Para sahabat banyak juga bertanya, apa jadi dengan Wakil Rakyat Titiwangsa, YB. Dr. Lo'Lo. Sudahlah di parlimen tak pernah buka mulut, membawa masalah yang di hadapi oleh rakyat Titiwangsa, program untuk masyarakatpun tak pernah buat. Yang ada hanya tumpang tui program yang dibuat oleh orang UMNO. Kata sahabat, kadang-kadang nak tergelak juga, setiap program yang mereka buat, ada saja muka YB. Dr. Lo'Lo, padahal mereka tidak pernah jemput.
Bercakap pasal PAS, para sahabat di Titiwangsa tertanya-tanya, kemanakah hala tuju perjuangan PAS sekarang? Sejak berpakat dengan PKR dan DAP, semuanya dah jadi haru-biru, Hukum Hudud entah kemana, Islam yang kononnya menjadi inti pati perjuangan PAS, iman dan takwa dah bercelaru. Kalau benar-benar PAS meletakkan Islam dan bangsa Melayu sebagai roh perjuangan mereka, kenapa mengunci mulut apabila para sahabatnya dalam Pakatan Rakyat
mencemuh Islam dan orang Melayu? Mempersoalkan Hak Ketuanan Melayu, hukum hakam nikah kahwin dalam Islam, Selangor yang bebas jual arak, kenapa Dr. Hassan Ali, Ketua PAS Selangor yang selama ini berdegar-degar bercakap pasal hukum hakam Islam membisu seribu bahasa? Badan-badan bukan kerajaan yang pro Parti Pakatan Rakyat yang persoalkan kewibawaan Majlis Fatwa Kebangsaan, persoalkan hak Hak Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan macam-macam lagi. Kenapa pucuk kepimpinan Parti Islam itu hanya buat lembu kenyang?
Apakah benar desas-desus angin malam yang bertiup dari Negeri Cik Siti Wan Kembang, PAS sekarang ini sudah ada dua puak. Satu puak ulama dan yang satu lagi puak leberal yang terdiri daripada golongan profesional. Kedua-dua puak ini tidak sebulu, bercanggah pendapat tentang hala tuju kepimpinan parti. Puak ulamak tetap dengan Islam sebagai tunjang perjuangan mereka semantara puak profesional ini lain pula, mereka lebih leberal dan mahu PAS diminati oleh semua kaum dan agama. Kata mereka, kalau PAS masih juga dengan cara lama, parti ini tak ada masa depan.
Entah betul atau tidak, Wallahualam! Walau apapun terpulanglah kepada kepimpinan Dewan Ulamak PAS
Walau apapun, biarlah YB Dr. Lo'Lo datang, kena sambut juga, bukankah dia YB? Orang UMNO, kata para sahabat, tidak pernah pilih bulu dan boikot sapa-sapa macam MB Perak, juga dari PAS yang halau wartawan Utusan Malaysia.
Bercakap pasal PAS, para sahabat di Titiwangsa tertanya-tanya, kemanakah hala tuju perjuangan PAS sekarang? Sejak berpakat dengan PKR dan DAP, semuanya dah jadi haru-biru, Hukum Hudud entah kemana, Islam yang kononnya menjadi inti pati perjuangan PAS, iman dan takwa dah bercelaru. Kalau benar-benar PAS meletakkan Islam dan bangsa Melayu sebagai roh perjuangan mereka, kenapa mengunci mulut apabila para sahabatnya dalam Pakatan Rakyat
mencemuh Islam dan orang Melayu? Mempersoalkan Hak Ketuanan Melayu, hukum hakam nikah kahwin dalam Islam, Selangor yang bebas jual arak, kenapa Dr. Hassan Ali, Ketua PAS Selangor yang selama ini berdegar-degar bercakap pasal hukum hakam Islam membisu seribu bahasa? Badan-badan bukan kerajaan yang pro Parti Pakatan Rakyat yang persoalkan kewibawaan Majlis Fatwa Kebangsaan, persoalkan hak Hak Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan macam-macam lagi. Kenapa pucuk kepimpinan Parti Islam itu hanya buat lembu kenyang?
Apakah benar desas-desus angin malam yang bertiup dari Negeri Cik Siti Wan Kembang, PAS sekarang ini sudah ada dua puak. Satu puak ulama dan yang satu lagi puak leberal yang terdiri daripada golongan profesional. Kedua-dua puak ini tidak sebulu, bercanggah pendapat tentang hala tuju kepimpinan parti. Puak ulamak tetap dengan Islam sebagai tunjang perjuangan mereka semantara puak profesional ini lain pula, mereka lebih leberal dan mahu PAS diminati oleh semua kaum dan agama. Kata mereka, kalau PAS masih juga dengan cara lama, parti ini tak ada masa depan.
Entah betul atau tidak, Wallahualam! Walau apapun terpulanglah kepada kepimpinan Dewan Ulamak PAS
5 ulasan:
Salam kepada semua...
Nak harapkan majlis dan usaha yang dilakukan oleh Dr lo'lo? Nak harapkan beliau bangukan Parlimen Titiwangsa?
sudahlah semua... x payahlah kita harapkan beliau...
Beliau bukannya ada modal nak buat semua majlis yang kita harapkan pun...
X ingat ke yang sekarang ni kerajaan selangor dalam masalah?
Kerajaan Selangor tak de masa nak fikir pasal Parlimen Titiwangsa sebab tu lah Dr Lo'Lo tak dapt modal dan tak de duit...
Mereka ini cuma ada air liur sahaja sebagai modal dan tak de duit pun tetapi rakyat ini tak sedar lagi tentang perkara ini... bukan semua rakyat macam ini tetapi sesetengah sahaja...
Bukan ke beliau yang penduduk parlimen Titiwangsa nak? Bukan ke penduduk undi dia?
Beliau yang anda, jadi terima sahaja lah... Dah terlambat untuk menyesal dan tak boleh nak tukar apa2 pun..
Tetapi jangan risau kerana saya yakin UMNO tidak pernah berhenti untuk membantu rakyat, agama dan bangsa kita walaupun UMNO tidak menjadi pentadbir di Parlimen TITIWANGSA...
Tentang hal hala tuju PAS,
Sebenar nya PAS telah tersempit di antara mainan politik DAP dan PKR...
Sebaqb itulah banyak kelemahan yang ditunjukkan oleh PAS sekarang ini...
Selamat lah Kuala Lumpur ini bandar, kalau tidak pasti dah ada kandang khinzir(BABI)....
Inilah yang perlu difikir kan oleh rakyat sama ada mereka ingin wakil rakyat yang seperti ini atau yang dahulu...
Setiap manusia tidak lepas melakukan kesilapan tetapi kita kena belajar dari kesilapan kita untuk memastikan masa depan kita dapat mencapai kejayaan yang...
Jadi fikir2 lah ye untuk PRU13 nanti walaupun masih jauh lagi perjalanannya...
saya rase itu sahaja yang perlu saya katakan dalam comment kali ini...
Jangan lupe kalau ada masa jenguk2 lah blog saya... http://merevolusikandiri.blogspot.com
Marilah kita merevolusikan diri dan pemikiran kita demi kejayaan masa hadapan dan kejayaan agama, bangsa dan negara...
Terima kasih... Salam...
hope some of us keep track of all activity.... rakyat skang ni mmg suke nak dgr ceramah. next BN candidate need to turun padang more and give ceramah to awaken those deaf ears...
Yg penting UMNO kena sedar dan balik ke pangkal jalan kena berkhidmat pada rakyat tanpa mengira penganggan.
Jangan asyik nak berpolitik sehingga lupa pada kebajikan penduduk Titiwangsa.
Salam kepada semua...
kenapa senyap je TITIWANGSAKINI???
mana pergi penyumbang artikel semua ni???
Kenapa tak update post baru?
Marilah kita bersama-sama memartabatkan bidang penulisan ini dan kepada penyumbang2 artikel TITIWANGSAKINI, keluar kan lah idea2 anda yang bernas agar blog ini terus boleh diikuti oleh setiap masyarakat terutamanya penduduk parlimen titiwangsa...
Seperti biasa, kalau ada masa dan sudi, jenguk2 lah blog saya...
Layarilah http://merevolusikandiri.blogspot.com
Terima kasih... Salam...
moderator pun dah hilang entah kemana?
Catat Ulasan