Cerita mengenai pemilihan Naib Presiden jadi cerita panas di kalangan para sahabat di coffee house. Antara tujuh calon Naib Presiden yang layak bertanding setakat ini, yang top naik nama cuma tiga orang, iaitu Dato Seri Hishammuddin, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato Shafie Afdal. Akhir-akhir ini nama Dato Seri Khaled Nordin tiba-tiba melonjak naik. Entah apa daulat dan berkatnya, para sahabat tak dapat nak fikir.
Seorang sahabat dari Johor yang dulunya pengikut setia Dato Seri Hishamuddin yang dah mula tukar kapal memberitahu, punca dan sebabnya kerana kononnya Dato Hisham lemah ketika memimpin Pemuda. Ketika Melayu dikecam, Pemuda di bawah kepimpinan Dato Hisham terkunci mulut, hanya sibuk dalam akhbar saja. Yang lebih memalukan katanya, cepat sangat minta maaf pasal keris. kalau Pemuda tak boleh nak bawa macam mana nak bawa Melayu? Sebab apabila jadi Naib Presiden Parti, jalan untuk jadi pemimpin negara dah mula dekat.
Sekarang ini Dato Hisham jangan naik toncang sangat sebab Dato Khaled Nordin dah masuk gear lima.
Para sahabat yang lain tak berani nak komen, sebab lumrahnya, kalau dulu sanggup letak nyawa untuk Dato Hisham, sekarang dah tukar tauke, mesti ada benda yang tak kena. Sesungguhnya orang yang perangai macam ini cukup banyak muncul dalam setiap kali ada pemilihan parti. Kebanyakan lembu, jika kita kurang jaga rumputnya, mulalah dia memekak.
Walau bagaimanapun, kita kena ambek kiranya juga kata sahabat dari JB tu, sebab ada kalangan sabat dari Utara dan Pantai Timur memberitahu, kebanyakan perwakilan dahpun set dalam kepala, Dato Zahid kena menang, Dato Shafie pula kena bagi menang juga kerana balas jasa orang Sabah. Kalau tidak kerana Sabah kita tak boleh tubuh kerajaan pada pilihan raya yang lalu. Pada peringkat awal Dato Hisham memang top, tetapi entah apa silapnya akhir-akhir ini nama Dato Khaled Nordin jadi bualan.
Kata para sahabat, tak kan dua-dua Naib Presiden nak bagi kepada orang Johor? Rais Yatim apa kurangnya? Begitu juga dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik yang tunggu bonos satu pencalonan lagi untuk cukup kota, sedangkan dua bahagian lagi masih belum bersidang.... bersambung
6 ulasan:
Salam kepada semua...
Dah lame saya x comment kat sini...
Tentang artikel ini,
Itulah yang dinamakan politik...
kalau kita bertanding dalam sesuatu jawatan, kita tidak boleh ada sikap belas kasihan kerana kawan kita atau saudara kita...
Apa yang kita perlu fikirkan ialah rakyat, agama, parti, bangsa dan negara..
Apabila itu yang kita perjuangkan, pastikan perjuangan kita tidak berhenti selepas habis pertandingan..
Tentang apa yang dikatakan oleh Khaled Nordin,
Ada betulnya... Kalau kita kihat tentang isu keris itu, kita tak nampak pun apa salahnya dan perkara itu tidak menimbulkan pun isu perkauman... lagi pun semua yang menhadiri perhimpunan itu orang melayu...
Sebenar nya ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mempermainkan isu ini dan pada masa yang sama sudah pasti hendak menjatuhkan orang melayu...
Tetapi kenapa orang melatah sedikit, kita dah pergi minta maaf? Kenapa orang mempertikaikan perkara ini, kita dah mengaku kalah?
Sepatut nya Dato Hisham perlu bangkit dan lawan... ini isu bangsa kita bukan nya isu yang kecil..
Saya tidak rasa yang Dato hisham ini seorang yang berani menentang untuk bangsa nya...
kalau kita tidak berani membela bangsa kita,bangsa MELAYU, buat apa maksud UMNO...
Fungsi UMNO untuk membantu bangsa melayu dan agama islam.. kalau tak boleh dan bagi alasan yang kita bantu seluruh rakyat bukan melayu sahaja, tak payah lah masuk dan memimpin UMNO...
Banyak lagi parti yang perjuangan nya tidak berasaskan agama islam dan melayu... pergilah ke sana...
Saya minta maaf sekiranya kenyataan saya ini membuatkan sesetengah pihak marah atau tersinggung... Tetapi kita perlu fikir bahawa apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh UMNO...
Lupa saya nak bagi thu sebelum ini bahawa saya juga ada sebuah blog...
Kalau ada masa dan sudi untuk menjenguk blog saya pergi lah ke http://merevolusikandiri.blogspot.com
Terima kasih... Salam...
kire kes naib president nih ok lagi laaa... byk gak jasa datuk hisyam kat org melayu.
tp yg kes Ketua Pemuda nih, kalo bg kat Khir atau KJ, mmg sah lah pemuda skrang nih lembu yg nak mkn rumput hijau je....
dulu BN kurang majoriti salahkan paklah n KJ.... tp kalo KP si KJ bley mng, mmg haru laaa... malu aku...
Saya rasa lebih sesuai kalau kita postkan info yg berkaitan dgn Titiwangsa sahaja di blog ini takyahlah cerita tentang politik kebangsaan mana2 parti.
okey...
Ini pun penting pasal cerita tentang melayu bandar...jangan lak nanti orang kata kita di Titiwangsa tak perihatin isu-isu luar
Betul tapi kalau dapat biarlah kita utamakan isu2 dan cerita di Titiwangsa...
Apa pun Dato Hisham lemah dan mudah melatah.
Catat Ulasan