Ahad, 29 Mac 2009

JOM RAI PEJUANG NEGARA



Salam Hormat Semua,

Ternyata Kampung Baru Dan Titiwangsa Merupakan Bumi Bertuah kerana sekali lagi menjadi sejarah apabila YAB Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah akan Mengadakan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Pasar Minggu.

Pertama-tama kali Pak Lah menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri antara Lawatan Kerja yang Pertamanya adalah di Kg. Baru Titiwangsa iaitu semasa lawatan kebakaran di Pasar Minggu, dan pada Isnin Jam 10.30 pagi bersamaan 30hb Mac 2009 Dalam Majlis Pecah Tanah Pembanguna Semula Pasar Minggu maka Pak Lah akan mengakhiri tugas-tugas sebagai Perdana Menteri di Kg. Baru sebelum beliau mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung pada 2hb April 2009.

Marilah kita beramai-ramai berkumpul di Pasar Minggu bagi menunjukkan tanda sokongan dan penghormatan kita sebelum beliau mengakhiri tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Jamuan Makan Jam 1.00 Tengahari di Masjid Kg. Baru

Foto-Foto Majlis Perasmian Puncak Baru Pembangunan Semula Kg. Bharu.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

askum... saya mengucapkan tahniah kepada warga UMNO Titiwangsa kerana telah menjayakan Majlis Pelancaran Puncak Baru Sempena Pembangunan Semula Tapak Pasar Minggu yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Msia.. sambutan yang telah diberikan dan menampakan kemeriahan UMNO dng berkibarnya panji2 UMNO di sekeliling Kg. Bharu.. & di ucapkan tahniah kepada Dt Sri Ketua Bhg & barisan JKuasa UMNO Bhg serta ahli2 cawangan zon Kg. Bharu.. Tahniah & Wassalam

Tanpa Nama berkata...

TAK KU SANGKA ORANG UMNO SANGGUP BERBUAT DEMIKIAN. NAK TANYA SIKIT BENARKAH TANAH INI MILIK DBKL. BAGAIMANA NAZA TTDI BOLEH JADI PEMAJU. ADAKAH DALANG SEBALIK NAZA TTDI. DALAM GERAN MASIH NAMA PKNS. TOLONG ORANG UMNO PERGI PERIKSA KAT PEJABAT TANAH DAN JUGA DAPATKAN PERJANJIAN JUAL BELI TANAH INI DARI DBKL ATAU PUN PKNS TAKPUN CUBA PERIKSA KAT PEJABAT LEMBAGA MAS BERKAITAN STATUS TANAH INI.

Unknown berkata...

umno dah tak popular dah.sengaja cari publsiti murahan di kg baru