Jumaat, 20 Mac 2009

HENTIKAN AMALAN FITNAH DAN BURUK SANGKA

Jika sekiranya kita semua mahukan UMNO terus relevan sebagai sebuah parti terbesar orang Melayu yang menjadi tulang belakang kepada kerajaan dan terus diterima rakyat, hentikan amalan fitnah memfitnah dan buruk sangka antara satu dengan yang lain. Kita mesti belajar dan melatihkan diri untuk menerima kenyataan, jangan terikut-ikut hawa nafsu dan emosional yang melulu.

Jika sekiranya amalan buruk ini terus menjadi anutan kepada orang UMNO, percayalah, kita tak akan kemana. Yang jelas, kehancuranlah yang menunggu. Dalam kes Dato Ali Rustam misalnya,
walaupun sebagai manusia biasa, terdetik rasa kecewa dan tak puas hati, sebagai satu bangsa yang bertamaddun dan berpegang teguh kepada ajaran Islam, terimalah itu sebagai satu suratan Ilahi yang tentunya mempunyai banyak hikmah dan pertunjuk. Hanya terpulang kepada kita untuk memikirkannya.

Janganlah cepat terus menunding jari kepada orang lain, dengan melimparkan pelbagai fitnah dan prasangka sehingga mengeruhkan lagi keadaan. Ingatlah, apa yang berlaku dalam UMNO hari in sedang ditonton oleh orang lain. Kerana berebut kuasa, kita bergaduh sesama kita, bukankah ini akan memberi gambaran buruk kepada parti sendiri?

Menyentuh tentang amalan politik wang ini, ramai juga para sahabat tertanya-tanya, apakah hukumnya, jika ada menteri kabinet menggunakan kementerian untuk melaksanakan agenda peribadi mereka? Misalnya mengiklankan aktiviti kementerian yang diterajuinya dalam akhbar, empat lima muka surat setiap minggu.

Setiap gambar yang tersiar dalam iklan tersebut ada mukanya. Sedangkan semua orang tahu semua iktiviti kementerian tersebut sudah terlaksana zaman berzaman yang tidak ada kena mengena dengan isu semasa. Yang jelas menteri tersebut merupakan salah seorang calon jawatan tertinggi UMNO. Yang pasti, segala kos pengiklanan tersebut dibayar oleh kementerian.

Apakah ini tidak salah? Kalaupun tidak melanggar peruntukan 10.1 tataetika UMNO, bagaimanakah pula dengan akta pencegahan rasuah? Apakah ini tidak boleh dikatakan menyalah guna kuasa? Kalau benar-benar nak bersihkan UMNO kita harus melihat kesemua aspek. Jangan hanya tangkap orang bagi duit kepada perwakilan sahaja. Calon yang guna kementerian atau jabatan kerajaan untuk menonjolkan diri dalam saat-saat pemilihan parti juga harus diberi perhatian.


Tok Selampit --- cuma ingatkan sebelum kita kena hentam.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Banyak telah di perkata.... harap perwakilan pilih pemimpin yang benar-benar boleh perjuangkan pati dan bangsa. Bukan berani menghunus keris tapi minta maaf. Atau yang hanya timbul dan bekerja masa pemilihan dengan wang ringgit sahaja. Kalau wang ringgit menjadi ukuran, alamat nya PRU13 bye-bye. Pakat-pakatlah pilih pemimpin yang berwibawa dan bersih.

Tangkap Antu aka Ghostbuster berkata...

Jom Pegi PWTC...

Untuk liat kemana hala tuju kita