Isnin, 2 Februari 2009

PERTAHANKAN ISLAM SEHINGGA TITISAN DARAH TERAKHIR


Warga Titiwangsa angkat tabik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang tetap mempertahankan bahawa nama Allah tidak boleh digunapakai oleh Mingguan Herald Catholic kerana ia bukan sahaja melanggar apa yang terpahat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi juga menyentuh sensitiviti dan mencabar maruah umat Islam di negara ini. Kemudian diikuti pula oleh pandangan beberapa orang cendiakawan dan tokoh-tokoh ulama. Kesucian Islam mesti dipertahankan walaupun nyawa jadi taruhan.

Semenjak peristiwa hitam melanda Kerajaan Barisan Nasional khususnya UMNO pada PRU12 yang lalu, Melayu semakin terhimpit. Hak orang Melayu mula dipertingkaikan, Islam juga ikut dipersoalkan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu dicabar secara terang-terangan. Kes Karpal Singh yang menghina Sultan Perak berikutan dengan perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak sehingga sekarang senyap dan sunyi. Apa cerita? Apakah perkara besar semacam ini boleh kita diamkan begitu saja?

Yang amat mengecewakan kita, ugutan dan provokasi terhadap hak orang Melayu dan kesucian Agama Islam datangnya bukan sahaja daripada parti-parti pembangkang atau NGO termasuk NGO haram, tetapi juga daripada kalangan yang dikatakan para sahabat dalam Komponen BN. Di manakah semangat setiakawan yang telah menjadi ikatan dalam kontek perkongsian kuasa dalam kerajaan hari ini? Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok secara tidak segan silu mendesak KDN supaya nama Allah boleh digunapakai dalam Mingguan Herald Catholic dalam edisi bahasa Melayunya.

Kalaulah seorang menteri yang selama ini mendapat kedudukan daripada kekuatan dan kuasa orang Melayu tidak tahu menghurmati Perlembagaan dan langsung tidak tahu menjaga hati dan perasaan orang Melayu, apa lagi yang harus kita lakukan? Apakah kerana rekod UMNO kurang baik dalam PRU12 lalu maka mereka menganggap Melayu sudah lemah? Maka sesiapa saja boleh lancang mulut terhadap orang Melayu, pasal Islam dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu dengan sesuka hati.

Kalaulah ini penilaian yang menjadi kayu pengukur untuk menilai kekuatan dan kuasa orang Melayu, mereka memang membuat satu kesilapan yang maha besar. Orang Melayu bukan pengecut ataupun sudah lemah, yang jelas orang Melayu tidak mahu negara ini kacau bilau. Jika sekiranya negara kacau bilau dan huru hara, bukan sahaja orang Melayu yang susah, malah semua rakyat negara ini tidak kira bangsa, agama dan keturunan. Apakah kita mahu Malaysia menjadi seperti Iraq, Palestin atau Afghanistan? Bukan hanya orang Islam yang hidup menderita malah ramai orang Kristian dan penganut-penganut agama lain ikut sangsara.

Apabila negara hancur bukan mudah untuk membina semula. Apa jadi kepada cucu-cicit kita akan datang? Tidak kira Melayu, Cina, India, Dayah atau lain-lain bangsa. Malaysia sudah diiktiraf oleh dunia sebagai sebuah negara membangun yang begitu cepat mencapai kemajuan. Apakah kerana untuk mencari kepuasan politik untuk kaum atau bangsa masing-masing, maka kita mahu menghancurkan segala-galanya? Ini yang orang Melayu fikirkan, bukannya pengecut atau sudah lemah. Melayu tidak pernah usik hak orang lain. Melayu tidak pernah kacau agama orang lain. Kalau soal kemiskinan, Melayu lebih banyak yang miskin. Apa lagi yang mereka mahu?

Kita cukup bimbang, jika sekiranya provokasi perkauman ini terus berlanjutan, orang Melayu akan hilang sabar. Apabila ini berlaku, semuanya akan musnah. Rakyat yang tidak berdosa akan menjadi mangsa, manakala mereka yang bertanggung-jawab mengadu-domba ini hilang entah kemana. Inilah yang mesti kita kena ingat, tak kira apa bangsa sekalipun. Jika kita sama-sama ingin hidup senang di negara ini, janganlah cepat melatah. Orang Melayu, walau apapun, mereka tetap mempertahankan hak mereka, agama mereka dan raja-raja mereka, walaupun terpaksa bermandi darah! Sama-samalah kita sayangi negara ini dan jangan cepat diperalatkan oleh orang-orang politik yang mempunyai agenda peribadi masing-masing.

1 ulasan:

The Revolution berkata...

Salam untuk semua........

Saya sokong dengan kenyataan mempertahankan ISLAM sehingga titisan darah terakhir.....

Memang betul.....
Bagaimana perlaksanaannya???
Adakah sama seperti apa yang diungkapkan???

Kita tak habis2 dengan isu penggunaan nama Allah ini tetapi sedarkah kita apa yang lebih teruk daripada ini????

Apa yang saya maksudkan???
Saya nak sampaikan apa yang lebih teruk itu ialah sekarang sudah ada pula blog terbaru yang menghina ISLAM DAN RASULULLAH...

Sedarkah kita tentang perkara ini????
Laman itu ialah http://syurga-islam.blogspot.com/...

BANGUNLAH SEMUA.........
NAK KE TENGOK JE AGAMA KITA DIHINA DAN DICEMUH MANUSIA LAKNATULLAH....

Untuk selanjutnya silalah ke blog saya...
post terbaru ialah tentang blogger dan blog biadap ini dengan tajuk 'KURANG AJAR PUNYA BLOGGER'.......
Marilah kita sama-sama mempertahankan ISLAM dan menghapuskan blog biadap seperti ini.....

oleh,
The Revolution,
http://merevolusikandiri.blogspot.com