Ahad, 19 Oktober 2008

PEMILIHAN SUDAH SELESAI



Tamat sudah satu episod pertandingan Pemilihan pucuk pimpinan Pemuda & Bahagian Titiwangsa. Sekalung Tahniah diucapkan kepada calon2 yg telah memenangi jawatan yg ditandingi.Tak lupa kepada Dato Seri Suleimen Mohamad  & Effendy Zahri yg telah kekal sebagai Ketua & Naib Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa tanpa pertandigan.
Syabas Datuk Johari (Jo Pepsi) telah mengekalkan jawatan Timbalan Ketua Bahagian Titiwangsa. Walaupun nampak seperti gelombang memihak kepada Datuk Rosman (Rosman UMobile). Tahniah juga pada mereka yg telah memenangi jawatan AJK Bahagian. Tak lupa juga kepada 7 og yg telah mendapat kepercayaan utk mewakili Titiwangsa ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia.

Ahmad Idham pula telah berjaya memenangi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Titiwangsa dgn menewaskan AzizulRahman dgn undi yg amat tipis tidak seperti Nazir oorg baru yg telah memenangi Naib Ketua Pergerakan UMNO Titiwangsa dgn majoriti yg agak besar menewskan Norisham & Norham. Exco2 baaru pemuda ingatlah bekerjalah dgn kuat sebelum anda dikerjakan.

Semuanya telah selesai saya amat berharap yg telah menang bekerjalah dgn baik dan ikhlas utk mendapatkan kembali kepercayaan seluruh penduduk Titiwangsa UMNO masih lagi relevan utk warga Titiwangsa. Semua janji2 yg telah ditabur semasa berkempen tunaikanlah jgn buat2 lupa dan kepada mereka yg kalah jgnlah bermusuh kerana kita semua adalah sebuah keluarga dan terimalah kekalahan dgn hati yg terbuka. Marilah kita kembali bersatu, bekerjasama utk teruskan agenda2 yg belum selesai.

PS: UTAMAKAN AGENDA PENDUDUK TITIWANGSA DARI AGENDA NASIONAL ATAU LAIN2.
WASALAM......

Jumaat, 10 Oktober 2008

REBUT KUASA, DICALONKAN, MENAWARKAN DIRI

BILA TIBA MUSIM PEMILIHAN TIBA, SEMUA ORANG SIBUK. DARI YANG TIDAK PERNAH MENGAMBIL TAHU HAL PARTI KINI MASING-MASING SIBUK DENGAN KEMPEN TIDAK KIRA BILA, MASA DAN DIMANA PERINGKAT PUN SAMA ADA CAWANGAN, BAHAGIAN, NEGERI DAN PERINGKAT TERTINGGI UMNO MALAYSIA.

GILA KUASA ADAKAH KEJADIAN INI BERLAKU??
HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM.

ADAKAH KITA BENAR-BENAR LAYAK MENAWARKAN DIRI SERTA MEMPUNYAI PELBAGAI ASPEK YANG MEMBOLEHKAN KITA MENJADI PEMIMPIN. ATAU KITA DICALONKAN OLEH ORANG LAIN YANG MELIHAT PERIBADI KITA YANG MEMPUNYAI SIKAP SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN SEJATI ATAU KITA HANYA MENABUR WANG UNTUK MELAYAKKAN KITA DIPILIH UNTUK MENJADI PEMIMPIN. JANGAN HANYA SEKADAR INGINKAN NAMA DAN JAWATAN YANG TINGGI TETAPI KITA TIDAK MELAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK PARTI.

KENAPA PERKARA INI BERLAKU??

ADAKAH HANYA DENGAN MENJADI PEMIMPIN KITA BOLEH MENJADI KAYA DENGAN MEMBOLOT SEGALA PROJEK YANG ADA. UBAHLAH SIKAP YANG KOLOT INI............ . PEMIMPIN UMNO ADALAH JIHAD UNTUK ORANG MELAYU DAN ISLAM AMNYA.

PEMIMPIN YANG SEJATI ADALAH PEMIMPIN YANG DIPILIH OLEH AHLI (TIADA POLITIK WANG). MEMPUNYAI DAYA KEPIMPINAN SEJATI.
APA AKAN BERLAKU JIKA PEMIMPIN ITU HANYA PANDAI MAIN DUIT DAN MANIS BERKATA-KATA.
ADAKAH PEMIMPIN YANG BAKAL DILANTIK AKAN MELAKUKAN YANG LEBIH.... LEBIH...... DAN LEBIH BAIK DARI PEMIMPIN SEBELUMNYA.

RENUNGKAN BERSAMA............................

PEMUDA HARAPAN NEGARA

*KEPADA SEMUA PERWAKILAN UNDI ANDA MENETUKAN MASA DEPAN UMNO

RUMAH TERBUKA BN TITIWANGSA



BAGI PIHAK URUSETIA RUMAH TERBUKA BN SAYA MENJEMPUT SEMUA BLOGERS DAN AHLI-AHLI UMNO UNTUK MENGHADIRI RUMAH TERBUKA BN TITIWANGSA

MASA : 12.30 TENGAHARI HINGGA 4.00 PETANG

TARIKH : 12 OKTOBER 2008

TEMPAT : KOMPLEKS KOMUNITI WANITA KUALA LUMPUR
JALAN 4/76C, DESA PANDAN
55100 KUALA LUMPUR


SEMUA DIJEMPUT HADIR MERAIKAN DAN MAKAN-MAKAN BERSAMA-SAMA

Sabtu, 4 Oktober 2008

KEHANGATAN DI TITIWANGSA BERMULA




Setelah kita semua menyambut aidilfitri kini bermulalah satu episod panas di Ttiwangsa yg menyaksikan beberapa pertandingan jawatan dalam umno Bahagian Titwangsa.
setelah Dato Seri Suleiman menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Bahagian pasti tumpuan nampaknya pada jawatan Timbalan yg ditandingi satu lwn satu diantara penyandangnya Dato Johari Ghani dan Datuk Rosman. Kedua2 calon ini mempunyai kebolehan dan kekuatan masing2.mana tidaknya kedua2 calon ini adalah usahawan berjaya dan memegang jawatan tinggi dalam syarikat gergasi negara. Pasti kempen2 akan lebih panas dan lebih aktif dijalankan oleh kempen manager masing. Banyaklah yg akan gugur nanti.........

Bagi jawatan Naib Ketua Bahagian pula Tahniah kepada saudara Effendy Zahari yg telah menang tanpa bertanding setelah Dato Aziz iaitu calon BN yg kalah pada pilihanraya lalu tidak mendapat cukup pencalonan utk bertanding.

Tidak lupa jawatan Ketua Pemuda yg telah panas dan menjadi semakin panas diantara Ahmad Idham dan Azizul. nampaknya byk komen2 panas tentang pertandingan ini di blog ini dan juga wilayahkini. Seperti sedia maklum Ahmad Idham adalah anak kepada Dato Seri Suleiman iaitu Ketua Bahagian dan diharap dapat meneruskan perjuangan yg telah dilakukan beliau utk memajukan Parlimen Titiwangsa dan Azizul pula adalah seorg ahli perniagaan yg berharap agar dapat membantu pemuda titiwangsa dalam bidang perniagaan dimasa depan.gemuk2lh perwakilan lepas ni sebab tiap2 malam ada jemputan makan lepas ni.  

Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda pula nampaknya ada pertandingan 3 penjuru atau 3N. diantara pengikut setia Ahmad Idham iaitu saudara Norsham, saudara Norham dan Saudara Nazir. Walaupun Nazir pada mulanya nampak terpinggir kerana beliau membawa Dato  Aziz semasa PRU yg lepas . Tapi budak muda ini bukan calang2 orgnya dan mempunyai wawasan yg tinggi. Nampaknya saudara Norham dan Norsham haruslah bekerja lebih keras dan tidak memandang ringan cabaran dari saudara Nazir.Terutama Norham yg pada mulanya dianggap pilihan tapi kini seperti semakin dicabar hebat.

Saya berharap agar calon2 ini bertanding dgn semangat setiakawan keran selepas habis pemilihan byk kerja lagi yg perlu dilakukan bersama2. Jgnlah terlalu mengikut perasaan dan menyerang eribadi pihak lwn. Tunjukkanlah kebolehan masing2 utk membawa UMNO Titiwangsa kembali gemilang.