Sabtu, 28 Mac 2009

PERANG DAH HABIS!!! DUA BUKIT, SATU BATANG MENUNGGU 7 APRIL INI

Segala-galanya sudah berakhir. Yang menang bergembiralah! Dijulang dan didokong. Yang tewas, walaupun cuba-cuba senyum, tetapi ternyata amat lesu dan tidak bercahaya. Walau apapun, sebagai seorang insan yang daif dan lemah, rasa kecewa dan sedih tetap tercalar di hati. Inilah lumrah kehidupan politik. Ia seolah-olah membina sebuah kehidupan di tengah samudera, ombak dan gelombang datang silih berganti, yang lemah akan tumbang, tetapi yang kuat, walaupun tewas ia tetap mara kehadapan.

Hari ini, rakyat tak mau lagi dengar, segala janji dan ikrar, visi dan misi sampai kita naik muak baca paper dan tengok TV. Balik-balik yang itu juga diputar belit. Sekarang rakyat nak tengok segala janji dan ikrar dilaksanakan. Ujian terbesar syaf kepimpinan Dato Seri Najib sedang menunggu di dua bukit dan satu batang, iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai di Serawak pada 7 April ini.

Banyak yang bercakap, untuk apa hebat dalam parti, dijunjung dan dijulang, tetapi diluar parti rakyat menyampah. Tok Selampit dan para sahabat amat berharap, Tan Sri Muhyiddin yang diamanahkan oleh Dato Seri Najib sebagai general dalam perang jihad di ketiga-tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini membuktikan ketokohan beliau untuk menebus semula maruah UMNO.

Jika kita gagal di kedua-dua bukit dan satu batang pada 7 April ini, Tok Selampit tak berani nak komen panjang-panjang. Cuma apa yang kita nampak, UMNO mesti kerja keras untuk menyambut kedatangan PRU13 nanti.


Tok Selampit -- cukup yakin dengan kemampuan Najib dan Muhyiddin.

Tiada ulasan: