Isnin, 1 September 2008

PEREBUTAN JAWATAN NAIB KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TITIWANGSA

Mesyuarat Agong Tahunan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Titiwangsa yang akan diadakan pada 18 Oktober 2008 akan menyaksikan pertembungan dua penjuru diantara Puan Hajah Mar Daing Matrok dan juga Puan Hajah Fuziah Abdul Rahman. kedua-dua mereka ini adalah Ahli Jawatankuasa Wanita Bahagian dan juga Ketua Wanita UMNO Cawangan dalam Zon Kampung Baru. Puan Hajah Mar adalah Ketua wanita UMNO Cawangan Pangsapuri Pasar Minggu manakala Puan Hajah Fuziah pula adalah Ketua Wanita UMNO Cawangan Jalan Raja Muda Abdul Aziz. Kedua- dua mereka ini berkeliber sebagai seorang pemimpin. Jika salah seorang dari mereka ini menang diharapkan dapat memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjalankan apa jua aktiviti serta dapat bergandingan dengan Puan Hajah Khadijah Alang Ibrahim yang telah menang tanpa bertanding sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Titiwangsa, sepertimana gandingan mantap diantara Puan Hajah Hafsah Abdul Rahman dan Puan Hajah Khadijah dalam menerajui kepimpinan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Titiwangsa sekarang ini. Semua ini terserah kepada kebijaksanaan para perwakilan dalam menentukan siapakah yang layak.









6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jawatan tertinggi bagi wanita dan puteri dah selesai.

Pemuda jer.. yang kena bertanding.. apa la lu orang bikin malu sama orang pompuan saja

Tanpa Nama berkata...

klu x tnding , nak bg saper jawatan KP bhg ?

Tanpa Nama berkata...

Budak rejab.......

Bagi aje jawatan KP tu kepada yang layak. Tapi dari apa yang diamati, memang takda yang betul2 layak. Semua yang bertanding ada agenda lain disebaliknya. Semua dah tentu fokus untuk mendapat projek. Bukan ada semangat juang atau kepimpinan yang baik. Semuanya berjuang untuk poket sendiri. Semangat Pemuda tidak lagi seperti dulu2. Berjuang untuk membela bangsa sendiri. Sekarang ni berjuang juga tapi untuk kepentingan sendiri. Pemuda sekarang semuanya lembik.

Tanpa Nama berkata...

BETUL...BETUL...BETUL...SEMUA ADA AGENDA..NAK JAWATAN DLM PEMUDA BHG SEBAB ADA SPONSOR BESAR YG AKAN BERTANDING DI UMNO MALAYSIA.....MEREKA MEMERLUKAN PERCALONAN DARI UMNO BHG...ITU SEBAB CALON2 KP DI BHG BEREBUT NAK BERTANDING...ADA UDANG DI SEBALIK BATU.

Tanpa Nama berkata...

Calon yang terbaik ialah calon orang yang bekerja. sebab orang meniaga dia akan jual pemuda Titiwangsa,

Mana tak oooiii, banyak tu Khairi bagi kat calon ehmmm.... ehmmm aku dengar kat Pandan siapa yang bawak dia dah dapa 400K in advance.

Ada sesiapa yang tak ndak

Tanpa Nama berkata...

Anonymous...

Tidak semestinya orang berniaga akan jual pemuda Titiwangsa. Tapi kadang-kadang ahli atau wakil pemuda itu sendiri yang menjualkan diri mereka. Sebab apa? Semua kerana duit. Pemuda sekarang takda semangat patriotik lagi, tapi semuanya ada semangat duit. Itu sebab pemuda sekarang lembik, tidak
sepertimana pemuda zaman 70an yang lantang menegakkan maruah bangsa melayu. Tengoklah sendiri pemuda yang ada sekarang ini, apa mereka buat bila bangsa asing mula membuat tuntutan yang bukan2. Suruh minta maaf sebab cakap ada unsur perkauman? Najib pulak yang minta maafa. Pemuda buat apa? Semua takda telur, dok bawah celah ketiak bini. Tapi semua berebut nak jawatan, bila dah dapat jawatan, hilang kemana, pemuda bahagian dibiarkan tapi sibuk dok ke pusat. Itulah punca ramainya pemuda jadi mat rempit, dan tidak menyokong UMNO. Pemimpin muda UMNO tidak kisahkan pemuda yang berada disekeliling mereka, tapi sibuk mengekor pemimpin2 yang boleh bagi projek.

Sedarlah wahai pemuda.
Bolehkah lagi digunapakai kata-kata 'PEMUDA HARAPAN BANGSA'

Pikir-pikirlah wahai anak-anak muda.