Isnin, 24 Ogos 2009

MAJLIS PENUTUPAN KEMPEN SEMARAK MERDEKA



Laporan disediakan oleh : Sdr Sri Nor Shamsul Rizal

15hb Ogos 2009 jam 5.00 petang bertempat di perkarangan Taman Tasik Titiwangsa (tapak Eye on M’sia) telah kembalinya 52 Buah motosikal berkuasa tinggi beserta krew daripada konvoi jelajah Malaysia ‘kempen semarak merdeka 2009’ selama 8 hari.

Sebelum tiba, konvoi telah melakukan satu pusingan lengkap mengelilingi taman tasik titiwangsa, berderum, menggegarkan pengunjung, memaklumkan bahawa misi jelajah ini telah sampai kepada kemuncaknya.

Tetamu kehormat, YB Hj Ahmad Maslan Ketua Penerangan UMNO M’sia merangkap Timbalan Menteri di JPM, YBhg. Dato’ Hj Johari Abd Ghani Timb. Ketua UMNO Bhgn TTW, Sdr Affendi Azhari Naib Ketua UMNO Bhgn TTW, YBhg. Dato’ Hj Idris Ashaari AJK UMNO Bhgn TTW. Mengiringi tetamu kehormat Sdr. Norham Sazali Presiden Gagasan Ekonomi M’sia dan Penganjur bersama, Sdr Nazir Hussin Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda – Pergerakan Pemuda UMNO M’sia.

Pengisian majlis penutup dimulakan dengan bacaan doa keSyukuran, pembentangan visual gambar detik detik pengembaraan, NYANYIAN lagu Negaraku, UMNO, Keranamu & Jalur Gemilang yang disampaikan PENUH dengan semangat Patriotik dan ucapan penghargaan daripada tetamu kehormat.

HUJAN LEBAT turun secara tiba-tiba dan hampir menerbangkan kanopi utama. Pasukan tugas khas yang diketuai oleh Sdr Aypol beserta Pemuda UMNO TTW dikerah memegang setiap penjuru kanopi dalam keadaan basah lencun hanya untuk memastikan ucapan tetamu kehormat dapat diteruskan.

YB Hj Ahmad Maslan merangkumkan bahawa situasi sebegini merupakan satu petanda Rahmat bilamana sepanjang konvoi jelajah, beliau difahamkan bahawa tiada perkara yang tidak diingini berlaku kerana ianya mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan disetiap negeri yang dijelajahi dan beliau mengutarakan bahawa siri seperti ini wajar diteruskan dimasa-masa hadapan – hingga ke Sabah!

YB Hj Ahmad Maslan seterusnya menyampaikan ucapan penutup dan menyerahkan Sijil Penyertaan / Penghargaan kepada para peserta.

Takala hujan mulai berhenti, tetamu kehormat masih lagi setia dan sudi meluangkan masa bersama para peserta menjamu hidangan yang telah disediakan. Khabarnya beliau merisik motosikal berkuasa tinggi yang bersesuaian! Untuk sesi tahun depan!

Sekian – terima kasih & jumpa lagi ‘Kempen Semarak Merdeka 2010’

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam... laporan pemuda ini macam budak sekolah rendah punya kefahaman saja... macam ni ke standard pemuda umno titiwangsa barisan? langsung takde kelas.. pergi2 la kelas menulis dulu.. gambar yang di paparkan ini semuanya JANGAN SYOK SENDIRI, kerja tak buat.. bila majlis macam ini sibuk la semua nak ke hadapan (INI SEMUA PEMIMPIN PERASMIAN SAJA) umno hari bukan boleh jalan2 pastu nak menang pru akan datang.. jgn lupa peristiwa pru 12 dan berulang lagi..

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya naib ketua pemuda titiwangsa lebih banyak buat kerja dari ketua pemuda titiwangsa saudara yasir. aper cer......

nazir suadah tidak perlukan tiket sebagai naib pemuda titiwangsa untuk bergerak. sebagai memegang jawatan exco dalam pemuda melaysia dia boleh mengenepikan terus ketua pemuda bahagian titiwangsa dalam segala urusan kerja beliau

kasian kat yasir tu ye.... tak ada kerja nak buat kahkahkahkahkah

Tanpa Nama berkata...

yup, saya sokong komen kedua ini. Akhirnya pemuda TTwangsa sudah ada pemimpin muda yang berani, lantang serta mampu membawa pemuda TTwangsa ke arah yang lebih baik untuk masa2 akan datang. Usah kita menunding jari dan memperlekehkan seseorang yang telah diterima dan dilantik oleh kita semua untuk memperjuangkan serta membela nasib kita semua. Berilah mereka peluang membuktikan kelebihan serta semangat masing2 untuk membuktikan kepada kita apa yang boleh mereka lakukan untuk kita. Kita sendiri yang dapat menilaikan baik dan buruknyer mereka ini. Apa pun yang mereka lakukan eloklah diberi sokongan dan perangsang agar mereka ini sentiasa membawa perubahan dan sentiasa mengutamakan rakyat. UMNO nampaknya sudah hampir pulih dari tsunami pilihanraya ke-12 dahulu. Sama-samalah kita ke depan bersama-sama mereka memperjuangkan dan mendekatkan UMNO kepada rakyat semula. semoga usaha murni kita ini akan diberkati. AMinnnn