Pada 13 September 2008, Ybhg. Dato' Johari Ghani bersama-sama Puan Hajah Hafsah, Puan Hajah Khadijah Alang Ibrahim serta saudara Affendi Zahari telah berbesar hati meluangkan masa untuk melawat salah seorang ahli UMNO cawangan Mengkudu Lebuhraya iaitu Saudara Mat Rashid bin Yahya yang mengidap penyakit buah pinggang di rumah beliau di Blok C, Tingkat 3-2, PPR Hiliran Ampang, Kuala Lumpur. Peluang kebajikan ini telah diambil oleh pemimpin UMNO Titiwangsa ketika UMNO Cawangan Mengkudu Lebuhraya mengadakan persidangan semula disebabkan persidangan yang telah diadakan dahulu telah mendapat protes dari salah seorang ahli cawangan tersebut.
Apabila mendapat tahu salah seorang ahli UMNO cawangan tersebut tidak dapat bersama-sama dalam mesyuarat kali ini, dengan diiringi Ketua UMNO Cawangan Mengkudu Lebuhraya, tanpa berlengah mereka terus ke rumah beliau. Disitu mereka telah meluangkan masa hampir 45 minit dengan mendengar luahan hati dari Saudara Mat Rashid yang telah mengidap penyakit tesebut sejak 4 bulan yang lalu. Beliau juga tidak mampu bekerja serta menanggung anak yang masih bersekolah.
Ini lah yang dikatakan pemimpin yang perihatin dan bukan pemimpin yang bermusim. Sentiasa bersedia menolong ahli-ahli UMNO yang menghadapi masalah. Tidak kira masa dan tempat, jika berkesempatan pasti mereka akan sampai untuk membantu.

2 ulasan:
bukan ahli cawangan tapi dari bekas Ketua Cawangan...
Alhamdulillah! Harap perkara ni berterusan dan bukannya bermusim dan harap juga semua tempat gn pilih kwsn.
Tapi mana peginya Ketua Bahagian dah lama tak tgk dia melawat kawasan. mungkin dah uzur kut.
Cepat2lah cari penganti takkan nak jadi Ketua Bahagian seumur hidup dan wariskan tahkta turun temurun....... ( mcm sultan pulak main turun pada keluarga je...)
Catat Ulasan