Sabtu, 21 Februari 2009

ANWAR KENA SUMPAHAN ORANG MELAYU?

Nampaknya wabak penyakit, akibat kesombongan dan keangkuhan Anwar Ibrahim yang menghancurkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak telah menular pula ke Selangor. Mula-mula kisah ADUN Bukit Lanjan dari PKR, Elizabeth Wong tidur bogel, kemudian MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula dikatakan menyalahguna kuasa beli lembu korban dan kereta mewah jenis Lexus.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pihaknya mempunyai bukti kukuh iaitu wujud penyalahgunaan kuasa dalam kedua-dua kes tersebut. Semua siasatan sudahpun selesai dan akan dikemukakan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. Jika sabit kesalahan nampaknya sayonaralah Tan Sri Khalid daripada kerusi MB selangor yang sejak dulu cukup panas dan berpuaka.

Para sahabat membuat jangkaan, apabila Khalid sudah sayornara sebagai MB Selangor, maka tertutuplah pintu rezeki ramai para pengikut PKR yang selama ini bergelak hilai bagaikan kumpulan gagak Kelang mencari makan di atas bumi bertuah Negeri Selangor yang kaya raya. Musibah yang melanda PKR ini menurut para sahabat, akibat daripada keangkuhan dan kesombongan Anwar Ibrahim yang terkena sumpahan dan badi orang Melayu. PKR Selangor akan hancur. Kubur yang digali oleh Anwar kononnya untuk menamatkan riwayat UMNO rupa-rupanya menimbus dirinya sendiri.

Apabila berlaku mala petaka melanda kuncu-kuncunya dalam Pakatan Rakyat, maka Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO lah yang dipersalahkan. Konspirasi politik dan macam-macam termasuklah kisah Elizabeth Wong tidur bogel. Inilah kerja Anwar Ibrahim. Beliau tidak pernah bermuhasabah diri, tengok muka di cermin, mengakui secara jujur segala kekurangan dan kesilapan dirinya. Pihak polis sendiri mengakui penyebaran gambar bogel ADUN Bukit Lanjan itu bukannya satu perangkap politik, ia dilakukan oleh individu yang rapat dengan ADUN tersebut.

Dalam kes Tan Sri Khalid, jika sekiranya sabit kesalahan dan terhukum, maka kita tunggu dan lihat, sistem perundangan Negara pula akan menjadi mangsa dengan pelbagai tomahan dan fitnah oleh Anwar dan kuncu-kuncunya termasuk DAP. Kalaulah perintah raja tidak diambil kisah, inikan pula perundangan negara. Kita bukan minta, tetapi jika sekiranya hal ini berlaku, sama-samalah kita doakan agar dijauhkan bala bencana daripada menimpa negara yang kita sayangi ini.

Kita semua sedia maklum, konflik politik di Perak yang terus berlanjutan, semakin biadab dan kurang ajar sudah cukup untuk mencabar kesabaran dan sifat tolak ansur orang Melayu. Jika sekiranya Anwar dan Mohammad Nizar tidak mahu berfikir dan sudah tidak sayang lagi kepada bangsa dan negaranya, biarkanlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya, tetapi orang Melayu dan beragama Islam sama ada dalam PAS atau PKR kenalah insaf dan sedar. Janganlah kerana kesilapan kita hari ini, terlalu taksub secara membuta tuli kepada seseorang individu, kita hancurkan seluruh masa depan cucu-cicit orang Melayu. Yang untung dan berdondang sayang... sama-samalah kita fikirkan!