Ahad, 22 Februari 2009

SIAPAKAH ANAK JOHOR AKAN JADI NAIB PRESIDEN?












pic name

pic name

pic name

pic name

pic name


Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin sekarang ini dikatakan sedang bersaing hebat bagi menentukan siapakah di antara mereka yang akan menjadi anak Johor bakal menduduki kerusi Naib Presiden dalam pemilihan UMNO bulan Mac ini. Adalah menjadi satu perkara yang tidak masuk akal kedua-kedua mereka akan dipilih oleh perwakilan untuk menduduk kerusi tersebut. Terlalu amat jarang berlaku dalam pemilihan pucuk pimpinan parti dua orang dalam satu negeri dipilih untuk satu jawatan, apatah lagi kerusi Naib Presiden yang merupakan antara jawatan tertinggi dalam pucuk kepimpinan UMNO.

Walau apapun, menurut penganalisis politik, Dato Seri Hishammuddin lebih terarah dan mempunyai masa depan yang cerah untuk menduduk kerusi Naib Presiden berbanding dengan Dato Seri Khaled kerana Dato Seri Hisham mempunyai base yang kuat dalam Pergerakan Pemuda di tambah pula belia mempunyai ikatan keluarga dengan YAB. Dato Seri Mohd Najib yang menang tanpa bertanding sebagai Presiden UMNO dan bakal Perdana Menteri Malaysia ke enam, Insya Allah.

Tetapi kepada penganalisis politik yang lebih global pemikirannya, hubungan keluarga dengan Dato Seri Mohd. Najib tidak boleh dijadikan ukuran bagi menjamin kemenangan Dato Seri Hisham kerana mereka cukup yakin, kepimpinan dan corak politik Dato Seri Najib lebih mengutamakan kepentingan parti daripada segala-galanya, termasuklah hubungan keluarga. Kepada Dato Seri Mohd Najib, UMNO bukannya harta pusaka yang boleh diwarisi kepada sanak saudara. Yang penting ketokohan dan kewibawaan seseorang. Mereka juga sudah tentu disenangi oleh semua ahli UMNO.

Sudah banyak contoh, jika seseorang pemimpin UMNO lebih mengutamakan keselesaan keluarga daripada kepentingan parti, ianya bukan sahaja akan menghancur-leburkan parti malah akan memusnahkan negara. Dato Seri Mohd. Najib sudah pasti tidak akan mengulangi lagi kesilapan ini, apatah lagi hari ini UMNO dalam keadaan yang cukup tertekan. Selain daripada itu, kebanyakan orang UMNO masih lagi berada dalam keadaan truma dengan isu keris Pemuda UMNO. Pergerakan Pemuda seolah-olah kehilangan taringnya ketika di bawah kepimpinan Dato Seri Hishammuddin. Ketika gelombang kemarahan orang Melayu di seluruh negara bangkit menentang kebiadaban Karpal Singh, Mohammed Nizar dan kuncu-kuncunya di Perak yang terang-terang menghina maruah orang Melayu dan Raja-Raja Melayu, Dato' Hisham sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia lebih banyak mengunci mulut daripada tampil ke tengah gelanggang. Yang lebih agerisif dan bersuara lantang kebanyakannya ialah Pergerakan Pemuda di peringkat bahagian dan NGO.

Cuma di saat-saat akhir, barangkali setelah terasa serba-salah, barulah diadakan perhimpunan Pemuda BN di PWTC. Itupun mengikut kabar yang kita terima, sambutannya terlalu amat dingin. Ini semua boleh mempengaruhi pemikiran para perwakilan dalam pemilihan bulan Mac ini. Orang UMNO sekarang ini memerlukan seorang pemimpin yang gagah dan berani. Jika yang benar akan dipertahankan dan diperjuangkan walaupun ketitisan darah yang terakhir. Faktor utama kenapa UMNO jadi nazak hari ini adalah semata-mata disebabkan oleh kepimpinan yang lemah dan tidak bermaya. Orang UMNO menyampah dan jijik kepada seorang pemimpin yang lembik!

Walau apapun, sama-samalah kita tunggu bulan Mac ini. Percaturan politik tidak sama dengan ilmu matermatik, dua campur dua, sudah pasti jawapannya empat.

Kabarnya Dato Seri Khaled Nordin, walaupun diam dan tidak banyak menonjolkan diri, tetapi daripada perkiraan para pemerhati politik, graf Dato Seri Khaled akhir-akhir ini sedang melonjak naik. Hal ini berlaku barangkali di sebabkan perlakuan Dato Seri Hisham ketika berhadapan dengan isu di Perak dan konflik pengajaran bahasa Ingeris dalam mata pelajaran sains dan matermatik yang tidak selesai-selesai.

Setakat hari ini, daripada kaca mata dan penilaian cerdik pandai politik, Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Dato Seri Mohd. Shafie Apdal berada dalam zon selesa. Dato Seri Dr. Ahmad Zahid dilihat sebagai salah seorang tokoh muda pelapis kepimpinan negara di mana keterampilannya boleh diterima oleh ahli UMNO di semua peringkat. Ketokohan Dato Zahid lebih tertonjol apabila dalam tempuh masa yang singkat beliau membawa satu perubahan besar dalam pengurusan dan pentadbiran Islam negara apabila menyandang Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dalam keadaan gawat di Perak, beliau juga dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak. Ini semua menampaknya kecerahan masa depan Dato Seri Ahmad Zahid untuk menduduki kerusi Naib Presiden.

Semantara Dato Seri Shafie Apdal pula, menurut pemerhati politik, ianya lebih terarah kepada membalas jasa dan pengurbanan besar UMNO Sabah yang membolehkan Barisan Nasional menubuh kerajaan selepas PRU12 yang lalu. Kita semua cukup maklum, tanpa UMNO Sabah, BN akan kehilangan kuasa. Ada padi ada batas, ada budi ada balasannya. Jangan jadi enau dalam belukar, kerana inginkan kuasa dan nama, kepala kawan-kawan sanggup dipijak dan dihentak. Kalaupun tak tahu membalas budi dan jasa orang, kenangpun sudah cukup.

Walau bagaimanapun, empat lagi tokoh yang ikut bertanding untuk jawatan Naib Presiden jangan diambil mudah, terutama sekali Dato Seri Dr. Rais Yatim. Selain daripada cukup banyak pengalaman dalam politik dan pentadbiran negara, beliau juga di kira antara pemimpin UMNO yang bersuara lantang dan berani, apatah lagi dalam menyuarakan kebenaran , sama ada mengenai pengurusan parti atau bercakap tentang maruah dan hak orang Melayu. Sama-samalah kita tunggu bulan Mac ini. Apa yang kita harap-harapkan, tak kira siapa yang terpilih, apa yang kita mahu ialah, UMNO mesti dipulihkan dan kembali menjadi sebuah parti terbesar orang Melayu yang bertanggung-jawab mempertahankan hak dan maruah Melayu sehingga ke akhir hayat.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perwakilan umno titiwangsa akan pilih siapa nanti??? calon dah calonkan tetapi kini mengikut rating calon calon naib di titiwangsa semuanya kelabu.. harap harap ada agent yang boleh beri keputihan dan putih..

splendid berkata...

huangjiamadeli
mancheng
reci830
qieerxi
beidisi