Ahad, 19 Oktober 2008

PEMILIHAN SUDAH SELESAI



Tamat sudah satu episod pertandingan Pemilihan pucuk pimpinan Pemuda & Bahagian Titiwangsa. Sekalung Tahniah diucapkan kepada calon2 yg telah memenangi jawatan yg ditandingi.Tak lupa kepada Dato Seri Suleimen Mohamad  & Effendy Zahri yg telah kekal sebagai Ketua & Naib Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa tanpa pertandigan.
Syabas Datuk Johari (Jo Pepsi) telah mengekalkan jawatan Timbalan Ketua Bahagian Titiwangsa. Walaupun nampak seperti gelombang memihak kepada Datuk Rosman (Rosman UMobile). Tahniah juga pada mereka yg telah memenangi jawatan AJK Bahagian. Tak lupa juga kepada 7 og yg telah mendapat kepercayaan utk mewakili Titiwangsa ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia.

Ahmad Idham pula telah berjaya memenangi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Titiwangsa dgn menewaskan AzizulRahman dgn undi yg amat tipis tidak seperti Nazir oorg baru yg telah memenangi Naib Ketua Pergerakan UMNO Titiwangsa dgn majoriti yg agak besar menewskan Norisham & Norham. Exco2 baaru pemuda ingatlah bekerjalah dgn kuat sebelum anda dikerjakan.

Semuanya telah selesai saya amat berharap yg telah menang bekerjalah dgn baik dan ikhlas utk mendapatkan kembali kepercayaan seluruh penduduk Titiwangsa UMNO masih lagi relevan utk warga Titiwangsa. Semua janji2 yg telah ditabur semasa berkempen tunaikanlah jgn buat2 lupa dan kepada mereka yg kalah jgnlah bermusuh kerana kita semua adalah sebuah keluarga dan terimalah kekalahan dgn hati yg terbuka. Marilah kita kembali bersatu, bekerjasama utk teruskan agenda2 yg belum selesai.

PS: UTAMAKAN AGENDA PENDUDUK TITIWANGSA DARI AGENDA NASIONAL ATAU LAIN2.
WASALAM......

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

syabas kepada yang berjaya mengekalkan kedudukan. tahniah kepada pemimpin yang telah dipilih. semoga umno titiwangsa dapat merampas kembali titiwangsa dari PAS

Tanpa Nama berkata...

SALAM ,
Kepada Pemuda2 Titiwangsa yg saya hormati, di sini saya sebagai org luar dan juga saya telah mengikuti perkembangan politik d Titiwangsa dan saya merasa kecewa kerana pemuda Titiwangsa TAK BERANI BERUBAH (SEMBANG JE LEBIH ) kerana dari zaman Datuk Sulaiman memegang jawatan until know Ketua Bahagian sampaikan KP skrg pon anak dia juga menyandang Jawatan Kp dan saya rasa tak kena sangatlah keatas kemenangan idham tersebut sbb dia saya tgk belom lagi masanya dia jadi pemimpin pemuda sbb dia masih mentah, sikap dan keperibadian dia langsung tak mencerminkan dia seorg pemimpin dan masih ade org yg lebih layak lagi memegang jawatan tersebut. Disini sangatlah saya kesalkan sikap pemuda2 Titiwangsa yg masih dibayangi oleh Datuk Sulaiman ke, takut masa depan terjejas ke kalau tak memilih idham atau mmg pemuda titiwangsa sembang je lebih takut nak buat perubahan dan baguslah kalau itu yg Pemuda Titiwangsa hendakkan bapak pegang kat bahagian anak pegang kat pemuda tapi bagi saya satu susunan yg tak brape bagus sbb control by one family. Dimana kuah kalau tak jatuh ke nasi? Tkasih.

Tanpa Nama berkata...

nak buat macam mana dah bapak main peranan untuk kemenangan anak. anak pula pandai lobi perwakilan. inilah masalah sekarang apabila wang menjadi taruhan...... aku pun tak paham cam ner idham boleh menang. kalau nak ikutkan pada hari tu dia dah kalah............ mungkin ada yang tak kena kot.... hanya pengurusan undian yang tau benda ni........

Dato' Keramat berkata...

Kita kena terima ini keputusan majoriti. saya nampak sudah ada perwakilan2 yg inginkan perubahan. lihat sahaja keputusan KP cuma beza 14undi dan nyaris2 mukhriz terlepas pencalonan kpd man gajah.
Yg penting semuanya sudah selesai bagi perwakilan dan bermulalah episod bagi pemimpin2 muda ini memulakan tugas. INGAT RAMAI YG MEMERHATIKAN ANDA BEKERJA SELAMA 3TAHUN AKAN DATANG.

Tanpa Nama berkata...

Azizul tak calonkan KJ pun........... tak de sorangpun calonkan KJ....
terang-terangan Idham tipu korang semua....siapa yang politik wang sekarang ini...hehehe...kena tipu lagi pemuda Titiwangsa...

Tanpa Nama berkata...

G7 - Apa punya Sengal Kau Jadi Orang Politik... Kalau Azizul Calon Kj dah tentu dia kalah teruk.. pasal dia play safe untuk selamatkan diri dulu jadi dia duduk diam.. Siapa yang kena tipu..

Wave kali ni datang dari Kg. Baru, Belia 4B, dia orang bersatu menguatkan pasukan dia orang

Tahniah Idham - Kemenangan Tipis bermakna anda perlu kerja kuat dan buktikan bahawa anda Pemimpin Yg Berkualiti

Buat anonymos.. Kalau Jentera Bapak main peranan Azizul paling tinggi dapat 20 Undi je... Bukti kemenangan tipis adalah kerja kuat calon dengan usaha mereka sendiri..

Bagi orang Luar lak.. duduk diam-diam je la.. awak orang luar.. Ini Politik Bandar bukan Politik macam kau stail kubang semang, Parit Leman.. setup mesyuarat bahagian pun dah macam UMNO MALAYSIA. Kalau berani marilah tukar cawangan kat titiwangsa nie kita fight tengok... itu pun kalau kau anak jantan..

Tahniah Buat Semua Yang Berjaya dan Bagi yang gagal jangan lah pula memencil diri.. Jawatan bukanlah segala-galanya.. apa yang penting Perjuangan.

PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI

akubencipaklah berkata...

tahniah kepada semua barisan baru kepimpinan pemuda umno Titiwangsa yang telah dilantik oleh perwakilan pemuda pada 18 Oktober (Sabtu) baru-baru ini.

Kepada yang gagal mempertahankan portfolio masing-masing diharapkan dapat menerimanya dengan hati yang terbuka dan redha dengan keputusan tersebut. Walaumacammanapun anda telah melakukan serta menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh seluruh pemuda Titiwangsa sebelum ini dengan jayanya. janganlah jadikan kekalahan tersebut untuk anda berputus asa dan terus menjauhi segala perkembangan dan aktiviti untuk pemuda di masa hadapan. Jadikan ianya sebagai satu pengalaman yang berharga dalam hidup anda.

kepada yang berjaya diucapkan syabas dan tahniah diatas kejayaan anda bertanding di dalam kepimpinan baru pemuda umno titiwangsa. Kejayaan ini baru bermula dan harus diterjemahkan kepada semua pemiuda dan semua lapisan masyarakat tidak mengira fahaman politik di titiwangsa ini. Tugas anda amatlah berat dan memerlukan berkali-kali ganda bagi meyakinkan masayarakat titiwangsa kepada umno. Dan yang paling penting sekali parlimen titiwangsa harus dikembalikan kepada umno semula. Tunjukkan semangat dan disiplin yang tinggi serta terpuji untuk menjayakannya demi agama, bangsa dan tanahair yang tercinta ini. Nasihat saya, kita jangan mudah lupa dan hanyut dibuai mimpi2 yang indah apabila sudah mendapat tempat dan jawatan di dalam parti keramat ini. Jnagan dilupakan amanah ini, jika tidak para ahli dan perwakilan jugalah nanti yang akan menentukan nasib anda seterusnya.

DEMI TITIWANGSA, BERSATULAH DAN BERKHIDMATLAH DENGAN JUJUR DAN IKHLAS DEMI HARAPAN PENDUDUK DAN MASYARAKAT TITIWANGSA. YANG LEBIH TUA KITA HORMATI DAN YANG LEBIH MUDA KITA PIMPIN.

HIDUP TITIWANGSA...HIDUP TITIWANGSA...HIDUP TITIWANGSA

Sekian.

ikhlas dari,
akubencipaklah.wordpress.com
pemudapj.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

tangkap antu ko tak payah nak gebanglah kat sini. kalau tak kerana duit punya pasal aku ingat idham dah tersungkur. dia ingat dia boleh beli semua wakil pemuda undi dia. nasib baik budak kg baru tak buat kejutan besar. bukan nak menangkan azizul tapi cara idham sangat kotor.

tapi tak pa hari ni hari dia.

kita tengok nanti macam mana idham kena bantai kalau tak buat kerja...... jangan lupa majoriti pemuda bahagian adalah kari kg baru. kita nantikan kebangkitan PEMUDA KAMPUNG BARU

Anak Melayu berkata...

salam smua.... persidangan dah selesai. sepatutnya kita fikirkan apa yang perlu dibuat untuk hala tuju seterusnya.... bukannya nak kutuk semua org... saya memohon agar pemuda titiwangsa bersatu semula dan bersama-sama berjuang demi org melayu dan pilihanraya umum yang ke 13 nanti... TITIWANGSA KITA PUNYA...

Tanpa Nama berkata...

Tahun ini, Kg Baru langsung tak ada semangat mau perkuatkan UMNO titiwangsa secara keseluruhan. Depa nak bolot semua jawatan AJK Bahagian, Pemuda, Wanita dan Pu3. Apa kata Pemuda2 lain !!!!

Tanpa Nama berkata...

Persidangan Titiwangsa lepas ada usaha-usaha tidak mahu melepaskan Azharnim Nawawi (SU Bahagian)dlm G7, dengan mengeluarkan chai walaupun telah dilarang oleh UMNO Pusat. Nasib baik perwakilan Titiwangsa pandai menilai.Usaha tersebut juga bertujuan untuk memalukan Dato Seri Suleiman.

Tanpa Nama berkata...

Pirah New River Village aka KC Sg. Baru ke... kalau kau lah orang tu kau lah penipu yang tipu pemuda kg. pandan dan keramat konon "batter trade" bagi lima sini bagi lima sana... siapa yang tipu...

Malam tu yang Azizul tabur 100 dan nazir siap up lagi 150 kau tak kira lak...

Boleh kata 50% Perwakilan adalah muka baru dan yang tak pernah ikut program... siapa pandai jual temberang dia orang ikut la.. lebih lagi hulur sikit.. kata duit minyak konon... janganlah menghalalkan cara... hari tu dah bagi duit raya... lepas tu ada lagi duit raya ke...

Dah Lah... sudah lah

Pemilihan dah Selesai.. Sekarang masa untuk kerja.. masa bercakap dah habis sekarang masa untuk membuktikan siapa yang layak dan tidak

Jangan besok Pemuda Titiwangsa korang gadai...

Ingatlah bahawa undi anda ini disertai dengan tanggung jawab... kalau pemimpin yang dipilih cemerlang maka lepaslah anda dari soal di akhirat kelak.. kalau ianya membawa kepada kemusnahan anda juga akan dipersoalkan...

Dato' Keramat berkata...

Sudah masanya kita membincangkan bagaimana kita nak membantu menbangunkan warga dan anak Titiwangsa. Bekerjalah dan mulakanlah bekerja. kepada Ahmad idham dan Nazir bekerjasamalah utk memastikan barisan exco anda bekerja utk seluruh Titiwangsa...

Tanpa Nama berkata...

Syabas saya ucapkan kepada semua yang telah menang dan yang kalah ingat PERJUANGAN BELUM SELESAI..sama sama lah kita berganding bahu memastikan semua agenda dan matlamat yang dijanjikan berjalan dengan lancar walaupun kalah kita..Pemilihan kali ni dari pandangan saya sungguh2 tidak bijak kerana dari Kg.Baru 10 org wakil, Keramat 2 org wakil, Kg.Pandan 3 org wakil dan setapak tiada wakil..entah lah tak tahu nak cakap..Pemuda sekarang ni Bijak memilih atau faktor DUIT yang main peranan walau bagaimana pun benda dah berlalu..Buat KP baru anak kepada Ketua Bahagian pandai pandai lah kamu jaga diri kamu..kamu kena ingat satu hari nanti mungkin bapa kamu tiada di situ untuk membantu kamu dan kamu kena lah berlajar berjalan di kaki sendiri..syabas sekali lagi kepada anak Ketua Bahagian..teruskan PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI..

Tanpa Nama berkata...

tangkap antu pleaselah... bro.......
batter trade camner bro... kekuatan ada di kampung baru kalau tak, takkan kampung baru boleh bolot esco pemuda..... lebih baik undi kawan sendiri dari undi orang luar yang tak memberi faedah kepada kampung baru seperti sebelum ni..... pemuda kampung baru dah bangkit bro. kalau dulu boleh lah korang permainkan. .. hanya 2 esco sahaja yang duduk dalam pemuda bahagian. suara kami sorang pun tak nak dengar.... tengok apa dah jadi dengan kampung baru sekarang ni........

sekarang ada 10 esco yang duduk tidak termasuk termasuk naib pemuda.


rahsia dah terbongkar
kalau kau nak tahu macam mana datuk leman boleh menang tanpa bertanding dan macam mana anak dia boleh menang cuba kau selidik semua cawangan yang ada kat titiwangsa ni... boleh dikatakan hampir separuh cawangan adalah cawangan hantu. disini kita lihat bagaimana sebernarnya permainan datuk leman. cawangan hantu ini diwujudkan demi menjaga kepentingan peribadi beliau sendiri. cawangan-cawangan hantu inilah yang memberi kemenangan kerana payung besar adalah datuk leman. ini termasuklah penangkap antu sendiri......

bak kata ini adalah "CAWANGAN BUNIAN" ada cawangan tapi tak ada orang. yang ada hanya orang-orang tertentu sahaja....

inilah rahsia kebenaran. sesiapa yang tak percaya korang semua boleh selidik .......

Tanpa Nama berkata...

Hidup KJ !!!!

Tanpa Nama berkata...

Apa citer ni. Apsal KP,NKP dan Barisan exco baru menyepi je takkan rehat lagi kut. nak menang dah bagi menang yg gila jawatan dah dapat jawatan apa tunggu lagi bila nak bekerja. bannyak mainlah korang ni.
Mcm ni cerita nak twn balik Titiwangsa . mimpilah.

Tanpa Nama berkata...

Ni lah manusia baru menang dah sombong bodoh..alah bro pemuda2 sekarang boleh lah kau bodohkan..lu cakap kg baru dah bangkit..bangkit dari tidor sebab selama ni kg baru semua tidor..Lu susun Lu punya 10 exco dari kg baru tu kita duduk cerita gua seorang pun leh kaupim lah..gua tak sombong Bro tapi kalau 10 orang tu alah..sup sup soi..Pilihan Raya yang berlalu letak calon BN dari kg Baru si lolok tu pun tak dapat pancung..kg baru apa..haprak..ia lu rang menang tapi lu tanya lu punya calon NKP berapa banyak dia habis..duit Bro boleh beli apa-apa..Lu pun dia boleh beli..kalau 10 pemuda dari kg baru tapi semua tak tau buat kerja buat apa lebih baik bagi si Tamam kurang2 dia boleh buat kerja kerja pembersihan..yang 10 tu belum tentu lagi..tak apa kita duduk dan lihat..awal lagi..kau tungguuuu selepas ini..memang betul lah apa yang gua cakap lu orang ni betul2 baru bangun tidor..ni cerita pasal cawangan bunian ni lah ni cerita zaman jepun bro tak kan lu baru tahu..haprak betui lah kamu ni..buat malu warga kg baru saja saja..hai Lu mana mari haaa

Tanpa Nama berkata...

Kampung Sungai Baru..(New river Village)....Lu Tungguuuuuuuuu

Tanpa Nama berkata...

APAHAL LU ORG KECOH2....MESYUARAT DAH SELESAI..DAN YG MENANG DAH PUN MENANG..YG KALAH DAH PUN KALAH..YG DARI KG BHARU DOK HEBOH2 YG KG BHARU DAH BANGKIT APAHAL NI...LU ORG KENA INGAT KALAU PEMUDA2 DARI ZON KERAMAT,PANDAN DAN SETAPAK TAK UNDI KG BHARU PUNYA CALON...KORANG TAK LEH MENANG BEB..TAK SANGKA LU ORG DARI KG BHARU ADA SIFAT ORG KG BAHRU..TAKDA SEMANGAT UMNO TTWANGSA...TAKPALAH KORANG PUN DAH MENANGKAN..LU ORG TAK BUAT KEJE NANTI....MEMANG LU ORG KENA TARUK KAUW KAUW PUNYA..ADA PULAK DARI KERAMAT DGN KG PANDAN JADI KEMPEN MANAGER UTK CALON YG SATU BENDA TAK TAHU...MENANG PULAK TU..CALON NI BYK DUIT BRO..RAMAI LAH YG NAK IMPIT..PASAL DUIT KG TERGADAI PUN TAKPA...INI LAH GENERASI PEMUDA TITIWANGSA..KPD KP BARU TOLONG DENGAR SKIT PANDANGAN RAKAN SEPERJUANGAN..JGN NAK BUAT HAL SENDIRI...ADA YG KATA BAPA KP BYK MEMBANTU GUNA KAN PENGARUH DIA...KALAU PEMUDA ADA PENDIRIAN..TOK LEMAN PUN TAK BLEH BUAT APER...SEKARANG PERBETULKAN MINDA PEMUDA..JGN FIKIR MASYUK JE TTWANGSA TERGADAI..ADA SATU PERKARA LAGI IAITU KPD BRO NORHAM CALON NKP ..DIA SIBUK DGN KHIR TOYO..TAPI ORG LAIN YG TAKDA MENGENA DGN TTWANGSA YG MEWAH...APA KE HAI NI YOB..KENA POTONG LINE KE...TOLONG LAH BERITAHU BRO POTONG LINE TU JGN LAH SIBUK DGN TTWANGSA ..DAH CARI MAKAN DGN UMNO MALAYSIA TAKYA LAH GANGGU TTWANGSA...BAGI BRO NORHAM JGN LAH SOROK PERWAKILAN ANDA BEGITU TERUK SEKALI SAMPAI HARI PERSIDANGAN PEMUDA BAHAGIAN TTWANGSA PUN PERWAKILAN BRO TAKDA..TERLUPA KE BRO NORHAM SOROK PERWAKILAN TU KAT MANA...AGAK2 LAH BRO...BRO BERTANDING NKP..KALAU PEMUDA CAWANGAN BRO PUN TAKDA..MCM MANA PULAK BRO BERHAJAT NAK BERTANDING JAWATAN TINGGI...OKEY LA KPD PEMUDA2 TTWANGSA BERSATU LAH DEMI MELAYU TTWANGSA..JGN FIKIR U ALL DARI ZON MANA...BUAT KERJA TAU ...JGN INGAT LU ORG YG MENANG BERTANDING NAK GAYA MCM MEMTERI2..PIRAHHHHHH MABUK.

Tanpa Nama berkata...

Suatu Kisah Di Musim Pemilihan Yang Perlu Dijadikan Renungan Semua Pihak......

Pagi semalam (sabtu) saya menerima mesej daripada seorang sahabat yang dahulunya pensyarah UIAM dalam bidang ekonomi Islam. Beliau meninggalkan jawatannya kerana masuk bertanding dalam pilihanraya yang lepas dan tewas. Saya kenal kesungguhan cita-cita Islam dan kebaikan dirinya. Dia bukan sahaja memiliki Ph.D dalam bidang ekonomi Islam, bahkan mempunyai pengetahuan dan disiplin Islam yang baik dalam perkara-perkara yang lain.

Namun mungkin masa tidak menyebelahinya, walaupun hasratnya baik untuk membaiki kepincangan politik. Sehari dua ini, parti yang dimasukinya sibuk membuat mencalonan jawatan itu dan ini, dan dia juga mencuba nasib untuk jawatan ketua pemuda di suatu bahagian tertentu. Dalam mesejnya itu, setelah menyatakan parti yang dimasukinya tidak sesuai lagi untuk orang sepertinya, dia menyebut: “Saya kalah kepada lawan yang tidak lulus SPM, kerja penyeludup beras dan bekas penagih ubat batuk hanya kerana wang. Dia diongkosi oleh Ketua Bahagian yang melihat saya sebagai ancaman. Jawatan parti hari ini adalah jawatan yang disandang berasaskan siapa yang dapat membida harga tertinggi bukan siapa yang berkualiti dan mahu berbakti”.

Mesejnya jelas menunjukkan dia amat kecewa dengan partinya. Itulah natijahnya apabila politik yang bertujuan untuk membaiki dan mengendalikan urusan umat agar selaras dengan kehendak wahyu dijadikan medan pertaruhan demi membolot harga dan kuasa, maka manusia atau organisasi itu akan menjadi binasa.

Tanpa Nama berkata...

nampaknya Exco Baru Pemuda Titiwangsa belum lagi bermesyuarat.Exco dan pegawaii lantikan puun masiih belum dilantik. KP baru nampaknya masih belum dapat menjalankan apa2 aktiviti hebat betul kali ni sampai bahagian mesyuarat dulu dar pemuda...

Tanpa Nama berkata...

apa lah lu mat... confirm tak reri undang-undang... blaja lah politik dulu... bagi Bahagian Mesyuarat sebab nak selarikan biro dengan bahagian barulah pergerakan lebih effektik... kerja dalam kumpulan bukan buat sendiri--sendiri...

Tanpa Nama berkata...

bodoh x boleh di ajar, pandai x boleh di ikut....... lu pikir la sendri........

Tanpa Nama berkata...

bila la aku nak ghi DUGAM...hehehe..dah tahap kritikal ni...dah lama aku tak masuk sini.

Tanpa Nama berkata...

hai mato mato peningn ke...