(Ada tiga cerita yang tersiar dalam Media hari ini yang memerlukan renungan kita bersama)
1. Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) pimpinan Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Ismail Hussein telah membuat laporan polis terahadap Kementerian Pelajaran Malaysia kerana mendakwa Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan dan Akta Pendidikan tahun 1996.
Sebagai seorang warga negara Malaysia yang hidup dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan memwakili GAPENA, sebuah badan masyarakat penulis dan intelektual di tanah air bebas bertindak dan menyuarakan isi hati masing-masing. Persoalannya kenapakah setelah enam tahun, iaitu zaman Tun Dr. Mahathir jadi PM dan kebanyakan pelajar sudah dapat mensesuaikan diri dengan sisitem tersebut baru sekarang GAPENA nak bantah? Begitu juga dengan sebuah pertubuhan NGO yang diketuai oleh Dato Hassan Ahmad, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka nak anjurkan perhimpunan satu juta rakyat bagi membantah sisitem tersebut.
Melihat kepada situasi ini, kita tertanya-tanya, ketika gelombang kemarahan orang Melayu menentang kebiadaban dan kurang ajar Karpal Singh dan Mohammad Nizar Jamaluddin bekas MB Perak kerana jadi alat DAP yang menghina orang Melayu dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu, kenapakah GAPENA tidak berbuat sesuatu dan mengunci mulut? Apakah isu menghina Melayu dan raja-raja Melayu ini satu perkara yang kecil? Apakah sudah ada seekur kerbau yang membawa lumpur yang "icir tahi" dalam gabungan pertubuhan penulis tersebut?
Fikir-fikirlah! Apa pendapat anda?
2. Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN) tidak boleh bertindak terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana ia di bawah bidang kuasa Penguam Negara dan pihak polis untuk menahan serta mendakwa di mahkamah. Kata Menterinya, Dato' Seri Syed Hamid Albar.
Inipun satu cerita yang pelek. Setahu kita, Pasukan Polis Diraja Malaysia di bawah bidang kuasa dan tadbir-urus Kementerian Keselamatan Dalam Negeri? Kalaulah orang sudah menghina raja sampai nak heret ke mahkamah, KDN tidak ada kuasa untuk bertindak, apa cerita ni? Kenyataan Syed Hamid ini cukup memalukan dan nampak sangat kita orang Melayu satu bangsa yang dayus. Kerana kelemahan diri sendiri, maka tunjuk sana, tunjuk sini. Apakah Peguam Negara dan pasukan polis lebih besar daripada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri? Kenapa takut sangat kepada Karpal Singh?
Fikir-fikirlah! Apa pendapat anda?
3. Cerita kita yang ketiga ialah mengenai Pak Lah Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang akan hadir ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu akan datang dan akan memaklumkan mengenai situasi politik di Perak.
"Apakah pandangan raja-raja nanti, adalah terpulang kepada mereka kerana saya hanya bertanggungjawab untuk memberi maklumat tentang apa yang berlaku" katanya. Ini lagi satu cerita yang langsung tak bagi semangat kepada kita orang Melayu. Malupun ada. Apakah seorang ketua negara dan pemimpin kepada hampir empat juta orang Melayu yang menjadi ahli UMNO yang selama puluhan tahun menjadi tulang belakang kepada pemerintahan negara ini hanya berperanan sebagai seorang "pemberi maklumat?". Tidakkah mengikut Perlembagaan Persekutuan seorang PM itu bukan sahaja boleh berbincang tapi juga boleh memberi nasihat kepada Yang Dipertuan Agong? Apatah lagi isu besar yang melibatkan Kedaulatan Raja-Raja dan maruah orang Melayu di negara ini.

5 ulasan:
efendi zahari kan peguam. kau tanyalah dia pasal undang undang ataupun RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993. atau kau nak detail lagi kau pergi perpustakaan negara yang terletak dalan bahagian titiwangsa kau cari buku ini = Teks Pengajian AM STPM Kertas 1 dan 2 (penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Penulis adalah Wong Khek Seng, Raminah haji Sabran dan Kok Meng Kee yang menulis
bab 6 : sistem Kehakiman Malaysia
Mahkamah Khas (ms 183)
Mahkamah Khas Raja-Raja (ms 185-186)
dan banyak lagi yang kau boleh kaji dalam buku tu...
sebab itu syed hamid tak berani nak bertindak..
sebab itu karpal dan nizar berani nak saman sultan.....
itu sebab orang bijak pandai tak berani nak bertindak
jangan jadi macam pemuda umno sekaran yang sudah pandai demo di jalanan sebab mereka tidak tahu undang-undang ini
inilah perlembagaan yang semua orang tahun tahu akan kewujudanya.
dan yang lebih dasyat dan teruk lagi adalah orang yang membuat keputusan mengubal undang-undang ini yang duduk dalam parlimen pada tahun 1993 yang bodoh sekali.
PELIK OPSSSSSS SILAP.......... PELEK TETAPI BENAR! SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN!
JANGAN JADI PANDAI TAPI TAK ADA ILMU
NAK TANYA SIKIT Zahari Affandi KAU MENULIS PUN BANYAK KESILAPAN EJAAN NAK MENULIS DALAM BAHASA INGERIS LAGILAH TERUK.
itu sebab gapena dan ngo menentang dasar ppsmi kerana kita perlu memahirkan lagi dalam bahasa melayu......
ada faham ka................
jumpa lagi adios...............
tambahan :-
sila rujuk laman web ini
http://aminiskandar.wordpress.com/2009/02/13/ucapan-dr-mahathir-di-parlimen-18-01-1993/
ye lah... tapi kenapa lembab sangat baru nak buat sekarang... demo.. untuk menunjukkan orang-orang yang demo lembab-lembab belaka termasuklah Gapena...
Dek Gapena terlalu lembab dan terlalu banyak yang jadi pengampu sebab tu lah banyak buku luar negara lebih-lebih lagi dalam bidang teknikal dan kemahiran tidak di terjemahkan sampai nak kena mahir bahasa ringgit...
BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA
BUAT APA NAK BANGGA KALAU BANGSA DAH JADI BANGSAT
HOI..! HOI..! JANGAN TULIS PANJANG PANJANG LA..! ORANG BUKAN SUKA BACA TULISAN SAUDARA..! INI BUKAN RUANG CERPEN ATAU NOVEL LA..!
salam saudara
bahasa menunjukkan bahasa. oleh itu kita harus menjaga tatasusila kita. orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa. oleh yang demikian jagalah tuturkata kita supaya kita tidak dipandang hina.
sejak akhir-akhir ini dilihat ruangan komen sudah jarang orang yang memberi komen. dimanakah kometar-komentar ini menghilang, seolah-olah blog titiwangsakini sudah kurang pengunjung berbanding diawal permulaan dahulu.
dimanakah pahlawan-pahlawan kita yang berani berkata-kata
Catat Ulasan