Selasa, 31 Mac 2009

INTEGRITI JAWATANKUASA DISIPLIN UMNO PUNAH- RANAH


Kita cukup bersetuju dengan saranan Dr. Mohd. Puad Zarkashi, Ahli MT dan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat supaya Jawatankuasa Disiplin UMNO mesti dirombak memandangkan kegagalan jawatankuasa tersebut menangani gejala politik wang yang melanda Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Kepada Tok Selampit, Jawatankuasa Disiplin UMNO bukan sahaja gagal melaksanakan tanggung-jawabnya tetapi banyak lubang-lubang dan lopak yang boleh melibatkan integriti badan tersebut dipersoalkan. Yang jelas ialah tentang ketelusan dan tatacara proses pelaksanaan hukuman terhadap seseorang. Sebagai contoh kes Khairy menantu kesayangan Pak Lah dan Dato' Ali Rustam.

Walaupun Perhimpunan Agung UMNO sudah berakhir tetapi ramai para sahabat bukan orang parti melihat, UMNO nampaknya dah nak pulih, Tun Mahathir dahpun kembali kepangkuan UMNO dan ramai orang-orang lama yang sepatutnya sudah lama pencen tewas dalam pemilihan parti tetapi akibat daripada episod Khairy dan jerung-jerung lain yang terlibat dengan politik wang terlepas, maka mereka menganggap, luka dah mulai nak sembuh, tetapi sayang, nanah busuk masih lagi membengkak di dalam daging.

Sebelum nanah busuk yang membengkak ini pecah dan merebak keseluruh anggota badan, Dato Seri Najib kenalah cepat-cepat cari ubat. Jika sekiranya terpaksa dipotong, kepimpinan baru parti jangan teragak-agak lagi. Jangan kerana malu alah kepada satu dua orang, UMNO balik-balik tang tu juga! Kalau benar-benar nak buat perubahan dalam UMNO jangan hanya setakat tukar resipi tetapi tukar acuannya sekali.


Tok Selampit --- minta Dato Seri Najib bersihkan sampah sarap dalam kabinet barunya.

Ahad, 29 Mac 2009

JOM RAI PEJUANG NEGARA



Salam Hormat Semua,

Ternyata Kampung Baru Dan Titiwangsa Merupakan Bumi Bertuah kerana sekali lagi menjadi sejarah apabila YAB Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah akan Mengadakan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Pasar Minggu.

Pertama-tama kali Pak Lah menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri antara Lawatan Kerja yang Pertamanya adalah di Kg. Baru Titiwangsa iaitu semasa lawatan kebakaran di Pasar Minggu, dan pada Isnin Jam 10.30 pagi bersamaan 30hb Mac 2009 Dalam Majlis Pecah Tanah Pembanguna Semula Pasar Minggu maka Pak Lah akan mengakhiri tugas-tugas sebagai Perdana Menteri di Kg. Baru sebelum beliau mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung pada 2hb April 2009.

Marilah kita beramai-ramai berkumpul di Pasar Minggu bagi menunjukkan tanda sokongan dan penghormatan kita sebelum beliau mengakhiri tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Jamuan Makan Jam 1.00 Tengahari di Masjid Kg. Baru

Foto-Foto Majlis Perasmian Puncak Baru Pembangunan Semula Kg. Bharu.

Sabtu, 28 Mac 2009

SHAHRIR SAMAD BENAR2 ANAK JANTAN


Kita angkat tabek kepada Dato Shahrir Samad yang membuat keputusan untuk melepas jawatannya sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna kerana tewas jawatan MT dalam Perhimpunan Agung UMNO semalam. Kepada Tok Selampit, Dato Shahrir memang anak jantan tulin, berani dan tegas.

Dato Shahrir menganggap, kekalahannya itu merupakan satu hukuman dan penilaian ahli parti terhadap ketokohan, kewibawaan dan prestasi kerjanya selama ini. Kalaulah orang UMNO sendiri dah tak suka, rakyat di luar UMNO lagilah tak suka. Lebih baik dia letak jawatan, bagi peluang kepada orang lain yang disukai oleh orang UMNO.

Kepada menteri-menteri, timbalan menteri dan menteri besar yang tewas dalam pemilihan semalam elok benarlah ikut jejak Dato Shahrir. Walaupun Dato Najib tak suruh dah Pak Lah pun kata tak ada siapa yang suruh berhenti, tetapi faham-fahamlah sendiri. Kita dah tak dikehendaki, buat apa tunggu? Kalau benar-benar ingin membuat perubahan dalam UMNO, ini antara satu langkah awal kearah perubahan tersebut. Kenalah berkorban sikit!

Kepada Dato Seri Dr Rais Yatim kita juga ucap syabas. Dato Seri Dr Rais juga anak jantan sejati. Sebelum apa-apa, pakar undang-undang yang banyak pengalaman itu telah mencadangkan bahawa apabila bertukarnya pucuk pimpinan parti dan kerajaan, semua menteri kabinet di bawah Pak Lah mesti letak jawatan. Bagi peluang kepada Dato Seri Najib untuk memilih anggota kabinet baru mengikut citarasanya.


Rasa Tok Selampit, kalau nak jaga air muka, lebih baik berhenti awal sebelum nama kita digugurkan. Bukankah Dato Seri Najib telah maklumkan awal-awal lagi, lepas pemilihan nanti banyak perubahan yang akan berlaku dalam parti termasuklah anggota kabinet. Orang-orang lama yang banyak cakap dan tak tau buat kerja kenalah terima kenyataan. Cukuplah guna parti untuk buat harta!


Tok Selampit --- janganlah tambah dosa lagi, pintu taubat masih terbuka.



KENAPA KEMENANGAN KJ TERUS DIPERTINGKAIKAN?

Sehingga hari ini mulut yang menjuih kearah Khairy Jamaluddin kerana menang Ketua Pemuda masih lagi tak habis-habis. Kemudian tertanya-tanya di manakah maruah Pemuda UMNO sekarang ini? Apakah kerana duit seribu dua ribu, mereka sanggup mengadai harga diri dan roh perjuangan Pemuda? Ingatlah, jangan kerana mahu kenyang hari ini, kita akan kebuluran untuk selama-lamanya.

Ketelusan Lembaga Disiplin UMNO juga terus-terusan dipersoalkan. KJ yang sabit kesalahan politik wang tiba-tiba diberi amaran dan boleh bertanding, kenapa pula Dato Seri Ali Rustam dilarang bertanding? Tok Ali seorang Ketua Menteri dan Naib Presiden, terlalu banyak pengorbanannya untuk parti. Siapakah KJ kalau nak dibandingkan dengan Ali Rustam? Apakah kerana menantu Pak Lah maka KJ kebal segala-galanya? Inikah yang dikatakan ketelusan?

Pak Lah berapi-rapi bercakap menentang politik wang, tetapi apabila anak menantu didapati bersalah kerana politik wang tetapi diberi amaran kenapa Pak Lah membisu? Kalaulah Pak Lah benar-benar telus ingin membasmikan gejala buruk ini dalam parti, Pak Lah sepatutnya maklumkan kepada Lembaga Disiplin, yang salah mesti dihukum. Jangan fikir anak menantu atau siapa. Sebagai pemimpin Pak Lah mesti tunjuk contoh. Kalau KJ salah atas akta 10.1 tataetika parti sama dengan Ali Rustam, kenapa KJ bebas Ali Rustam pula yang sangkut?

Rakyat bukan bodoh! Mereka dapat menilai A sampai Z. UMNO jadi rosak hampir terkubur juga kerana sikap Pak Lah yang manjakan menantu, ikut cakap menantu. Si anak menantu pula mentang-mentang dimanjakan oleh Pak Mertua, Presiden Parti dan Perdana Menteri, bukan main lagi lompatnya sehingga tak sedar diri. Cakap takbur, angkuh dan sombong. Kalaulah begini gayanya, macam mana Dato Seri Najib nak ubah UMNO, nak pulih keyakinan rakyat kepada UMNO? Payah!

Kita bukannya emosional, adat berlawan mesti ada yang kalah dan menang, tetapi soalnya kemenangan itu mestilah bermoral, beretika, telus dan mengikut landasan yang betul. Pergerakan Pemuda UMNO bukannya seperti persatuan belia di kampung, ia merupakan kilang untuk memproses tokoh-tokoh muda bagi melahirkan perwaris kepimpinan negara bukannya untuk pesta-pestaan dan suka-suka.


Tok Selampit --- hanya berdoa agar Allah bukakan pintu hati mana-mana perwakilan yang sesat jalan, kembali ke pangkal jalan dan sanggup lapurkan kepada pihak berkuasa.

PERANG DAH HABIS!!! DUA BUKIT, SATU BATANG MENUNGGU 7 APRIL INI

Segala-galanya sudah berakhir. Yang menang bergembiralah! Dijulang dan didokong. Yang tewas, walaupun cuba-cuba senyum, tetapi ternyata amat lesu dan tidak bercahaya. Walau apapun, sebagai seorang insan yang daif dan lemah, rasa kecewa dan sedih tetap tercalar di hati. Inilah lumrah kehidupan politik. Ia seolah-olah membina sebuah kehidupan di tengah samudera, ombak dan gelombang datang silih berganti, yang lemah akan tumbang, tetapi yang kuat, walaupun tewas ia tetap mara kehadapan.

Hari ini, rakyat tak mau lagi dengar, segala janji dan ikrar, visi dan misi sampai kita naik muak baca paper dan tengok TV. Balik-balik yang itu juga diputar belit. Sekarang rakyat nak tengok segala janji dan ikrar dilaksanakan. Ujian terbesar syaf kepimpinan Dato Seri Najib sedang menunggu di dua bukit dan satu batang, iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai di Serawak pada 7 April ini.

Banyak yang bercakap, untuk apa hebat dalam parti, dijunjung dan dijulang, tetapi diluar parti rakyat menyampah. Tok Selampit dan para sahabat amat berharap, Tan Sri Muhyiddin yang diamanahkan oleh Dato Seri Najib sebagai general dalam perang jihad di ketiga-tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini membuktikan ketokohan beliau untuk menebus semula maruah UMNO.

Jika kita gagal di kedua-dua bukit dan satu batang pada 7 April ini, Tok Selampit tak berani nak komen panjang-panjang. Cuma apa yang kita nampak, UMNO mesti kerja keras untuk menyambut kedatangan PRU13 nanti.


Tok Selampit -- cukup yakin dengan kemampuan Najib dan Muhyiddin.

Tahniah dan Selamat Berbakti

Tahniah Kpd saudara Nazir selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa yg telah memenangi jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia. Diharap agar beliau dapat terus berbakti kepada seluruh warga Titiwangsa.
Kepada mereka yg kononnya terlalu sibuk semasa dan sebelum Perhimpunan Agung. Marilah kita kembali berikan tumpuan sepenuhnya kpd Titiwangsa.
Marilah kita sama2 berganding bahu utk bekerja utk seluruh warga Titiwangsa dan diharap agar Ketua Pemuda dapat kerjasama sepenuhnya dari NKP (Exco Malaysia).  
Diharap agar Pemuda UMNO Titiwangsa terutama KP dan barisan exco dapatlah bekerjasama dgn Ketua Pemuda UMNO Malaysia yg baru iaitu YB KJ walaupun ada yg kecewa calon pilihan mereka tewas. Kita harus hormat pilihan yg telah dibuat.  

Rabu, 25 Mac 2009

Jumaat, 20 Mac 2009

HENTIKAN AMALAN FITNAH DAN BURUK SANGKA

Jika sekiranya kita semua mahukan UMNO terus relevan sebagai sebuah parti terbesar orang Melayu yang menjadi tulang belakang kepada kerajaan dan terus diterima rakyat, hentikan amalan fitnah memfitnah dan buruk sangka antara satu dengan yang lain. Kita mesti belajar dan melatihkan diri untuk menerima kenyataan, jangan terikut-ikut hawa nafsu dan emosional yang melulu.

Jika sekiranya amalan buruk ini terus menjadi anutan kepada orang UMNO, percayalah, kita tak akan kemana. Yang jelas, kehancuranlah yang menunggu. Dalam kes Dato Ali Rustam misalnya,
walaupun sebagai manusia biasa, terdetik rasa kecewa dan tak puas hati, sebagai satu bangsa yang bertamaddun dan berpegang teguh kepada ajaran Islam, terimalah itu sebagai satu suratan Ilahi yang tentunya mempunyai banyak hikmah dan pertunjuk. Hanya terpulang kepada kita untuk memikirkannya.

Janganlah cepat terus menunding jari kepada orang lain, dengan melimparkan pelbagai fitnah dan prasangka sehingga mengeruhkan lagi keadaan. Ingatlah, apa yang berlaku dalam UMNO hari in sedang ditonton oleh orang lain. Kerana berebut kuasa, kita bergaduh sesama kita, bukankah ini akan memberi gambaran buruk kepada parti sendiri?

Menyentuh tentang amalan politik wang ini, ramai juga para sahabat tertanya-tanya, apakah hukumnya, jika ada menteri kabinet menggunakan kementerian untuk melaksanakan agenda peribadi mereka? Misalnya mengiklankan aktiviti kementerian yang diterajuinya dalam akhbar, empat lima muka surat setiap minggu.

Setiap gambar yang tersiar dalam iklan tersebut ada mukanya. Sedangkan semua orang tahu semua iktiviti kementerian tersebut sudah terlaksana zaman berzaman yang tidak ada kena mengena dengan isu semasa. Yang jelas menteri tersebut merupakan salah seorang calon jawatan tertinggi UMNO. Yang pasti, segala kos pengiklanan tersebut dibayar oleh kementerian.

Apakah ini tidak salah? Kalaupun tidak melanggar peruntukan 10.1 tataetika UMNO, bagaimanakah pula dengan akta pencegahan rasuah? Apakah ini tidak boleh dikatakan menyalah guna kuasa? Kalau benar-benar nak bersihkan UMNO kita harus melihat kesemua aspek. Jangan hanya tangkap orang bagi duit kepada perwakilan sahaja. Calon yang guna kementerian atau jabatan kerajaan untuk menonjolkan diri dalam saat-saat pemilihan parti juga harus diberi perhatian.


Tok Selampit --- cuma ingatkan sebelum kita kena hentam.

Rabu, 18 Mac 2009

YB Titiwangsa Pikul Amanah Setahun


Menjadi YB Di Titiwangsa Memang Berat, sebab kena tolong orang Pandan, Ampang Jaya, Gombak, Perak dan lain kawasan yang sewaktu dengannya
"tak caya refer gambar kat dalam banner tu"

Kata orang, fuhh kata orang lebih 20,000 ribu hadir seperti dari 
"BDKL, Persatuan-persatuan Penduduk, PIBG Sekolah-sekolah, MAS Kg. Baru, dan masyarakat Parlimen Titiwangsa" 
teks di salin terusambik sebijik-sebijik dari laman web dia.. 

Tapi  dalam gambar kat blog tu mana umat kg. baru.. tak de pun... 
suami dia, mak mertua, anak-anak dan cucu ada la.. 

Tak caya tengok sini http://www.docpearl.blogspot.com/

KENAPA KHAIRY TERLEPAS?

"Ramai yang tertanya-tanya, kenapa Khairy Jamaluddin terlepas dan Dato Ali Rustam tersangkut? Sedangkan mereka sama-sama didapati bersalah di bawah Akta yang sama iaitu 10.1 Tataetika Ahli UMNO? Apakah Lembaga Disiplin takut kerana Khairy anak menantu kesayangan Pak Lah?".
"Orang Melaka tak puas hati! Apakah Tok Ali juga jadi macam Jebat dibunuh Tuah saudara sendiri kerana setia membuta tuli kepada Raja Melaka yang zalim? Lu tunggu! PRU 13 akan  tiba. Darah Jebat akan  tuntut bela!" Inilah antara SMS yang mulai tersebar sejak semalam. 

Tok Selampit tak berani nak komen banyak-banyak, sebab kita kurang arif tentang cerita sebenarnya. Salah cakap jadi fitnah. Apabila jadi fitnah, panjang pula ceritanya.Cuma apa yang dapat Tok Selampit lihat, nak satukan orang UMNO ini bukan mudah, kerana kebanyakan mereka meletakkan kepentingan peribadi lebih utama daripada perjuangan parti. Tak banyak yang sanggup berkorban untuk parti, yang banyak ialah amalan taksub kepada idividu yang tentunya ada habuan atau imbuhan yang menunggu.

Tok Selampit juga nak cerita pasal Khir Toyo. Ketika para sahabat tengah sakit terhukum, dia seronok kerana terlepas. Alhamdulillah! Katanya, kerana dia didapati tidak bersalah oleh Lembaga Disiplin. Ini bagi semangat baru kepadanya untuk kerja kuat bagi memastikan kemenangannya dalam pemilihanparti hujung bulan ini.

Tok Selampit cuma nak pesan, apabila dah menang nanti jangan pula lupa tanggung-jawab untuk rampas semula Selangor yang terlepas ke tangan pembangkang. Jangan dok asyik tengok cermin, tilek muka, mana lagi yang boleh ditegangkan. Kerana padah asyik tilek muka dalam cerminlah, nak tegang sana tegang sini maka Selangor tumbang dalam PRU12 dulu. Insaflah!

Tok Selampit --- cukup benci orang yang cuba nak baiki kerja Tuhan.



RESIPI UNTUK PERKASAKAN UMNO

1. Slogan mesra rakyat mesti lahir daripada hati nurani yang ikhlas bukannya slogan politik mainan dibibir untuk pancing undi. Semua orang UMNO, baik yang kecek ataupun besar mesti kembali kepada roh perjuangan asal parti iaitu kepentingan rakyat mesti diutamakan. Turun padang jumpa rakyat. Jangan hanya pakai songkok masuk kampung keluar kampung apabila ada pilihan raya.

Kena banyak senyum dan cepat kenal orang. Jangan pula dah
dua puluh kali jumpa masih tak kenal-kenal. Wakil rakyat mesti duduk di kawasan DUN atau Perlimen masing-masing, jangan hanya serah kepada wakil peribadi, sedangkan tok wakil sebenar melalak cari projek di Kuala Lumpur.

Jangan sampai rakyat buang masa empat lima jam menunggu wakil rakyat. Ada juga yang kena buat temu janji. Akhir sekali wakil peribadi bagi tahu, "Maaf, ari ni YB tak datang, dia ada di luar kawasan!".

2. Sikap telus dan jujur juga jangan hanya jadi hiasan bibir. Bercakap pasal telus bukan main lagi, sampai tersembur-sembur air liur, padahal pada hakikatnya, bangkai biawakpun disapu bersih. Jangan tipu rakyat pasal telus. Hari ini rakyat bukan bodoh. Kalau nak telus kena telus betul jangan jadi umpan politik.

Jangan banyak buang air liur cakap kosong. Kena buat kerja. Tukar presepsi terhadap UMNO. Jangan anggap UMNO lombong emas. Dapat kuasa untuk buat kekayaan. Sombong dan angkuh.

3. Bagus kalau ada hajat nak bersih UMNO daripada rasuah politik dan cita-cita nak jadikan negara ini bersih daripada amalan rasuah. Tetapi kita kena ingat, jangan hanya anak bilis dan ikan buntal sahaja yang kena cekup. Jerung, hantu raya dan jemalang tanah yang telan rasuah puluhan juta kena juga dicekup.

Jangan hanya cakap tak pilih bulu, pangkat atau apa tetapi apabila kena kepada orang yang ada kaitan dengan orang itu dan orang ini, kita tutup mata. Rakyat tidak buta, berapa sangat gaji seorang menteri atau timbalan menteri, tetapi kalau tengok rumah dan kereta besar yang melambak macam kedai jual kereta, dari mana cekup duit? Camno rakyat tak sakit jiwa. Bukan dengki, tetapi jangan tipu rakyat.

4. Pengagihan projek, mesti sama rata sama rasa. Pengusaha dan kontraktor kecil-kecilan juga kena diberi perhatian. Jangan cakap peruntukan ratusan juta untuk bantu kontraktor kecil, tetapi pada hakikatnya hanya main silap mata. Rakyat bukan bodoh. Pasang proksi kiri kanan, jeling sana jeling sini mereka juga yang sapu. Kadang-kadang kerja gali jambanpun berebut dengan proksi wakil rakyat. Kalau nak telus kena telus betul!

5. Jangan jadi sombong dan angkuh. Besar diri dan takbur! Kita hebat dalam parti, ada kuasa, dijulang dan dijunjung, terlalak terlolong pekikkan daripada para penyokong. Bodyguard kiri kanan buat muka bengis seolah-olah boleh telan api, akar bahar penuh lengan tetapi diluar parti rakyat tak terima. Buat apa? Hanya berani berkokok dalam kandang, apabila tiba di gelanggang, lari lintang pongkang kepit tahi di celah kangkang.

6. Kalau nak pilih calon untuk jadi wakil rakyat, kena ikut selera rakyat, anak tempatan yang boleh diterima oleh semua glongan rakyat jangan pilih ikut selera presiden parti atau Perdana Menteri. Yang akan pilih ialah rakyat dan wakil rakyat pula akan berkhdimat dengan rakyat yang memilihnya.

Kalau presiden parti atau Perdana Menteri nak pilih wakil rakyat mengikut seleranya lantiklah senator dan angkatlah jadi menteri, itu haknya. Sebab itu lain kali kalau nak pilih calon untuk jadi wakil rakyat kenalah ambil kira pandangan dan candangan ahli-ahli di peringkat akar umbi, bahagian dan cawangan. Walaupun ada dalam Perlembagaan UMNO, tetapi semuanya tidak diguna pakai. Kalau tak mahu terima pandangan dan candangan daripada Bahagian dan cawangan, tutup saja UMNO Bahagian atau cawangan. Habis cerita.

Duduklah empat lima beranak, pilihlah siapa sahaja yang mereka suka. Sebab itu UMNO sekarang dah nazak!

7. Orang-orang lama yang sudah pencen dan dah banyak buat tahi dan skendal dalam parti jangan lagi diberi peluang masuk kabinet. Bukan sahaja rakyat menyampah, orang UMNO sendiripun dak nak muntah tengok muka mereka.

Orang yang langsung tak tahu UMNO dan tak pernah jadi ahlipun tiba-tiba jadi menteri. Apa kata orang UMNO yang lain? Berjuang puluhan tahun, berhadapan dengan pelbagai cabaran, tinggal anak bini dan sebagainya langsung tidak ditoleh. Janji macam-macam, tetapi apabila tiba masa abukpun tadak, tersenggeh tinggal tahi gigi. Ini amalan yang paling buruk berlaku dalam parti. Dato Seri Najib yang akan ambek alih kepimpinan parti dan negara selepas pemilihan hujung bulan ini kena ambil perhatian. Kena buat, jangan cakap-cakap lagi. Jangan lagi pentingkan perasaan orang, yang lebih penting negara dan orang Melayu.

8. Jangan lagi ambek pemimpin yang lembek dan pengecut. Cakap saja banyak tetapi kerja tak buat. Tidak tahu menyelesaikan masalah rakyat. Kena pilih pemimpin yang betul-betul. Jangan lagi pilih pemimpin keledai yang pakai sarung singa. Lagak saja lebih tetapi kosong tanpa ilmu.


Tok Selampit --- tetap sayangkan UMNO.

Isnin, 16 Mac 2009

Salam Pemilihan

Salam buat para pembaca sekalian.... memang betul bagai dikata.. dek sebabkan pemilihan UMNO Malaysia yang sedang sibuk berlangsung pada masa ini, tidak banyak aktiviti UMNO di peringkat Bahagian yang sempat dipersembahkan sebagai tatapan pembaca sekalian... namun begitu, percayalah, tetap ada aktiviti2 yang berjalan di peringkat Bahagian mahupun sayap PU3, Wanita dan Pemuda...

Kepada para perwakilan G13 serta sayap PU3, Wanita & Pemuda, Karisma nak ucapkan Selamat Menunaikan Amanah anda sebagai wakil daripada Bahagian Titiwangsa....

Pilih lah dengan bijaksana,
Agar apa dijanji akan terlaksana,
Jangan kita bangsa Melayu dihina,
Dek kerana kurang bijak merencana...

Cukuplah dengan pura-pura dan sengketa,
Mencalar maruah bangsa Merdeka,
Titiwangsa warisan nenek moyang kita,
Jangan dibiar tergadai, hak diteroka...

Sekian, sampai jumpa lagi....

Wassalam