Kita di Titiwangsa khususnya para sahabat di Kampung Datok Keramat angkat tabik kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Sri Zulhasnan Rafique kerana selepas sahaja turun padang ke Pasar Baru Keramat bersama Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Dato' Noh Omar dan bertemu dengan para penjaja secara spontan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM10 juta bagi menyelesaikan segala tuntutanPersatuan Penjaja dan Perniaga Kecil Melayu Cawangan Datok Keramat, Wilayah Persekutuan.Walaupun kita menerima permodenan tetapi ciri-ciri tradisional sebagai sebuah pasar Melayu yang menjadi lambang perkembangan ekonomi peniaga kecil Melayu sejak zaman berzaman mesti juga diambil kira, apatah lagi ia terletak di tengah-tengah perkampungan Melayu tradisional yang menjadi lagenda di tengah-tengah Kota Kuala Lumpur.
Walau apapun, kita kaum kerabat di Titiwangsa sekali lagi angkat tabik kepada Dato' Sri Zulhasnan atas kepekaannya terhadap nasib dan masa depan para penjaja Datok Keramat. kita amat berharap dengan lulusnya peruntukan tersebut segala masalah akan selesai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan