Ahad, 2 November 2008

Terima Kasih Kepada Semua

Setelah selesai menjalankan Persidangan Puteri Bahagian dan Persidangan UMNO Bahagian, saya selaku Ketua Puteri UMNO Bahagian Titiwangsa yang baru ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua perwakilan yang telah sudi meluangkan masa berharga mereka semasa bahang sambutan Aidlifitri masih panas lagi pada persidangan puteri yang diadakan pada 11 Oct 2008 (Sabtu) bertempat di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur. Walaupun jumlah kehadiran agak mendukacitakan tetapi saya yakin, sokongan semua ahli-ahli puteri masih kental bersama sayap pergerakan ini. Insya Allah kita perbaiki dalam Persidangan yang akan datang.

Saya berharap, Pergerakan Puteri Bahagian akan dapat meneruskan agenda Memperkasakan UMNO dikalangan Generasi Muda khasnya yang bermastautin di dalam Parlimen Titiwangsa.

Sebagaimana tangan halus itu menggenggam erat tangan ibu/ayahnya bergitulah harapan mereka (anak-anak) terhadap kita sebagai golongan muda yang melahirkan generasi pelapis Melayu yang beragama Islam di tanah bertuah ini. Kita bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak kita, kita harus memastikan bahawa, setiap kemudahan yang kita kecapi hari ini akan dapat juga di rasai oleh anak-cucu kita atau mungkin mereka boleh mendapat kemudahan yang lebih baik setelah ketiadaan kita. (Sementara menunggu berakhirnya umur dunia..)

Dikesempatan ini juga, saya mewakili seluruh Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian merakamkan ”Ucapan Terima Kasih” kami kepada Ayahanda Ketua Bhgn, YBhg Datuk Seri Suleiman Mohamed, YBhg Datuk Hj Johari Abdul Ghani (Timb.Ketua Bhgn), YBhg Sdr Affendi Zahari (Naib Ketua Bhgn) bersama seluruh J/kuasa Bhgn, yang telah banyak membantu kami dalam membentuk pasukan terbaik Puteri untuk penggal yang akan datang ini. Tidak dilupakan kepada Mantan Ketua Puteri Bhgn, Pn Norita Dato’ Jaafar, serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dalam menjayakan Persidangan tahun ini.

Terima kasih kepada Sdr Azharnim Hj Nawawi (Setiausaha UMNO Bhgn) serta seluruh jentera pentadbiran bahagian yang telah begitu banyak berjasa tanpa jemu membantu Puteri dalam setiap program yang diadakan terutamanya sepanjang Persidangan Puteri baru-baru ini. Tidak ketinggalan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada Mantan Pen.Setiausaha Puteri Bhgn Sdri. Norzimah Shamsuddin yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran Persidangan Puteri dari persiapan awal, semasa bulan Ramadhan sehinggalah ke akhir acara dengan dibantu oleh SUK Puteri Sdri. Siti Sarah.

Akhir kata, semoga kita semua akan dapat menJENAMAkan semula UMNO dan mengembalikan semula maruah MELAYU yang semakin menipis didalam hati orang-orang Melayu yang semakin cenderung kepada konsep ”Malaysian Malaysia”..

Jgn besok kita bukan setakat hilang KUASA..malah hilang MARUAH..

yang tinggal..hanyalah... BAJU MELAYU..dan.. KERETAPI TANAH MELAYU (Pada namanya saja...) wallahualam..


HAZARINA ZAINI
Ketua Pergerakan Puteri
UMNO Bahagian Titiwangsa

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Baguslah Ketua Puteri ini. Pemuda dan Wanita langsung tak dengar cerita.

Network Manager berkata...

Tahniah kpd KPu3 kerana berjaya membina barisan exco yg mantap. G5 diharap dpt memacu pergerakan pu3 menjadi lebih aktif dan inovatif. Sama2lah kita tunggu aktiviti sulung dr barisan exco yg baru ni. harap still ade bowling tourney dan kursus2 yg sesuai utk wanita muda yg berkerjaya.

MATO-MATO THE RETURN berkata...

KPD KPU3 UMNO BHG TTWANGSA..TAHNIAH DAN MANTAPKAN LAGI PU3 TTWANGSA..BANYAK KAN AKTIVITI PU3..KENA KERJA KUAT UTK AMBIL KEMBALI PARLIMEN TTWANGSA...BILA NAK BLANJE MAKAN NI..HAHAHAHA, KEPADA PU3 YG MEMBANTU DLM PERSIAPAN MESYUARAT UMNO BAHAGIAN..TERIMA KASIH DI UCAPKAN..PAPAI

Si Kurap Warisan berkata...

Mato-mato cari bos kau kasi confirm itu aktiviti DUGAM da