Di Selangor yang dipimpin oleh PKR, pun dua kali lima. Sanggup batal bayaran RM 50 kepada anak-anak Selangor yang masuk pra sekolah. Padahal ini semua janji PKR dan menjadi sebahagian daripada intipati manifesto parti tersebut dalam PRU12. Pembatalan ini dibuat, menurut Menteri Besar negeri pembangkang itu, Tan Sri Khalid Ibrahim, Selangor sekarang mesti berjimat. Selangor tak boleh boros! Inilah ceritanya. Tukar kereta lebih penting daripada membantu anak bangsa sendiri. Melihat kepada gelagat kedua-dua Menteri Besar negeri pembangkang ini, kadang-kadang kita rasa nak tergelak, kadang-kadang kita rasa jijik dan naik loya tekak.
Tak sampai setahun memerintah, macam-macam hal yang berlaku. Kadang-kadang kita melihat tindak-tanduk kedua-dua Menteri Besar Pembangkang ini seolah-olah "ada boss atas boss". Warga Titiwangsa macam tak percaya, sebab kita kenal Tan Sri Khalid, anak Melayu Kampung Jeram Selangor yang cukup arif tentang susah senang orang Melayu. Aruah kakaknya, Siti Zaharah Ibrahim bekas seorang wartawan Utusan Melayu, di mana setiap pagi, Tan Sri Khalid akan bawa beg kakaknya ke meja Mingguan Malaysia tempat kakaknya bertugas. Dia juga merupakan salah seorang anak Melayu kampung yang ikut merasa jerih payahnya kehidupan orang Melayu. Berjaya dalam pendidikan sehingga menjadi seorang tokoh korporat adalah hasil daripada kekuatan "Ketuanan Melayu" yang menjadi pemerintah di negara ini. Kenapa dia lupa?
Kita jadi pelek, apabila dah berjaya menjadi pemimpin besar, ada kuasa dan pengaruh, sepatutnya nasib dan kepentingan Melayulah yang mesti dijadikan agenda utama dalam perjuangannya, bukan mengikut telunjuk orang lain. Kita sayang pada Tan Sri Khalid, pembinaan PNB sedikit sebanyak ada jasanya, tetapi kenapa bertukar haluan sampai begitu jauh sekali. Tak salah berlainan kapal dalam politik, tetapi sebagai seorang anak Melayu, kenapa orang lain lebih diutamakan? Jadi tokoh politik bukan boleh tongkat langit. Hari ini hari kita, esuk kita tak tahu. Kemanakah untuk meletak muka jika berhadapan dengan orang Melayu dalam saat-saat kejatuhan kita? Kerana ketika kita ada kuasa, kita pinggirkan hak mereka.
Begitu juga dengan Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, selain daripada orang Melayu dan beragama Islam, beliau harus ingat parti yang diwakilinya sehingga menjadi MB, adalah parti tertua orang Melayu yang menjunjung Islam sebagai wadah perjuangannya. Kita bergelar "IR"di sebabkan "Ketuanan Melayu" yang berkuasa di negara ini yang terlalu banyak memberi peluang dan kemudahan kepada orang Melayu. Nak main politik boleh, nak masuk politik apapun boleh, kita sebuah negara demokrasi, tapi jangan sampai lupa asal usul kita.
Kalau dah sampai nak usir atau kunci segala pintu balai raya dan dewan yang menempatkan murid-murid pra sekolah KEMAS, ini sudah melampau! Menteri Besar Perak itu cukup arif, sebab dia juga anak orang kampung, boleh di katakan seratus peratus murid-murid Tabika KEMAS itu anak orang Melayu. Lagipun yang belajar di KEMAS bukan semuanya anak orang UMNO, anak orang PAS dan PKR pun ramai. Tak kesian ke kepada anak bangsa sendiri?
Cerita pasal tanahpun terok juga. Tak pernah berlaku dalam sejarah negara pajakan sampai 999 tahun, biasanya 99 tahun saja. Yang peleknya kenapa hanya kepada penduduk kampung baru? Yang lain macam mana? Kita tahu kebanyakan penduduk kampung baru ialah orang Cina. Apa lebihnya mereka? Apakah hanya penduduk kampung baru saja yang memberi kemenangan kepadanya sehingga boleh jadi menteri besar?
Melihat kepada tingkah laku dua Menteri Besar Pembangkang ini, kita kena banyak berfikir. Apakah orang yang jenis semacam ini hendak kita jadikan pemimpin, tempat orang Melayu bergantung harap? Penentu masa depan kegemilangan orang Melayu? Tak sampai setahun jadi boss, semuanya dah jadi tonggang-terbalik. Usahkan ada semangat nak tolong rakyat Palestin, nasib anak bangsa sendiripun dibiarkan tergadai!
8 ulasan:
a'kum,
isu keta baru ni oleh perak dan selangor, yang jadi kecohnye org BN terutamanya. sbb mmg dh keturunan, org melayu sama melayu sllu mcm tu.
masa khir toyo (x mb)meluluskan pembelian kereta Mercedes S350L menggunakan peruntukan KDEB selaku pengerusinya yang berharga RM917,214 semata-mata untuk kegunaan peribadi pas, pkr tak kecoh pun. rm917,214 bang oii... sebuah... sebuah.... ni rm1 juta ++ berapa buah bang.... hehehehe... nak bercakap cermin dulu. nak meludah, jgn dongak... nak kata orang... tengaok kiri kanan dulu ye bang... fikir-fikirkan
dah tau jalan tu tak betul.. kenapa ikut jugak... kalau yang baru buat dah tentu tahu matlamatnya... tapi yang ikut-ikut apa punya bebal la.... lebih-lebih lagi kebebalan orang yang jadi pengikut PAS dan KEADILAN
askum, ingat2 lah sikit bila buat komen.. baru di tegur pentadbiran negeri sgor & perak isu kereta dah nak terasa, yang pkr & pas hari2 maki hamun tegur pentadbiran kerajaan pemimpin umno & kabinet dah tak hairan pun.. kalau nak berpolitik jangan pandai maki hamun orang je.. sekali2 kena la terima kritikan orang pulak.. baru memerintah negeri belum lagi negara.. macamana nak jadi pemimpin bertauladan, PKR & PAS lebih sinomim dgn. Pemimpin Kencing Rakyat (PKR) & Pemimpin Agama Songsang (PAS).. sedar la & kenal la diri sendiri dahulu..
Salam semua...
Sebelum saya bagi comment ni, saya nak minta maaf kepada SRI di atas yang bagi comment pertama tu...
Apa yang saya nak cakap ialah buat apa guna duit rakyat untuk kebaikan diri sendiri???
kalau betul pun guna Perdana, penyelenggaraan mahal, Kenapa nak berkira sedangkan rakyat yang miskin kena tindas kat negeri sendiri...
Kenapa kita sedap2 naik keteta mewah, tapi kanak2 tak boleh belajar, rakyat susah kat negeri sendiri???
fikirlah sedikit rakyat tu...
Jangan lah asyik fikir tentang kemudahan peribadi...
Rakyat mengundi wakil rakyat untuk membela rakyat bukan untuk kesenangan diri sendiri...
RAKYAT SUSAH,PEMIMPIN HIDUP SENANG-LENANG DENGAN DUIT RAKYAT...
Bukan BN nak sibuk bising tapi masa terengganu nak beli Mercedes dulu PR juga yang bising sebab guna duit rakyat...
Membazir la, bukan kereta nasional la...
Macam2 yang dibangkitkan...
Bila kerajaan PR beli kereta mahal dan mewah ni, pastu bising kata BN salah plak...
Ape cerita ni???
Janganlah kita HIPOKRIT...
kalau nak tipu rakyat sekali pun jangan lah hipokrit...
Sebelum ni kata salah, sekarang boleh plak...
Ape cerita???
Orang yang hipokrit dan penipu ni orang yang keji dan busuk...
Sudah2 lah tipu rakyat dan tindas rakyat...
dekat Perak dan Selangor ni, macam2 dah jadi...
Cukup la...
jangan ingat rakyat bodoh...
kalau perkara seperti ni masih dilakukan lagi, jangan berangan lah nak ambil kerajaan pada PRU13 nanti...
Cukuplah bermimpi tu...
Marilah kita merevolusikan diri dan pemikiran agar kita berjaya dalam memperjuangkan Agama, bangsa dan negara
Oleh,
Revolution,
http://merevolusikandiri.blogspot.com
Terima kasih... salam...
sekarang ini kelihatan sudah sama BN, PKR, DAP, PAS semua sama sahaja bila dah jadi pemerintah. tetapi BN lebih banyak berlaku kecurangan pentadbiran sebab BN adalah pemerintah kerajaan. soal pemberian projek, kroni, manipulasi pentadbiran dan pelbagai lagi. hal ini tak dapat dinafikan oleh mana-mana parti pun semua sama.
sebenarnya banyak berlaku katirisan, penyelewengan, rasuah dan pelbagai lagi gejala kolar putih dari parti pemerintah sebab mempunyai bilangan yang ramai anggotanya berbanding pembangkang. bila sudah ramai macam-macam jenis kepala ada. nanti bila BN dah jadi pembangkang hal ini pung belaku juga, mangkritik kerajaan.
tapi pemerintahan barisan nasional semakin teruk apabila desakan yang dibuat pembangkang tidak diambil peduli. ini adalah tanda bahawa barisan nasional melakukan kesalahan.
barisan nasional sudah lari dari paksi asal membela rakyat. sebaliknya mengejar harta peribadi yang melampau. renungkanlah
woi sapa delete komen woi,,
PEMIMPIN PKR YG KUAT KRONI, RASUAH, HARI INI KONONYA NAK TUNJUK BAIK KEPADA CINA & INDIA.. KITA INGAT SEJARAH ANWAR IBRAHIM DULU DALAM KABINET KERAJAAN MENTERI KEWANGAN & TIMB PERDANA MENTERI.. BILA KANTOI DULU KES REFORMASI BELIAU DAN KAWAN2 NYA YG HARI INI PEMIMPIN ATASAN PAKATAN RAKYAT & PKR SEMUA BAWA LARI DUIT KERAJAAN.. MASING2 DAH JADI JUTAWAN DGN DUIT HARAM.. SKRG NI PKR NAK TUDUH KERAJAAN BN & UMNO PENYELEWENGAN.. ANWAR IBRAHIM AKAN BUAT APA SAJA UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI.. DIA BOLEH BERSEKONGKOL DGN INDIA & CINA ASALKAN CITA2 NYA TERCAPAI.. SEHINGGA BOLEH KETEPIKAN KETUANAN MELAYU / ISLAM.. HANYA ALLAH SWT SAHAJA AKAN BALAS PERBUATAN BELIAU.. KAU TUNGGUUU....
Catat Ulasan