Khamis, 14 Mei 2009

BN KENA JADI ANAK JANTAN, BUBAR DUN PERAK!

Kita cukup muak dan rimas dengan krisis politik di Perak, sampai bila nak dibiarkan berlarutan? Kita cukup malu, dah jadi macam cerita Si Luncai. Undang-undang negara dijadikan alat untuk kepentingan diri. Kita melihat terhadap apa yang berlaku di Perak ini seolah-olah satu episod perebutan kuasa untuk kepentingan diri bukan mengutamakan kesejasteraan rakyat jelata.

Kalau benar-benar meletakkan kepentingan rakyat, tidak adakah saluran untuk berunding? Walaupun payah dan susah, jika kepentingan rakyat menjadi roh dalam perjuangan sudah pasti terbuka hati untuk bermuhasabah diri, melihat dan mendengar jerih payah rakyat bukannya menggunakan rakyat sebagai pagar untuk pertahankan kepentingan diri.

Kepada Tok Selampit, untuk menyelesaikan krisis politik yang memalukan di Perak ini hanya satu, serahkan Perak kembali kepada kuasa rakyat. Bubar DUN, biar rakyat yang tentukan. BN kena tunjuk anak jantan, jangan biarkan pembangkang terus-terusan angkuh dan sombong memperlekehkan kita. Biar rakyat Perak membuat keputusan, jika orang Melayu Perak rela agama, bangsa dan raja mereka dihina, pemimpin mereka terus-terusan diperkudakan oleh DAP, terpulanglah. Tepuk dada tanya selera. Ini hak mereka!

Jika sekiranya pembangkang terus menguasai Perak selepas pilihanraya jika DUN dibubarkan, BN kena reda, inilah proses demokrasi sebenarnya, bukan naik turun mahkamah, mengarak para penyokong kehulu kehilir. Ini bukannya sikap seorang pemimpin sejati tetapi pemimpin yang pentingkan diri. Sampai bila Kerajaan BN nak buang masa melayan kerenah kotor dan hina pembangkang ini. Laksanakan kongsep "1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dengan sebaik mungkin.

Jika sekiranya kita yakin gagasan Dato Seri Najib ini merupakan tongkat sakti untuk membina negara dan memulihkan kepercayaan rakyat kepada BN, untuk apa kita takut bagi menunaikan desakan pembangkang supaya membubar DUN Perak? Kalah atau menang, kepada Tok Selampit, itu bukan urusan kita. Setelah berusaha dan berikhtiar, Allah lah yang menentukannya. Yang penting ialah maruah parti! Sudah 63 tahun UMNO dijulang sebagai sebuah parti terbesar orang Melayu, untuk apa melayan kerja gila parti pembangkang. Malu kita!

Laksanakan gagasan Najib dengan bersungguh-sungguh, telus dan penuh keinsafan, Insya Allah akan berjaya. Matahari bukan sahaja terbit hari ini, esuk akan bersinar lagi. Begitu juga dengan pilihan raya, setiap tiga tahun ia akan berlaku. Walaupun payah dan susah, kita terpaksa tempuh. Inilah padahnya apabila kita lupa diri dan melakukan kesilapan ketika berkuasa. Pemimpin datang dan pergi tetapi rakyatlah yang terpaksa menanggung dan memikul segala ke alpaan pemimpin sampai ke mati.



Tok Selampit --- jadikan kesilapan lampau sebagai azimat untuk menempah kejayaan.

7 ulasan:

The Revolution berkata...

Salam...
Salam Revolusi....

Saya lihat pandangan TOK SELAMPIT ini seakan-akan tidak sependapat dengan kepimpinan BN yang lain...

Krisis di Perak ini bukan kerana BN...
Sebenarnya krisis ini sepatutnya sudah berakhir kerana BN sudah mempunyai majoriti dalam DEWAN...
Tetapi,
krisis ini berlanjutan kerana perangai PR Perak...
Selepas ini kemungkinan Nizar akan dijatuhkan dengan UNDI TIDAK PERCAYA...
Tidak perlu lakukan PRK negeri di Perak...

Kenyataan TOK SELAMPIT ini perlu diperhalusi semula kerana TOK SELAMPIT yang selama ini bersama-sama memperjuangkan prinsip BN sepatutnya memberi sokongan kepada pemimpin BN terutamanya UMNO Perak...
Kita perlu ada persefahaman dalam sesuatu keputusan demi menjamin kesejahteraan rakyat dan parti...

Terima Kasih...
salam...

Tanpa Nama berkata...

saya sokong seratus sepuluh persen bubarkan dun perak baru la gentle..... kalo dok lagu tu jeh sampai sudah la tak selesai... buat ap kite nak takut pantang orang melayu jadi bacul

The Revolution berkata...

Salam...

Memang betul kita tidak perlu takut...
Tetapi,
Adakah Pakatan Rakyat takut untuk berdepan dengan sidang DUN yang bakal menjatuhkan Nizar dan Exconya???
Situasi yang sama juga berdepang dengan pakatan Rakyat...
Penyelesaian dalam Sidang DUN lebih mudah berbanding prk...
Untuk ape kita berpening kepala...

Salam...

TakBerubahLangsung berkata...

Kepentingan rakyat harus didahulukan.walaupun nizar berjaya digulingkan dun Perak akan teru bergolak kerana majoriti tak kuat.
Saya sokong jika DUN dibubarkan
Adakah kerana pengaruh BN dah semakin pudar sehingga BN takut pada pihanraya.
BN harus sedar kerana apa ini berlaku BERANI BERUBAH yg tak pernah2 berubah..

aileb berkata...

memang betul jika kita baca artikel ni seolah-olah menyokong pakatan rakyat. tetapi permintaan akar umbi harus diambilkira dimana perak sekarang mengalami situasi politik yang amat seruis. pakatan rakyat cuba menidakkan hak majoriti dewan. pilihanraya adalah jalan yang terbaik dimana kita juga tidak boleh sangat berharap pada adun bebas. kita harus mempunyai majoriti yang cukup dari komponen barisan nasional sendiri.

Tanpa Nama berkata...

apa yg nak pening kepala & jgn cari jalan sukar.. semasa DUN Perak adakan persidangan buat undi tak percaya dgn Nizar, dah tentu2 majoriti kepada BN, takpayah nak buat P/raya DUN menghabiskan duit rakyat & menghabiskan boreh jo.. orang negeri Perak takde kecoh pun hal ini, mereka semua jalani hidup harian macam biasa saja, hanya pihak PKR saja yg gembar-gembur kononnya rakyat Perak dah huru-hara.. rakyat Perak tetap menghormati Sultan dan Dewan Persidangan DUN Perak.. peristiwa yg lepas kecohnya bukanya punca dari rakyat Melayu Perak tetapi terdiri daripada orang2 luar dari Perak yang dianjurkan oleh DAP,PAS & PR.. yg bodohnya orang Melayu Islam (PAS) & orang Melayu (PKR) telah menderhaka & diperalatkan demi kepentingan peribadi.. UMNO & BN apa hal nak takut dgn keadaan skrg, UMNO & BN kan selama ini memperjuangkan nasib rakyat.. dah berpuluh-puluh tahun itu yg diperjuangkan, jgn takut kerana diatas landasan yg benar, Allah SWT tetap bersama yg benar.. kepada tok selampit tolong la jawab kepada soalan2 / ulasan kepada kawan2 yg melayari blog ini.. jgn kawan2 kita beri komen tetapi senyap saja.. kalau tak berani jgn buang masa kami untuk melayarinya. Cakap tak serupa bikin.

toyol berkata...

saudara Tanpa nama. anda masih terlalu sombong dan bongkak kerana selalu menyalahkan org lain. ulasan yg "bodohnya orang Melayu Islam (PAS) & orang Melayu (PKR) telah menderhaka & diperalatkan demi kepentingan peribadi.." seperti inilah yg membuatkan ramai pengundi atas pagar atau yg tidak berparti semakin menjauhkan diri dari umno. betul senang cakap tapi kita kena ingat walaupun BN ada majoriti dan zabry sah sebagai MB dgn majoriti yg tak seberapa sukar juga utk menjalankan tugas.
Jangan sering menyalahkan org melayu tidak menyokong umno , tanya diri kita kenapa jadi mereka tidak menyokong umno.
sedarlah ahli2 umno terutama Titiwangsa yg ada lebih 20ribu ahli tapi cuma mengundi di titiwangsa dalam 5ribu sahaja.
Fikir2kanlah dan renungkan.