Jumaat, 15 Mei 2009

JIKA KEPIMPINAN ULAMA TERHAPUS PAS AKAN MUSNAH


Walaupun kita bukan penyokong PAS, tetapi sebagai orang Melayu yang ingin melihat anak cucu-cicit orang Melayu terus menejadi tuan di negara ini kita ikut bimbang melihat perkembangan baru dalam parti tersebut menjelang pemilihannya minggu depan. Kalau para sahabat masih ingat sebulan dua dulu dalam blog ini Tok Selampit telahpun memaklumkan bahawa ada gerakan sulit yang terdiri daripada golongan profesional dalam PAS untuk menumbangkan kepimpinan ulama yang sudah sekian lama berakar umbi dalam kepimpinan parti tersebut.

Hari ini segala-galanya sudah terserelah. Tak payahlah Tok Selampit menyembut nama siapakah petualang dalam PAS, kerana para sahabat cukup maklum dan gerakan ini jelas didalangi oleh Anwar Ibrahim melalui para sahabat rapatnya yang sekarang ini sudahpun memegang beberapa jawatan tinggi dalam PAS. Dengan cara membawa PAS bergabung dalam Parti Pakatan Rakyat gerakan Anwar untuk merampas PAS daripada kepimpinan Ulama cukup mudah. Kelicikan politik Anwar payah untuk dijejaki.

Kepimpinan Ulama dalam PAS cepat terlena dengan nyanyi dan dodoi Anwar apatah lagi diberi kuasa memegang jawatan tertinggi dalam negeri, di Perak misalnya. Walaupun hanya enam kerusi milik PAS daripada 59 kerusi DUN Perak tetapi Mohamed Nizar wakil PAS di nobatkan oleh Pakatan Rakyat menjadi MB. Akibat daripada manis dan enaknya gula-gula Anwar Ibrahim, PAS cepat terkhayal sehinggakan segala keburukan yang dilakukan oleh DAP dan wakil PKR yang menghina Islam, mencabar kuasa raja-raja Melayu, mempersoalkan hak orang Melayu, moral dan akhlak yang jelas bertentangan dengan roh perjuangan PAS dan Islam, kepimpianan ulama yang menerajui PAS bukan sahaja tidak membantah malah memberi sokongan.

Tok Selampit melihat, jika kepimpinan ulama tumbang dalam pemilihan parti tersebut bulan depan, bukan sahaja PAS akan musnah tetapi memberi hadiah yang tidak ternilai harganya
kepada politik Anwar Ibrahim. Jika kepimpinan PAS yang pro Anwar berkuasa laluan Anwar untuk menjarumi agenda peribadinya amat mudah. Yang tersirat dalam gagasan "Malaysian Malaysian" yang dicanangkan oleh Anwar selama ini dapat dilaksanakan dengan baik tanpa rasa segan silu kepada PAS.

Rakyat harus sedar, khususnya Melayu dalam PAS dan Melayu dalam PKR. Anwar cukup licik dalam mengulai para pengikutnya bukan sahaja orang Melayu malah para penyokongnya di kalangan bukan Melayu. Bayangan agenda yang tersirat dalam politik Anwar sejak 40 tahun yang lalu sudah terlahir di Perak. Apakah pernah berlaku dalam sejarah negara, raja dihina dan mau diheret ke mahkamah? Raja Muda Perak yang berangkat untuk meresmikan sidang DUN Perak terpaksa menunggu empat lima jam kerana DUN Perak yang selama ini disirami dengan doa, dewan yang mulia dan tertinggi dalam kerajaan dijadikan "kandang babi" oleh pembangkang.

Melayu kena fikir. Kiranya Melayu benar-benar mau menjadi pejuang dalam arena politik, jadikanlah artikel 152,153 dan 154 dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai panduan dan teras kepada perjuangan masing-masing. Jika ini dilupakan, orang Melayu bukan sahaja akan hilang di dunia malah akan menjadi satu bangsa yang bangsat dan merepat di tanah airnya sendiri. Semua perwakilan PAS dalam perhimpunan bulan depan kena ingat, kalau sayangkan Melayu dan Islam, pertahankan kepimpinan ulama walau dengan apa cara sekalipun!


Tok Selampit --- amanat orang tua, jagalah baik-baik negara ini dan Melayu kena bersatu.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kawan saya dalam PAS pun ada bercerita, pemilihan ini sudah ada yang bagi imbuhan termasuk wang. Hehehehe ..... kong kali kong. Pemimpin PAS pun dah tau bahwa kalu menang jawatan ada pulangan.