, maka kita tunggu dan lihat, sistem perundangan Negara pula akan menjadi mangsa dengan pelbagai tomahan dan fitnah oleh Anwar dan kuncu-kuncunya termasuk DAP. Kalaulah perintah raja tidak diambil kisah, inikan pula perundangan negara. Kita bukan minta, tetapi jika sekiranya hal ini berlaku, sama-samalah kita doakan agar dijauhkan bala bencana daripada menimpa negara yang kita sayangi ini.

Kita semua sedia maklum, konflik politik di Perak yang terus berlanjutan, semakin biadab dan kurang ajar sudah cukup untuk mencabar kesabaran dan sifat tolak ansur orang Melayu. Jika sekiranya Anwar dan Mohammad Nizar tidak mahu berfikir dan sudah tidak sayang lagi kepada bangsa dan negaranya, biarkanlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya, tetapi orang Melayu dan beragama Islam sama ada dalam PAS atau PKR kenalah insaf dan sedar. Janganlah kerana kesilapan kita hari ini, terlalu taksub secara membuta tuli kepada seseorang individu, kita hancurkan seluruh masa depan cucu-cicit orang Melayu. Yang untung dan berdondang sayang... sama-samalah kita fikirkan!

Jumaat, 20 Februari 2009

KEMANA WANITA TITIWANGSA AKAN BERKHIDMAT??????

SEHINGGA HARI INI, MASIH DUA BUKIT YANG PASTI
MENJADI REBUTAN.............

BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU

MACAMANA DENGAN SATU BUKIT LAGI????????????

BUKIT terLANJANg.......


KAMI WANITA TITIWANGSA BERSEDIA UNTUK BERKHIDMAT

BAGI MENDAPATKAN BUKIT BUKIT TU...............

LETAKLAH KAMI DI BUKIT MANA PUN.................

KAMI PASTI DAPAT MENAWANNYA..............

Rabu, 18 Februari 2009

HAKIM MOHAMAD ARIFF BAKAL BERAT SEBELAH: Susulan Kes Pertikaian Nizar Kepada Keputusan Sultan Perak

Gambar:Barisan peguam PAS yang terlibat dalam petisyen Pilihan Raya N.06 Kubu Gajah dan P.67 Kuala Kangsar pada Jun 2008. Hakim Tuan Arif adalah yang ketiga dari kanan di barisan hadapan.


Kes petition saman bekas MB Perak, Dato Seri Muhammad Nizar terhadap kerajaan baru Perak akan didengari oleh seorang Hakim iaitu Yang Arif Tuan Mohamad Ariff bin Mohd Yusoff.

Secara tidak langsung, petition saman ini mempunyai implikasi terhadap keutuhan Institusi dengan mempersoalkan keputusan DYMM Sultan Perak.

Hakim Tuan Arif ini dikatakan pernah menjadi Penasihat Undang-Undang PAS dan merupakan leading council dalam kes petition pilihanraya di Kangar, Perlis di satu masa.


Menurut satu lagi sumber maklumat, Hakim tersebut pernah bertanding di bawah kerusi PAS di Selangor lima tahun lepas.

Ini mengkhuatirkan jika benar kerana keadilan boleh dikompromi. Para blogger dipohon membantu memainkan peranan untuk menyiasat dan mendedahkan sebarang maklumat supaya memastikan proses keadilan dan keutuhan Perlembagaan tidak dicemari.

Sebagaimana yang diketahui semua, Nizar telah memfailkan petition saman di Pendaftar, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lepas, Februari 13hb, 2009. Dari laporan berita, saman petition ini telah meletakkan Dato Dr Zambery Kadir sebagai defenden utama.

Penamaan Dr Zambery dilihat oleh penganalisa undang-undang sebagai anih kerana dia tidak terlibat dengan keputusan mengubahkan kerajaan negeri. Nizar telah dihentikan atas kuasa dan keputusan DYMM Sultan Perak dan tentu sekali defenden yang sepatutnya adalah Tuanku Sultan Perak.

Berdasarkan rencana yang telah disiarkan sebelum ini sini, perkara ini perlu dipandang dengan berat kerana mereka tidak mempunyai asas untuk mempersoalkan keputusan Tuanku Sultan.

Peition saman sepatutnya dibuang kerana ia mempertikaikan kuasa prerogative Raja dalam membuat keputusan dan jika dilayani, boleh membawa impak terhadap integriti Institusi Raja-Raja Melayu.

Tindakan Nizar ini hanya merupakan wayang politik Anwar yang mungkin merancang untuk menimbulkan keraguan rakyat terhadap sistem kehakiman dan ini adalah satu kesalahan menghina mahkamah.

Sekiranya bekas Penasihat Undang-Undang PAS telah dijadualkan untuk mendengar petition ini, ia menimbulkan kemungkinan proses keadilan akan dicemari dan keputusan berat sebelah mungkin berlaku. Jika benar Hakim Tuan Ariff mempunyai hubungan dengan PAS, ia sepatutnya mengundurkan diri dari kes ini.

Keadaannya kini seolah-olah apa sekali keputusan mahkamah, Pakatan Rakyat akan mencemarkan proses keadilan dan mahu mempolitikkan keadaan untuk membina saham politik. Perkara ini perlu dilihat dengan serius sekali.

Para blogger boleh membantu untuk mewar-warkan perkara ini dengan membincang dan mendedahkan maklumat-maklumat untuk menghalang sebarang usaha untuk menghalang proses keadilan dijalankan dengan lancar.
Tuan hakim Ariff pastinya dikuatiri akan berat sebelah lebih kepada PAS atas segala sebab di atas.

Wallahhualam.

Ehsan dari :
anotherbrickinwall.blogspot.com

MANJANYA...............................


MANJANYA DIA TIDOR......................................... KELETIHAN KOT BARU LEPAS JUMPA MASYARAKAT BUKIT terLANJANg............
COMELKAN ANAK KUCING PKR NIE TIDOR......................................
DIA TERLUPA NAK PINJAM ANJING KARPAL SINGH TEMANKAN. KALAU TAK BOLEHLAH ANJING TU GIGIT SAPA YANG AMBIL GAMBAR NIE.......
"ELIZA CAT" INILAH YANG DIBELA OLEH MUSLIMAH-MUSLIMAH PAS................................. MASIH MEMBERI SOKONGAN.
APA NAK JADI DENGAN MUSLIMAH PAS NI, DAH MENYOKONG KEHIDUPAN YANG TIDAK BERMORAL LAGI.

Selasa, 17 Februari 2009

DATO' YB NAK JADI ORANG MUDA

DIARI ISTERI MUDA DATO YB (episod 2)

(Kisah ini hanya satu cerita rekaan semata-mata. Tidak ada kaitan dengan sesiapa, sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah mati)

Sidang Parlimen sudahpun bermula, maka sibuklah Dato YB hias diri. Siap kot baru, kasut baru, pegi facial bersihkan kulit muka. Mana-mana rambut dan misai yang sudah nampak putih dihitamkan. Parlimen bukan tempat main-main. Kita kena ceria dan bersemangat. Kalau pegi dengan pakaian selekeh, muka berminyak macam baru pulang dari bendang, mana boleh? Malu! Seorang MP kerajaan tak boleh kalau nampak selekeh. Mana ada kelas?

Kadang-kadang aku nak tergelak apabila tengok perangai suamiku Dato YB. Mana taknya? dah tua berkedut, perut toncek macam Ninjai Turtle berangan nak jadi orang muda. Walaupun aku tak cerdik dalam politik, tetapi setahu aku, Parlimen bukannya tempat nak tunjuk lagak, apa yang penting ialah membawa amanat rakyat, menjadi jambatan penghubung antara rakyat yang memilih kita sebagai YB dengan kerajaan. Masalah dan rintihan rakyat, hala tuju kepimpinan kerajaan supaya masa depan orang Melayu terus gemilang bukannya menjadi pengemis di negeri sendiri. Jangan jadi seorang pemimpin yang dayus, lemah dan pengecut.

"Cubalah Yayang fikir" Dato YB mula bersyarah, apabila angin koskusnya mulai tersentuh. "Takkah Yayang rasa bangga apabila tengok suami Yayang, walaupun dah berusia, tapi masih gagah dan manco bercakap di Parlimen? TV kan ada siaran langsung?" Aku nak tergelak lagi, tambahan pula apabila tengok suamiku tak berbaju, kain pelaikatnya terlundih ke bawah pusat. Buruk sungguh! tetapi buruk-burukpun, dia tetap suami kesayanganku! Sumpah!

Apa? Allah jadikan dunia ini hanya untuk orang muda saja ke? Habis, kalau dah tua, kena pencen segala-galanya? Berkain pelaikat, pakai baju cap pagoda lalu jadi guni buruk di rumah? Pemikiran yang sebegini memang tak betul, dah sesat! Suami awak ni, body saja yang nampak lama, tapi enjinnya boleh mengalahkan enjin kereta BMW yang baru beli, tau tak?

Beginilah selalunya kalau Dato YB ada di rumah. Aku cukup suka mengusiknya, tetapi kena tahu had dan sempadan, jangan sampai terluka dan tergoris hatinya. Derhaka pula kita nanti. Kalau nampak Dato YB dah mula nak naik angin, aku cepat-cepat pujuk, letak tangan atas perut boyotnya dan gosok pelan-pelan, dia cepat geli, lalu ketawalah ia sampai berkejar ke tandas, nak terkencing. Inilah kebahagiaanku! Biar boyot dan toncek, dialah nyawaku!

Dato YB bagi tahu, sidang Parlimen kali ini tentu hot. Karpal Singh dan kuncu-kuncunya, orang Melayu yang tak sedar di untung mesti kena bedal. Aku sendiripun naik hot tengok gelagat Banggali tua yang biadab itu. Tetapi aku hairan, kenapa dia tak dihantar ke Kemunting? Inilah lemahnya Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, kata Dato YB. Mereka semuanya macam dah tak ada telur! Pengecut dan dayus! Inilah yang bagusnya Dato YB ku, walaupun toncek pendek macam badak air, tetapi semangat nasionalismenya cukup tebal. Pantang diusik hak anak bangsanya, dia sanggup gadai nyawa.

Dato YB kadang-kadang jadi bapak kucing tengah naik gian, gelisah dan merunggut macam kehabisan stop "minyak lintah" apabila memikirkan tentang masa depan parti. Amalan politik wang dalam parti, ini dah jadi wabak. Orang parti sekarang semakin hilang harga diri. Dua tiga ratus punya pasal dia sanggup pilih pemimpin jenis keledai yang pakai sarung singa. Kalau macam ini, hancur negara! Hancur Melayu! Sana sini bercakap nak hapus politik wang, tetapi semuanya cakap tak serupa bikin. Mulut cakap, tangan hulur. Sebab itu kata Dato YB, perhimpunan agung parti bulan Mac ini amat penting. Salah pilih, alamatnya parti tertua orang Melayu akan terkubur. Kalau parti terbesar orang Melayu ini masuk lubang kubur, maka masa depan Melayupun akan jadi tahi lembu kena hujan. Musnah segala-galanya.

Dato YB juga bimbang tentang pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau di Kedah. Memang sah anak tempatan jadi calon di Bukit Gantang, ini janji Dato Najib. Pokoknya, walaupun anak tempatan, kita juga mesti kena ambil kira apakah orang keliling-kelalang suka padanya? Begitu juga orang parti. Depan angguk, belakang "cas kenting". Sudah banyak contoh yang berlaku dalam PRU12 lalu. Walaupun calon anak tempatan tapi orang menyampah, sombongnya mengalahkan Perdana Menteri. Belum apa-apa lagi, kiri kanan penuh dengan bodyguard. Yang hulur rokok lain, yang pasang api rokok lain, yang tukang hulur tisu paper untuk buang hinguspun ada. Dalam kempen bercakap melalut macam orang hilang akal. Duit peruntukan kempen dikemut sampai habis. Apabila kalah, orang lain pula yang dipersalahkan. Apa dia orang ingat UMNO sekarang macam UMNO dulu? Letak kambing, kambing menang. Pakai songkok masuk kampung sekali sekalapun boleh menang. Baru saja jadi calon, nak jawab telefonpun dah pandai pilih-pilih orang. Kalau kena pada sahabat yang boleh hulur, mengigil-gigil menjawabnya, kalau tidak, dibiarkan memekak sampai telefon mati sendiri.

Pilihan raya kecil di kedua-dua tempat ini cukup penting. Ia merupakan kayu pengukur, sama ada UMNO akan terus menjadi sebuah parti terkuat orang Melayu atau sebaliknya. Sebab itu orang parti jangan sombong, cepat mendabik dada. Rampas Perak dari PKR, bukan cara anak jantan, itu tak lebih daripada macam kena nombor ekur. Jentera parti dari luar yang berkampung di Bukit Selambau dan Bukit Gantang, jangan tunjuk lagak, lebih sudu dari kuah. Jentera tempatan mesti diutamakan.

Telefon Dato YB mulai melalak, cepat-cepat dia menjawabnya, tetapi tak lama. Lepas itu dia membebel, kalau nak telefon kena pasti nombornya, jangan pakai tekan saja. Kalau nak jadi YB yang baik, kena jawab telefon, jangan tak jawab, walaupun salah nombor! Aku gelak sampai sakit perut tengok Dato YB marah kerana orang telefon salah nombor.

Isnin, 16 Februari 2009

SIAPAKAH DIA???



KENALKAH ANDA SIAPAKAH GERANGAN LELAKI DAN WANITA INI?????????

YANG JANTAN SIM TZE MIN, ADUN PANTAI JERJAK PENANG DAN BETINA SIAPA LAGI KALAU BUKAN RATU BOGEL ELIZA.......BEKAS TEMANITA TIAN CHUA.

INILAH PEMIMPIN KEBANGGAAN PKR...........................

FREE LIFE......................

PELEK TETAPI BENAR! SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN!

(Ada tiga cerita yang tersiar dalam Media hari ini yang memerlukan renungan kita bersama)



1.
Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) pimpinan Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Ismail Hussein telah membuat laporan polis terahadap Kementerian Pelajaran Malaysia kerana mendakwa Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan dan Akta Pendidikan tahun 1996.

Sebagai seorang warga negara Malaysia yang hidup dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan memwakili GAPENA, sebuah badan masyarakat penulis dan intelektual di tanah air bebas bertindak dan menyuarakan isi hati masing-masing. Persoalannya kenapakah setelah enam tahun, iaitu zaman Tun Dr. Mahathir jadi PM dan kebanyakan pelajar sudah dapat mensesuaikan diri dengan sisitem tersebut baru sekarang GAPENA nak bantah? Begitu juga dengan sebuah pertubuhan NGO yang diketuai oleh Dato Hassan Ahmad, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka nak anjurkan perhimpunan satu juta rakyat bagi membantah sisitem tersebut.

Melihat kepada situasi ini, kita tertanya-tanya, ketika gelombang kemarahan orang Melayu menentang kebiadaban dan kurang ajar Karpal Singh dan Mohammad Nizar Jamaluddin bekas MB Perak kerana jadi alat DAP yang menghina orang Melayu dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu, kenapakah GAPENA tidak berbuat sesuatu dan mengunci mulut? Apakah isu menghina Melayu dan raja-raja Melayu ini satu perkara yang kecil? Apakah sudah ada seekur kerbau yang membawa lumpur yang "icir tahi" dalam gabungan pertubuhan penulis tersebut?

Fikir-fikirlah! Apa pendapat anda?


2. Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN) tidak boleh bertindak terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana ia di bawah bidang kuasa Penguam Negara dan pihak polis untuk menahan serta mendakwa di mahkamah. Kata Menterinya, Dato' Seri Syed Hamid Albar.

Inipun satu cerita yang pelek. Setahu kita, Pasukan Polis Diraja Malaysia di bawah bidang kuasa dan tadbir-urus Kementerian Keselamatan Dalam Negeri? Kalaulah orang sudah menghina raja sampai nak heret ke mahkamah, KDN tidak ada kuasa untuk bertindak, apa cerita ni? Kenyataan Syed Hamid ini cukup memalukan dan nampak sangat kita orang Melayu satu bangsa yang dayus. Kerana kelemahan diri sendiri, maka tunjuk sana, tunjuk sini. Apakah Peguam Negara dan pasukan polis lebih besar daripada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri? Kenapa takut sangat kepada Karpal Singh?

Fikir-fikirlah! Apa pendapat anda?


3. Cerita kita yang ketiga ialah mengenai Pak Lah Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang akan hadir ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu akan datang dan akan memaklumkan mengenai situasi politik di Perak.

"Apakah pandangan raja-raja nanti, adalah terpulang kepada mereka kerana saya hanya bertanggungjawab untuk memberi maklumat tentang apa yang berlaku" katanya. Ini lagi satu cerita yang langsung tak bagi semangat kepada kita orang Melayu. Malupun ada. Apakah seorang ketua negara dan pemimpin kepada hampir empat juta orang Melayu yang menjadi ahli UMNO yang selama puluhan tahun menjadi tulang belakang kepada pemerintahan negara ini hanya berperanan sebagai seorang "pemberi maklumat?". Tidakkah mengikut Perlembagaan Persekutuan seorang PM itu bukan sahaja boleh berbincang tapi juga boleh memberi nasihat kepada Yang Dipertuan Agong? Apatah lagi isu besar yang melibatkan Kedaulatan Raja-Raja dan maruah orang Melayu di negara ini.

Fikir-fikirlah! Apa pendapat anda?

Khamis, 12 Februari 2009

PAS PUNGAH PENYOKONG MENGUNDI DI TITIWANGSA?

Daripada pemantauan para sahabat, jumlah pengundi baru dan pindah tempat mengundi ke kawasan Parlimen P.119 Titiwangsa yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhir-akhir ini semakin bertambah, kebanyakannya pengundi Melayu. Menurut skuad penyiasat UMNO Bahagian Titiwangsa, inilah kerja YB. Dr.Lo'lo sebagai persiapan awal bagi memastikan PAS terus berkuasa di Parlimen Titiwangsa dalam PRU13.

Mana-mana penyokong PAS di kawasan parlimen yang tidak ditandingi oleh parti tersebut, apatah lagi di kawasan DAP di seluruh Wilayah Persekutuan telah dipindahkan ke Titiwangsa. Dengan menggunakan alamat rumah kediaman orang PAS yang tinggal dalam kawasan Parlimen Titiwangsa, mereka diarah menukar kad pengenalan dan seterusnya mendaftar dengan SPR. Inilah kerja YB. Dr. Lo'lo. Sebagai seorang ahli parlimen yang telah diamanahkan oleh para pengundi di Titiwangsa, sepatutnya kepentingan rakyat yang mesti diberi keutamaan.

Kita tahu, masalah yang dihadapi oleh rakyat dalam Parlimen Titiwangsa ini masih banyak yang belum selesai, oleh kerana di Wilayah Persekutuan ini ada Menteri dan Timbalan Menteri, semua masalah yang dihadapi oleh rakyat di Titiwangsa dapat diselesaikan. Inilah tuah Dr. Lo'lo di Titiwangsa. Kerja tak banyak, masalah rakyat, Kerajaan BN yang selesaikan. Dia hanya tumpang tui, sekadar tayang muka dalam majlis. Orang tak jemputpun dia datang. Masanya banyak diguna pakai untuk memperkuatkan kedudukannya supaya dia terus pegang kuasa di Titiwangsa dalam PRU13.

Orang UMNO harus sedar tentang perkara ini. Kita tidak boleh lagi berpeluk tubuh dan bersikap tunggu dan lihat, jika kita ingin merampas semula Parlimen P.119 Titiwangsa dalam pilihan raya akan datang. Sebagaimana yang kita maklum, zaman kegemilangan UMNO sekarang ini sudah semakin pudar, apatah lagi hari ini, kita di Titiwangsa sudah jadi parti pembangkang. Sebenarnya kita masih bertuah, Wilayah Persekutuan tidak ada Menteri Besar, kalau tidak, kita orang Melayu dalam Wilayah Persekutuan khususnya di Titiwangsa akan menjadi orang Melayu di Perak atau Pulau Pinang. Alhamdulillah! Walau apapun, Titiwangsa mesti kita rampas kembali!

Rabu, 11 Februari 2009

PEMIMPIN LEMBEK! RAKYAT MENYAMPAH!!!

Melayu mulai bangkit di seluruh negara dan ratusan laporan polis telahpun dibuat mengenai kebiadaban dan kurang ajar Karpal Singh, tetapi malangnya sehingga hari ini, Peguam Negara masih mengunci mulut, malah Tan Sri Abdul Gani Patail ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia yang berada di Geneva memberitahu, "Saya di luar negara, saya tak mau cakap apa-apa!" Ketika ditanya mengenai kebiadaban Karpal Singh, Peguam Negara menambah, "Saya tidak mau ambil kisah tentang pertanyaan awak!".

Para sahabat di Titiwangsa hanya mampu mengiling kepala. Peguam Negara yang diamanahkan memikul tanggung-jawab bagi menentukan proses pelaksanaan undang-undang negara bersikap dingin terhadap kekalutan yang melanda negara, maruah bangsa dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu, apa lagi kita nak buat? Yang lebih mendukacitakan kita, apabila Pak Lah Badawi sendiri sebagai seorang Perdana Menteri, membuat kenyataan di media hari ini, bahawa kerajaan tidak bercadang untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas Karpal Singh.

Melihat kepada keadaan ini, kita tertanya-tanya, kepada siapa lagi yang nak kita harapkan supaya pengkhianat bangsa dan negara ini dihapuskan? Apakah Pak Lah dan Peguam Negara nak suruh rakyat sendiri menjadi hakim dan menggunakan kuasa mereka bagi menangani konflik di Perak dan menghukum Karpal Singh ? Apakah Pak Lah dan Abdul Gani Patail mahu melihat pertumpahan darah berlaku baru nak bertindak? Melayu berperang sesama Melayu, hancur lebur baru nak guna Akta Keselamatan Dalam Negeri ke atas Karpal Singh dan Mohammad Nizar, seorang anak Melayu yang jelas dan terang menjadi barua kepada DAP?

Kadang-kadang kita rasa sedih dan amat kecewa, apalah nasib orang Melayu di negara ini mendapat seorang pemimpin yang lemah dan tidak bersemangat. Orang Melayu menjerit di seluruh negara kerana pertahankan maruah bangsa dan rajanya untuk memberi signal kepada para pemimpin negara supaya bertindak dan mengguna-pakai segala kuasa yang di peruntukkan oleh undang-undang dan Perlembagaan Negara kepada kerajaan. Apakah tindakan pengkianat seperti Karpal Singh dan Mohammad Nizar nak saman Sultan Perak dan menganggu gugat keamanan Negara masih lagi tidak salah? Apakah Pak Lah masih tindak nampak gelombang kemarahan orang Melayu yang sekarang ini sudah tidak dapat dibendung lagi? Apa lagi yang ditakutkan? Nak tunjuk baik macam mana lagi? Negara ini milik rakyat, bukan milik hanya kepada seorang Perdana Menteri!

Oleh sebab kita lembek dan tidak bermaya, hari ini Karpal Singh bukan sahaja tetap bertegas dengan tindakannya untuk saman Sultan Perak dan tidak mahu menutup maaf, malah akan mengambil tindakan pula terhadap Polis Di raja Malaysia kerana katanya, pihak polis bersikap "berat sebelah" kerana tidak mengambil tindakan ke atas demonstrasi 300 orang Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang berhimpun di depan pejabatnya di Jalan Pudu Lama semalam.

Dengan angkuh dan sombong beliau menuduh pihak polis tidak adil dan tidak menjaga keamanan dan ketenteraman. Apa kata Syed Hamid sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri? Apakah mahu dibiarkan saja pengkianat negara seperti Karpal Singh ini merendah-rendah martabat dan mempertingkai tugas pasukan polis kita yang bekerja siang dan malam, beragadai nyawa untuk memastikan negara ini aman damai? Di mana lagi maruah kita hari ini? Raja nak dibawa ke Mahkamah, pasukan polis pula hendak diambil tindakan.

Ada juga orang bertanya, apalah kebalnya orang yang bernama Karpal Singh ini sehingga dia boleh bercakap dan berbuat dengan sesuka hatinya. Sesungguhnya Benggali ini bukannya kebal tetapi kerana orang Melayu yang diamanahkan untuk menjadi pemimpin dinegara ini cukup lemah dan lembek! Sehingga hari ini, kita tidak tahu apakah bentok dan stail cara kepimpinan seperti ini. Oleh kerana kepimpinan yang tidak tahu hala tuju inilah maka hidup Melayu terseksa dan dihina dalam negaranya sendiri.

Kita amat berharap, Dato' Seri Najib yang bakal memimpin UMNO dan negara selepas bulan Mac ini belajar dan mengambil iktibar daripada kesilapan dan kelemahan kepimpianan Pak Lah. Jika tidak ada perubahan, kita bukan minta, tetapi UMNO sudah pasti akan semakin jauh dari hati rakyat Malaysia khususnya orang Melayu.

Selasa, 10 Februari 2009

KEMELUT DI PERAK

1. Macam dalam filem Tamil pulak konflik di Perak. Dengan Demonstrasinya, baring diatas jalanraya menghalang kenderaan VIP, tak mahu keluar dari kediaman rasmi, buat mesyuarat kabinet dan tuduh MB yang diperkenan oleh Sultan pula HARAM..... Nak saman SULTAN pulak
2. Yang syoknya pulak..... apa yang dibuat oleh bekas MB, disokong oleh TG Nik Aziz. Dikatakannya bukan menderhaka sebab disisi TUHAN, manusia ini sama sahaja tanpa mengira darjat...Apa kena dengan TG Nik Aziz???? Meroyan kot???? Memanglah disisi TUHAN kita ni sama sahaja, tapi dikalangan kita sesama manusia tak sama. SULTAN adalah pemerintah, dan kalau tak mahu ikut pemerintah, tak mahu ikut titah sultan, janganlah duduk di situ...Pergilah ke Indonesia , Singapura, negara republik yang tiada sultan. ( Tapi kena juga ikut peraturan pemimpin negara tersebut. )
3. Kepada puak-puak yang menyokong penderhaka, memang tidak mempunyai semangat patriotik. Cintakan keadilan dan tanah air konon!!!!!!!! macam mana nak dikatakan begitu kalau prinsip rukun negara yang kedua pun tidak boleh dituruti...........
4. Betul,,,, Sultan tidak berhak untuk memecat seorang menteri besar... Tapi baginda boleh untuk TIDAK PERKENAN sesiapa yang menjadi menteri besar di Negerinya.. Itulah konsep RAJA BERPELEMBAGAAN.
5. Dalam rukunegara, mengapa ada " KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA" yang diletakan di nombor 2 dan KELUHURAN PERLEMBAGAAN , KEDAULATAN UNDANG-UNDANG di nombor 3 dan 4. sebab apa yang Sultan @Raja titahkan/perkenankan/tak perkenan merupakan undang2 untuk kita ikut.
6. Sesiapa yang dok pertikai tu buat demonstrasi atau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mana-mana blog pro kerajaan dengan begitu fanatiknya......jelas sekali tidak berpegang kepada prinsip rukunegera yang ke 5 KESOPANAN DAN KESUSILAAN........ Kalau tak pegang kelima-lima rukun asas negara Malaysia ni, jangan jadi rakyat Malaysia lah!........
7. Melayu jenis apa yang nak pertahankan kerajaan campuran yang beri leasehold 999 tahun kepada kaum cina....... Kalaulah kita hidup 99 tahun setiap generasi, 10 generasi tu dapat duduk free. Tahun 3008, nanti baru dapat tebus balik.......... sempatke???????? Bangsa-bangsa lain tengok je kita dok buat piket macam tu untuk mereka. Yang ruginya, yang bercakaran sesama sendiri tu siapa???? MELAYU JUGAK....... ( Tak penat ke............)

Isnin, 9 Februari 2009

JANGAN BANYAK CAKAP! ORANG BENCI!


Kita terlalu banyak bercakap dan kurang bertindak, termasuklah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang dikatakan sayap kanan kepada parti. Dato' Hisham, dalam kenyataannya semalam berkata, segala-galanya akan terserah kepada Pemuda selepas pemilihan bulan Mac. Para sahabat merasa tawar hati, kenapakah nak tunggu lepas pemilihan, tidak bolehkah membuat sesuatu sekarang ini? Di manakah suara Pemuda UMNO Malaysia? Apa yang kita lihat, setakat hari ini cuma inisiatif Pergerakan Pemuda Bahagian dan beberapa NGOs di Perak. Berdemonstrasi dan memekik bawa sepanduk.

Apakah cukup hanya membuat lapuran polis? Kes Karpal Singh yang mencabar Sultan Perak, angkara orang yang bernama Mohammad Nizar ketika mula-mula jadi MB dulu hingga sekarangpun kita tak tahu apa kesudahannya. Dato' Syed Hamid, Menteri Keselamatan Dalam Negeri sehingga sekarang kita masih tidak nampak dia membuka mulut untuk mengambil tindakan keatas manusia biadap dan kurang ajar Karpal Singh dan Mohammad Nizar. Apakah kita masih lagi mahu bertolak ansur dengan manusia-manusia seperti ini? Secara terang-terangan memalukan Melayu dan menghina Raja-Raja Melayu. Kadang-kadang sikap tunggu dan lihat dan banyak cakap tetapi kurang bertindak inilah yang membuat hati orang Melayu semakin tawar kepada UMNO. Kita jadi Melayu lembek, kita jadi Melayu dayus!

Kita bukan mahu menghasut atau meniup isu perkauman, tetapi apa yang kita lakukan semata-mata untuk menzahirkan kepada mereka yang kurang ajar dan tidak tahu di untung ini bahawa Melayu bukan satu bangsa yang bangsat dan pengecut. Kerana sikap kita banyak cakap, hari ini Karpal Singh pula yang mencabar kita, "Jangan main-main dengan saya! Walaupun banyak lapuran polis dibuat, tetapi tak adapun polis panggil saya". Kenyataan Karpal Singh ini cukup memalukan kita!

Orang UMNO jangan cepat mendabik dada kerana dapat kuasai Perak dengan mudah, sebab UMNO akan berhadapan dengan satu lagi pilihan raya kecil di Parlimen Bukit Gantang di Perak tidak lama lagi, berikutan kematian Ahli Parlimen PAS, YB. Roslan Shaharum pagi tadi. Para sahabat cukup bimbang, jika UMNO masih juga tidak berubah, pilih calon ikut kehendak orang atasan bukan ikut citarasa rakyat setempat seperti calon Parlimen Kuala Terengganu, kita akan kecundang. Kepada kita, pilihan raya kecil di Bukit Gantang nanti benar-benar garis penentu sama ada UMNO masih lagi diterima rakyat ataupun tidak.

Kita cukup yakin, orang Melayu di Bukit Gantang, cucu-cicit pahlawan terbilang, Dato' Penglima Bukit Gantang tidak akan merelakan Raja dan agamanya dicaci dan dihina. Mereka juga tidak mahu orang seperti Karpal Singh dan Mohammad Nizar, Melayu yang sudah dibeli oleh DAP itu bertapak di bumi Perak. Daripada pengelaman kita, selama puluhan tahun PAS bertapak di bumi Malaya ini, dasar PAS tidak pernah mengajar anggotanya menderhaka kepada Raja, tidak taksub melulu dan menjadi seorang pengikut "Pak turut" yang sanggup mengadai maruah dan agamanya. PAS tidak mengajar para pengikutnya menjadi Melayu dayus. Janganlah terlampau berpolitik sehingga kita lupa segala-galanya. Lupa kepada masa depan anak bangsa sendiri! Kepada para pengikut PKR, janganlah terlalu taksub dengan Anwar Ibrahim. Politiknya bukan untuk membina bangsa dan agama tetapi lebih kepada politik ingin membalas dendam.

Dalam saat-saat orang Melayu terkapai-kapai sekarang ini, UMNO harus pandai menampilkan diri, terutama dalam menyelesaikan konflik yang memalukan Melayu di Perak. Beranilah bertindak! Jangan hanya setakat bercakap di media massa. Melayu benci kepada pemimpin yang pengecut dan cakap banyak, tetapi tidak bertindak.

Sabtu, 7 Februari 2009

"DIARI ISTERI MUDA DATO YB"

EPISOD PERTAMA


(Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Tidak ada hubung-kait dengan idividu atau kumpulan, sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah mati)


Malam ini Datuk YB tak balik, katanya sibuk tengok sendiwara manusia di Perak. Episod manusia tamak selalu rugi. Dah kena pecat, nak jadi MB lagi, sampai sanggup mendurhaka kepada Sultan Ketua Negeri. Cerita selanjutnya akupun tak tahu. Aku tak minat politik cuma tahu pangkah apabila tiba hari mengundi. Partinya sudah tentu parti yang diperjuangkan oleh suamiku Datuk YB Gemok. Esukpun tak balik, kerana dari Perak terus ke Kedah, sibuk jumpa perwakilan. Malam lusapun tak balik juga, kata Datuk YB, dari Kedah terus ke Sabah, ada meeting.

Entah apa meeting akupun tak mahu ambil tahu. Yang penting pulus! Ada kerja ada gaji, tak ada kerja duduk-duduklah cungkil gigi. Kalau Datuk YB Gemok tak balikpun, bagus juga, dah tak tahan lagi rasanya jadi pelayan sambut tetamu sampai dua tiga pagi.Kadang-kadang ada juga yang berdengkur hingga ke pagi. Buat air liur basi atas sofa. Nak buet camno? Lepas teh tarik kopi O, lepas kopi O air suam. Tempat rokok penuh sendat, ada di atas meja, bawah kerusi hingga ke bilik air. Asapnya aku cukup tak tahan, macam duduk dalam kepala kereta api arang batu zaman dulu kala.

Para pengikut YB Datuk Gemok lebih suka melepak di rumahku kerana aku amalkan cara hidup "mesra rakyat" bukan macam di rumah Mak Datin, isteri pertama Datuk YB. Dia bukan amal mesra rakyat tapi bertukar jadi musuh rakyat. Betapa tidak, menurut cerita daripada Wak Mastor, orang kanan Datuk YB Gemok, di rumah Mak Datin tak selesa, setiap minit pusing sana dan pusing sini, macam mandur buat jalan kereta api maut di Burma. Ada siket abuk rokok atas meja terus menjerit panggil orang gaji bawa kain lap. Pukul sepuluh malam kalau masih lagi buat air liur borak dengan Datuk YB, siaplah, lampu signalpun berkelip-keliplah di depan pintu besar.
Apabila lampu singnal dah menyala, Datuk YB mulai gelisah dan terus tutup cerita. Esuk boleh sambung lagi.

Wak Mastor, walaupun orang kanan dan body guard tak resmi kepada Datuk YB Gemok kadang-kadang bersunggut juga. "Kalau macam tu jadi bini wakil rakyat, alamatnya lingkuplah negara, tak sampai satu penggal akan jadi wakil rakyat pencen!" Wak Mastor memang orang kepercayaan Datuk YB Gemok. Bergerak Datuk YB, maka bergeraklah Wak Mastor. Kabarnya, Wak Mastor ini, seorang jaguhan pendengkar terbilang. Belasan tahun bertapa di Tanah Jawa.
Menurut cerita, kalau Wak Mastor sudah naik minyak, bukan saja setakat manusia jadi tikus basah ketakutan, gajah dalam hutanpun kencing terberak lari terjun masuk gaung. Entah betul atau tidak, Wallahuallam!

Walaupun pada mula aku menyampah dengan Datuk YB, dahlah gemok pendek macam badak air, lama-lama aku mula sayang padanya. Dia baik dan bertanggung-jawab. Jasa dan pengurbanan Datuk YB Gemok amat besar padaku. Dia merupakan wira kepadaku. Dengan penuh kerelaan Datuk YB menukar corak hidupku, daripada seorang GRO di salah sebuah pusat dangdut di Kl menjadi seorang manusia yang dipanggil isteri. Kadang-kadang datang juga kesian belas ku kepada Mak Datin kerana merampas suaminya, tetapi terpaksalah buat badak pekak, kerana ini semua bagiku sebagai hukum alam. Datuk YB seorang yang berkemampuan, apa salahnya agih-agihkan sikit rezeki Allah itu kepada orang lain.

Yang paling aku bersyukur, Datuk YB bukan sahaja penyelamat tetapi sekaligus mengakhir perangai burukku selama beberapa atahun iaitu berbohong kepada adik-adik dan ibu di kampung. Kononya belanja sekolah adik-adik dan makan minum mereka ialah duit gaji aku bekerja sebagai seorang setiausaha di salah sebuah syarikat di KL. Kadang-kadang terasa juga nak tergelak, lulus darjah enam sekolah Melayu nak kerja apa? Terlalu melalut sangat bohongku kepada mak dan adik-adik. Tetapi nak buet camno? Takkan nak bagi tahu mereka aku jadi GRO, hari ini orang tu pelok, esuk orang lain pula, lusa orang lain lagi. Bertukar ganti macam bantal pelok hotel murah di Jalan Chow Kit. Yang gemok, yang dah tua melalut, baru minum sebotol mabuknya sepuluh botol.

Alhamdulillah! Aku bersyukur, Allah temukan Datuk YB Gemok kepadaku dan dengan rela hati dia mengambilku sebagai isteri. Kami nikah di Kampung Sungai Padi dekat Pekan Golok, Thailand. Wak Mastorlah yang urus segala-galanya. Hari ini, walau apapun, janjiku ialah untuk menjadi seorang isteri yang baik dan setia. Kirim duit kepada adik-adik dan ibu di kampung dengan duit halal. Aku sayang suamiku. Walaupun aku buta kayu dalam politik, tetapi semua tetamunya dan para pengikutnya yang melepak di rumahku, aku layan dengan baik, kadang-kadang sampai ke subuh tak habis-habis buat kopi O. Aku lebih senang Datuk YB melepak di rumah daripada jual perut di merata lobi hotel. Mataku dah mengantuk, nanti kita sambung lagi,

ORANG MELAYU JANGAN JADI ALAT DAP


Mohammad Nizar Jamaluddin terus bersendiwara di Perak. Sekejap cakap ini dan sekejap cakap macam itu. Akhirnya media massa yang jadi mangsa, dituduh memutar belit dan bersubahat dengan UMNO dan BN. Sebab itu untuk menjadi seorang pemimpin tulin bukan mudah. Sebelum bercakap atau memberi kenyataan kenalah pakai akal dan kewarasan fikiran, bukannya guna nafsu dan ikut telunjuk orang. Apabila sudah teperangkap, barulah mengelabah, pening lalat macam Pak Pandir mabuk kerana makan buah jarak.

Warga Titiwangsa melihat segala kerenah Mohammad Nizar ini seolah-olah seorang pelawak dalam filem Hindustan. Masih lagi tidak mahu menerima kenyataan bahawa beliau bukan lagi MB Perak. Mulalah melalut nak kongsi pejabat dengan Dato' Dr. Zambry, nak tengok macam mana dua nakhoda dalam satu kapal, masih lagi pakai kereta dan tinggal di rumah kerajaan dan macam-macam hal. Kemana maruah dan harga diri yang kononnya seorang pemimpin?

Daripada senario yang berlaku di Perak dalam tempuh dua tiga hari ini, amat jelas dan nyata bahawa Mohammad Nizar sebenarnya sudah diperalatkan oleh DAP. Agenda politik DAP yang tersirat dalam perjuangannya selama ini ialah mencari ruang untuk mengadu-domba dan menghuru-harakan orang Melayu dinegara ini sekaligus untuk mencabar Kedaulatan Raja-Raja Melayu. Apabila Melayu sudah huru-hara dan berpecah belah, mungkin bermandi darah sesama sendiri, maka amat mudah untuk mereka mengambil kuasa.

Kerana kerenah dan kesombongan orang yang bernama Mohammad Nizar, para pemimpin DAP mula naik syeh. Dengan sombong dan angkuh Pengerusi DAP Karpal Singh membuat kenyataan, bahawa DAP akan failkan di mahkamah untuk saman Tuanku Sultan Perak dan Kerajaan Negeri.
Ini semua merupakan satu penghinaan kepada Institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi tonggak negara. Apakah orang Melayu khususnya para pengikut PAS yang sanggup tidur di tengah jalan raya, terpekek terlolong, menghalang kenderaan Raja Muda Perak, membaling batu dan memaki hamun, masih lagi tidak sedar bahawa mereka ini secara tidak sedar menjadi alat kepada Parti DAP?

Sanggup datang dari jauh, tinggal kerja, tinggal anak isteri kononnya untuk perjuangan. Apa kata jika sekiranya musibah menimpa diri, tertangkap dan ditahan di Kemunting ataupun di penjara. Apakah mereka ini pasti bahawa Parti Pakatan Rakyat, PAS, PKR dan DAP sanggup membiayai kehidupan anak-anak isteri di rumah? Nak main politik boleh, tetapi jangan sampai lupa diri dan menghancurkan masa depan anak isteri. Terlalu banyak contoh yang kita lihat, antaranya mangsa terajidi Ibrahim Libya di Kedah tidak lama dulu. Apa sudah jadi kepada anak-anak dan isteri mangsa yang ditinggalkan? Walaupun kabarnya, PAS telah menubuhkan tabung jihad, tetapi sampai ke hari ini masih ada anak isteri dan keluarga mangsa yang ditinggalkan hanya telan air liur. Ke mana perginya tabung jihad? Kemana perginya wang bantuan yang di kata oleh PAS akan diserahkan kepada keluarga mangsa?

Ingatlah, jangan terlampau taksub kepada manusia. Bukankah sifat taksub kepada manusia yang melampau-lampau dicegah oleh Islam? Orang-orang PAS kena ingat, walaupun Mohammad Nizar jadi MB Perak atas tiket PAS, tetapi PAS hanya ada enam kerusi dalam DUN Negeri Perak sedangkan DAP dulunya 18 kerusi. Apakah dengan hanya enam kerusi, walaupun jadi MB, berkuasakah Mohammad Nizar untuk membuat sesuatu keputusan? DAP bukan bodoh. Sebab itu penduduk Cina di Kampung-Kampung Baru dapat durian runtuh. Undang-undang membolehkan pajakan tanah hanya 99 tahun tetapi orang yang bernama Mohammad Nizar ini tambah sehingga 999 tahun. Begitu juga pasal kereta, kilang Proton di Tanjung Malim membayar cukai kepada Kerajaan Negeri Perak sebanyak 34 juta setiap tahun, tetapi kereta Proton Perdana ditolak, tukar dengan kereta Jepun. Banyak lagi cerita yang membuktikan bahawa bekas MB Perak ini ikut telunjuk DAP dan tidak boleh membuat keputusan.

Para penyokong PAS yang berdemotrasi di depan Istana semalam harus menerima kenyataan. UMNO sendiri, hilang empat negeri, lima dengan Wilayah Persekutuan dalam PRU 12 tempuh hari, tidak adapun kecoh-kecoh sampai tidur di atas jalan raya. Kita sebagai rakyat yang hidup dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, kalaulah kita benar-benar seorang pejuang yang berhati luhur, bermaruah dan bertamadun, bukankah PRU 13 sedang menunggu dua tiga tahun lagi? Tak payah nak saman Sultan, tak payah terpekik terlolong tidur baring atas jalan raya macam orang tak ada agama, gunakanlah kuasa kita ketika itu, tepak dada tanya selera.

Ingatlah! Kita orang Melayu dan sama-sama seagama. Janganlah musnahkan hidup kita kerana politik yang kita sendiri tidak begitu arif tentang hala tuju perjuangannya, cuma setakat dengar-dengar ceramah. Orang politik, jenisnya ibarat macam lampu ajaib. Pagi, lepas Subuh, cakap pasal kerbau, sebelum masuk waktu Zohor, dia dah tukar, bercakap pula pasal telur penyu. Kalau pasal bersyarah dan berceramah, sampai lumat pembesar suara tak tahu nak berhenti. Begitu juga kalau ada agihan rezeki, orang kiri kanan saja yang mereka nampak, tetapi apabila mereka sudah tersepit, kitalah yang dicari untuk dijadikan benteng, melalak macam anjing salak bukit. Mungkin kita semua masih ingat nasib malang yang menimpa Allahyerham Dato' Harun Idris, bekas Menteri Besar Selangor tidak lama dulu. Pedahal semua orang tahu Dato' Harun merupaka seorang wira yang mempertahankan maruah orang Melayu sehingga tercetusnya trajedi berdarah 13 Mei tahun 1969. Selepas 13 Mei lahirlah Dasar Ekonomi Baru, gerai-gerai dan kedai-kedai orang Melayu mula tumbuh seperti cendawan di seluruh negara. Kerajaan pula telah mengadakan pelbagai kemudahan kewangan bagi membantu orang Melayu supaya aktif dibidang perniagaan. Ini semua berlaku atas jasa Allahyerham Dato' Harun.

Tetapi malangnya, kerana ikutkan nafsu, Dato' Harun kecundang juga. Bukan mendarhaka kepada Raja seperti Mohammad Nizar di Perak, cuma menolak tawaran kerajaan untuk menjadi duta. Walaupun ribuan para penyokongnya menjadi benteng, berperang dengan polis, berdemotarsi dan sebagainya, akhir sekali, Allahyerham terpaksa akur dengan undang-undang negara, di mana bumi yang dipijak dan langit yang dijunjungnya. Begitu juga dengan cerita Anwar Ibrahim, walaupun puluhan ribu manusia berkampung menjadi benteng di rumahnya di Damansara, akhirnya apa yang kita tahu, Anwar ke Penjara Sungai Buluh juga. Inilah keadaannya, kita orang Melayu jangan ulangi lagi kesilapan, kerana begitu taksub hanya dengan seorang manusia, lalu jadilah kita seorang Mat Jelebor yang menang sorak kampung tergadai. Walaupun Undang-Undang Negara ciptaan manusia, tetapi inilah kayu pengukur yang menunjukkan ketemadunan rakyat dalam negara tersebut yang membezakan antara haiwan dengan manusia.

Jumaat, 6 Februari 2009

HAPUSKAN PENDURHAKA DAN PENGKIANAT BANGSA !!

Tidak pernah berlaku dalam sejarah abad baru tamadun Melayu, orang Melayu mendurhaka kepada Sultan. Lagenda Jebat mendurhaka kepada Sultan Melaka ialah untuk menuntut keadilan dan menentang kezaliman Sultan Melaka yang membunuh Tuah yang tidak berdosa tanpa usul periksa, tetapi apa yang dilakukan oleh Dato' Seri Mohammad Nizar di Perak cukup hina, kerana didorong oleh hawa nafsu yang gila kuasa dan menjadi alat kepada politik DAP yang bersikap membaling batu sebunyi tangan, beliau sanggup menjadi Melayu yang dayus.

Kita melihat, orang Melayu yang semacam ini tidak boleh disimpan dalam negara ini. Ia merupakan virus yang akan membawa wabak yang boleh merosakkan tamadun dan budaya bangsa. Janganlah kerana mencari kuasa dalam politik, kita sanggup hancurkan segala hak dan maruah bangsa sendiri. Yang paling kita bimbang, perbuatan biadab orang yang bernama "Mohammad Nizar" ini akan mencetuskan satu musibah besar kepada rumpun Melayu di negara ini. Kalaulah Palestin berjuang menentang Yahudi, kita pula berperang sesama Melayu. Apa untungnya kita jika hal ini berlaku? Hancur lebur dan musnah segala-galanya.

Yang untung ialah musuh-musuh Melayu, kerana cita-cita mereka untuk menghancurkan Melayu dan Islam ini sudah lama menjadi agenda dalam perjuangan mereka, tetapi kebanyakan orang Melayu lalai, sanggup diperalat dan dijadikan jambatan bagi melaksanakan cita-cita politik mereka. Contohnya Mohammad Nizar (Tak payah dipanggil Dato' Seri kepada seorang pendurhaka kerana gelaran Dato' Seri merupakan anugerah Raja-Raja Melayu kepada rakyatnya setia).

Angkara Mohammad Nizar, Pengerusi DAP, Karpal Singh, hari ini telah membuat pengumuman bahawa minggu depan kes MB Perak akan di fail ke Mahkamah dan Baginda Sultan Perak antara yang akan terlibat. Dari sini jelaslah kepada kita bahawa orang yang bernama Mohammad Nizar ini bukan sahaja menjadi alat kepada DAP malah pengkianat kepada bangsa Melayu dan memalukan Institusi Raja-Raja Melayu yang selama ratusan tahun menjadi tonggak kepada tamadun dan budaya orang Melayu.

Dengan situasi yang berlaku di Perak ini kita orang Melayu harus sedar, jangan jadikan diri kita sebagai alat orang politik untuk memusnah negara kita. Bukalah mata, sayangi anak bangsa sendiri. Pengkianat dan pendurhaka seperti Mohammad Nizar ini mesti dihapuskan!


Khamis, 5 Februari 2009

HIPOKRASI AHLI POLITIK


KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan perbuatan
berpaling tadah di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat sehingga tumbangnya kerajaan negeri adalah pengkhianatan kepada penyokong mereka yang bersusah payah berkempen ketika pilihan raya umum lalu.
Justeru, beliau masih berharap pilihan raya negeri diadakan di Perak, bagi membolehkan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kembali kepada rakyat mendapatkan mandat baru untuk membentuk kerajaan. "Saya rasa cukup dukacita apabila timbul cerita wakil rakyat hilang selama dua tiga hari dan kemudian nak melompat. Saya tak faham macam mana keadaan ini boleh berlaku di Malaysia. Manusia macam ni patut dilemparkan dengan kasut. "Selepas dapat undi dalam pilihan raya, tiba-tiba mereka jual (berpaling tadah). Perbuatan ini pastinya ada perancang yang memujuk mereka sebagai cara mudah mencari majoriti (membentuk kerajaan). "Kalau begini, lebih baik tak payah diadakan pilihan raya, sebaliknya cukup diagihkan duit saja," katanya kepada pemberita di rumahnya di Pulau Melaka, di sini, petang tadi. Beliau menyifatkan, hanya pemimpin yang rasuah saja sanggup berpaling tadah sehingga menyebabkan masalah pergolakan politik di negara ini tiada kesudahan.
nik aziz dah hilang sabar ATAU beliau menyindir Penasihat PKR yang memulakan isu 'katak' sempena rancangan 16 September sehingga mereka menghantar rombongan melawat Taiwan juga semata-semata mahu memujuk rombongan ahli parlimen BN.

Namun begitu, semasa Adun Bota melompat ke kolam PKR baru-baru ini tidak pula beliau mencadangkan agar kasut dibalingkan kepada Adun tersebut.Malahan tidak juga mereka menggesa agar pilihanraya kecil DUN Bota diadakan semula.Hmmm,manusia dengan dunia yang fana ini,hanya mencari jalan untuk menegakkan 'kebenaran' agar hanya mereka sahaja yang dipandang elok dan betul.
Disebabkan Adun Bota jugalah Dato' Seri Tajol Rosli telah dengan secara hormat meletak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak.Namun bagi MB Perak dari ahli PAS ini secara angkuh dan ingkar titah Tuanku Sultan Perak enggan melepaskan jawatan beliau.Betapa seseorang boleh menjadi kemaruk dan gila kuasa apabila dunia menjadi keutamaan sehingga lupa bahawa dunia ini hanya sementara.Jika mengikut logiknya,insan inilah patut malu dan meletak jawatan kerana bukan 1 ADUN lari tetapi 3 ADUN sekaligus.


Sekadar renungan.........begitu mudah menukar pendirian demi kepentingan

Lompat parti tidak salah - Nik Aziz KOTA BHARU 16 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, tidak menjadi kesalahan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti. Katanya, apa yang dilakukan Anwar adalah selaras dengan kehendak demokrasi, mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan. "Kalau Anwar tidak buat macam itu, nak buat macam mana lagi, sementara menunggu pilihan raya, buat macam ini dulu.
CEEWAH!selaras kehendak demokrasi dan mengikut undang-undang tuuuu...
SIAPE YANG PATU DIBALING KASUT NI???KOME KE MIKE???

MB PERAK TERKENA SUMPAHAN!

Baginda Sultan Perak hari ini menitahkan agar Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai MB Perak berkuat kuasa dengan serta merta. Maka dengan ini, berakhirlah riwayat pemerintahan Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin. Mengikut para sahabat, inilah padahnya jika seseorang manusia itu yang begitu cepat lupa di mana bumi yang dipijak dan langit yang dijunjungnya. Terlalu angkuh dan sombong, sehingga sanggup mengadai maruah anak bangsa dan agamanya sendiri.

Angkara beliaulah, Institusi Istana Negeri Perak tercemar, diselar dan dicabar oleh Pengerusi DAP Karpal Singh. Sekolah-sekolah Tadika KEMAS yang menempatkan anak-anak rakyat yang miskin untuk mendapat pendidikan asas ditutup. Hak milik tanah orang Melayu dipinggirkan dan diberi keutamaan kepada masyarakat Cina di Kampung-Kampung Baru di seluruh Negeri Perak. Sanggup membelakangi Undang-Undang Kanun Tanah Negara yang memboleh pajakan 99 tahun tetapi kerana kesombongan dan keangkuhan Mohammad Nizar ditambahnya 999 tahun. Sekolah agama rakyat yang daif tidak diambil kisah tetapi sekolah Cina pula yang diutamakan.
Siapakah yang menguasai Perak selama sepuluh bulan ini? PAS yang hanya mempunyai enam kerusi ataupun DAP yang mempunyai 18 kerusi? Jadi siapakah sebenarnya Mohammad Nizar ini?

Kita bukanlah nak main isu perkauman, tetapi kalau orang Cina di Kampung Baru diberi hak memajak tanah sampai 999 tahun, kenapa tidak boleh melibatkan juga tanah-tanah di perkampungan orang Melayu? Begitu juga soal bantuan kewangan kepada sekolah Cina, kita tidak pertingkaikan, tetapi janganlah pula sekolah agama rakyat yang daif di Perak terabai. Apabila orang dah heboh satu dunia barulah nak jengok. Apakah yang patut kita namakan pemimpin Melayu yang seperti ini? Perolehi kuasa kerana bendera parti Islam, tetapi kepimpinannya tidak sedikitpun melambangkan roh Islam.

Orang PAS juga ikut kecewa dengan sikap dan tingkah laku Dato Seri Mohammad Nizar, tetapi apakan daya kerana untuk menjaga maruah parti, mereka terpaksa mengunci mulut. Walaupun Lidah terjelir, tekak terasa sakit terpaksa ditelan juga. Inilah balasan Allah kepada manusia yang sombong dan angkuh setelah peroleh kuasa. Sesungguhnya, apa yang berlaku di Perak harus diambil iktibar kepada yang peroleh kuasa, tak kira orang UMNO, PAS atau PKR, kita Melayu dan Islam walau apapun fahaman politik yang dianuti, ingatlah apa saja yang ada pada kita di dunia ini semuanya bersifat semantara. Yang berkuasa dan kekal abadi hanya Allah!

Orang UMNO jangan cepat mendabik dada kerana apa yang terjadi di Perak itu amat jarang berlaku dalam sejarah politik negara, ia lebih merupakan satu episod yang berlaku secara kebetulan. Permainan politik tidak sama dengan kehendak dan citarasa rakyat. Para sahabat cukup bersetuju dengan komen Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed yang melihat tindakan BN menerima sokongan bekas dua orang ADUN Parti Keadilan Rakyat yang sedang berhadapan dengan tuduhan rasuah bukan satu idea yang baik.

Jika mereka di dapati bersalah, sama ada mau atau tidak, pilihan raya kecil terpaksa di adakan. Apabila pilihan raya berlaku, apakah BN sekarang sudah cukup bersedia untuk menghadapinya? Apakah MCA, GERAKAN, MIC dan PPP sudah mampu untuk berhadapan dengan pengaruh DAP di 18 kerusi ADUN di Perak? Begitu juga dengan kekuatan PKR dan PAS? Jika sekirannya kedua-dua ADUN bebas ini benar-benar didapti tidak bersalah oleh mahkamah, BN juga akan berhadapan dengan masalah iaitu tomohan dan perminan politik pembangkang. Semantara Institusi kehakiman ikut dipolitikkan, terseret dengan fitnah dan prasangka. Kerenah dan hati busuk pembangkang kita semua sudah cukup arif. Mereka tidak peduli siapa, daripada mati lemas dengan sia-sia, belakang buayapun mereka panjat, apabila dah selamat, soal siapa telan siapa, itu bukan lagi menjadi angka wahid.

Walau apapun, para sahabat di Titiwangsa cukup yakin dengan kemampuan Dato Seri Najib yang menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, bakal Presiden parti dan Perdana Menteri. Begitu juga dengan anak Bagan Datok, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO. Apa yang kita harapkan, bakal MB Perak yang akan ditentukan sedikit masa lagi, biarlah terdiri daripada tokoh yang benar-benar mempunyai kualiti kepimpinan mesra rakyat. Jangan pula sebelum dapat kuasa bukan mainkan mesra rakyatnya, masuk kampung keluar kampung, bersongkok dan berketayap, tetapi apabila dah ada kuasa bertukar kulit daripada mesra rakyat jadi musuh rakyat!

Rabu, 4 Februari 2009

KURANG AJAR PUNYA BLOGGER!!!!!!

Salam buat semua...

Nampaknya blogger sekarang sudah melampau dan amat kurang ajar dalam mempermainkan agama suci ummat ISLAM iaitu ISLAM...

Sekarang sudah bertambah lagi blog yang menghina ISLAM dan RASULULLAH...
Ini semua kerja orang yang biadap, kurang ajar dan orang yang tidak bertamadun....
Mungkin perkataan ini nampak seperti biasa sahaja kepada mereka, tetapi mereka ini yang dilaknat Allah akan terima balasannya nanti......

Apa yang saya katakan ialah mengenai blog baru yang menghina ISLAM dan RASULULLAH iaitu blog 'SYURGA ISLAM: BETAPA INDAHNYA SYURGA ISLAM' dengan menggunakan URL
http://syurga-islam.blogspot.com/...

Apa yang lebih biadap dan kurang ajar lagi apabila blog ini menggunakan nickname RASULULLAH kita iaitu 'Nabi Muhammad SAW'...

REVO:
Marilah kita bangkit dan tentang bersama-sama blog laknatullah ini agar agama kita, ISLAM tidak dicemar dan dicemuh oleh orang biadap dan bangsat ini.........
Saya menggesa agar semua ummat ISLam bangun dan jangan kita tidur lagi serta sedarlah bahawa agama kita, ISLAM sedang dipermainkan oleh pihak yang biadap ini....
SAYA JUGA MENGGESA KEPADA SEMUA AHLI DAN PENYOKONG BLOGGERS PEMBELA NEGARA (BPN) UNTUK MEMAINKAN PERANAN KITA DALAM MEMPERTAHANKAN ISLAM...
TOLONG BANGKIT SEMUA....
SEDARLAH.......
BANGUNLAH.......
BANGKITLAH.....
ALLAHU AKBAR...........
ALLAHU AKBAR........
ALLAHU AKBAR...........




Ya Allah, kau hapuskanlah manusia laknatullah ini dan aku mengharap kau dapat memberi petunjuk serta balasan yang amat setimpal kepada hamba-Mu yang menghina serta menentang agama-Mu.......
AMIN............


Terima kasih..... Salam...
Selamat Berjuang.....

(Artikel Ini Dipetik Dari Blog Revolusi)

Isnin, 2 Februari 2009

PERTAHANKAN ISLAM SEHINGGA TITISAN DARAH TERAKHIR


Warga Titiwangsa angkat tabik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang tetap mempertahankan bahawa nama Allah tidak boleh digunapakai oleh Mingguan Herald Catholic kerana ia bukan sahaja melanggar apa yang terpahat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi juga menyentuh sensitiviti dan mencabar maruah umat Islam di negara ini. Kemudian diikuti pula oleh pandangan beberapa orang cendiakawan dan tokoh-tokoh ulama. Kesucian Islam mesti dipertahankan walaupun nyawa jadi taruhan.

Semenjak peristiwa hitam melanda Kerajaan Barisan Nasional khususnya UMNO pada PRU12 yang lalu, Melayu semakin terhimpit. Hak orang Melayu mula dipertingkaikan, Islam juga ikut dipersoalkan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu dicabar secara terang-terangan. Kes Karpal Singh yang menghina Sultan Perak berikutan dengan perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak sehingga sekarang senyap dan sunyi. Apa cerita? Apakah perkara besar semacam ini boleh kita diamkan begitu saja?

Yang amat mengecewakan kita, ugutan dan provokasi terhadap hak orang Melayu dan kesucian Agama Islam datangnya bukan sahaja daripada parti-parti pembangkang atau NGO termasuk NGO haram, tetapi juga daripada kalangan yang dikatakan para sahabat dalam Komponen BN. Di manakah semangat setiakawan yang telah menjadi ikatan dalam kontek perkongsian kuasa dalam kerajaan hari ini? Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok secara tidak segan silu mendesak KDN supaya nama Allah boleh digunapakai dalam Mingguan Herald Catholic dalam edisi bahasa Melayunya.

Kalaulah seorang menteri yang selama ini mendapat kedudukan daripada kekuatan dan kuasa orang Melayu tidak tahu menghurmati Perlembagaan dan langsung tidak tahu menjaga hati dan perasaan orang Melayu, apa lagi yang harus kita lakukan? Apakah kerana rekod UMNO kurang baik dalam PRU12 lalu maka mereka menganggap Melayu sudah lemah? Maka sesiapa saja boleh lancang mulut terhadap orang Melayu, pasal Islam dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu dengan sesuka hati.

Kalaulah ini penilaian yang menjadi kayu pengukur untuk menilai kekuatan dan kuasa orang Melayu, mereka memang membuat satu kesilapan yang maha besar. Orang Melayu bukan pengecut ataupun sudah lemah, yang jelas orang Melayu tidak mahu negara ini kacau bilau. Jika sekiranya negara kacau bilau dan huru hara, bukan sahaja orang Melayu yang susah, malah semua rakyat negara ini tidak kira bangsa, agama dan keturunan. Apakah kita mahu Malaysia menjadi seperti Iraq, Palestin atau Afghanistan? Bukan hanya orang Islam yang hidup menderita malah ramai orang Kristian dan penganut-penganut agama lain ikut sangsara.

Apabila negara hancur bukan mudah untuk membina semula. Apa jadi kepada cucu-cicit kita akan datang? Tidak kira Melayu, Cina, India, Dayah atau lain-lain bangsa. Malaysia sudah diiktiraf oleh dunia sebagai sebuah negara membangun yang begitu cepat mencapai kemajuan. Apakah kerana untuk mencari kepuasan politik untuk kaum atau bangsa masing-masing, maka kita mahu menghancurkan segala-galanya? Ini yang orang Melayu fikirkan, bukannya pengecut atau sudah lemah. Melayu tidak pernah usik hak orang lain. Melayu tidak pernah kacau agama orang lain. Kalau soal kemiskinan, Melayu lebih banyak yang miskin. Apa lagi yang mereka mahu?

Kita cukup bimbang, jika sekiranya provokasi perkauman ini terus berlanjutan, orang Melayu akan hilang sabar. Apabila ini berlaku, semuanya akan musnah. Rakyat yang tidak berdosa akan menjadi mangsa, manakala mereka yang bertanggung-jawab mengadu-domba ini hilang entah kemana. Inilah yang mesti kita kena ingat, tak kira apa bangsa sekalipun. Jika kita sama-sama ingin hidup senang di negara ini, janganlah cepat melatah. Orang Melayu, walau apapun, mereka tetap mempertahankan hak mereka, agama mereka dan raja-raja mereka, walaupun terpaksa bermandi darah! Sama-samalah kita sayangi negara ini dan jangan cepat diperalatkan oleh orang-orang politik yang mempunyai agenda peribadi masing-masing.