Isnin, 23 Februari 2009

GOLONGAN ULAMAK DALAM PAS AKAN DIPINGGIRKAN?

Seorang sahabat lama yang kini menjadi salah seorang penulis dalam HARAKAH secara bisik-bisik memberitahu, bahawa satu gerakan reformasi yang dikendalikan oleh golongan muda dan profesional dalam PAS sedang menunggu masa untuk meminggirkan golongan Ulamak yang sudah sekian lama menerajui kepimpinan tertinggi parti tersebut.

Mereka melihat kepimpinan ulamak yang melaksanakan dasar parti tersebut selama ini sudah tidak relevan lagi dengan tuntutan dan kehendak rakyat Malaysia hari ini. Berkain pelaikat, berserban dan berketayap telah mencorakkan parti tersebut tidak profesional dan lebih mirip kepada sebuah parti politikuntuk orang kampung.

Menurut sahabat, golongan ini hanya menunggu masa. Cuma "malu mata" kepada Tok Guru Nik Aziz. Jika sekiranya Tok Guru sudah tidak ada, satu gerakan reformasi dalam PAS akan dilaksanakan secara lebih global dan profesional. Mereka merasakan sudah tiba masanya PAS mesti diubah corak. Bukan sahaja melibatkan dasar perjuangan, malah sikap dan cara berfikir para penyokong parti tersebut.

Golongan muda dan profesional dalam PAS hari ini, melihat jika parti tersebut masih tidak diubah coraknya sesuai dengan kehendak dan citarasa rakyat Malaysia hari ini, PAS diumpamakan akan menjadi seperti sebuah "bot buruk" yang akan mati enjinnya di tengah-tengah lautan yang akhirnya akan hanyut dan tenggelam dipukul gelombang. Mereka akan membawa PAS menjadi sebuah parti Islam global yang disegani dan dihurmati oleh semua kaum di negara ini.

Menurut golongan ini, serban dan ketayap bukannya menunjukkan roh Islam sejati dalam perjuangan PAS. Ia lebih memberi gambaran yang menakutkan kepada masyarakat profesional terutama golongan muda untuk mendekatkan diri dengan PAS, apatah lagi kepada kaum lain. Banyak negara-negara Islam yang sudah maju di dunia hari ini mempunyai keterampilan yang amat membanggakan. Boleh bersaing dengan negara-negara maju di dunia dalam semua bidang.

Sahabat lama yang kelihatan takut-takut untuk bercerita memberitahu, puak-puak muda yang terlibat untuk mereformasikan PAS sudahpun bergerak dan sudah banyak memegang jawatan-jawatan penting dalam parti tersebut termasuk menjadi Ahli-Ahli Yang Berhormat. kita tunggu dan lihat, silap hari bulan, PAS akan hancur!

2 ulasan:

The Revolution berkata...

Salam buat semua...

Saya tidak mahu comment banyak kali ini...

Apa yang saya nak cakap,
Kita selalu nampak kelemahan orang lain sedagkan kita sendiri ada kelemahan...

Umno sendiri ada masalah dalaman tetapi kenapa kita tidak fokus kan kepada penyelesaian terhadap masalah kita...

Tetapi sekarang ini kita sibuk dengan masalah orang lain...

Untuk post kali ini saya nak comment itu sahaja...

Tetapi apa yang lebih penting ialah saya hendak bagi tahu tentang blog DR LO'LO'...
Saya harap pihak tuan(UMNO TITIWANGSA) sentiasa memantau dan perhatikan blog Dr Lo' Lo' ini agar ia tidak menjatuhkan UMNO dalam setiap post beliau...

Saya sarankan pihak UMNO sentiasa terus pertahankan perjuangan bangsa...

Blog Dr Lo' Lo yang saya maksudkan ialah http://docpearl.blogspot.com/

Terima kasih...
Salam hormat
SELAMAT BERJUANG...

Tanpa Nama berkata...

PAS AKAN BERJUANG HABIS-HABISAN