Isnin, 11 Mei 2009

KONGSEP "ONE MALAYSIAN" MASIH LAGI JADI TANDA TANYA?

Sehingga ke hari ini kongsep Satu Malaysia dan globalisasi sektor perkahdimatan yang menjadi gagasan besar Dato Seri Najib, masih lagi menjadi tanda tanya kepada ramai rakyat Malaysia khususnya orang Melayu. Apakah kongsep "Satu Malaysia" itu akan menghakiskan hak orang-orang Melayu Pasal 152, 153 dan 154 dalam Perlembagaan Persekutuan? Apakah kongsep "One Malaysian" sama dengan kongsep "Malaysian Malaysian" yang dicanangkan oleh Anwar Ibrahim?

Apakah orang bukan Melayu dibolehkan membuat pinjaman dengan MARA? Pelajar-pelajar bukan Melayu dibolehkan memasuki UITM? Boleh menyerta tanah rancangan FELDA? Membuat pinjaman Tekun dan lain-lain yang selama ini memang diperuntukan khusus untuk orang Melayu. Begitu juga dengan globalisasi, apakah kota 30 Peratus bumiputera dalam Dasar Ekonomi Baru akan terhapus? Sesungguhnya pelbagai pertanyaan dan persoalan terpahat dalam kepala orang Melayu.

Kalaulah masyarakat kampus, golongan intelektual, budayawan dan profesional pening kepala dan naik mamai, apatah lagi rakyat desa, nelayan, petani, peladang dan penterenak. Ahli UMNO pun, malah wakil rakyat dan ahli kabinet kalau ditanya dan diminta huraian tentang kongsep "One Malaysian" pun tergagap-gagap, main pakai rembat tak tentu arah macam layang-layang putus tali.

Oleh kerana semua kepala naik mamai, maka timbullah pelbagai andaian negetif dan prasangka buruk kepada kerajaan khususnya UMNO, kononnya kerana terlalu ngairah untuk mendapatkan undi orang bukan Melayu kita dah gadai semuanya. Mereka bimbang akibat kerana mahukan undi bukan Melayu, UMNO makin dibenci oleh orang Melayu sendiri. Lalu jadilah seperti kata pepatah Melayu, yang dikejar tak dapat yang dikandung pula berciciran.

Kepada orang lain Tok Selampit tak tahu, tetapi kepada Tok Selampit, jika usaha untuk memberi pemahaman dan huraian yang terperinci tentang inti pati kongsep ini kepada rakyat tidak diusahakan dengan segera, kita cukup bimbang, yang mamai akan jadi kelabu, yang kelabu akan jadi hitam akhirnya kita lingkup. Ketua Penerangan UMNO yang baru, Ahmad Maslan mesti bertindak segera mengadakan road show keseluruh negara untuk memperjelaskan kepada ahli-ahli parti, apakah benda kongsep "One Malaysian" dan globalisasi yang membolehkan syarikat asing melabur di Malaysia tanpa kota 30 peratus bumiputera.

Kita jangan syok seronok tidur di rumah peneroka FELDA, pakai kain pelaikat dan bagi kuliah subuh di surau-surau dan esuknya terpampang gambar di surat kabar, ahli UMNO juga amat penting diberi perhatian. Adalah menjadi tanggungjawab kepada setiap Ketua Penerangan parti untuk memperjelaskan segala dasar kerajaan kepada ahli parti apatah lagi gagasan Dato Seri Najib sehingga sekarang ini telah memeningkan kepala rakyat. Kena turun padang dan bagi penjelasan. Semua kementerian juga mesti memperjelaskan kepada para pegawai dan kaki tangan masing-masing, biar terang dan jelas, jangan kita pakai angguk di depan Najib saja sedangkan kita sendiri juga pening lalat. Nak jadi pemimpin macam mana kalau kita tak tahu? Najib tidak akan berjaya menjadi seorang Presiden Parti dan Ketua Negara yang baik jika di kelilingi oleh anggota kabinet yang jadi unta bawa kitab.


Tok Selampit --- cukup benci kepada manusia yang berlagak serba tahu tetapi sebenarnya tak tahu.

1 ulasan:

Hj Shaari berkata...

MONDAY, MAY 11, 2009
WARKAH TERBUKA UNTUK NIZAR BINTANG TIGA

Ke hadapan YAB Dato Seri Nizar, didoakan semoga berada dalam perlindungan Allah hendaknya. Saya mengucapkan tahniah kepada Dato Seri kerana berjaya menjadi Menteri Besar semula dengan keputusan Mahkamah Tinggi.

Sesungguhnya YAB Dato Seri telah mencipta sejarah yang besar serta menjadi orang pertama yang dahulu (the first to achieve several first) dalam sejarah di negara ini.

YAB Dato Seri adalah satu-satunya Menteri Besar di dalam dunia yang mempunyai hanya enam kerusi dari 59. UMNO ada 27, MCA ada satu, DAP ada 17, PKR 5, Bebas 3 dan PAS ada enam. Tetapi kehebatan Dato Seri menjadikan Dato Seri Menteri Besar Perak walaupun mempunyai kerusi yang sedikit.

Kedua Dato Serilah yang pertama memberikan tanah hak milik 999 tahun kepada kampung-kampung baru. Jika lihat sejarah, kampung-kampung baru ini adalah bekas-bekas komunis yang dipindahkan di bawah Rancangan Briggs zaman darurat. Tahniah Dato Seri mengiktiraf pengganas komunis. Malangnya tidak pula memberi pengiktirafan kepada bekas-bekas tentera yang 99 peratus orang Melayu yang telah berkorban jiwa dan nyawa untuk tanahair. Tahniah Dato Seri.

Penghargaan juga kepada YAB Dato Seri kerana menjadi ahli politik PAS pertama merealisasikan konsep Malaysian Malaysia anjuran PAP yang disambung perjuangannya oleh DAP. YAB Dato Seri juga tahu bahawa Lim Kit Siang, maestro DAP itu adalah bekas setiausaha politik Lee Kuan Yew dan merupakan penyambung perjuangannya di Tanah Melayu selepas Singapura disingkirkan dari Malaysia.

YAB Dato Seri saya juga mengucapkan tahniah kepada YAB Dato Seri kerana berani mengenepikan Raja dan lebih patuh serta taat kepada Ngeh dan Nga lebih daripada DYTM Sultan Perak. Dato Seri lah wira.

Dato Seri tahniah juga kerana walaupun berdarah separuh Cina, Dato Seri lebih Cina dari Cina-cina lain sebab sanggup menggunakan agama Islam untuk menjual orang-orang Melayu Perak.

Ini bukan sembah derhaka cuma doa saya agat kubur YAB Dato Seri tidak akan dikencing anak cucu kita nanti bila agama, negara dan bangsa sudah tergadai demi semata-mata untuk YAB Dato Seri mencapai cita-cita Dato Seri menjadi Menteri Besar.

Akhir kata saya doakan agar YAB Dato Seri dilindungi Allah swt dan dibukakan hati untuk melihat kebenaran. Amin

Salam Hormat

Rahimi Ariffin
Kg Seri Kinta
Ipoh Perak
MOHON RAKAN BLOGGERS SEBARKAN SURAT INI
POSTED BY RUANG BICARA FAISAL AT 10:06 PM