Mana-mana penyokong PAS di kawasan parlimen yang tidak ditandingi oleh parti tersebut, apatah lagi di kawasan DAP di seluruh Wilayah Persekutuan telah dipindahkan ke Titiwangsa. Dengan menggunakan alamat rumah kediaman orang PAS yang tinggal dalam kawasan Parlimen Titiwangsa, mereka diarah menukar kad pengenalan dan seterusnya mendaftar dengan SPR. Inilah kerja YB. Dr. Lo'lo. Sebagai seorang ahli parlimen yang telah diamanahkan oleh para pengundi di Titiwangsa, sepatutnya kepentingan rakyat yang mesti diberi keutamaan.
Kita tahu, masalah yang dihadapi oleh rakyat dalam Parlimen Titiwangsa ini masih banyak yang belum selesai, oleh kerana di Wilayah Persekutuan ini ada Menteri dan Timbalan Menteri, semua masalah yang dihadapi oleh rakyat di Titiwangsa dapat diselesaikan. Inilah tuah Dr. Lo'lo di Titiwangsa. Kerja tak banyak, masalah rakyat, Kerajaan BN yang selesaikan. Dia hanya tumpang tui, sekadar tayang muka dalam majlis. Orang tak jemputpun dia datang. Masanya banyak diguna pakai untuk memperkuatkan kedudukannya supaya dia terus pegang kuasa di Titiwangsa dalam PRU13.
Orang UMNO harus sedar tentang perkara ini. Kita tidak boleh lagi berpeluk tubuh dan bersikap tunggu dan lihat, jika kita ingin merampas semula Parlimen P.119 Titiwangsa dalam pilihan raya akan datang. Sebagaimana yang kita maklum, zaman kegemilangan UMNO sekarang ini sudah semakin pudar, apatah lagi hari ini, kita di Titiwangsa sudah jadi parti pembangkang. Sebenarnya kita masih bertuah, Wilayah Persekutuan tidak ada Menteri Besar, kalau tidak, kita orang Melayu dalam Wilayah Persekutuan khususnya di Titiwangsa akan menjadi orang Melayu di Perak atau Pulau Pinang. Alhamdulillah! Walau apapun, Titiwangsa mesti kita rampas kembali!
5 ulasan:
Apakah strategi Bahagian Titiwangsa untuk menandingi kebijaksanaan DR lolo? jangan mengharapkan kepada pengundi sendiri, yang mesti menjalankan tugas "perpindahan" ini ialah Jawatankuasa Bhagian....
kalau jentera pilihanraya masih lagi dengan isu duit upah yang sikit, bercakaran sesama sendiri, mengharapkan undi orang-orang cina dan india, tak bersungguh buat keje mmg kita boleh dalam pru13.. Tapi jangan lupa tentang pengundi baru yang betul2 masih hijau dan tak pasti manakah satu pilihan yang tepat semasa mengundi.. kita perlu dekat dengan golongan muda ni.. Mereka yang akan corak senario politik masa depan.. Kalau mereka ni kita abaikan, alamat masa depan kita tentu tak terjamin.. mereka perlu diberi penerangan yang sebetulnya tentang UMNO dan tanggungjawab n kebaikkan mengundi BN.. Lagi satu, mana2 orang yang kita kenal especailly yang dekat dengan kita, yang dah cukup umur kalau tak daftar menjadi pengundi, kita WAJIB suruh diorang daftar kalau boleh bawah parlimen titiwangsa.. Baru la betul.. Besar tanggungjawap kita nak pelihara politik dan negara ni.. Moga usaha kita dpat rahmat Allah dan pru13 kita tawan semula TITIWANGSA yang kita cintai nie..
HIDUP UMNO TITIwANGSA
HIDUP PUTERI :)
asalamualaikum sdr zahari affendi.. article apa yg sdr buat ni..! ! biarkan la dr lo lo buat apa dia buat, tapi sdr jangan la nak dedahkan apa umno titiwangsa nak buat.. kalau dr lo lo buat kesilapan jgn ditegurkan, biarkan la dia terjun dgn labu2nya.. sdr sebelah siapa ini???? main sedap jer nak keluarkan article.. rujuk dulu la pemimpin bhg.. sori bro.. harap balas komen saya ini..
HOI..! HOI..! JANGAN TULIS PANJANG PANJANG LA..! ORANG BUKAN SUKA BACA TULISAN SAUDARA..! INI BUKAN RUANG CERPEN ATAU NOVEL LA..!
salam saudara yang memberi komen diatas.
sebenarnya saudara zahari affandi cuma ingin menyatakan sikap tidak beretika wakil rakyat pas titiwangsa saja. cuma umno perlu merangka strategi untuk menarik para pengundi supaya memihak kepada umno. strategi haruslah dirahsiakan.
Catat Ulasan