Khamis, 26 Februari 2009

GOSIP "TOK SELAMPIT" (2)

DAP SEMAKIN KURANG AJAR


Setelah Karpal Singh mahu saman Tuanku Sultan Perak, anaknya Gobind Singh Deo pula mencabar Kedaulatan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong. Ahli Parlimen DAP Puchong ini mencadangkan di Dewan Rakyat supaya sistem pemilihan Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong diganti dengan kaedah pemilihan secara terus oleh rakyat seperti di Amerika Syarikat.

Kita semua sedia maklum, memilih dan menentukan Pardana Menteri adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Apakah message dan niat sebenar Parti DAP ini? Begitu juga dengan wakil DAP Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng yang mengesa kerajaan membenarkan penggunaan pelbagai bahasa termasuk bahasa Mandarin dalam semua urusan pentadbiran agensi kerajaan. Apakah kerana sudah dapat kuasa di Pulau Pinang mereka sudah menjadi sombong dan angkuh?

Yang paling mendayuskan dalam sejarah ketemadunan orang Melayu, khususnya Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, yang menjadi sayap kanan kepada UMNO dan kononnya merupakan pewarisan kepada kepimpinan negara dikatakan "CELAKA" oleh Karpal Singh. Apakah kita masih juga mahu berdiam diri? Berarak membuat ratusan laporan polis seperti dilakukan ketika Karpal Singh menghina Sultan Perak? Membuat perhimpunan dengan pelbagai sepanduk, memekik terlolong macam kumpulan anjing menyalak bukit? Kemana peginya kejantanan Pemuda UMNO?

Kita melihat, tingkah laku DAP ini bukan lagi setakat melanggar Akta Hasutan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri malah merupakan satu provokasi jahat dan mencabar maruah seluruh bangsa Melayu supaya negara ini menjadi huru-hara. Mereka ini pengkhianat! Manusia seperti ini mesti ditentang habis-habisan! Kita memang cintakan kedamaian dan kemakmuran, tetapi sampai bila?

Kita selama ini sentiasa berdao, agar Allah menjauhkan anak isteri, keluarga, bangsa dan agama daripada dilanda oleh musibah "kecelakaan", tetapi dengan mudah membiarkan diri kita menjadi umpan mulut Karpal Singh. Bangkitlah! Bertindaklah! Jangan biarkan Melayu menjadi satu bangsa yang bangsat dan dayus di negara sendiri.

Tok Selampit dah tak sabar lagi!


PAS DAH JADI "LEBAI MALANG?"

PAS sekarang ini nampaknya dah hilang hala tuju. Dah jadi cerita "lebai malang". Di hulu ada rusa panggang, maka berkayuhlah ke hulu. Terfikir pula di hilir ada ikan kelah pericik, lalu patah balik berkayuh ke hilir, akhirnya terlungkup karam di tengah sungai. Inilah keadaan PAS hari ini tersepit di tengah-tengah konflik politik kotor dan tidak bermoral DAP dan PKR.

Pengerusi PAS Negeri Selangor, Dato Hassan Ali, anggota exco yang bertanggung-jawab terhadap hal ehwal Islam mengunci mulut apabila orang heboh pasal Elizabeth Wong, ADUN PKR tidur bogel, tetapi Tok Guru Nik Aziz pula jatuh hukum, berbogel dalam rumah dibolehkan, cuma melaikat tak masuk. Bogel kepada orang Islam, itu satu perbuatan yang tidak bermoral. Daripada kecil anak-anak kita diasuh supaya pakai baju, tak kira di dalam atau luar rumah.

Rasanya tak ada orang Islam, walaupun dibolehkan oleh Tok Guru Nik Aziz berbogel dalam rumah tanpa sebab, walaupun duduk seorang diri, kalau adapun orang yang hilang akal dan otak cewel. Di Pulau Pinang pula PAS Bahagian Tanjung buat laporan polis, sokong Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menafikan kenyataan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Shabudin Yahya, tentang penubuhan Majlis Perundingan Silaturahim Antara Agama.

Kepada Shabudin, penubuhan majlis ini merupakan satu penghinaan kepada Islam kerana meletakkan taraf Agama Islam sama dengan agama-agama lain. Tok Selampit terpanggil juga untuk membuka mulut. Semantara menunggu mahkamah membuat keputusan siapakah yang benar antara Guan Eng dan Shabudin, kepada Tok Selampit, PAS sekarang dah mula nanar.

Perempuan bogel dipertahankan, orang kafir yang nak cemarkan maruah Islam kita kata fitnah. Islam jenis apakah yang hendak diperjuangkan oleh PAS selama ini? Apakah kerana nak jaga hati rakan iaitu DAP dan PKR, maka PAS sanggup gadai segala-galanya? UMNO ada juga rakan kongsi, tetapi tidaklah sampai ke tahad agamapun nak digadai.

Tok Selampit benci kepada orang munafik dan cepat lupa diri.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BAGI PENDAPAT SAYA, BIAR LAH KARPAL SINGH TU BUAT BEGITU DAN BIAR LA DIA HIDUP LEBIH LAMA LAGI KERANA DENGAN ANGKARANYA ORANG MELAYU AKAN SEDAR DAN BANGKIT SEMULA.

HARI INI SEMUA ORANG DAH TAHU APA PERJUANGAN PAS SEBENARNYA.. P.A.S. ITU ADALAH PARTI AGAMA SONGSANG, AWAL2 PENUBUHANNYA TUHAN DAH TAKDIRKAN MENAMAKAN PARTI ITU BEGITU..

DRP: MANIS D BIBIR

Hadiah Kerajaan berkata...

kerajaan telah memberi hadiah yang terbaik kepada rakyat dengan menaikkan harga tol dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. inilah dia kerajaan yang perihatin terhadap rakyat. siapa yang menangung dalam kenaikkan ini. bukan setakat pembangkang yang ada berapa kerat tetapi juga ahli umno yang telah menyokong kerajaan. lepas ni pemuda boleh buat demo bantah kenaikan harga tol. bila tol naik barang keperluan juga akan naik. bila nak buat demo bantah kenaikkan harga tol. nak join sekali

The Revolution berkata...

Salam...
Salam hormat...
Salam perpaduan...

Khas buat 'Hadiah Kerajaan',
Sebelum kita nak comment dekat sini, tolonglah pastikan dulu fakta yang kita nak cakapkan tu betul atau tidak..
Jangan kita sedap mulut je bercakap tapi habuk pun tak ada...
Cakap pandai la...

Pandai2 je cakap kerajaan naikkan harga tol...
Belum apa lagi dah sibuk buat fitnah...
Sekarang ni tol tak naik dan ia ditangguhkan dan akan dikaji semula...

Ini yang dikatakan kerajaan prihatin...
Walaupun terpaksa menaikkan harga tol atas sebab krisis ekonomi, tetapi disebabkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat, kerajaan sanggup tangguhkan dahulu dan ia akan dikaji demi kepentingan rakyat...

Cakap macam pandai tetapi tak tahu nak kaji dan selidik dahulu fakta sebelum comment dan cakap...

isu karpal dan dap ini saya malas nak comment sebab betapa celaka nya karpal menyebabkan saya malas nak fikirkan...
Orang MELAYU jangan jadi celaka disebabkan Si Celaka itu...

Isu Pas pula memang banyak kali dah saya cakap dan comment kat sini...
Lagi pun dah banyak post saya yang membincangkan isu PAS ini...
Sudah2 la tu...
Dah boring saya dengan gelagat dan perbuatan buruk PAS...

terima kasih.. salam...
Salam hormat...
Salam perpaduan...
SELAMAT BERJUANG...

HADIAH KERAJAAN berkata...

THE REVOLUTION YANG BODOH

KENAPA DAH UMUM KENAIKAN BARU NAK PIKIR TANGGUH KENAIKKAN. SEBELUM PENGUMAMAN KENAPA TAK BINCANG DAHULU.

REVOLUTION JANGAN JADI SEORANG RAKYAT YANG BOODOH MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN TAK RETI NAK BERFIKIR DEMI KEBAIKAN BERSAMA

LEPAS TU TANGGUH BUAT SEMENTARA WAKTU SAJA NANTI LEPAS PILIHANRAYA KECIL UMUM NAIK BALIK.

REVOLUTION YANGAN JADI ORANG MUNAFIK DAN CEPAT LUPA DIRI SEPERTI KATA-KATA TOK SELAMPIT.

Jedi Mastor berkata...

TERLAJAK KERETA BOLEH GOSTAN
TERLAJAK BICARA MERANA BADAN

Tanpa Nama berkata...

ASKUM... APA LAH KORANG INI TAK HABIS2.. KECIK PUNYA HAL PUN NAK BERTIKAM KOMEN... SEKURANGNYA KITA BERSYUKUR LAH KERANA KERAJAAN PERIHATIN KEATAS RAKYAT JELATA...BUKAN MACAM PEMBANGKANG TAHU MENGATA DAN TUDUH KESALAHAN KERAJAAN DENGAN TANPA FAKTOR DAN BUKTI... APA PUN KITA JANGAN MUDAH LUPA.. WASSALAM

DRPD : MANIS D BIBIR

Tanpa Nama berkata...

HADIAH KERAJAAN.......

KO NI DARI KERAJAAN MANA HAH!!!!

KERAJAAN PERAK YANG DULU KE???? BUAT SIDANG TERGEMPAR DI BAWAH POKOK.....

TENTULAH AHLI KABINETNYA KETURUNAN KERA DAN MONYET......

MACAM KO JUGALAH.....

KALAU KO RASA KERAJAAN MALAYSIA TAK BAGUS..... BERAMBUS JE DARI SINI...

PERGILAH CARI KERAJAAN YANG IKUT KATA RAKYAT..... SAHAJA..

aileb berkata...

sudah lah kawan-kawan janganlah kita pulak yang bergaduh. bersabarlah