Rabu, 14 Januari 2009

KABAR DARI KT P36


Para sahabat dari Titiwangsa yang berkampung di Kuala Terengganu sejak 5 Januari lalu mengirim kabar bahawa pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu semakin berbahang, walaupun sesekali dilanda hujan musim tengkujuh. Perang poster dan siri ceramah semakin hebat kerana dua hari lagi akan terungkailah misteri Parlimen P36 Kuala Terengganu, sama ada BN akan mengekalkan haknya atau PAS akan rampas kembali.
Menurut berita daripada para sahabat, setakat hari ini, graf untuk memberi kemenangan kepada BN sudah meningkat di sebabkan PAS dan Parti Pakatan Rakyat sudahpun kehabisan modal dan di tambah pula oleh pelbagai kerenah yang dilakukan oleh kedua-dua Menteri Besar Pembangkang di Perak dan Selangor termasuklah di Pulau Pinang. Kepimpinan PAS di Kuala Terengganu juga di katakan berpecah di sebabkan faktor calon, dahpun jadi ADUN kemudian di bagi pula bertanding kerusi parlimen. Seolah-olah PAS Kuala Terengganu sudah ketandusan pemimpin.
Kata para sahabat, kita patut angkat tabik kepada Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Mohd. Najib yang ternyata begitu serius menunaikan tanggung-jawabnya bagi memastikan kemenangan calon BN. Siang malam turun padang, menjelajah dari rumah ke rumah yang kadang-kadang tidak terikut oleh jentera yang lain. Alhamdulillah, kata para sahabat, kalaulah begini cara kerja dan cara bertindak Dato Seri Najib, kita tetap yakin rakyat akan kembali semula kepangkuan UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional selepas peralihan kuasa bulan Mac
ini, Insya Allah!
Dato Wan Farid, kiranya menang nanti, ikutlah contoh Dato Seri Najib, kekalkan cara kerja bakal Perdana Menteri Malaysia ini, selalu turun padang, berjumpa dan tanya kabar masalah yang dihadapi oleh rakyat jelata. Jangan hanya masa berkempen saja yang nampak berminyak muka, senyum simpul bermesra dengan rakyat, apabila dah menang, jadi pula menteri kabinet, jangan pula tak ada masa langsung untuk rakyat. Jika ini berlaku, sia-sia seluruh tenaga UMNO dan para pemimpinnya berkampung dan wang ringgit dicurahkan ke Kuala Terengganu sekarang ini. Para sahabat bukanlah nak ajar, Dato' Wan Farid lebih maklum, ramah mesra, kunjung berkunjung, sesekali makan nasi dagang atau nasi belauk di Pasar Payang, memang budaya adik kakak Pantai Timur. Mereka bukan kira duit sangat, tanya kabarpun cukup.
Dalam kesibukan orang UMNO dari seluruh negara berkampung di Kuala Terengganu untuk memastikan BN menang, adalah kabar yang menyakitkan lubang telinga warga Titiwangsa, kononnya ada orang yang tak pernah sekalipun bertanding dalam pilihan raya yang selama ini hanya jadi tukang pukul canang ambil kesempatan nak buat nama. Mentang-mentang sekali seumur hidup jadi ketua dah mula jadi mandur kereta api, sampai banyak kawan-kawan dah naik menyampah dan nak balik ke KL. Tetapi atas semangat perjuangan untuk parti, mereka terpaksa juga bertahan walaupun sakit lubang telinga dan loya nak muntah.
Kata sahabat, dia ni nak tunjuk hero dan nak tunjuk pandai. Orang lain semua tak betul, padahal semua orang tau siapa dia sebenarnya. Orang seperti ini bukan sahaja boleh memecah belahkan ahli parti malah akan merosakkan UMNO. Warga Titiwangsa amat berharap, dalam keadaan kita semua tengah berusaha untuk memulihkan perpaduan dalam parti dan menarik semula kepercayaan rakyat kepada UMNO, sikap dan mentaliti kita kenalah berubah. Janganlah nak tunjuk lagak tak tentu pasal. Zaman nak berlagak dan nak tunjuk hebat dalam UMNO dah habis sebenarnya. Sekarang masa kita bekerja dan menunjukkan kualiti dalam setiap kepimpinan kita.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sapelaaa org yg bagai kaduk naik junjung tuh yerrr

Tanpa Nama berkata...

SIAPA YG NAK JADI HERO TU KAT P036 KT.. WAHAI PENULIS SDRA ZAHARI AFFANDI PERIKSA (CHECK) LAH TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENULIS.. JGN NAK BUAT SEDAPKAN CERITA JE.. ENTAH BETUL KE TIDAK MAKLUMAT YG SDRA TERIMA TU.. INIKAN KANCA POLITIK WILAYAH KINI.. MASA NI LA KAWAN KAWAN NAK MELAGA LAGAKAN DAN MEMBUAT CHA CHA MARBA.. ADA ORANG NAK CARI MAKAN DALAM PEPERANGAN DI P036 KT.. SDRA JGN JADI MACAM KATA ORANG ORANG TUA "GAJAH SAMA GAJAH BERGADUH, SI TIKUS MATI D TENGAH"..!..! HATI HATI BRO DGN MAKLUMAT MAKLUMAT PALSU.. JANGAN JADI SI KITUL PULAK.. OKAY... JGN MARAH YA....! !

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin UMNO hari ini kena senantiasa rapat dgn rakyat. Jangan nak jadi pemimpin tetapi hanya pemimpin UMNO aje, tetapi dgn rakyat tak berwibawa. Itu yg jadi hero dalam UMNO tapi lemah dalam masyarakat. Menang dalam pemilihan UMNO tapi tewas dalam pilihanraya.

Tanpa Nama berkata...

bro lu ni zahari affandi @ efandi zahari.

Tanpa Nama berkata...

Yang Si Kitol tu Kamarudiin Ambok la... nak tunjuk hero konon pandai jadi pengarah... pengarah yang teori sangat tapi kurang praktikal... kesian bebudak jentera yang terpaksa makan hati..

Tanpa Nama berkata...

hua hua hua hua.......... BN kalah padan muka BN sediah aku tengok orang BN. depa dah banyak labur duit tapi kalah. bagus ini satu perkembangan yang baik untuk pas.
leas ni wan farid jangan harap boleh jadi senator lagi.... wan farid tinggal kenangan. kalau dah orang umno sendiri kata wan fard sombong, macam mana nak menang.
lepas ni wan farid kene telan kata-katanya bahawa dia akan menang.

kah... kah... kah... kah... kah..

Tanpa Nama berkata...

hua hua hua hua.......... BN kalah padan muka BN sediah aku tengok orang BN. depa dah banyak labur duit tapi kalah. bagus ini satu perkembangan yang baik untuk pas.
leas ni wan farid jangan harap boleh jadi senator lagi.... wan farid tinggal kenangan. kalau dah orang umno sendiri kata wan fard sombong, macam mana nak menang.
lepas ni wan farid kene telan kata-katanya bahawa dia akan menang.

kah... kah... kah... kah... kah..

Tanpa Nama berkata...

Ketua, Timbalan, Naib, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Putri Bahagian kena buat kerja-kerja rakyat dan susun strategi utk rakyat demi memperkasakan UMNO. Jgn asyik sibuk dgn UMNO aje. Memperkuatkan diri dlm UMNO aje. Cuba tengok dalam pemilihan UMNO ni, ada ker masuk akal Pemuda UMNO WP semua sokong Norza jadi MKT !!!! Ini termasuklah penyokong kuat Mukriz (termasuk Titiwangsa ) dan Khir Toyo, kita semua tahu siapa Norza ni. Habis rakyat kata Pemuda UMNO WP semua kena suap dek Norza ni. Ubah2 lah perangai tu, itu pun kalau sayangkan UMNO

The Revolution berkata...

Salam...

Nampaknya Pilihan raya kecil di kuala terengganu sudah selesai dan PAS dapat merampas Kerusi P036...
Apa yang terjadi kita perlu terima dan kita kena berhenti mempersoalkan hal prk k.terengganu ini...

Apa yang ingin saya katakan ialah marilah kita focus pula kepada usaha kita dalam menjaga kehormatan dan kesucian agama kita, ISLAM...
Mari kita bangun kan semangat kita dalam usaha keamanan PALESTIN, menentang BLOG HINA ISLAM...

Dan baru2 ini ada satu lagi peristiwa yang mencabar kehormatan dan kesucian ISLAm...
Apa yang saya maksudkan ialah peristiwa di mana kepala babi diletakkan dalam surau di Universiti Malaya (UM)...
Ini satu perbuatan yang cukup dan sangat biadap...

Kalau andan semua ada masa dan sudi, silalah ke blog saya (http://merevolusikandiri.blogspot.com)

Post terbaru blog saya ialah 'PENENTANGAN TERHADAP BLOG HINA ISLAM MENYEPI...'
Saya harap anda semua dapat memberi sokongan dalam usaha kita menjaga maruah ISLAM...

Oleh,
Revolution,
http://merevolusikandiri.blogspot.com

Terima kasih... Salam...

Tanpa Nama berkata...

Post Mortem Kekalahan BN Di P036 Kuala Terengganu mudah je

WAN FARID = CALON PAK LAH = KALAH
KESIMPULAN = KAH! KAH! KAH!
ANALISA POLITIK = SEDARLAH DAN SUDAH LAH.. TO PAK LAH

Tanpa Nama berkata...

dah kalah.......
tak update lagi ke??????