Isnin, 21 September 2009

Isnin, 24 Ogos 2009

MAJLIS PENUTUPAN KEMPEN SEMARAK MERDEKA



Laporan disediakan oleh : Sdr Sri Nor Shamsul Rizal

15hb Ogos 2009 jam 5.00 petang bertempat di perkarangan Taman Tasik Titiwangsa (tapak Eye on M’sia) telah kembalinya 52 Buah motosikal berkuasa tinggi beserta krew daripada konvoi jelajah Malaysia ‘kempen semarak merdeka 2009’ selama 8 hari.

Sebelum tiba, konvoi telah melakukan satu pusingan lengkap mengelilingi taman tasik titiwangsa, berderum, menggegarkan pengunjung, memaklumkan bahawa misi jelajah ini telah sampai kepada kemuncaknya.

Tetamu kehormat, YB Hj Ahmad Maslan Ketua Penerangan UMNO M’sia merangkap Timbalan Menteri di JPM, YBhg. Dato’ Hj Johari Abd Ghani Timb. Ketua UMNO Bhgn TTW, Sdr Affendi Azhari Naib Ketua UMNO Bhgn TTW, YBhg. Dato’ Hj Idris Ashaari AJK UMNO Bhgn TTW. Mengiringi tetamu kehormat Sdr. Norham Sazali Presiden Gagasan Ekonomi M’sia dan Penganjur bersama, Sdr Nazir Hussin Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda – Pergerakan Pemuda UMNO M’sia.

Pengisian majlis penutup dimulakan dengan bacaan doa keSyukuran, pembentangan visual gambar detik detik pengembaraan, NYANYIAN lagu Negaraku, UMNO, Keranamu & Jalur Gemilang yang disampaikan PENUH dengan semangat Patriotik dan ucapan penghargaan daripada tetamu kehormat.

HUJAN LEBAT turun secara tiba-tiba dan hampir menerbangkan kanopi utama. Pasukan tugas khas yang diketuai oleh Sdr Aypol beserta Pemuda UMNO TTW dikerah memegang setiap penjuru kanopi dalam keadaan basah lencun hanya untuk memastikan ucapan tetamu kehormat dapat diteruskan.

YB Hj Ahmad Maslan merangkumkan bahawa situasi sebegini merupakan satu petanda Rahmat bilamana sepanjang konvoi jelajah, beliau difahamkan bahawa tiada perkara yang tidak diingini berlaku kerana ianya mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan disetiap negeri yang dijelajahi dan beliau mengutarakan bahawa siri seperti ini wajar diteruskan dimasa-masa hadapan – hingga ke Sabah!

YB Hj Ahmad Maslan seterusnya menyampaikan ucapan penutup dan menyerahkan Sijil Penyertaan / Penghargaan kepada para peserta.

Takala hujan mulai berhenti, tetamu kehormat masih lagi setia dan sudi meluangkan masa bersama para peserta menjamu hidangan yang telah disediakan. Khabarnya beliau merisik motosikal berkuasa tinggi yang bersesuaian! Untuk sesi tahun depan!

Sekian – terima kasih & jumpa lagi ‘Kempen Semarak Merdeka 2010’

Khamis, 2 Julai 2009

Syabas !!!



Dipetik dari Laman Web Pemuda UMNO

Setahun Janji Kosong Kerajaan Pulau Pinang, Pemuda Selesaikan Nasib Pekerja Kilang Nikko

Oleh S.A Najmuddin


Kuala Lumpur -- Nasib 800 pekerja kilang Nikko Electronics Berhad, Perai, Pulau Pinang yang telah diberhentikan perkhidmatan dengan notis 24 jam pada 30 Jun 2008 yang lepas mendapat pembelaan hari ini setelah mereka akan ditawarkan dengan pekerjaan baru dalam tempoh terdekat.


Rintihan mereka selama setahun akhirnya menemui jalan penyelesaian setelah Sekretariat Pekerja Muda Pemuda UMNO Malaysia mengambil inisiatif membawa permasalahan mereka ke pengetahuan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan pagi tadi.

Hasilnya rombongan sekretariat tersebut yang diketuai Pengerusinya, Nazir Hussin Akhtar Hussin bersama wakil pekerja Kilang Nikko, Mat Zahir Ismail bukan sahaja ditawarkan pekerjaan sebuah kilang terkemuka di Prai malah turut diberi peluang untuk mengikuti beberapa program yang disediakan Kementerian Sumber Manusia.

Pada sidang medianya, Nazir menjelaskan hasil dari pertemuan tersebut beberapa jalan penyelesaian telah dicapai bagi membantu membela nasib pekerja-pekerja berkenaan.

"Antaranya pihak Kementerian telah bersetuju untuk mengadakan Karnival Pekerjaan pada 11 Julai ini bagi membantu pekerja-pekerja tersebut mendapatkan peluang pekerjaan segera.

"Bagi mereka yang sukar mendapatkan pekerjaan berikutan faktor usia, mereka akan didaftarkan menerusi melalui program ’Train & Place’ yang mana mereka akan diberi latihan mengikut bidang-bidang yang ditetapkan dan akan terus diserapkan sebagai pekerja di premis yang diperlukan mengikut skill bidang latihan yang diikuti.

"Dan pekerja tersebut juga akan mendapat elaun sebanyak RM 500 – RM 800 sebulan sepanjang tempoh menjalani latihan yang dibiayai oleh Kementerian Sumber Manusia", katanya.

Beliau seterusnya menjelaskan pada masa yang sama Syarikat Sony turut menyatakan kesediaan untuk mengambil semua bekas pekerja kilang Nikko untuk berkhidmat di kilang syarikat itu.

"Kita cukup terharu atas keprihatinan kementerian yang telah memanggil serta merta wakil Sony untuk datang mengadakan perbincangan bersama wakil pekerja berkenaan di kementerian tengah hari tadi.

"Hasil pertemuan pihak kilang Sony telah bersetuju pada dasarnya untuk menempatkan kesemua bekas pekerja-pekerja yang masih belum memperolehi pekerjaan untuk diserapkan di kilang berkenaan di Prai, Pulau Pinang", katanya.

Berkaitan tuntutan pampasan pekerja-pekerja tersebut yang telah difailkan di mahkamah, Nazir berkata kes tersebut dijangka akan disebut di Mahkamah Tinggi pada 3 Julai ini.

"Menurut sumber yang dipercayai, kita difahamkan bahawa akan ada perkembangan yang positif dari pihak kilang NIKKO Electronic Berhad dalam masa yang terdekat di mana ianya akan memberi manfaat kepada bekas pekerja-pekerja tersebut", ujarnya.

Sementara itu, wakil pekerja kilang Nikko yang diberhentikan, Mat Zahir Ismail mengucapkan terima kasih kepada Pemuda UMNO yang sudi menjadi jambatan dengan mengutarakan perkara itu ke pihak kementerian.

Menurut beliau setelah sekian lama menganggur dan berjuang untuk mendapatkan hak serta pembelaan yang sewajarnya, hari ini mereka merasakan masalah tersebut sampai ke penghujung.

"Semua pihak telah kami utarakan masalah ini termasuk kerajaan negeri, namun sekadar janji semata-mata. Lebih 500 kawan-kawan masih lagi menganggur dan selebihnya mungkin telah mendapat pekerjaan lain.

"Justeru saya menyeru kepada semua kawan-kawan agar mengambil kesmepatan ini dan janganlah terlalu memilih pekerjaan. Rebutlah peluang yang ditawarkan ini untuk menanggung keluarga kita", katanya.

Maklumat Sekretariat Pekerja Muda
Web : www.excopekerjamuda.blogspot.com
Email : excopekerjamuda@gmail.com
Facebook : Sekretariat Pekerja Muda - Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia


Sabtu, 13 Jun 2009

PATRIOTISM- masih adakah di hatimu?

Bersempena lawatan paling lama (8hari) Lee Kuan Yew...agenda utama-melawat penang,perak,selangor....objektif dan motif-hanya dia & mereka yg dilawati tahu.

Juga bersempena isu Chin Peng yang tak habis habis oleh golongan buta sejarah.

PATRIOTISM- love of & devotion to one's country.

and i'm proud to be a Malaysian where at least i know i'm free
and i won't forget the men who died,
who gave that right to me-dicedok dari Lee Greenwood.


kalau nak maju
A man's feet must be planted in his country, but his eyes should survey the world.
-George Santayana

kalaulah bersyukur
Ask not what your country can do for you - ask what you can do for your country.
-John F. Kennedy

Kalau rasa nak mengubah-gi ngundi,jangan komplen,kritik & kutuk aje (ini daftar sebagai pengundi pun tidak)
Democracy is the government of the people, by the people, for the people.
-Abraham Lincoln

Kalau rasa dah berubah sikap kerja dan ekonomi kukuh & boleh bersaing dengan 'orang' lain
Equal rights for all, special privileges for none.
-Thomas Jefferson

Kalau rasa malas
Freedom is nothing but a chance to be better.
-Albert Camus

ini dah berat (hanya nampak keburukan orang lain serta kerja mengutuk aje)
He who loves not his country, can love nothing.
-Lord Byron

Namun gunakan minda terbuka & rasional
Loyalty to the country always. Loyalty to the government when it deserves it.
-Mark Twain

lastly.....

hypocrite POLITICIANS ARE LIKE DIAPERS,THEY need to be changed regularly and all for the same reasons....kotor,kencing & berak.

p.s/ hypocrite- a person who puts on a false appearance of virtue or religion
a person who acts in contradiction to his/her beliefs or feelings.
sapa la tu??? cakap kat melayu lain,kat india lain, kat cina lain........????kerja nak menyaman aja,dah jadi kes mahkamah asyik nak tangguh jek.


Khamis, 28 Mei 2009

double standard lagi...YB Lo' Lo' tak nak pertahankan maruah Kak Min?

Kalau Aminah Abdullah melihat dirinya dalam cermin mungkin beliau akan mengakui dirinya macam kata orang Utara tak ada tanjak untuk pegang jawatan Timbalan ketua Menteri Pulau Pinang.Naib Presiden PKR Azmin Ali tidak salah bila bagi gelaran ‘ Minah Ronggeng’ pada Aminah dalam mempersendakan dakwaan calon bebas pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti itu bahawa parti itu cuba menyogoknya dengan jawatan itu jika menang pilihanraya kecil itu.

Gelaran yang mencetuskan deraian ketawa hadirin di ceramah kempen pilihanrayanya di kawasan kubu bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh itu adalah cara terbaik untuk cincang lumat kredibiliti mana-mana musuh yang mau bikin kacau.Malah perwatakan Aminah yang macam mana-mana surirumah biasa tentu tidak terlawan bala tentera PKR yang berkampong di Penanti untuk mempertahankan kerusi DUN yang sengaja dikosongkan oleh bekas ADUN Fairus Khairuddin untuk beri laluan kepada orang kepercayaan Anwar yakni Dr Mansor Othman.Ikut ceritanya bukan saja Azmin malah semua orang kanan PKR merasa tidak sedap badan kena melayan perang si Lone Ranger ‘Minah Ronggeng’ ini yang merupakan bekas Ketua Wanita Keadilan Pulau Pinang.......-petikan dari Agendadaily.com



"I turun everywhere takkan nak bagi tau you semua. Ni saya nak pergi tandas, takkan nak bagi tau you, you nak ikut ke?"ADAKAH AYAT DI ATAS INI SATU PENGHINAAN KEPADA SEORANG WANITA??? SAYA TIDAK NAMPAK APA YANG MENJADIKAN AYAT INI MENGHINA WANITA...SEBENARNYA, AYAT INI DISEBUTKAN OLEH MENTERI WILAYAH KETIKA MELAWAT PASAR BARU DATO' KERAMAT PADA 21 MEI 2009...-petikan dari -titiwangsakini

Rabu, 27 Mei 2009

YB PAS WP DAH KEHABISAN ISU??????


"I turun everywhere takkan nak bagi tau you semua. Ni saya nak pergi tandas, takkan nak bagi tau you, you nak ikut ke?"

ADAKAH AYAT DI ATAS INI SATU PENGHINAAN KEPADA SEORANG WANITA??? SAYA TIDAK NAMPAK APA YANG MENJADIKAN AYAT INI MENGHINA WANITA...

SEBENARNYA, AYAT INI DISEBUTKAN OLEH MENTERI WILAYAH KETIKA MELAWAT PASAR BARU DATO' KERAMAT PADA 21 MEI 2009...

KENAPA BELIAU SEBUT AYAT INI???

BELIAU SEBUT AYAT INI APABILA WAKIL RAKYAT PARLIMEN TITIWANGSA, YB DR LO' LO' MENGKRITIK MENTERI WILAYAH YANG TIDAK MEMAKLUMKAN KEPADA DR LO' LO' TENTANG LAWATAN YANG DILAKUKAN OLEH MENTERI ITU...
KRITIKAN INI DILAKUKAN DI HADAPAN KHALAYAK RAMAI SEMASA MENTERI WILAYAH MASIH DI DALAM PASAR BARU DATO' KERAMAT BERSAMA-SAMA PENIAGA-PENIAGA DATO' KERAMAT...
ANDA BOLEH MELIHAT DAKWAAN MERAPU INI DALAM BLOG DR LO'LO DAN MSTAR...

SAYA TIDAK TAHU APA YANG MENJADI MASALAH SEKIRANYA TIDAK MENJEMPUT YB TITIWANGSA SEDANGKAN INI LAWATAN DARIPADA PIHAK KERAJAAN UNTUK RAKYAT...
BUKAN LAWATAN UNTUK WAKIL RAKYAT...
LAWATAN INI UNTUK PENIAGA-PENIAGA PASAR DATO' KERAMAT DAN BUKAN UNTUK YB DR LO'LO...
KENAPA PERLU KRITIK???
ADAKAH YB TERCABAR???
ATAU YB BUAT KERJA UNTUK POPULARITI???

PADA AYAT MENTERI ITU TIDAK ADA SEBARANG PERKATAAN YANG MENGHINA KAUM HAWA...
INI CUMA SATU ISU YANG KECIL YANG CUBA DIPERBESARKAN...
KENAPA PERLU DIHEBOHKAN???
UNTUK MENCARI PUBLISITI KE???

ITU MEMANG SAYA TIDAK TAHU TETAPI YANG MENJADI SATU KEMUSYKILAN,
SANGGUP YB DATANG WALAUPUN TIDAK DIJEMPUT...
SEBAB ITU MENTERI WILAYAH MENGELUARKAN AYAT ITU..
AYAT ITU SEBENARNYA AYAT PERLI TETAPI YB TERLALU EMOSIONAL DAN TIDAK BOLEH TERIMA...
KALAU TIDAK BOLEH TERIMA KENAPA DATANG WALAUPUN TIDAK DIJEMPUT????

KEPADA MENTERI WILAYAH,
JADIKANLAH DAKWAAN MERAPU YB PAS INI SATU DUGAAN DALAM KERAJAAN MEMBANTU RAKYAT...
JANGAN JADIKAN DAKWAAN INI SATU PENYEBAB BUAT YBM SENATOR RAJA NONG CHIK UNTUK BERPUTUS ASA DALAM MEMBANTU RAKYAT...
JANGANLAH SESEKALI KITA BERPUTUS ASA DALAM MEMBANTU RAKYAT...

TERIMA KASIH...

Jumaat, 22 Mei 2009

Al-Fatihah


Adalah dimaklumkan bahawa Ketua UMNO Cawangan Perumahan Jalan Nipah merangkap Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Titiwangsa, telah pulang kerahmatullah jam 10.10 pagi 23/05/2009. Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Datuk Keramat pada jam 3.30 petang hari yang sama.

Kami di Titiwangsakini mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar rohnya ditempatkan bersama para shuhada dan orang-orang yan soleh... Amin

Rabu, 20 Mei 2009

Kisah Benar Seorang Tan Sri

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ............ ......... ......... ........ ........

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan. Pendapat anda?

Selasa, 19 Mei 2009

Anwar: UMNO Mungkin Taja Calon Bebas Di Penanti

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno tidak bertanding di Penanti kerana parti itu tidak sedia bertarung dan menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk membuat pilihan.

Beliau yang juga ketua umum PKR berkata, alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tidak munasabah kerana ini pertama kali Umno tidak bertanding apabila ada kekosongan kerusi.

"Dalam apa jua alasan, jika ada kekosongan Pakatan Rakyat menyerahkan kepada kebijaksanaan dan keputusan rakyat.

"Hujah ini satu helah kerana Umno selalu tabik dada (mengaku) kuat dan relevan," katanya kepada wartawan selepas ceramah di Taman Medan Petaling Jaya malam tadi, sempena pelancaran kempen penerangan "Krisis Perak: Kembali Pada Rakyat".

Semalam, Dewan Tertinggi BN memutuskan tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti. Perdana menteri memberi tiga sebab BN menolak bertanding kerusi tersebut.

Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Najib juga menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut.

CERAMAH DAPAT PERMIT

Mengulas lanjut, Anwar bagaimanapun berkata, Pakatan menghadapi kemungkinan Umno akan menaja calon bebas di Penanti.

"Itu belum pasti, bagaimanapun Pakatan akan terus bekerja untuk menghadapi pilihanraya tersebut," katanya.

Sementara itu ketika berucap di majlis tersebut, Anwar mengulangi pendirian Pakatan yang mahukan DUN Perak dibubarkan dan menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan.

Katanya, Pakatan menghormati Istana tetapi yang membuat keputusan bukan Istana, bukan hakim tetapi rakyat.

"Di Perak kita yakin akan menang lebih besar kerana (rakyat) mahukan perubahan," katanya.

Selain Anwar, beberapa pemimpin Pakatan turut berucap di majlis tersebut.

Kira-kira 5,000 orang membanjiri kawasan lapang di Taman Medan untuk mendengar ceramah mengenai krisis politik di Perak.

Ceramah tersebut mendapat permit polis.

BN enggan lawan PKR di Penanti

Seperti dimaklumkan lebih awal, Barisan Nasional tidak bersedia mencabar calon PKR pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang bermula Sabtu ini, kata pengerusinya Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Perdana menteri juga menggariskan tiga sebab BN menolak untuk bertanding di kerusi tersebut.

Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Najib menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut.

"Tak ada (takut). Macam mana pun kita mesti hadapi rakyat dalam pilihanraya umum akan datang," jelasnya apabila diajukan soalan sama ada BN takut menghadapi pembangkang.

Beliau mengumumkan demikian selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur selama lebih dua jam bermula 4.30 petang.

Keputusan BN itu tidaklah mengejutkan kerana sebelum ini, Najib pernah mengatakan BN mungkin tidak bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut kerana tidak mahu 'membazirkan wang rakyat'.

PKR pula telah menamakan timbalan pengerusi perhubungannya di Pulau Pinang, Mansor Othman untuk mengisi kembali kerusi tersebut yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya, Mohammad Fairus Khairuddin.

Bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang melepaskan kerusi tersebut 16 April lalu di tengah-tengah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau bagaimanapun tidak didakwa di mahkamah selepas suruhanjaya itu mendapati tiada bukti kukuh untuk berbuat demikian.

Ditanya mesej yang ingin disampaikan BN kepada masyarakat, Najib berkata mereka "tidak mahu menari mengikut rentak pembangkang."

Najib menambah, pelbagai reaksi terhadap tindakan BN itu terpulanglah kepada tanggapan masing-masing.

"Itu terpulanglah. Tetapi hakikatnya, kita tidak mahu terjerumus dengan permainan politik parti pembangkang.

"Sebab nanti lepas dua, tiga bulan, mereka akan minta kawasan lain dikosongkan (pula)," katanya.

Sementara itu, mengulas kemelut politik di Perak, perdana menteri berkata, sebarang perundingan dengan Pakatan Rakyat mestilah dibuat selepas mahkamah membuat keputusannya.

"Belum lagi (berjumpa). Kalau kita hendak berunding dengan pembangkang pun, kita mesti tentukan kedudukann (krisis perlembagaan) di sisi undang-undang.

“(Ia) mesti disahkan oleh mahkamah terlebih dahulu. Baru kita boleh berunding dengan pembangkang," katanya.

Ditanya mengenai tindakan Hindraf memberi kata dua kepadanya agar mengarahkan P Uthayakumar kembali ke kem tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Najib berkata:

"Kita mesti hormasi proses undang. Tidak ada sesiapa pun boleh kata dua. Kita telah buktikan bahawa kerajaan ini kerajaan yang bertimbang rasa, bukannya zalim dan menekan mana-mana pihak."

Pengerusi NGO tersebut P Waythamoorthy hari ini menggesa kerajaan menarik balik arahan kepada abangnya untuk bertemu dengan lembaga penasihat ISA atau berdepan bantahan jalanan di seluruh negara.

Jumaat, 15 Mei 2009

JIKA KEPIMPINAN ULAMA TERHAPUS PAS AKAN MUSNAH


Walaupun kita bukan penyokong PAS, tetapi sebagai orang Melayu yang ingin melihat anak cucu-cicit orang Melayu terus menejadi tuan di negara ini kita ikut bimbang melihat perkembangan baru dalam parti tersebut menjelang pemilihannya minggu depan. Kalau para sahabat masih ingat sebulan dua dulu dalam blog ini Tok Selampit telahpun memaklumkan bahawa ada gerakan sulit yang terdiri daripada golongan profesional dalam PAS untuk menumbangkan kepimpinan ulama yang sudah sekian lama berakar umbi dalam kepimpinan parti tersebut.

Hari ini segala-galanya sudah terserelah. Tak payahlah Tok Selampit menyembut nama siapakah petualang dalam PAS, kerana para sahabat cukup maklum dan gerakan ini jelas didalangi oleh Anwar Ibrahim melalui para sahabat rapatnya yang sekarang ini sudahpun memegang beberapa jawatan tinggi dalam PAS. Dengan cara membawa PAS bergabung dalam Parti Pakatan Rakyat gerakan Anwar untuk merampas PAS daripada kepimpinan Ulama cukup mudah. Kelicikan politik Anwar payah untuk dijejaki.

Kepimpinan Ulama dalam PAS cepat terlena dengan nyanyi dan dodoi Anwar apatah lagi diberi kuasa memegang jawatan tertinggi dalam negeri, di Perak misalnya. Walaupun hanya enam kerusi milik PAS daripada 59 kerusi DUN Perak tetapi Mohamed Nizar wakil PAS di nobatkan oleh Pakatan Rakyat menjadi MB. Akibat daripada manis dan enaknya gula-gula Anwar Ibrahim, PAS cepat terkhayal sehinggakan segala keburukan yang dilakukan oleh DAP dan wakil PKR yang menghina Islam, mencabar kuasa raja-raja Melayu, mempersoalkan hak orang Melayu, moral dan akhlak yang jelas bertentangan dengan roh perjuangan PAS dan Islam, kepimpianan ulama yang menerajui PAS bukan sahaja tidak membantah malah memberi sokongan.

Tok Selampit melihat, jika kepimpinan ulama tumbang dalam pemilihan parti tersebut bulan depan, bukan sahaja PAS akan musnah tetapi memberi hadiah yang tidak ternilai harganya
kepada politik Anwar Ibrahim. Jika kepimpinan PAS yang pro Anwar berkuasa laluan Anwar untuk menjarumi agenda peribadinya amat mudah. Yang tersirat dalam gagasan "Malaysian Malaysian" yang dicanangkan oleh Anwar selama ini dapat dilaksanakan dengan baik tanpa rasa segan silu kepada PAS.

Rakyat harus sedar, khususnya Melayu dalam PAS dan Melayu dalam PKR. Anwar cukup licik dalam mengulai para pengikutnya bukan sahaja orang Melayu malah para penyokongnya di kalangan bukan Melayu. Bayangan agenda yang tersirat dalam politik Anwar sejak 40 tahun yang lalu sudah terlahir di Perak. Apakah pernah berlaku dalam sejarah negara, raja dihina dan mau diheret ke mahkamah? Raja Muda Perak yang berangkat untuk meresmikan sidang DUN Perak terpaksa menunggu empat lima jam kerana DUN Perak yang selama ini disirami dengan doa, dewan yang mulia dan tertinggi dalam kerajaan dijadikan "kandang babi" oleh pembangkang.

Melayu kena fikir. Kiranya Melayu benar-benar mau menjadi pejuang dalam arena politik, jadikanlah artikel 152,153 dan 154 dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai panduan dan teras kepada perjuangan masing-masing. Jika ini dilupakan, orang Melayu bukan sahaja akan hilang di dunia malah akan menjadi satu bangsa yang bangsat dan merepat di tanah airnya sendiri. Semua perwakilan PAS dalam perhimpunan bulan depan kena ingat, kalau sayangkan Melayu dan Islam, pertahankan kepimpinan ulama walau dengan apa cara sekalipun!


Tok Selampit --- amanat orang tua, jagalah baik-baik negara ini dan Melayu kena bersatu.

TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN PARA SAHABAT TERHADAP WANCANA TITIWANGSA


Terima kasih banyak terhadap perhatian dan kerjasama para sahabat untuk menyegarkan Titiwangsa Kini. Tok Selampit bukannya tak mau jawab segala pandangan dan buah fikiran para sahabat, tetapi Tok Selampit fikir siapalah saya sebab Titiwangsa Kini hak kita bersama, gelanggang mengasah fikiran untuk anak-anak Titiwangsa, memberi pandangan dan menajamkan sensitiviti kita terhadap pelbagai isu semasa yang menyentuh tentang kehiduapan dan masa depan kita dan cucu-cicit kita akan datang.

Alhamdulillah dan Tok Selampit rasa cukup bangga punya para sahabat yang tajam pemerhatian dan sama-sama menceriakan Titiwangsa Kini dalam menyuarakan hak kita orang Melayu yang kini amat tersepit dan tercabar. Tentang krisis politik di Perak, kita melihat ianya sudah terlalu lama. Apabila terlalu lama, ia cukup merugikan kita khususnya orang Melayu. Niat pembangkang sudah jelas, yang tersirat dan tersurat, mereka berusaha untuk menghapuskan sisitem beraja di negara ini.

Empat puluh tahun dulu, ketika di Yayasan Anda di Dewan Masyarakat, Kampung Baru milik Anwar Ibrahim, Tok Selampit ketika itu mengambil HSC. Kerana kebanyakan tenaga pengajar terdiri daripada kawan-kawan, kita sembang-sembang di anjung pejabat pengurusan Yayasan Anda, biasanya Anwar ikut bersama. Ketika itu Anwar belum lagi terlibat dalam politik tetapi cukup aktif dengan ABIM dan NGO pelajar.

Anwar pernah menyuarakan isi hatinya, alangkah elok jika sistem beraja di negara ini dihapuskan kerana terlalu banyak kecelaruannya dan negara terpaksa mengeluarkan peruntukan kewangan yang banyak setiap tahun untuk menampung institusi kesultanan di negara ini. Sedangkan kalau mahu di kira dengan peruntukan ratusan juta alangkah baik disalurkan untuk membina kehidupan rakyat.

Masa itu Tok Selampit tidak pernah terfikir, Anwar akan muncul sebagai seorang tokoh politik tanah air. Menyampah dan benci kepada UMNO tiba-tibaa jadi pemimpin besar dalam parti yang dibencinya dan menjadi orang nombor dua dalam kerajaan yang dikatakannya membazir dan membuang duit terhadap institusi istana. Inilah lumrah kehidupan!

Melihat kepada tindak-tanduk pembangkang di mana Anwar menjadi dalangnya, bayangan kebencianya terhadap institusi kesultanan Melayu sejak 40 tahun lalu agak terserelah, cuma kerana politik liciknya, tangan yang membaling batu pandai disebunyikannya. Akibatnya, Melayu yang tidak tahu hujung pangkal ikut terjebak dan menjadi peluru sesat Anwar yang sudah sekian lama merindui untuk membina satu tamadun baru Melayu tanpa raja di negara ini.

Para sahabat harus faham, walau apa yang dilakukan oleh BN di Perak termasuk undi tidak percaya kepada Mohamad Nizar sebagai MB dalam sidang DUN, mereka tidak akan berdiam diri. Helah dan fitnah, caci maki dan sebagainya terus dilakukan terhadap BN. Kalau setyiap keputusan baik kepadanya, pujilah melambung tetapi kalau tidak menyebelahinya, walaupun betul mengikut perundangan, mereka tidak akan menutup mulut, sebab yang tersirat dalam perjuangan politik mereka, bukan sahaja mahu menguasai negara tetapi juga mahu menghapuskan sistem beraja di negara ini. Sebab itu kepada Tok Selampit, bubar DUN Perak dan UMNO mesti menjadi anak jantan! Fikirlah, apakah kita mahu sistem beraja sejak 600 tahun terpahat menjadi roh pembinaan temadun Melayu dimusnahkan?


Tok Selampit --- walaupun dah tua tetapi kerana bangsa, agama dan tanah air, masih lagi mampu genggam hulung parang.

Khamis, 14 Mei 2009

BN KENA JADI ANAK JANTAN, BUBAR DUN PERAK!

Kita cukup muak dan rimas dengan krisis politik di Perak, sampai bila nak dibiarkan berlarutan? Kita cukup malu, dah jadi macam cerita Si Luncai. Undang-undang negara dijadikan alat untuk kepentingan diri. Kita melihat terhadap apa yang berlaku di Perak ini seolah-olah satu episod perebutan kuasa untuk kepentingan diri bukan mengutamakan kesejasteraan rakyat jelata.

Kalau benar-benar meletakkan kepentingan rakyat, tidak adakah saluran untuk berunding? Walaupun payah dan susah, jika kepentingan rakyat menjadi roh dalam perjuangan sudah pasti terbuka hati untuk bermuhasabah diri, melihat dan mendengar jerih payah rakyat bukannya menggunakan rakyat sebagai pagar untuk pertahankan kepentingan diri.

Kepada Tok Selampit, untuk menyelesaikan krisis politik yang memalukan di Perak ini hanya satu, serahkan Perak kembali kepada kuasa rakyat. Bubar DUN, biar rakyat yang tentukan. BN kena tunjuk anak jantan, jangan biarkan pembangkang terus-terusan angkuh dan sombong memperlekehkan kita. Biar rakyat Perak membuat keputusan, jika orang Melayu Perak rela agama, bangsa dan raja mereka dihina, pemimpin mereka terus-terusan diperkudakan oleh DAP, terpulanglah. Tepuk dada tanya selera. Ini hak mereka!

Jika sekiranya pembangkang terus menguasai Perak selepas pilihanraya jika DUN dibubarkan, BN kena reda, inilah proses demokrasi sebenarnya, bukan naik turun mahkamah, mengarak para penyokong kehulu kehilir. Ini bukannya sikap seorang pemimpin sejati tetapi pemimpin yang pentingkan diri. Sampai bila Kerajaan BN nak buang masa melayan kerenah kotor dan hina pembangkang ini. Laksanakan kongsep "1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dengan sebaik mungkin.

Jika sekiranya kita yakin gagasan Dato Seri Najib ini merupakan tongkat sakti untuk membina negara dan memulihkan kepercayaan rakyat kepada BN, untuk apa kita takut bagi menunaikan desakan pembangkang supaya membubar DUN Perak? Kalah atau menang, kepada Tok Selampit, itu bukan urusan kita. Setelah berusaha dan berikhtiar, Allah lah yang menentukannya. Yang penting ialah maruah parti! Sudah 63 tahun UMNO dijulang sebagai sebuah parti terbesar orang Melayu, untuk apa melayan kerja gila parti pembangkang. Malu kita!

Laksanakan gagasan Najib dengan bersungguh-sungguh, telus dan penuh keinsafan, Insya Allah akan berjaya. Matahari bukan sahaja terbit hari ini, esuk akan bersinar lagi. Begitu juga dengan pilihan raya, setiap tiga tahun ia akan berlaku. Walaupun payah dan susah, kita terpaksa tempuh. Inilah padahnya apabila kita lupa diri dan melakukan kesilapan ketika berkuasa. Pemimpin datang dan pergi tetapi rakyatlah yang terpaksa menanggung dan memikul segala ke alpaan pemimpin sampai ke mati.



Tok Selampit --- jadikan kesilapan lampau sebagai azimat untuk menempah kejayaan.

Rabu, 13 Mei 2009

13hb Mei 1969 - 40 tahun kemudian masih tidak aman!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan tuan dan puan puan,

Pada hari ini 40 tahun yang lalu berlaku kemuncak pergeseran di antara orang orang Melayu dengan puak yang berfahaman kiri dikalangan kaum Cina akibat percaturan mereka yang beragenda ingin menidakkan kedudukan orang orang Melayu sebagai pribumi tanah bekas Tanah Melayu ini.

Setiap ulangtahun Peristiwa 13 Mei ini akan kita mengenang kembali betapa rapuhnya perhubungan diantara kaum di Malaysia ini.

Selagi rakyat pelbagai kaum negara ini tidak menerima hakikat bahawa negara ini asalnya bergelar Persekutuan Negeri Negeri Tanah Melayu dengan bersultankan Raja Raja Melayu, selagi itulah kudis perkauman ini akan terus membusuk memakan tulang temulang setiap individu yang tidak sedar dirinya di untung, hidup didalam negara yang sebenarnya cukup ruang dan peluang untuk setiap warganegara hidup dengan aman damai dan selamat di samping kaum kaum yang lain.

Kenapakah perlu kita berebut rebut mengejar kuasa dan kedudukan yang teramat sementara ini?

Adakah kita disekat dari makan minum sesuka kita?

Adakah kita dihalang dari keluar mencari rezeki untuk menampung keperluan sendiri dan keluarga kita?

Saya hairan melihat sebegitu ramai sekali manusia yang hidup didalam negara ini seolah buta akan hakikat bahawa peluang untuk hidup secara aman dan bebas mencari rezeki masing masing tidak dihiraukan sebaliknya amat mudah termakan hasutan dan dakyah para pemimpin politik junjungan masing masing yang ternyata ada agenda tersendiri disebalik setiap tuntutan dan perjuangan mengisi tembolok mereka sendiri!

Sekarang ini sedang bergejolak sebuah negeri yang dahulunya aman makmur sebagai negeri yang amat kaya dengan hasil bijih timahnya iaitu Negeri Perak Darul Ridzuan sekarang dah berubah menjadi negeri yang tidak keharuan.

Semuanya berdasarkan politik yang penuh dengan petualangan. Usah bercakap tentang hak demokrasi jika ianya hanya sandiwara ahli ahli politik yang amat mudah melompat parti dan mencetuskan suasana teramat kotor didalam sejarah politik negara ini.

Budaya melompat parti ini hasil cetusan siapa?

Siapa yang mencetuskan ilham menukar kerajaan pada 16hb September 2008 yang lalu dengan mengisytiharkan akan berlaku perubahan didalam Kerajaan Persekutuan dengan penghijrahan beramai ramai Ahli Parlimen dari Barisan Nasional kepada Pakatan DAP-PKR dan PAS?

Manusia inilah yang menjadi pencetus kepada ketidakstablian negara ini dewasa ini.

Polemik melompat parti berdasarkan tamak haloba dan perebutan kuasa dan kedudukan kini menjadi asas perjuangan mereka yang kononnya mahu memperjuangkan demokrasi.

Hari ini masyarakat kita menjadi bahan taruhan ahli ahli politik ini kerana merebutkan kuasa kerajaan negeri.

Yang menjadi mangsa siapa?

Bukankah rakyat yang tidak untung apa apa dari pertelingkahan ini?

Siapa yang gah kesana kemari dengan kereta kereta mewah bergelar itu dan ini?

Hidup mentekedarah hasil cukai yang dibayar setiap rakyat tanpa mengambil kira akan perbezaan kaum, agama dan kedudukan?

Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah.

Pelanduk itu tidak lain tidak bukan adalah rakyat marhaen.

Kelemahan sistem pentadbiran kerajaan negeri berpunca dari kealpaan para Sultan dan Raja Melayu yang gagal mempertahankan kedudukan masing masing dari dilemahkan oleh Eksekutif.

Punca kejatuhan dan penghakisan kuasa Sultan dan Raja Melayu bertitik tolak dari zaman dahulu lagi bila Sultan dan Raja Melayu sanggup menyerahkan kuasa kepada Residen British semasa dijajah mereka.

Amat kurang semangat kepahlawanan Melayu dikalangan Sultan dan Raja Melayu sekarang ini. Jika tidak kerana usaha Datuk Onn bin Jaafar yang berjuang untuk membantah cadangan Malayan Union yang dicadangkan British, sudah terkubur lah institusi Kesultanan Melayu.

UMNO hari ini adalah berada di kedudukan yang paling genting didalam sejarah perjuangan Melayu sepanjang zaman.

Melayu hari ini sudah berubah kiblat politik mereka dari menyokong UMNO kepada menyokong paksi Pakatan DAP-PKR dan PAS. Hampir 50-50 sokongan Melayu kepada UMNO dan PKR-PAS.

DAP adalah tukang adu domba yang berjaya hari ini memecah belahkan perpaduan orang orang Melayu kepada menyokong perjuangan Malaysian Malaysia mereka.

PAS dan PKR menjadi agen kepada DAP hari ini dengan sanggup menggadaikan matlamat penubuhan Negara Islam yang sekan lama ini menjadi asas perjuangan Parti seIslam Malaysia.

PKR lahir hanya untuk memPerdana Menterikan saudara Anwar bin Ibrahim.

Nasib orang orang Melayu hari ini umpama 'Menang Sorak ; Kampong Tergadai!'

Sudah banyak kes dimana Tanah Rizab Melayu diubah status nya dan menjadi tanah lelongan angkara kedurjanaan mereka yang dipertanggungjawab menjaga dan memelihara hak dan nasib orang orang Melayu.

Akan hilang sedikit demi sedikit hakmilik orang orang Melayu bilamana perjuangan mereka diracuni perasaan tamak dan haloba terhadap kesenangan duniawi dan bermewah2an yang teramat sementara ini.

Bilamana Sultan dan Raja Melayu diam membisu terhadap segala angkara maksiat dan dosa yang sedang bersemarak didalam negara ini kerana takut atau kurang ilmu, maka natijahnya muncul hari ini bila rakyat mula berani memperkotak katikkan kedudukan mereka dan mencabar Sultan di mahkamah.

Kenapa sampai terjadi begini?

Islam sudah menjadi bahan penggunaan ahli ahli politik sebagai modal bahan kempen dan ceramah politik baik oleh mereka yang mengaku beragama Islam mahupun yang tidak seperti pemimpin DAP yang menggunapakai petikan maksud ayat ayat Al Quran untuk memancing sokongan dan undian Melayu yang berlabel Islam tetapi keliru tahap cipan akan kedudukan perkara sebenarnya perancangan politik musuh musuh Islam yang amat licik permainan agenda tersembunyi mereka.

Sudah jadi macam kes Pak Pandir Moden.

Beriya bersorak bilamana ayam tambatannya menang sabung tetapi lupa bahawa ayam sabung nya itu (hakmilik tanahair ini) kini sudah di tangan Sultan (Pakatan DAP-PKR-PAS)!

Belum pernah sejarah hakmilik 999 tahun diberikan sewenang wenangnya oleh mana mana kerajaan negeri sebelum ini tetapi telah terlaksana di Negeri Perak Darul Raplah oleh mereka yang berkuasa sebelum ini.

13hb Mei - tarikh penuh tragedi didalam lipatan sejarah negara ini. Masih belum aman nampaknya bumi bertuah ini dek kerana permainan politik oleh mereka yang sanggup menggolok gadaikan negara ini semata mata ingin berkuasa dan bebas mengisi tembolok masing masing semampat yang boleh.

Saya cuma takut tembolok yang disumbat penuh merening itu akan meletup pecah memburai memuntahkan isi yang penuh hanyir dan busuk dek kerana tidak bersihnya cara pendapatan masing masing angkara rasuah dan salah dari segi agama mahupun undang undang!

Tidak ada sebarang perubahan pada nasib warganegara Malaysia hari ini. Kecurigaan dan syak wasangka diantara kaum masih menebal hari ini sama sahaja seperti 40 tahun yang sudah!

Cuma kita belum sampai ketahap membawa parang keluar mencari mangsa sahaja.

Tetapi dilaman laman blog, perang perkauman masih semarak menyala nyala dan kemungkinan akan terus menyala sampai kiamat.

Media massa rasmi mungkin akan mengeluarkan propaganda perpaduan kaum dan sebagainya tetapi ia hanya sekadar retorik penyedap rasa sahaja.

Hakikatnya 13 Mei masih terus berdarah dihati masing masing. Terima lah realiti ini.

Selagi insan tidak sedar akan diri di untung dan mengambil sikap ' Dimana bumi dipijak ; di situ langit dijunjung!'

Masalahnya payung payung negara sudah mulai tiris akibat lupa kepada suruhan dan perintah Allah, Rabbul Alamin.

Selasa, 12 Mei 2009

Pemindahan Indian Settlement Kampung Pandan Adalah Usaha Menteri Wilayah Terdahulu



Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata proses penempatan semula setinggan di Indian Settlement, Kampung Pandan adalah kesinambungan usaha menteri terdahulu.

"Saya hanya meneruskan apa yang telah dilakukan oleh mereka" tambahnya.

Katanya, penduduk terbabit memohon untuk mendapat hakmilik tanah di situ, tetapi ditolak oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Jika DBKL meluluskan permohonan mereka, nanti masyarakat India yang lain pula mahu berbuat demikian.

"Tanah ini untuk kita majukan, termasuk pembinaan rumah. Selepas siap mereka boleh kembali ke sini," katanya kepada Malaysiakini.


Raja Nong Chik berkata, penduduk setinggan berkenaan bernasib baik kerana akan dipindahkan ke projek perumahan rakyat (PPR) Puchong.

Beliau ditemui di majlis sambutan ulang tahun ke-63 Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.

Raja Nong Chik mengulas rancangan DBKL untuk merobohkan rumah setinggan di kampung berkenaan Khamis ini.

Katanya, urusan yang berkaitan dengan masyarakat kaum India di Wilayah Persekutuan diuruskan oleh Timbalannya, Datuk M Saravanan.

Katanya, Saravanan bertanggungjawab menguruskan keperluan dan menangani masalah masyarakat India.

-sumber dipetik dari Malaysiakini-

..... NIZAR TERGOLEK BUAT SEKIAN KALINYA.....




1. Mahkamah Rayuan hari ini telah bersetuju untuk menerima rayuan yang difailkan oleh MB Perak dari BN, Dr. Zambry untuk menangguhkan keputusan pengisytiharan Mohamad Nizar sebagai MB Perak yang sah yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi semalam.

2. Jika semalam mahkamah dan institusi kehakiman dipuji melambung tinggi kerana memberi kemenangan kepada Nizar tetapi hari ini mahkamah kembali dicemuh oleh puak Pakatan Rakyat memandangkan keputusan yang diumumkan tidak memihak kepada mereka.

3. Antara tindakan awal yang diumumkan oleh Nizar pagi ini setelah semalam mahkamah mengesahkan kedudukannya sebagai MB adalah menggantung dua kakitangan kerajaan iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Abdul Rahman Hashim, dan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Shahid.

4. Sedihnya, tindakan itu jelas bertentangan dengan Perkara 36(C) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Menurut Ketua Setiausaha Negara, berdasarkan undang-undang di atas, seorang MB tidak mempunyai kuasa untuk memecat atau menggantung mana-mana kakitangan kerajaan sewenang-wenangnya dan ia perlu dilakukan mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan.

5. Sekali lagi Pakatan rakyat bertindak sesuka hati dan sesedap rasa hingga sanggup membelakangkan perlembagaan dan undang-undang hanya semata-mata untuk memenuhi matlamat dan nafsu politik mereka. MB sebenarnya berperanan sebagai perantara antara Sultan dan ADUN, tidak lebih dari itu. Setiap keputusan yang hendak diambil perlu mendapat perkenan Sultan dan usul yang dibawa perlu mendapat persetujuan majoriti ahli dewan sebelum boleh melaksanakan sesuatu.

6. Jika semalam Zambry dan barisan EXCOnya dengan rela hati menerima keputusan yang diumumkan oleh mahkamah tanpa perlu ada sebarang pertikaian melampau. Maka diharap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini juga dapat diterima dan dilaksanakan sebaik mungkin tanpa sebarang prejudis.

WARKAH TERBUKA UNTUK NIZAR BINTANG TIGA

Posting Dari Hj Shaari dlm Artikel "Konsep One Malaysia" Masih Jadi Tanda Tanya? oleh Tok Selampit

MONDAY, MAY 11, 2009
WARKAH TERBUKA UNTUK NIZAR BINTANG TIGA

Ke hadapan YAB Dato Seri Nizar, didoakan semoga berada dalam perlindungan Allah hendaknya. Saya mengucapkan tahniah kepada Dato Seri kerana berjaya menjadi Menteri Besar semula dengan keputusan Mahkamah Tinggi.

Sesungguhnya YAB Dato Seri telah mencipta sejarah yang besar serta menjadi orang pertama yang dahulu (the first to achieve several first) dalam sejarah di negara ini.

YAB Dato Seri adalah satu-satunya Menteri Besar di dalam dunia yang mempunyai hanya enam kerusi dari 59. UMNO ada 27, MCA ada satu, DAP ada 17, PKR 5, Bebas 3 dan PAS ada enam. Tetapi kehebatan Dato Seri menjadikan Dato Seri Menteri Besar Perak walaupun mempunyai kerusi yang sedikit.

Kedua Dato Serilah yang pertama memberikan tanah hak milik 999 tahun kepada kampung-kampung baru. Jika lihat sejarah, kampung-kampung baru ini adalah bekas-bekas komunis yang dipindahkan di bawah Rancangan Briggs zaman darurat. Tahniah Dato Seri mengiktiraf pengganas komunis. Malangnya tidak pula memberi pengiktirafan kepada bekas-bekas tentera yang 99 peratus orang Melayu yang telah berkorban jiwa dan nyawa untuk tanahair. Tahniah Dato Seri.

Penghargaan juga kepada YAB Dato Seri kerana menjadi ahli politik PAS pertama merealisasikan konsep Malaysian Malaysia anjuran PAP yang disambung perjuangannya oleh DAP. YAB Dato Seri juga tahu bahawa Lim Kit Siang, maestro DAP itu adalah bekas setiausaha politik Lee Kuan Yew dan merupakan penyambung perjuangannya di Tanah Melayu selepas Singapura disingkirkan dari Malaysia.

YAB Dato Seri saya juga mengucapkan tahniah kepada YAB Dato Seri kerana berani mengenepikan Raja dan lebih patuh serta taat kepada Ngeh dan Nga lebih daripada DYTM Sultan Perak. Dato Seri lah wira.

Dato Seri tahniah juga kerana walaupun berdarah separuh Cina, Dato Seri lebih Cina dari Cina-cina lain sebab sanggup menggunakan agama Islam untuk menjual orang-orang Melayu Perak.

Ini bukan sembah derhaka cuma doa saya agat kubur YAB Dato Seri tidak akan dikencing anak cucu kita nanti bila agama, negara dan bangsa sudah tergadai demi semata-mata untuk YAB Dato Seri mencapai cita-cita Dato Seri menjadi Menteri Besar.

Akhir kata saya doakan agar YAB Dato Seri dilindungi Allah swt dan dibukakan hati untuk melihat kebenaran. Amin

Salam Hormat

Rahimi Ariffin
Kg Seri Kinta
Ipoh Perak
MOHON RAKAN BLOGGERS SEBARKAN SURAT INI
POSTED BY RUANG BICARA FAISAL AT 10:06 PM

KONSEP 1MALAYSIA

DEFINISI

Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB Datuk Seri Najib adalah seperti berikut:
  • Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. dan kita mengambil tindakan tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;

  • Ini bukan bererti kita mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu di laksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada Kerajaan; dan
  • Kita Keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama...

HURAIAN

Berdasarkan penjelasan diatas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut:
1 - KONSEP 1Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing-masing.
  • Ayat yang menyebut " Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. "One People" menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga dituntut melahirkan tindakan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.

  • Jesteru, bangsa Melayu sebagai contoh, di minta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja. Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama.

  • Sementara ayat " Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita " lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.

2 - Nilai tambah dan pembaharuan dalam konsep 1Malaysia

  • Mengambil tindakan tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita" telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi". Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri, iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing

  • Pemimpin - pemimpin yang mewakili kaum masing-masing hanya berkecimpung dan bergerak dalam ruang lingkup kaum mereka sahaja. Melalui konsep 1Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan keadaan ini di pertingkatkan lagi. Peningkatan ini dilakukan dengan cara wakil rakyat bangsa Melayu sebagai contoh, tidak lagi hanya berkhidmat kepada masyarakat Melayu sahaja.

  • Konsep ini menuntut mereka melepasi sempadan kaum bagi melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain. Demikian juga wakil rakyat kaum-kaum yang lain, turut diminta berkhidmat kepada kaum yang berlainan.

  • Inilah yang ditegaskan YAB Perdana Menteri dalam kata-kata beliau " kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama".

KESIMPULAN

Berpandukan huraian di atas, kesimpulan berikut dapat dirumuskan :-

Pertama : Makna Konsep 1Malaysia

  • Berdasarkan huraian diatas, boleh dirumuskan konsep 1Malaysia secara asasnya bermakna " rakyat dan pemimpin bertindak dan berfikir bagi kepentingan semua rakyat Malaysia dan tidak membataskan tindakan dan fikiran dalam tembok etnik masing-masing"

  • Frasa " Rakyat dan pemimpin bertindak dan berfikir bagi kepentingan semua rakyat Malaysia" dan frasa "tidak membataskan tindakan dan fikiran dalam tembok etnik masing-masing" adalah dua perkara yang berbeza.

  • Frasa pertama tidak semestinya bermakna wakil rakyat bangsa Melayu umpamanya, berkhidmat dan berkecimpung dalam komuniti India atau Cina. Bagi memenuhi kehendak " Rakyat dan Pemimpin bertindak dan berfikir bagi kepentingan semua rakyat Malaysia", memadai dengan kerajaan menyampaikan hak dan memenuhi keperluan setiap kaum melalui wakil masing-masing. Inilah yang berlaku hari ini sebagaimana yang dinyatkan YAB Perdana Menteri.

  • Frasa kedua pula bermaksud, wakil rakyat Melayu sebagai contoh, di minta merentasi sempadan bangsa Melayu dan seterusnya masuk ke dalam komuniti India dan Cina bagi memberikan khidmat dan sumbangan.

Kedua :- Elemen Utama konsep 1Malaysia.

Huraian diatas menjelaskan bahawa konsep 1Malaysia mengandungi 2 elemen utama iaitu :-

  • Kerajaan melayani dan memenuhi kehendak dan keperluan semua kaum melalui pembentukan dasar-dasar dan tindakan-tindakan yang menjurus ke arah itu.

  • Rakyat dan pemimpin tidak hanya membataskan fikiran dan tindakan mereka kepada kepentingan kaum mereka sahaja, tetapi mesti melangkaui kaum-kaum lain.

  • Kedua-dua elemen ini akan terlaksana bila wujudnya sikap saling mempercayai antara satu sama lain dan saling menghormati. Jesteru itulah YAB Datuk Seri Najib menyatakan konsep "1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan" ditunjangi dua prinsip utama, iaitu sikap saling menghormati dan keyakinan antara satu sama lain.

Ketiga : Konsep 1Malaysia bukan hanya mengandungi satu elemen sahaja iaitu menjaga kepentingan rakyat sebagaimana yang difahami daripada beberapa tulisan.

PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA.

Berpandukan definisi konsep 1Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep 1Malaysia memiliki kelainan seperti berikut:

  • Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu menanggalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi konsep 1Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat ruang lingkup yang berbeza.

  • Disamping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.

3 - NAMA KONSEP

  • Dicadangkan agar konsep ini disebut " 1MALAYSIA", bukannya ONE MALAYSIA, samada dalam tulisan mahupun ucapan. Ini bagi membentuk kesepaduan dan keseragaman.

4 - KEDUDUKAN KONSEP SATU MALAYSIA

  • Konsep 1Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya "konsep 1Malaysia ' Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan' lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

  • Sehubungan itu, perkataan "konsep" hendaklah digunakan dalam memperkatakan 1Malaysia, bukannya gagasan atau wawasan.

5 - HUBUNGAN KONSEP 1MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN TERDAHULU.

  • Perkataan antara Konsep 1Malaysia dan dasar-dasar negara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan "Konsep 1Malaysia, Rakyat didahulukan, prestasi Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dua konsep yang diperkenalkan Perdana Menteri terdahulu.

  • Konsep ini bukan suatu perkara baru. Sebaliknya " 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-Usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.

  • Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara disambung oleh Perdana-Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.

6 - SEBAB ATAU TUJUAN 1MALAYSIA DIPERKENALKAN.

Sebab atau tujuan konsep ini diperkenalkan seperti berikut:

  • 1Malaysia adalah aspirasi untuk memperbaiki, memantap dan memperkasa hubungan kaum bagi memastikan rakyat di negara ini membina dan menjalin persahabatan berasaskan rasa hormat menghormati dan percaya mempercayai.

  • Memastikan haluan negara benar-benar dapat mencapai keunggulan dan kelangsungan masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bagi memenuhi hasrat Wawasan 2020.

Isnin, 11 Mei 2009

KARNIVAL WANITA TITIWANGSA



KARNIVAL WANITA TITIWANGSA
BERSAMA
PENDUDUK PPR HILIRAN AMPANG

25 APRIL 2009 ( SABTU )

DI PADANG PPR HILIRAN AMPANG.

DIRASMIKAN OLEH
YBHG. DATUK SERI DR. SULEIMAN MOHAMED
KETUA UMNO BAHAGIAN TITIWANGSA.


Inilah barisan wanita-wanita waja yang telah berusaha
untuk menjayakan karnival ini sesungguhnya....


Sebahagian kanak-kanak yang telah bersedia
dari awal
pagi untuk menyertai sukaneka..

Apa lagi Kak Jah......... Biasalah tu....
mengira untung pertandingan teka kacang...

( tak untung pun...... )
Gerai-gerai jualan yang telah disediakan bagi memeriahkan
lagi karnival ini.


Acara favourite.... tiup belon sampai pecah...


Kaunter SPR telah dibuka bagi memudahkan
penduduk PPR yang belum mendaftar sebagai pengundi untuk
mendaftar. Tapi sayang seribu kali sayang......
kurang mendapat sambutan..
Agaknya penduduk PPR belum ada kesedaran.....





Sebahagian acara pertandingan masakan dan gubahan
yang telah diadakan. Penyertaan amat menggalakkan.

Inilah dia sebahagian jagoan-jagoan yang dapat diperangkap
untuk mendapatkan airmata mereka sebagai

tangkal mengalihkan hujan.


Apa lagi yang direbutkan......... nampak macam ada
yang kena gomol je....
Ganas-ganas wanita Titiwangsa nie
rupanya.


Keputusan pengadil muktamad...
Ybhg. Datin Seri Aida dan rakan-rakan
sedang mengadili
pertandingan gubahan lipatan tuala.

( Tuala mandi tau....... bukan tuala wanita )

Karnival ini di meriahkan lagi dengan kehadiran
Ybhg. Datuk
Aziz Satar yang telah sudi menyumbangkan 2 buah lagu
( apa lagi.........berduet dengan penolong setiausaha wanita.....
jangan marah aa......... ) Beliau juga sempat menyampaikan pesanan supaya tetap menyokong kerajaan BN.


Acara sukaneka untuk wanita dewasa...
Rebut Kerusi
( bukan rebut laki tau........ )

Lihatlah jejaka yang berada di dalam kelumpok wanita-wanita ini....
Kesian.. Dia ni kekurangan kasih sayang...
inilah peluang
nak bermanja...... sabar je lah.....


Apa lagi tu Hj. Mohd. Shah Hashim......
3G dengan
isteri-isteri ker????...

Sebahagian dari kehadiran jemputan dan orangramai yang terdiri
dari AJK
UMNO Bahagian dan juga AJK Pemuda Bahagian.


Ketua Wanita UMNO Bahagian Titiwangsa
menyampaikan
ucapan alu-aluan.

Ybhg. Datuk Seri Dr. Suleiman menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan penutupan karnival wanita Titiwangsa

Alahai.... malu pulak nak pandang.... Namun begitu senyuman manis
berperisa strawberi tetap ku berikan.........
untuk Datuk Seri............


Berbalas senyuman nampak.......... gembira tak terkira sebab dapat hadiah...
Apa lagi Datuk Seri pulak yang beri....

Terimalah hadiah yang telah kesediakan untukmu........
Puan Hajah Mar, Naib Ketua Wanita menyampaikan cenderahati

kepada Encik Omar Amin, Pengerusi PPR Hiliran Ampang....

Saudara Idham Ketua Pemuda UMNO Bahagian menyampaikan hadiah
kepada pemenang dalam pertandingan
gusti lengan........ ada ker???.....


Sapa bagi sapa dapat nie......... Berebut pulak.....
Hazarina, Ketua Puteri UMNO Bahagian menyampaikan

hadiah kepada pemenang lari bawa beg tangan.......

Kita kongsi ye hadiah nie..... Puan Hajah Khadijah berpakat
dengan Pak Din pemenang juara karaoke,
nak
syer hadiah ler tu............


Puan Hajah Mar menyampaikan cenderahati
kepada
pengadil sukaneka
acara kontrol senyum.....




TAHNIAH....

Tahniah diucapkan kepada Puan Hajah Khadijah
Alang Ibrahim, Ketua Wanita UMNO Bahagian Titiwangsa
kerana telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha
Pergerakan Wanita UMNO Perhubungan WPKL......








KONGSEP "ONE MALAYSIAN" MASIH LAGI JADI TANDA TANYA?

Sehingga ke hari ini kongsep Satu Malaysia dan globalisasi sektor perkahdimatan yang menjadi gagasan besar Dato Seri Najib, masih lagi menjadi tanda tanya kepada ramai rakyat Malaysia khususnya orang Melayu. Apakah kongsep "Satu Malaysia" itu akan menghakiskan hak orang-orang Melayu Pasal 152, 153 dan 154 dalam Perlembagaan Persekutuan? Apakah kongsep "One Malaysian" sama dengan kongsep "Malaysian Malaysian" yang dicanangkan oleh Anwar Ibrahim?

Apakah orang bukan Melayu dibolehkan membuat pinjaman dengan MARA? Pelajar-pelajar bukan Melayu dibolehkan memasuki UITM? Boleh menyerta tanah rancangan FELDA? Membuat pinjaman Tekun dan lain-lain yang selama ini memang diperuntukan khusus untuk orang Melayu. Begitu juga dengan globalisasi, apakah kota 30 Peratus bumiputera dalam Dasar Ekonomi Baru akan terhapus? Sesungguhnya pelbagai pertanyaan dan persoalan terpahat dalam kepala orang Melayu.

Kalaulah masyarakat kampus, golongan intelektual, budayawan dan profesional pening kepala dan naik mamai, apatah lagi rakyat desa, nelayan, petani, peladang dan penterenak. Ahli UMNO pun, malah wakil rakyat dan ahli kabinet kalau ditanya dan diminta huraian tentang kongsep "One Malaysian" pun tergagap-gagap, main pakai rembat tak tentu arah macam layang-layang putus tali.

Oleh kerana semua kepala naik mamai, maka timbullah pelbagai andaian negetif dan prasangka buruk kepada kerajaan khususnya UMNO, kononnya kerana terlalu ngairah untuk mendapatkan undi orang bukan Melayu kita dah gadai semuanya. Mereka bimbang akibat kerana mahukan undi bukan Melayu, UMNO makin dibenci oleh orang Melayu sendiri. Lalu jadilah seperti kata pepatah Melayu, yang dikejar tak dapat yang dikandung pula berciciran.

Kepada orang lain Tok Selampit tak tahu, tetapi kepada Tok Selampit, jika usaha untuk memberi pemahaman dan huraian yang terperinci tentang inti pati kongsep ini kepada rakyat tidak diusahakan dengan segera, kita cukup bimbang, yang mamai akan jadi kelabu, yang kelabu akan jadi hitam akhirnya kita lingkup. Ketua Penerangan UMNO yang baru, Ahmad Maslan mesti bertindak segera mengadakan road show keseluruh negara untuk memperjelaskan kepada ahli-ahli parti, apakah benda kongsep "One Malaysian" dan globalisasi yang membolehkan syarikat asing melabur di Malaysia tanpa kota 30 peratus bumiputera.

Kita jangan syok seronok tidur di rumah peneroka FELDA, pakai kain pelaikat dan bagi kuliah subuh di surau-surau dan esuknya terpampang gambar di surat kabar, ahli UMNO juga amat penting diberi perhatian. Adalah menjadi tanggungjawab kepada setiap Ketua Penerangan parti untuk memperjelaskan segala dasar kerajaan kepada ahli parti apatah lagi gagasan Dato Seri Najib sehingga sekarang ini telah memeningkan kepala rakyat. Kena turun padang dan bagi penjelasan. Semua kementerian juga mesti memperjelaskan kepada para pegawai dan kaki tangan masing-masing, biar terang dan jelas, jangan kita pakai angguk di depan Najib saja sedangkan kita sendiri juga pening lalat. Nak jadi pemimpin macam mana kalau kita tak tahu? Najib tidak akan berjaya menjadi seorang Presiden Parti dan Ketua Negara yang baik jika di kelilingi oleh anggota kabinet yang jadi unta bawa kitab.


Tok Selampit --- cukup benci kepada manusia yang berlagak serba tahu tetapi sebenarnya tak tahu.

Ahad, 10 Mei 2009

SEPATAH DUA KATA DARI PERAK


Friday, May 8, 2009
SEPATAH DUA KATA DARI PERAK
En.Hamdan Taha

Saya menerima satu pesanan daripada Pegawai Khas MB Perak,En.Hamdan Taha yang mewakili MB untuk dihebahkan kepada kepada umum.

Assalamualaikum wbt.

Saya bagi pihak Datok Seri Dr.Zambry Bin Abd Kadir,Menteri Besar Perak serta Ahli Exco,
Ahli Dewan BN dan Ahli Dewan Bebas yang menyokong BN ingin merakamkan rasa terima kasih kepada rakyat Perak dan seluruh rakyat Malaysia kerana turut sama mendoakan kejayaan Sidang Dewan yang bersidang pada hari ini (7/5/09). Walaupun ada usaha terancang dari pihak DAP, PAS, dan PKR untuk membatalkan Sidang DUN pada hari ini.

Mereka membuktikan diri mereka adalah kelompok yang terdesak dan tidak mempunyai etika sebagai sebagai ahli yang mewakili rakyat.

Hasrat mereka jelas untuk membatalkan Sidang DUN dengan pelbagai kaedah termasuk menyekat Duli Yang Maha Mulia Raja Muda Perak untuk bertitah.

Tetapi mereka terlupa kekuasaan ini adalah hak ALLAH SWT dan ALLAH yang menentukan kepada siapa untuk diserahkan amanah menjaga Rakyat,Negeri dan Negara.

Selama lebih lima jam Ahli DUN BN bersabar walaupun mereka memaki hamun,menghina dan mencerca termasuk menyentuh soal peribadi dan kaum.

Dalam keadaan tegang begitu pun Datok Seri Menteri Besar tetap tenang. Hari ini juga membuktikan kesemua Ahli Dewan BN juga Ahli Dewan Bebas bersatu,bekerjasama senada dan seirama. Mereka berpadu tenaga untuk menjayakan Sidang Dewan terus berjaya.

Walaupun kita berjaya bukanlah bermakna perlu diraikan secara berlebihan. Ambillah sejarah hari ini sebagai pengajaran betapa sukarnya kita mempertahankan kuasa jika ia pernah hilang.

Kita perlu terus bersatu,kuatkan jentera, teruskan kerja ,beri kesedaran kepada keluarga dan teman-teman. Kejayaan hari ini bukan kejayaan Umno atau BN dan bukan juga kejayaan Ahli Dewan BN,tetapi kejayaan kita semua, yang cinta kepada keamanan.

Terima kasih atas doa rakyat sekalian.

Hamdan Taha

Mohon rakan-rakan bloggers menyebarkan pesanan ini.

Jumaat, 8 Mei 2009

PAS SUDAH JADI PARTI KAYU API?

Apakah sudah terjadi kepada PAS hari ini? Di manakah roh Islam yang dijadikan wadah perjuangan parti tersebut selama ini? Di manakah letaknya budi pekerti, akhlak dan moral yang jelas menjadi tiang kepada ajaran Islam? Melihat kepada kejadian yang paling hina di DUN Perak semalam, kurang ajar, tidak bermoral dan bukan dilakukan oleh manusia yang bertamadun, selain daripada PAS juga terlibat dengan perangai jahat dan cemar itu, kenapakah pemimpin tertinggi PAS yang terdiri daripada para ulama mengunci mulut? Apakah PAS sekarang ini sudah jadi parti kayu api? Ulama "mee celup" seperti kata anak lelaki Tok Guru Nik Aziz?

UMNO ada juga sekutu dan sahabat seperti MCA, MIC dan parti pelbagai kaum dan suku di Sabah dan Serawak, tetapi tidak pernah ikut telunjuk mereka, apatah lagi dalam kerja-kerja cemar, tidak bermoral dan hina. Parti-parti dalam Komponen BN walaupun ada sedikit sebanyak yang tercalar dan terluka tetapi tidak sampai kepada tahap yang amat hina seperti yang dilakukan oleh parti-parti sekutu PAS di DUN Perak semalam.

Apakah kerana mahukan kuasa dan jawatan, PAS sanggup mengadai maruah dan roh Islam yang menjadi pangsi perjuangan parti itu sejak puluhan tahun? Di manakah Tok Guru Nik Aziz? Atau Haji Hadi dan lain-lain yang dikatakan amat disegani dan dihurmati dalam PAS. Tidak bolehkah memberi nasihat sepatah dua kepada Nizar Jamaluddin supaya jangan terus-terusan diperkudakan oleh DAP sehingga sanggup memaki hamun sesama Melayu dan Islam, menghina Sultan dan sebagainya. Jangan hanya menang sorak kampung sendiri tergadai.


Tok Selampit --- Melayu kena sedar dan kembali ke pangkal jalan.