Selasa, 12 Mei 2009

KONSEP 1MALAYSIA

DEFINISI

Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB Datuk Seri Najib adalah seperti berikut:
  • Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. dan kita mengambil tindakan tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;

  • Ini bukan bererti kita mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu di laksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada Kerajaan; dan
  • Kita Keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama...

HURAIAN

Berdasarkan penjelasan diatas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut:
1 - KONSEP 1Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing-masing.
  • Ayat yang menyebut " Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. "One People" menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga dituntut melahirkan tindakan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.

  • Jesteru, bangsa Melayu sebagai contoh, di minta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja. Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama.

  • Sementara ayat " Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita " lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.

2 - Nilai tambah dan pembaharuan dalam konsep 1Malaysia

  • Mengambil tindakan tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita" telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi". Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri, iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing

  • Pemimpin - pemimpin yang mewakili kaum masing-masing hanya berkecimpung dan bergerak dalam ruang lingkup kaum mereka sahaja. Melalui konsep 1Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan keadaan ini di pertingkatkan lagi. Peningkatan ini dilakukan dengan cara wakil rakyat bangsa Melayu sebagai contoh, tidak lagi hanya berkhidmat kepada masyarakat Melayu sahaja.

  • Konsep ini menuntut mereka melepasi sempadan kaum bagi melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain. Demikian juga wakil rakyat kaum-kaum yang lain, turut diminta berkhidmat kepada kaum yang berlainan.

  • Inilah yang ditegaskan YAB Perdana Menteri dalam kata-kata beliau " kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama".

KESIMPULAN

Berpandukan huraian di atas, kesimpulan berikut dapat dirumuskan :-

Pertama : Makna Konsep 1Malaysia

  • Berdasarkan huraian diatas, boleh dirumuskan konsep 1Malaysia secara asasnya bermakna " rakyat dan pemimpin bertindak dan berfikir bagi kepentingan semua rakyat Malaysia dan tidak membataskan tindakan dan fikiran dalam tembok etnik masing-masing"

  • Frasa " Rakyat dan pemimpin bertindak dan berfikir bagi kepentingan semua rakyat Malaysia" dan frasa "tidak membataskan tindakan dan fikiran dalam tembok etnik masing-masing" adalah dua perkara yang berbeza.

  • Frasa pertama tidak semestinya bermakna wakil rakyat bangsa Melayu umpamanya, berkhidmat dan berkecimpung dalam komuniti India atau Cina. Bagi memenuhi kehendak " Rakyat dan Pemimpin bertindak dan berfikir bagi kepentingan semua rakyat Malaysia", memadai dengan kerajaan menyampaikan hak dan memenuhi keperluan setiap kaum melalui wakil masing-masing. Inilah yang berlaku hari ini sebagaimana yang dinyatkan YAB Perdana Menteri.

  • Frasa kedua pula bermaksud, wakil rakyat Melayu sebagai contoh, di minta merentasi sempadan bangsa Melayu dan seterusnya masuk ke dalam komuniti India dan Cina bagi memberikan khidmat dan sumbangan.

Kedua :- Elemen Utama konsep 1Malaysia.

Huraian diatas menjelaskan bahawa konsep 1Malaysia mengandungi 2 elemen utama iaitu :-

  • Kerajaan melayani dan memenuhi kehendak dan keperluan semua kaum melalui pembentukan dasar-dasar dan tindakan-tindakan yang menjurus ke arah itu.

  • Rakyat dan pemimpin tidak hanya membataskan fikiran dan tindakan mereka kepada kepentingan kaum mereka sahaja, tetapi mesti melangkaui kaum-kaum lain.

  • Kedua-dua elemen ini akan terlaksana bila wujudnya sikap saling mempercayai antara satu sama lain dan saling menghormati. Jesteru itulah YAB Datuk Seri Najib menyatakan konsep "1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan" ditunjangi dua prinsip utama, iaitu sikap saling menghormati dan keyakinan antara satu sama lain.

Ketiga : Konsep 1Malaysia bukan hanya mengandungi satu elemen sahaja iaitu menjaga kepentingan rakyat sebagaimana yang difahami daripada beberapa tulisan.

PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA.

Berpandukan definisi konsep 1Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep 1Malaysia memiliki kelainan seperti berikut:

  • Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu menanggalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi konsep 1Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat ruang lingkup yang berbeza.

  • Disamping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.

3 - NAMA KONSEP

  • Dicadangkan agar konsep ini disebut " 1MALAYSIA", bukannya ONE MALAYSIA, samada dalam tulisan mahupun ucapan. Ini bagi membentuk kesepaduan dan keseragaman.

4 - KEDUDUKAN KONSEP SATU MALAYSIA

  • Konsep 1Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya "konsep 1Malaysia ' Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan' lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.

  • Sehubungan itu, perkataan "konsep" hendaklah digunakan dalam memperkatakan 1Malaysia, bukannya gagasan atau wawasan.

5 - HUBUNGAN KONSEP 1MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN TERDAHULU.

  • Perkataan antara Konsep 1Malaysia dan dasar-dasar negara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan "Konsep 1Malaysia, Rakyat didahulukan, prestasi Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dua konsep yang diperkenalkan Perdana Menteri terdahulu.

  • Konsep ini bukan suatu perkara baru. Sebaliknya " 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-Usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.

  • Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara disambung oleh Perdana-Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.

6 - SEBAB ATAU TUJUAN 1MALAYSIA DIPERKENALKAN.

Sebab atau tujuan konsep ini diperkenalkan seperti berikut:

  • 1Malaysia adalah aspirasi untuk memperbaiki, memantap dan memperkasa hubungan kaum bagi memastikan rakyat di negara ini membina dan menjalin persahabatan berasaskan rasa hormat menghormati dan percaya mempercayai.

  • Memastikan haluan negara benar-benar dapat mencapai keunggulan dan kelangsungan masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bagi memenuhi hasrat Wawasan 2020.

3 ulasan:

Jedi Mastor berkata...

Tahniah serimanis... artikel cukup penting untuk semua orang..

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan 1Malaysia. cumanya harap-harap jangan sampai kita terlalu banyak mengalah.

Tanpa Nama berkata...

One people memang bagus buat rakyat malaysia kini yang sedang hangat dengan isu perkauman.