Isnin, 2 Februari 2009

PERTAHANKAN ISLAM SEHINGGA TITISAN DARAH TERAKHIR


Warga Titiwangsa angkat tabik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang tetap mempertahankan bahawa nama Allah tidak boleh digunapakai oleh Mingguan Herald Catholic kerana ia bukan sahaja melanggar apa yang terpahat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi juga menyentuh sensitiviti dan mencabar maruah umat Islam di negara ini. Kemudian diikuti pula oleh pandangan beberapa orang cendiakawan dan tokoh-tokoh ulama. Kesucian Islam mesti dipertahankan walaupun nyawa jadi taruhan.

Semenjak peristiwa hitam melanda Kerajaan Barisan Nasional khususnya UMNO pada PRU12 yang lalu, Melayu semakin terhimpit. Hak orang Melayu mula dipertingkaikan, Islam juga ikut dipersoalkan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu dicabar secara terang-terangan. Kes Karpal Singh yang menghina Sultan Perak berikutan dengan perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak sehingga sekarang senyap dan sunyi. Apa cerita? Apakah perkara besar semacam ini boleh kita diamkan begitu saja?

Yang amat mengecewakan kita, ugutan dan provokasi terhadap hak orang Melayu dan kesucian Agama Islam datangnya bukan sahaja daripada parti-parti pembangkang atau NGO termasuk NGO haram, tetapi juga daripada kalangan yang dikatakan para sahabat dalam Komponen BN. Di manakah semangat setiakawan yang telah menjadi ikatan dalam kontek perkongsian kuasa dalam kerajaan hari ini? Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok secara tidak segan silu mendesak KDN supaya nama Allah boleh digunapakai dalam Mingguan Herald Catholic dalam edisi bahasa Melayunya.

Kalaulah seorang menteri yang selama ini mendapat kedudukan daripada kekuatan dan kuasa orang Melayu tidak tahu menghurmati Perlembagaan dan langsung tidak tahu menjaga hati dan perasaan orang Melayu, apa lagi yang harus kita lakukan? Apakah kerana rekod UMNO kurang baik dalam PRU12 lalu maka mereka menganggap Melayu sudah lemah? Maka sesiapa saja boleh lancang mulut terhadap orang Melayu, pasal Islam dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu dengan sesuka hati.

Kalaulah ini penilaian yang menjadi kayu pengukur untuk menilai kekuatan dan kuasa orang Melayu, mereka memang membuat satu kesilapan yang maha besar. Orang Melayu bukan pengecut ataupun sudah lemah, yang jelas orang Melayu tidak mahu negara ini kacau bilau. Jika sekiranya negara kacau bilau dan huru hara, bukan sahaja orang Melayu yang susah, malah semua rakyat negara ini tidak kira bangsa, agama dan keturunan. Apakah kita mahu Malaysia menjadi seperti Iraq, Palestin atau Afghanistan? Bukan hanya orang Islam yang hidup menderita malah ramai orang Kristian dan penganut-penganut agama lain ikut sangsara.

Apabila negara hancur bukan mudah untuk membina semula. Apa jadi kepada cucu-cicit kita akan datang? Tidak kira Melayu, Cina, India, Dayah atau lain-lain bangsa. Malaysia sudah diiktiraf oleh dunia sebagai sebuah negara membangun yang begitu cepat mencapai kemajuan. Apakah kerana untuk mencari kepuasan politik untuk kaum atau bangsa masing-masing, maka kita mahu menghancurkan segala-galanya? Ini yang orang Melayu fikirkan, bukannya pengecut atau sudah lemah. Melayu tidak pernah usik hak orang lain. Melayu tidak pernah kacau agama orang lain. Kalau soal kemiskinan, Melayu lebih banyak yang miskin. Apa lagi yang mereka mahu?

Kita cukup bimbang, jika sekiranya provokasi perkauman ini terus berlanjutan, orang Melayu akan hilang sabar. Apabila ini berlaku, semuanya akan musnah. Rakyat yang tidak berdosa akan menjadi mangsa, manakala mereka yang bertanggung-jawab mengadu-domba ini hilang entah kemana. Inilah yang mesti kita kena ingat, tak kira apa bangsa sekalipun. Jika kita sama-sama ingin hidup senang di negara ini, janganlah cepat melatah. Orang Melayu, walau apapun, mereka tetap mempertahankan hak mereka, agama mereka dan raja-raja mereka, walaupun terpaksa bermandi darah! Sama-samalah kita sayangi negara ini dan jangan cepat diperalatkan oleh orang-orang politik yang mempunyai agenda peribadi masing-masing.

Sabtu, 31 Januari 2009

UMNO SEMAKIN BERCELARU?


UMNO sekarang semakin bercelaru dan nampak mengelabah. Dah jadi rojak mamak. Semakin ramai orang bagi pendapat dan cadangan untuk membaik pulih UMNO, semakin jelas UMNO yang menjadi tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional nampak kehilangan punca. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM tangkap orang UMNO yang terlibat dengan politik wang. Akibat daripada penangkapan ini, ada yang mendakwa mereka kena dera ketika dalam tahanan. SPRM terpaksa pula menubuhkan satu pasukan khas untuk menjalankan penyiasatan.

Kerana lompat melompat dalam parti punya pasal, ada pula mencadangkan supaya Kerajaan meminda Perkara 10 2(c) Perlembagaan Persekutuan. Calon untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO yang akan bertanding pada bulan Mac ini pula disyorkan supaya berkompromi, kononnya dengan cara ini UMNO tidak pecah. Secara lojiknya kalau nak difikirkan, siapa yang sanggup tarik diri? Kebanyakan calon semuanya dah jauh berjalan, duitpun dah banyak keluar, siapa yang mau? Kemudian mahu melantik pegawai penyiasat parti jadi "mata-mata gelap" dalam Lembaga Displin. Macam-macam ada!

Yang paling tidak masuk akal ialah cadangan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen supaya sayap parti, Wanita, Pemuda, Puteri dan Putera dibubar kerana katanya, dengan pembubaran ini akan menghapuskan politik wang. Beliau bagi conton di England, walaupun tidak ada sayap wanita, ada juga wanita yang boleh jadi Perdana Menteri. Putera UMNO tidak boleh campur politik kerana takut ganggu pelajaran.

Membaca kenyataan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen yang jadi berita muka depan akhbar, para sahabat mengarut kepala dan tertanya-tanya, apa dah jadi dengan Pak Engku kita ni? Sebagai orang lama dalam parti, pejuang dan cukup banyak pengalaman dalam politik orang Melayu kenapa cepat sangat nak bakar kelambu kerana nyamok seekur, nak bakar rumah kerana marahkan tikus nak baiki labu? Orang Putih penjajah laknat bumi Malaya masih nak dijadikan contoh? Apa guna kita merdeka 50 tahun kalau kita masih lagi nak ikut stail orang lain? Banyak benar persoalan yang timbul dalam kepala para sahabat. Kalaulah begini caranya kita bertindak dan berfikir, alamatnya parti keramat Orang Melayu ini cepatlah terkuburnya.

Dalam huhahuha minum teh tarik di kedai mamak, para sahabat terfikir, apakah peranan MT? Kenapakah cerita-cerita bodoh dan memalukan seperti ini dibiarkan jadi polimik di media massa? Sepatutnya MT mengambil seriuas dalam menangani usaha pemulihan parti, membentuk sebuah badan khas misalnya, yang terdiri daripada bukan orang parti, tetapi golongan profesional, ahli-ahli akedemik, para cendiakawan-cendikawan muda dan ketua-ketua masyarakat. Mereka dipertanggung-jawabkan supaya membuat kajian terperinci apakah sebab musabab rakyat semakin hilang kepercayaan kepada UMNO kemudian merangka dan mengubal pelan bertindak untuk menyelesaikannya.

Ini rasanya lebih baik dan berkesan daripada heboh-heboh dalam media, seolah-olah kita sudah hilang tahap profesionalisme sebagai seorang anggota parti yang memerintah negara. Kalau dibiarkan ini berlarutan, makin ramai yang tonjol muka dan buat kenyataan kepada media, apatah lagi kepada mereka yang nak bertanding dalam pemilihan parti Mac ini. Masing-masing nak tunjuk pandai, menyelam sambil minum air.

Selain daripada itu, kita juga melihat supaya MT mengarahkan Bahagian-Bahagian UMNO di seluruh negara supaya ikut melibatkan diri dalam usaha kaji selidik ini, berterus-terang dari hati ke hati apakah punca masalah maka UMNO semakin dibenci bukan sahaja rakyat tetapi kalangan anggota UMNO sendiri. Jangan pula apabila ada bahagian-bahagian yang berterus terang mengkritik parti dan pemimpin tertinggi, ada pula tukang-tukang kipas menghasut pucuk pimpinan supaya diambil tindakan disiplin.

Satu hal lagi yang kita lihat, tidak adakah satu usaha untuk menghapuskan tukang-tukang kipas dan tukang-tukang joget yang banyak terdapat dalam UMNO? Kita naik pelek, seorang pemimpin besar yang berpelajaran, profesional dan hebat-hebat masih lagi dengar dodoi dan nyanyi pencacai-pencacai ini. Sesungguhnya, mereka ini merupakan satu spisis hantu raya makan telur, banyak telur yang dihidang maka panjanglah nyanyi dan jogetnya, jika kurang, kita pula yang digigitnya. Ubahlah cara kita berpolitik dan memimpin , kerana yang boleh selamatkan UMNO bukan orang lain, kitalah!

Jumaat, 30 Januari 2009

WILAYAH PERSEKUTUAN GENAP 35 TAHUN


Seluruh warga Titiwangsa mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dato Seri Zulhasnan Rafique, Menteri Wilayah Persekutuan dan Datok Bandar Kuala Lumpur, Dato Ahmad Fuad bersempena menyambut Hari Wilayah Persekutuan yang ke 35 tahun pada 1 Februari. Kita menyambut baik hasrat dan visi Dato' Seri Zulhasnan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya maju setaraf dengan bandar raya besar di dunia. Tetapi kita amat berharap usaha memperkasakan Melayu bandar mestilah menjadi agenda utama dalam setiap proses pembangunan kota ini.

Kita tidak mahu Bandar Raya Kuala Lumpur semakin maju tetapi kehidupan orang Melayu, khususnya para penjaja dan peniaga kecil Melayu semakin tersepit dan terpinggir yang akhirnya tercampak di tepi-tepi kota. Kita sebagai warga kota sentiasa merindui peningkatan kemajuan Kuala Lumpur, tetapi masalah kehidupan orang Melayu di kota ini harus dibereskan terlebih dahulu kerana sebagai mana yang kita ketahui, masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di kota ini masih banyak yang belum selesai. Terutama sekali keselesaan rumah-rumah pangsa DBKL tempat kediaman mereka, sampai bila mereka hendak menjadi penyewa. Bagaimanakah kedudukan perancangan untuk menjual rumah-rumah pangsa PPR kepada penghuni, yang sekarang ini sudah tak dengar cerita lagi? Kehidupan penjaja dan peniaga-peniaga kecil Melayu yang berselerak di sana sini tidak terurus. Apa jadi dengan kebanjiran peniaga dan penjaja Indo yang nampaknya dah nak jadi tuan di Kuala Lumpur ini?

Kita melihat, sudah tiba masanya pasar Chow Kit dibina semula dan menjadikan sebuah pasar moden yang mengekalkan ciri-ciri tradisional untuk dijadikan sebuah lagi produk pelancungan di kota raya ini untuk para pelancong membeli belah terutama barangan yang melambangkan budaya setempat. Pembangunan Kampung Baru juga harus dirancang dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Kita tidak mahu, apabila Kampung Baru menjadi bandar baru kelak, cucu-cicit tuan-tuan ampunya tanah akan terpinggir.

Selain daripada itu, kita juga mesti melihat kuasa politik Melayu tidak akan terpinggir dalam setiap usaha memajukan Kuala Lumpur ini. Kita tidak mahu jadi Bukit Bintang yang selama-lamanya dikuasai oleh DAP. Sebab itu usaha memperkasakan Melayu bandar mesti dijadikan satu agenda khusus, bukan hanya setakat bercakap untuk sedap mulut. Walaupun bukan mudah, tetapi jika diusahakan dengan lebih serius, tak mustahil ia tidak boleh dilaksanakan.

Rabu, 28 Januari 2009

"ORANG KECEWA" MUSUH UMNO !!!

Kita orang Islam selalu digalakkan supaya sentiasa berdoa, moga-moga Allah memberi kekuatan, jangan cepat kecewa dan berputus asa kerana inilah antara elemen terpenting dalam setiap kehidupan. Jika kita seorang suami dan seorang ayah, apabila cepat kecewa dan berputus asa, rumah tangga akan musnah. Jika kita seorang pemimpin, negara dan bangsa akan hancur dan jika kita orang politik, parti yang kita junjung akan menjadi porak-peranda.

Kita semua tahu, untuk menjadi seorang pemimpin yang baik, bukan mudah. Yang jelas kekuatan mental amat penting, kerana bidang politik seolah-olah membina sebuah kehidupan di tengah lautan. Ombak dan badai datang tidak diduga, ribut dan taufan pula datangnya tidak pernah dijemput. Jika lemah, kita akan tumbang. Inilah cerita sesetengah orang UMNO zaman moden ini, cepat merajuk, kecewa dan suka meminta balasan jika membuat sesuatu, jika segala kehendak mereka tidak tercapai, maka akan jadilah ia seperti ADUN Bota, Dato' Nasaruddin Hashim, keluar UMNO dan masuk PKR. Inilah stail sesetengah pejuang UMNO hari ini.

Dulu apabila Anwar Ibrahim sibuk mencanangkan bahawa banyak YB Barisan Nasional akan keluar parti dan masuk PKR, kita mulai cuak dan risau kepada YB daripada parti-parti Komponen BN, tetapi rupa-rupanya, YB UMNO yang selama ini kita cukup yakin dengan kesetiaan mereka tiba-tiba yang melompat. Kemana muka kita nak letak? Sibuk menjaga tepi kain orang lain, tiba-tiba seluar dalam sendiri yang terkoyak.

Sesungguhnya, apa yang dilakukan oleh ADUN Bota itu tidak boleh dipandang remeh. Ini merupakan satu lagi signal bahawa UMNO sekarang ini benar-benar sedang berada di hujung jurang. Tetapi para sahabat di Titiwangsa merasa pelek dan terasa nak tergelak apabila membaca kenyataan media Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Dato Seri Tajol Rosli yang menganggap tindakan ADUN Bota, Dato Nasaruddin Hashim keluar UMNO dan masuk PKR itu merupakan bermulanya episod baru untuk UMNO Perak bekerja untuk perkuatkan parti.

Tindakan ADUN Bota itu, tegas Dato Seri Tajol, juga tidak sedikitpun menjejaskan kekuatan UMNO Perak. Para sahabat tersipu-sipu malu apabila ada yang tanya, di Perak masih ada ke lagi UMNO? Kalau masih ada dan kuat kenapa Perak jatuh kepada parti pembangkang? Inilah gelagat pemimpin UMNO. Kampung halaman sudah tergadai, dah karampun satu kapal dan tengah tercunggap-cunggap nak mati lemas masih lagi cakap besar dan tidak mahu mengaku kekurangan dan kelemahan diri.

Sikap yang sebeginilah yang kadang-kadang bukan sahaja orang bukan ahli UMNO pandang menyampah, kepada orang UMNO sendiripun rasa jijik. Apakah orang-orang seperti Datok Seri Tajol Rosli ini masih tidak sedar lagi bahawa UMNO hari ini tengah nazak? Apakah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO di sebuah negeri yang diperintah oleh pembangkang masih lagi syok sendiri, masih lagi merasakan diri besar dan kuat? Sepatutnya Tajol Rosli cukup sedar dan insaf, Perak tergadai, ADUN BN keluar parti mesti mempunyai hubung-kait dengan kelemahan dan kekurangan kita yang diamanahkan oleh pucuk pimpinan untuk menjaga Negeri Perak.

Tertalu banyak tanggung-jawab dan tugas yang mesti diselesaikan oleh pucuk pimpinan baru UMNO dan kerajaan selepas bulan Mac ini. Presipsi orang UMNO terhadap parti mesti diberi keutamaan, mesti diubah. UMNO bukannya lombong emas untuk mencari kekayaan. UMNO bukannya untuk orang yang boleh membuat pelbagai tuntutan dan ugutan untuk mendapatkan sesuatu. Apabila tak dapat apa yang dikehendaki sanggup tabur fitnah, sanggup jadi gunting dalam lipatan. Sanggup keluar parti dan maki hamun UMNO. UMNO bukannya untuk membentuk manusia menjadi sombong dan angkuh. Memang payah dan susah nak ubah, tetapi pada hakikatnya, inilah antara rempah ratus yang boleh dijadikan ramuan utama untuk melahirkan UMNO yang sejati. UMNO untuk rakyat, bukannya UMNO hanya untuk segelintir manusia. Jika acuan ini tidak dapat diubah, payahlah untuk parti orang Melayu ini bangkit semula.

Ahad, 25 Januari 2009

UMNO OH UMNO!!

BN khususnya UMNO semakin terhukum akibat tewas dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini. Menurut para penganalisis politik, pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini merupakan kayu pengukur untuk menentukan sama ada UMNO dan BN masih lagi berkuasa selepas PRU13 nanti. Sesungguhnya, menurut kabar daripada para sahabat di KT, walaupun ada benarnya anggapan yang sedemikian untuk kita bermuhasabah diri, tetapi masih banyak faktor-faktor tempatan dan persekitaran yang mesti diambil kira.

Antara yang jelas ialah faktor calon. Kita tidak tahu apakah kurangnya Dato Wan Farid? Daripada kaca mata kita orang luar dari Kuala Terengganu, beliau seorang peguam dan daripada bentuk wajah dan raut muka memang ada ciri-ciri seorang pemimpin, anak Negeri Terengganu jati dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu. Tetapi menurut kabar daripada para sahabat, sepanjang kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu, Dato Seri Najib lebih terserelah sikap mesra rakyatnya. Bertemu dan bermesra dengan siapa saja, tidak jijik mengharung bau busuk pasar ikan di Kedai Payang, bersalam dengan mereka walaupun tangan penuh dengan bau ikan. Bermesra dengan nelayan yang berpeluh basah ketika baru pulang dari laut di pengkalan-pengkalan ikan. Tidak merasa kekok sedikitpun naik turun rumah buruk para nelayan yang daif, yang sakit dan yang tua. Calon pula macam mana? Wallahhualam....! Orang KT lah yang boleh menjawabnya.

Selain daripada itu, menurut yang ampunya cerita, semua orang tau, bukankah kepimpinan UMNO Negeri Terengganu dilanda krisis ketika pemilihan Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan selepas PRU12? Hingga jadi hebuh, kedua-dua tokoh naik turun jumpa Pak Lah di KL, sampai istanapun ikut terkena tempiasnya? Apakah mungkin yang terluka dan tergoris ini payah terubat? Walaupun berkali-kali pucuk kepimpinan mengingatkan supaya semua ahli UMNO bersatu demi kemenangan BN di Kuala Terengganu. Mana tau, seperti kata orang, walaupun tidur sebantal mimpinya lain-lain, yang tersurat lain yang tersirat pula lain. Ini semua kita tidak tahu!

Yang lain-lain, kata ampunya cerita, sikap dan tingkah laku jentera pilihan raya yang datang dari luar Negeri Terengganu juga ada penyebabnya. Katanya, tindak tanduk mereka ini lebih sudu daripada kuah sehingga jentera pilihan raya yang terdiri daripada anak tempatan terasa terpinggir, sedangkan selain daripada mereka ini pengundi, mereka juga tahu siluk-biluk dan liup lintuk pengundi di situ. Yang mana manis dan yang mana masam, yang mana pahit dan yang mana meloyakan tekak.

Walau apapun, semuanya sudah berlalu, walaupun pahit sampai tercekik anak tekak, kita terpaksa telan. Kita kenalah ambil iktibar dan pengajaran, tetapi malangnya, sesetengah orang UMNO, ketika terantok, dah bengkak dahi jadi telur ayam, semuanya bercakap nak buat perubahan, tetapi apabila sudah lama, balik-balik ketangkok lama juga yang jadi pilihan. Pilih calon ikut kehendak orang atas bukannya nak diguna pakai pandangan orang bawah-bawah dan menerima kehendak rakyat. Orang-orang lama yang zaman gemilangnya sudah berlalu dan sudah terlalu banyak terpalit dengan pelbagai skendal masih lagi diberi hak untuk itu dan ini sehingga boleh jadi menteri dengan begitu mudah dan menjaga pengurusan parti, seolah-olah sudah tidak ada lagi orang lain yang layak untuk dipilih.

Ini juga satu gejala yang boleh mendatangkan jijik orang UMNO yang berjuang mati-mati, bertanding pilihan raya, tonggang langgang, tiba-tiba orang-orang yang sudah pencen dan tak bermaya lagi tetapi kerana pandai nyanyi, mereka dipilih jadi menteri. Apabila sudah menjadi menteri, UMNO pula yang dibantainya dan hak orang Melayu yang dipersoalkan. Ini semua antara ciri-ciri kenapa orang UMNO sendiri hilang kepercayaan kepada partinya yang diperjuangkan sejak sekian lama.

Sekarang ini semua orang bercakap masa depan UMNO dalam PRU13 gelap, tetapi apakah usaha untuk memastikan yang gelap jadi terang? Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin sudah beberapa kali mencadangkan supaya satu perubahan yang drastik mesti dibuat ke atas UMNO, tetapi sehingga ke hari ini kita masih tidak nampak apakah ciri-ciri perubahan drastik tersebut. Kalau setakat dua tiga orang yang insaf dan sedar di mana UMNO perlukan perubahan semantara yang lain-lain masih memekakkan telinga dan buat "lembu kenyang" kata orang Gua Musang, sudah pasti semuanya tidak menjadi.

Kalau benar maukan perubahan dalam UMNO, tidak bolehkah perkara ini dibawa ke MT? Bincang dan tetapkan apakah perkara-perkara yang hendak dibuat. Jangan lagi fikir nak jaga perasaan sahabat, orang kanan dan orang kiri. Kalaulah perubahan itu benar-benar boleh membina semula imej parti dan boleh memberi keyakinan baru kepada rakyat, kenapa kita asyik banyak cakap? Kalau perlu meminda Perlembagaan UMNO demi masa depan jutaan orang Melayu yang selama ini harapkan UMNO membina nasib mereka, kenapa tidak boleh? Budaya nak jaga hati orang kanan atau orang kiri bukan masanya lagi sekarang ini.

Apa yang banyak orang cakap dan lihat ialah mengenai sikap sesetengah orang UMNO yang kebanyakkannya menjadikan UMNO sebagai jambatan untuk mendapatkan sesuatu bukannya menjadikanUMNO itu sebagai gelanggang untuk memperjuangkan hak anak bangsa, agama dan negaranya. Ada duit ada kerja, tak ada duit maka berlonggoklah di kedai mamak minum teh tarik. Kita bukan nak mengata ikut sedap mulut, ini kenyataan! Sekarang ini kita mesti bekerja, bukannya bercakap, cemburu mencemburui, syak wasangka antara satu dengan yang lain. UMNO hancur Melayu akan hancur. Apatah lagi kita di Titiwangsa yang di katakan menjadi benteng bagi pertahankan kuasa Melayu di tengah bandar Kuala Lumpur. Jika sekiranya kuasa Melayu hancur disini, kita jangan harap gerai-gerai para penjaja Melayu yang bertaburan di Jalan Chow Kit, Keramat, Kampung Pandan dan Kampung Baru kita dapat lihat lagi di masa akan datang. Parti-parti lain, walaupun kononnya parti yang dipimpin oleh orang Melayu tetapi mereka semuanya seperti layang-layang, nampak tinggi terbangnya tetapi hujung talinya dikendalikan oleh orang lain. Ingatlah, kembalilah kepada perjuangan asal kita!

Jumaat, 23 Januari 2009

PESTA TANGKAP ORANG UMNO RASUAH POLITIK

Setelah BN tewas di Parlimen Kuala Terangganu dalam pilihan raya kecil baru-baru ini, sekarang bermula pesta tangkap orang UMNO kerana rasuah politik. Kita sanjung tinggi di atas usaha ini, tetapi kita juga tertanya-tanya apakah usaha ini boleh memulihkan imej UMNO atau boleh memberi keyakinan baru rakyat kepada UMNO yang sekarang ini umpama pintalan tali yang sudah hampir terurai simpulnya.


Para sahabat di Titiwangsa melihat perkara ini bukannya satu usaha pemulihan tetapi lebih memberi kesan buruk kepada UMNO itu sendiri. Dalam keadaan rakyat yang semakin hilang kepercayaan kepada UMNO mereka akan lebih menyampah dan jijik, apakah maruah seorang ahli UMNO hanya boleh dibeli dengan harga dua tiga ratus ringgit? Atau empat lima ratus ringgit?

Memang kita tidak boleh napikan, semua parti politik tidak boleh lari daripada penggunaan wang ringgit dalam setiap kali pemilihan di adakan tetapi mereka tidak gembar-gemburkan. Kerana ini sama ada mahu atau tidak, ludahnya akan jatuh ke muka sendiri. Orang politik bagi rasuah kena tangkap, tetapi lain-lain kes yang kita selalu dengar, yang menerima rasuah kena tangkap semantara yang memberi jarang benar kita dengar yang kena tangkap. Kita juga bimbang, kerana terlalu ngairah tangkap orang UMNO bagi rasuah dua tiga ratus, kes-kes rasuah yang lebih besar akan terus berleluasa.

Kita juga tertanya-tanya, kenapakah dalam saat-saat UMNO tengah meruncing, baru sekarang nak tangkap orang politik bagi rasuah? Sedangkan semua orang tahu, kerja-kerja seperti ini sudah lama berlaku, sudahpun menjadi barah dalam kehidupan politik orang UMNO. Bukan mudah untuk mencegahnya kerana ia seolah-olah sudah menjadi satu acuan, walau apapun ramuan atau rempah ratus yang diuli, kalau acuannya kuih pau maka bentuk kuih paulah yang menjadi.

Kalaulah tindakan menangkap orang UMNO yang memberi rasuah ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk memulihkan imej parti, kita melihat ini satu kerja yang bukan sahaja memalukan diri sendiri malah kesannya tidak akan kemana. Manusia yang berkehendakkan sesuatu, biasanya mereka akan melakukan apa sahaja asalkan apa yang mereka cita-citakan itu tercapai. Yang sabit kesalahan kerana dadah dihukum mati tapi manusia terus juga membawa dadah. Begitu jugalah yang berlaku di kalangan sesetengah orang UMNO. Kerana inginkan kuasa, mereka sanggup melakukan apa saja. Kuasa yang mereka perolehi nanti merupakan satu pelaburan besar yang akan dapat mengembalikan semula segala yang dilaburkan.

Inilah penyakit yang melanda UMNO sehingga hari ini rakyat semakin hilang keyakinan kepada UMNO padahal mereka tahu dan cukup insaf, UMNO merupakan sebuah parti yang menjadi tulang belakang kepada orang Melayu. Mereka tahu dan tidak boleh nafikan bahawa terlalu banyak jasa UMNO kepada negara, agama dan bangsa dan mereka juga tahu UMNO lah yang memberi kemewahan dan kesenangan kepada mereka selama ini, tetapi sudah menjadi lumrah dalam setiap kehidupan, setiap yang bermula sudah pasti ada akhirnya, setiap pangkal ada hujungnya, setiap lautan ada pantainya.

Jika mereka sudah tidak sanggup lagi melihat pelbagai kerenah yang menyakitkan mata dan melukakan hati sanubari, apatah lagi suara dan rintihan mereka tidak pernah dipedulikan, walaupun kecewa dan menangis mereka akan pergi meninggalkan kita. Melayu sudah terluka dan lukanya amat parah. Sebab itu, banyak suara bukan sahaja dari kumpulan akar umbi malah pucuk kepimpinan parti sendiri yang sedar bahawa UMNO mesti ditukar acuannya, tetapi kita hanya banyak bercakap, tetapi tindakan dan pelaksanaannya tidak pernah dilakukan.

Kita melihat, inilah cabaran terbesar kepada kepimpinan baru parti selepas bulan Mac ini. Jika kita hanya bercakap dalam media massa, berceramah hanya tunjukkan gaya tetapi usaha menangani secara lebih serius tidak dilaksanakan daripada sekarang, PRU 13 UMNO akan kehilangan kuasa! Kita sedar, dalam PRU 12 UMNO hampir kecundang, dan kita juga sudah kenal pasti, UMNO telah kehilangan banyak pengundi muda. Maka bercakaplah kita dalam media massa, pelbagai uasaha diatur dan disusun untuk menarik orang muda supaya sayangkan UMNO, tetapi sehingga sekarang kita tidak pernah nampak dengan jelas usaha itu dilaksanakan.

Apakah usaha Kementerian Belia dan Sukan misalnya. Sebuah kementerian yang diamanahkan untuk melahirkan kumpulan belia yang akan menjadi perwaris kepimpinan negara. Kita tidak nampak dengan jelas usaha kearah ini dibuat oleh kementerian tersebut. Yang jelas hanya tertumpu kepada bidang sukan. Itu pun tidak menjadi walaupun terpaksa mengeluar belanja ratusan juta. Pembangunan yang menelan belanja ribuan juta ringgit bukannya penentu untuk memikat hati rakyat supaya kembali kepada BN khususnya UMNO, contohnya dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini. Kepimpinan UMNO harus mencari pendekatan baru yang lebih menjurus kepada kemanusiaan sejagat. Kalau selama ini kita berjalan hanya mendongak ke langit, tunduk-tunduklah ke bumi!

Rabu, 14 Januari 2009

KABAR DARI KT P36


Para sahabat dari Titiwangsa yang berkampung di Kuala Terengganu sejak 5 Januari lalu mengirim kabar bahawa pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu semakin berbahang, walaupun sesekali dilanda hujan musim tengkujuh. Perang poster dan siri ceramah semakin hebat kerana dua hari lagi akan terungkailah misteri Parlimen P36 Kuala Terengganu, sama ada BN akan mengekalkan haknya atau PAS akan rampas kembali.
Menurut berita daripada para sahabat, setakat hari ini, graf untuk memberi kemenangan kepada BN sudah meningkat di sebabkan PAS dan Parti Pakatan Rakyat sudahpun kehabisan modal dan di tambah pula oleh pelbagai kerenah yang dilakukan oleh kedua-dua Menteri Besar Pembangkang di Perak dan Selangor termasuklah di Pulau Pinang. Kepimpinan PAS di Kuala Terengganu juga di katakan berpecah di sebabkan faktor calon, dahpun jadi ADUN kemudian di bagi pula bertanding kerusi parlimen. Seolah-olah PAS Kuala Terengganu sudah ketandusan pemimpin.
Kata para sahabat, kita patut angkat tabik kepada Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Mohd. Najib yang ternyata begitu serius menunaikan tanggung-jawabnya bagi memastikan kemenangan calon BN. Siang malam turun padang, menjelajah dari rumah ke rumah yang kadang-kadang tidak terikut oleh jentera yang lain. Alhamdulillah, kata para sahabat, kalaulah begini cara kerja dan cara bertindak Dato Seri Najib, kita tetap yakin rakyat akan kembali semula kepangkuan UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional selepas peralihan kuasa bulan Mac
ini, Insya Allah!
Dato Wan Farid, kiranya menang nanti, ikutlah contoh Dato Seri Najib, kekalkan cara kerja bakal Perdana Menteri Malaysia ini, selalu turun padang, berjumpa dan tanya kabar masalah yang dihadapi oleh rakyat jelata. Jangan hanya masa berkempen saja yang nampak berminyak muka, senyum simpul bermesra dengan rakyat, apabila dah menang, jadi pula menteri kabinet, jangan pula tak ada masa langsung untuk rakyat. Jika ini berlaku, sia-sia seluruh tenaga UMNO dan para pemimpinnya berkampung dan wang ringgit dicurahkan ke Kuala Terengganu sekarang ini. Para sahabat bukanlah nak ajar, Dato' Wan Farid lebih maklum, ramah mesra, kunjung berkunjung, sesekali makan nasi dagang atau nasi belauk di Pasar Payang, memang budaya adik kakak Pantai Timur. Mereka bukan kira duit sangat, tanya kabarpun cukup.
Dalam kesibukan orang UMNO dari seluruh negara berkampung di Kuala Terengganu untuk memastikan BN menang, adalah kabar yang menyakitkan lubang telinga warga Titiwangsa, kononnya ada orang yang tak pernah sekalipun bertanding dalam pilihan raya yang selama ini hanya jadi tukang pukul canang ambil kesempatan nak buat nama. Mentang-mentang sekali seumur hidup jadi ketua dah mula jadi mandur kereta api, sampai banyak kawan-kawan dah naik menyampah dan nak balik ke KL. Tetapi atas semangat perjuangan untuk parti, mereka terpaksa juga bertahan walaupun sakit lubang telinga dan loya nak muntah.
Kata sahabat, dia ni nak tunjuk hero dan nak tunjuk pandai. Orang lain semua tak betul, padahal semua orang tau siapa dia sebenarnya. Orang seperti ini bukan sahaja boleh memecah belahkan ahli parti malah akan merosakkan UMNO. Warga Titiwangsa amat berharap, dalam keadaan kita semua tengah berusaha untuk memulihkan perpaduan dalam parti dan menarik semula kepercayaan rakyat kepada UMNO, sikap dan mentaliti kita kenalah berubah. Janganlah nak tunjuk lagak tak tentu pasal. Zaman nak berlagak dan nak tunjuk hebat dalam UMNO dah habis sebenarnya. Sekarang masa kita bekerja dan menunjukkan kualiti dalam setiap kepimpinan kita.

JEMPUTAN KE MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN DAN TAHLIL 'MENGUTUK KEKEJAMAN ISRAEL KE ATAS RAKYAT DI BUMI PALESTIN'

Masihkah ada harapan untuk mereka???




Dengan segala hormatnya UMNO ZON DATUK KERAMAT dengan kerjasama Madrasatul Kiramah Kampung Datuk Keramat menjemput YBhg. Dato'/Datin, Tuan/Puan ke Majlis Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Tahlil pada hari Khamis 15hb. Januari 2009 bermula jam 7.00 malam bertempat di Madrasatul Kiramah, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Kehadiran dan sokongan YBhg. Dato'/Datin, Tuan/Puan pada majlis ini amatlah dihargai. Terima kasih. Wassalam.

Satu Peringatan Untuk Orang Islam

Artikel Ini Di Petik Dari Utusan Online 14 Januari 2009 - harap dapat ambil iktibar kenapa kita lemah.....


Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

Selasa, 13 Januari 2009

DUNIA BANGKIT MENENTANG ZIONIS PERAK DAN SELANGOR SIBUK DENGAN KERETA BARU

Rejim Zionis terus menjadi binatang membunuh umat Islam Palestin, walaupun seluruh dunia bangkit menentangnya. Riuh rendah satu dunia, tetapi dua buah negeri yang diperintah oleh pembangkang di Malaysia, Perak dan Selangor sibuk dengan kereta baru. Di manakah maruah PAS yang menjadikan Islam sebagai roh perjuangannya? Ketika orang Islam Palestin menjadi ayam sembelihan Zionis Yahudi, pemimpin PAS di Perak sibuk pasal nak tukar kereta. Tolak kereta Nasional beli kereta Jepun, padahal, semua orang tahu, lebih daripada RM30 juta setahun kilang Proton di Tanjung Malim memberi hasil kepada Kerajaan Negeri Perak.

Di Selangor yang dipimpin oleh PKR, pun dua kali lima. Sanggup batal bayaran RM 50 kepada anak-anak Selangor yang masuk pra sekolah. Padahal ini semua janji PKR dan menjadi sebahagian daripada intipati manifesto parti tersebut dalam PRU12. Pembatalan ini dibuat, menurut Menteri Besar negeri pembangkang itu, Tan Sri Khalid Ibrahim, Selangor sekarang mesti berjimat. Selangor tak boleh boros! Inilah ceritanya. Tukar kereta lebih penting daripada membantu anak bangsa sendiri. Melihat kepada gelagat kedua-dua Menteri Besar negeri pembangkang ini, kadang-kadang kita rasa nak tergelak, kadang-kadang kita rasa jijik dan naik loya tekak.

Tak sampai setahun memerintah, macam-macam hal yang berlaku. Kadang-kadang kita melihat tindak-tanduk kedua-dua Menteri Besar Pembangkang ini seolah-olah "ada boss atas boss". Warga Titiwangsa macam tak percaya, sebab kita kenal Tan Sri Khalid, anak Melayu Kampung Jeram Selangor yang cukup arif tentang susah senang orang Melayu. Aruah kakaknya, Siti Zaharah Ibrahim bekas seorang wartawan Utusan Melayu, di mana setiap pagi, Tan Sri Khalid akan bawa beg kakaknya ke meja Mingguan Malaysia tempat kakaknya bertugas. Dia juga merupakan salah seorang anak Melayu kampung yang ikut merasa jerih payahnya kehidupan orang Melayu. Berjaya dalam pendidikan sehingga menjadi seorang tokoh korporat adalah hasil daripada kekuatan "Ketuanan Melayu" yang menjadi pemerintah di negara ini. Kenapa dia lupa?
Kita jadi pelek, apabila dah berjaya menjadi pemimpin besar, ada kuasa dan pengaruh, sepatutnya nasib dan kepentingan Melayulah yang mesti dijadikan agenda utama dalam perjuangannya, bukan mengikut telunjuk orang lain. Kita sayang pada Tan Sri Khalid, pembinaan PNB sedikit sebanyak ada jasanya, tetapi kenapa bertukar haluan sampai begitu jauh sekali. Tak salah berlainan kapal dalam politik, tetapi sebagai seorang anak Melayu, kenapa orang lain lebih diutamakan? Jadi tokoh politik bukan boleh tongkat langit. Hari ini hari kita, esuk kita tak tahu. Kemanakah untuk meletak muka jika berhadapan dengan orang Melayu dalam saat-saat kejatuhan kita? Kerana ketika kita ada kuasa, kita pinggirkan hak mereka.
Begitu juga dengan Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, selain daripada orang Melayu dan beragama Islam, beliau harus ingat parti yang diwakilinya sehingga menjadi MB, adalah parti tertua orang Melayu yang menjunjung Islam sebagai wadah perjuangannya. Kita bergelar "IR"di sebabkan "Ketuanan Melayu" yang berkuasa di negara ini yang terlalu banyak memberi peluang dan kemudahan kepada orang Melayu. Nak main politik boleh, nak masuk politik apapun boleh, kita sebuah negara demokrasi, tapi jangan sampai lupa asal usul kita.

Kalau dah sampai nak usir atau kunci segala pintu balai raya dan dewan yang menempatkan murid-murid pra sekolah KEMAS, ini sudah melampau! Menteri Besar Perak itu cukup arif, sebab dia juga anak orang kampung, boleh di katakan seratus peratus murid-murid Tabika KEMAS itu anak orang Melayu. Lagipun yang belajar di KEMAS bukan semuanya anak orang UMNO, anak orang PAS dan PKR pun ramai. Tak kesian ke kepada anak bangsa sendiri?
Cerita pasal tanahpun terok juga. Tak pernah berlaku dalam sejarah negara pajakan sampai 999 tahun, biasanya 99 tahun saja. Yang peleknya kenapa hanya kepada penduduk kampung baru? Yang lain macam mana? Kita tahu kebanyakan penduduk kampung baru ialah orang Cina. Apa lebihnya mereka? Apakah hanya penduduk kampung baru saja yang memberi kemenangan kepadanya sehingga boleh jadi menteri besar?

Melihat kepada tingkah laku dua Menteri Besar Pembangkang ini, kita kena banyak berfikir. Apakah orang yang jenis semacam ini hendak kita jadikan pemimpin, tempat orang Melayu bergantung harap? Penentu masa depan kegemilangan orang Melayu? Tak sampai setahun jadi boss, semuanya dah jadi tonggang-terbalik. Usahkan ada semangat nak tolong rakyat Palestin, nasib anak bangsa sendiripun dibiarkan tergadai!