Terima kasih banyak terhadap perhatian dan kerjasama para sahabat untuk menyegarkan Titiwangsa Kini. Tok Selampit bukannya tak mau jawab segala pandangan dan buah fikiran para sahabat, tetapi Tok Selampit fikir siapalah saya sebab Titiwangsa Kini hak kita bersama, gelanggang mengasah fikiran untuk anak-anak Titiwangsa, memberi pandangan dan menajamkan sensitiviti kita terhadap pelbagai isu semasa yang menyentuh tentang kehiduapan dan masa depan kita dan cucu-cicit kita akan datang.
Alhamdulillah dan Tok Selampit rasa cukup bangga punya para sahabat yang tajam pemerhatian dan sama-sama menceriakan Titiwangsa Kini dalam menyuarakan hak kita orang Melayu yang kini amat tersepit dan tercabar. Tentang krisis politik di Perak, kita melihat ianya sudah terlalu lama. Apabila terlalu lama, ia cukup merugikan kita khususnya orang Melayu. Niat pembangkang sudah jelas, yang tersirat dan tersurat, mereka berusaha untuk menghapuskan sisitem beraja di negara ini.
Empat puluh tahun dulu, ketika di Yayasan Anda di Dewan Masyarakat, Kampung Baru milik Anwar Ibrahim, Tok Selampit ketika itu mengambil HSC. Kerana kebanyakan tenaga pengajar terdiri daripada kawan-kawan, kita sembang-sembang di anjung pejabat pengurusan Yayasan Anda, biasanya Anwar ikut bersama. Ketika itu Anwar belum lagi terlibat dalam politik tetapi cukup aktif dengan ABIM dan NGO pelajar.
Anwar pernah menyuarakan isi hatinya, alangkah elok jika sistem beraja di negara ini dihapuskan kerana terlalu banyak kecelaruannya dan negara terpaksa mengeluarkan peruntukan kewangan yang banyak setiap tahun untuk menampung institusi kesultanan di negara ini. Sedangkan kalau mahu di kira dengan peruntukan ratusan juta alangkah baik disalurkan untuk membina kehidupan rakyat.
Masa itu Tok Selampit tidak pernah terfikir, Anwar akan muncul sebagai seorang tokoh politik tanah air. Menyampah dan benci kepada UMNO tiba-tibaa jadi pemimpin besar dalam parti yang dibencinya dan menjadi orang nombor dua dalam kerajaan yang dikatakannya membazir dan membuang duit terhadap institusi istana. Inilah lumrah kehidupan!
Melihat kepada tindak-tanduk pembangkang di mana Anwar menjadi dalangnya, bayangan kebencianya terhadap institusi kesultanan Melayu sejak 40 tahun lalu agak terserelah, cuma kerana politik liciknya, tangan yang membaling batu pandai disebunyikannya. Akibatnya, Melayu yang tidak tahu hujung pangkal ikut terjebak dan menjadi peluru sesat Anwar yang sudah sekian lama merindui untuk membina satu tamadun baru Melayu tanpa raja di negara ini.
Para sahabat harus faham, walau apa yang dilakukan oleh BN di Perak termasuk undi tidak percaya kepada Mohamad Nizar sebagai MB dalam sidang DUN, mereka tidak akan berdiam diri. Helah dan fitnah, caci maki dan sebagainya terus dilakukan terhadap BN. Kalau setyiap keputusan baik kepadanya, pujilah melambung tetapi kalau tidak menyebelahinya, walaupun betul mengikut perundangan, mereka tidak akan menutup mulut, sebab yang tersirat dalam perjuangan politik mereka, bukan sahaja mahu menguasai negara tetapi juga mahu menghapuskan sistem beraja di negara ini. Sebab itu kepada Tok Selampit, bubar DUN Perak dan UMNO mesti menjadi anak jantan! Fikirlah, apakah kita mahu sistem beraja sejak 600 tahun terpahat menjadi roh pembinaan temadun Melayu dimusnahkan?
Tok Selampit --- walaupun dah tua tetapi kerana bangsa, agama dan tanah air, masih lagi mampu genggam hulung parang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan